nuffnang ads

Wednesday, December 1, 2010

LUAR NEGARA: MISTERI REMAJA HILANG SELEPAS TERJUN TASIK PUPUKE

Polis dan rakan-rakan menunggu di tepi Tasik Pupuke dalam usaha mengesan mangsa yang hilang selepas terjun ke tasik itu.

PELBAGAI pihak termasuk polis dan penyelamat hanya mampu menggelengkan kepala apabila terbabit dalam usaha menyelamat seorang remaja lelaki 16 tahun yang dilaporkan hilang di Tasik Pupuke, New Zealand selepas menyelam kira-kira jam 2.40 petang semalam waktu tempatan.

Remaja itu yang datang bersama sekumpulan remaja lain terbabit dalam satu program belia yang dianjurkan oleh sebuah persatuan.

Kehilangannya menjadi amat misteri kerana selepas menyelam dia tidak timbul beberapa ketika, sehingga merisaukan rakan-rakannya yang lain. Namun selepas itu dia muncul ke permukaan air melambaikan tangan meminta tolong sebelum tenggelam semula dan lenyap.

Beberapa rakan yang cuba membantu turut gagal mengesan remaja itu menyebabkan mereka menghubungi polis dan pasukan penyelamat.

Bagaimanapun, pegawai kanan Bomba dan Penyelamat Takapuna, Shaun Pilgrim, berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk menyelam untuk mengesan remaja itu, namun gagal.

Usaha masih diteruskan mengesan remaja itu walaupun sebelum ini diketahui tasik berkenaan pernah menelan beberapa mangsanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10