nuffnang ads

Wednesday, December 1, 2010

SALJI TEBAL: 4 LAPANGAN TERBANG DITUTUP HARI INI

FENOMENA salji tebal yang melanda bahagian barat Eropah hari ini menyebabkan empat lapangan terbang terpaksa ditutup manakala beberapa penerbangan yang telah dijadualkan terpaksa ditangguh.

Dengan suhu berada di bawah paras kosong darjah, kebimbangan terhadap masalah keselamatan dikatakan menjadi faktor utama dipertimbangkan sebelum 4 lapangan terbang berkenaan ditutup.

Semua lapangan terbang yang ditutup itu ialah, lapangan terbang paling sibuk di Britain, iaitu Gatwick. Sebuah lagi ialah lapangan terbang Edinburgh di Scotland.

Dua lagi lapangan terbang yang terpaksa ditutup kerana salji tebal ialah lapangan terbang kedua terbesar di Switzerland, iaitu Geneva dan lapangan terbang Lyon-Bron di Perancis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10