nuffnang ads

Wednesday, December 1, 2010

PENGGANAS INDONESIA TERBABIT ROMPAK BANK CIMB RM139 JUTA DITAHAN DI NEGARA INI

Antara penjenayah terbabit rompak CIMB Medan Ogos lalu. Fadli salah seorang yang terbabit
SEORANG militan Indonesia yang terbabit dalam rompakan RM139 juta di Bank CIMB, Medan, Sumatera Ogos lalu ditahan di negara ini beberapa hari lalu kerana cuba menyeludup senjata ke negaranya bagi kegiatan jenayah dan keganasan.

Suspek Fadli Sadama, 27, dipercayai telah merancang menggunakan senjata yang diseludup itu untuk menyerang sebuah penjara di Indonesia bagi membebaskan seorang lagi rakan militan mereka, iaitu Toni Togar.

Fadli ditahan 13 Oktober lalu ketika berada di dalam sebuah bas menuju ke Johor. Polis turut menemui dua pucuk revolver daripadanya yang dipercayai dibeli ketika dia berkunjung ke Sungai Golok.

Toni Togar yang ditahan di penjara pula dipercayai ketua atau dalang kumpulan militan yang merompak Bank CIMB dan beberapa bank lain di utara Sumatera. Bekas Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri pernah dipetik media Indonesia mengesahkan perkara itu.

Sementara itu seorang lagi anggota militan Acheh yang turut terbabit dalam keganaasan telah ditahan di Shah Alam pada 29 September lalu.

Demikian seperti dijangka dalam catatan sebelum ini bahawa tidak mustahil penjenayah yang terbabit dalam rompakan CIMB itu mungkin melarikan diri ke negara ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10