Zuhaili, abag Iza menunjukkan laporan polis |
Mat Petola...lelaki yang disyaki melarikan Iza, warga India |
Sejak 1 November lalu Nur Aliza atau Iza anak keempat daripada lima beradik tidak lagi dapat dihubungi selepas dia disyaki bersama pensyarah itu di di Kochi, India.
Abangnya, Zuhaili, 29. berkata mereka pernah memeriksa rekod penerbangan dan mendapati nama Iza memang ada dalam penerbangan ke Kochi, India.
Dalam blognya, sehari sebelum hilang Iza dilaporkan ada menulis seolah-olah bermaksud mahu pergi jauh.
Lelaki pensyarah kontrak perubatan itu sebelum ini pernah dibawa datang ke rumah dan berjumpa ibu Iza, iaitu Hashimah Brahim, 48, dan diberitahu Iza sebagai kawannya.
Laporan kehilangan Iza telah dibuat di IPD Kuching pada 5 November lalu. Mereka mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat.(HM)