nuffnang ads

Saturday, October 2, 2010

PONTIANAK MELAYANG-LAYANG DI ATAS JALAN MACCIRANAE

SEIRAS..pontianak yang dimaksudkan seiras gambar kuntilanak ini.

SEBELUM ini penduduk menganggapnya hanyalah cerita dongeng yang dijaja dari mulut ke mulut. Namun sejak seminggu lalu, ribuan penduduk di kota Mamuju, Sulawesi Barat, melihat sendiri bagaimana satu lembaga berkepak terbang dan hilang.

Malam Jumaat kelmarin, kelibat pontianak berkepak seperti kain putih itu dilihat terbang dari arah sebuah rumah kosong beratap nipah yang ditinggalkan di Jalan Macciranae menyebabkan ribuan mata yang menunggu tidak berkerdip.

Menurut Iccang, 25, memang kelibat pontianak itu dipercayai syaitan selalu sangat dilihat berterbangan selepas jam 12 malam dan kadang-kala bertenggek di atas atap rumah kosong beratap nipah itu dan kadang-kala bertenggek di pohon kelapa berdekatan.

Sejak ramai melihat kelibat pontianak itu, Jalan Macciranae semakin sesak selepas tengah malam. Kebanyakan mereka mahu melihat sendiri bagaimana wajah pontianak yang dimaksudkan itu.

Sebuah syarikat televisyen luar negara dikatakan dalam perjalanan ke Mamuju untuk membuat rakaman dari dekat selepas kisah pontianak itu turut diketahui oleh media di luar negara.

SEORANG LAGI HARTAWAN HARTANAH JADI MANGSA PEGUAM PEMBUNUH?

KALAU  kalau dilaporkan salah. Nak didiamkan saja, beritanya pun dah basah. Seorang lagi ahli perniagaan tempatan yang dikatakan mempunyai banyak hartanah termasuk di Banting dan Hulu Selangor dilaporkan hilang oleh isterinya sejak setahun lalu.

Maknanya, kehilangan ahli perniagaan ini lebih awal daripada kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Shafik Abdullah dan ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja. dan lebih awal dari kisah pembunuhan Datuk Sosilawati serta tiga yang lain.

Apakah lelaki ini juga menjadi mangsa tragedi Ladang Gadong, entahlah.

Namun akhbar melaporkan, perkembangan terbaru mengenai kehilangan ahli perniagan itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Menurut ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, isteri mangsa pernah mengadu kepadanya mengenai perkara itu, tetapi oleh sebab-sebab yang tidak jelas beliau tidak pernah memandang serius kes itu sehinggalah kematian Sosilawati menjadi bahan laporan media.

Sama ada kehilangan ahli perniagaan itu ada kaitan dengan kumpulan penjenayah yang ditahan kini kerana disyaki dalam kes pembunuhan Sosilawati dan kehilangan Muthuraja, masih sukar disahkan kerana polis terpaksa menyiasat terlebih dulu untuk mencari kesahihannya.

Namun jika ada bukti ahli perniagaan itu sememangnya ada 'urusan' dengan peguam adik-beradik yang kini ditahan reman, kemungkinan itu sudah tentu tidak boleh diketepikan.

SUDAH SUDAHLAH: KASIHAN TUN MAHATHIR, BIAR DIA BEREHAT DARI POLITIK

TAK ke mana sudahnya perjuangan politik selagi akal dan budaya orang Melayu duduk di takuk lama. Bak pongka kelapa, semakin tua, semakin membatu. Naik tidak, membenam pun tidak!

Telah beberapa kali mantan Perdana Menteri itu dimasukkan ke hospital. Sudah, sudahlah. Jangan ada pemimpin masih menagih simpati dari mulutnya untuk menuturkan kata-kata politik dan perjuangan konon untuk orang Melayu. Biarlah Tun bersara dalam tenang dan aman.

Politik kalau macam di Malaysia ini, sampai ke kiamat tak ada sudahnya! Lama-lama banyak yang sakit jantung, sakit dada dan macam-macam penyakit yang dapat.

Kini Tun dirawat di Epworth Hospital Melbourne. Biarlah dia bersama keluarganya. Kalau mahu diturutkan politik, sampai berak kencing pun mahu dipolitikkan. Hasilnya habuk pun tak ada. Melayu tetap merempat!

TERKINI: 33 TERKOBAN DUA KERETAPI BERLANGGAR

DUA keretapi, Argo Anggrek dan Senja Utama berlanggar di lintasan Desa Jatimulyo, Jawa Tengah, Indonesia kira-kira jam 4 pagi tadi waktu Malaysia, mengakibatkan 33 penumpang terbunuh manakala 13 yang lain cedera parah.
Kemalangan keretapi di antara Argo Anggrek dan Senja Utama ini mengakibatkan 33 terbunuh

Bagaimanapun, media Indonesia yang memetik saksi kejadian melaporkan masih ramai yang terperangkap di bawah gerabak yang musnah dan terbalik. Usaha menyelamat kini sedang giat dilakukan, termasuk menggunakan pelbagai peralatan untuk mengalihkan gerabak yang terbalik.

Keretapi Argo Anggrek dalam perjalanan dari Jakarta ke Surabaya manakala Senja Utama pula dari Jakarta ke Semarang. Bagaimanapun, kira-kira 100 meter dari perhentian Petaruka, keretapi Argo Anggrek gagal berhenti lalu melanggar dari belakang keretapi Senja Utama.

Akibat pelanggaran itu, gerabak kesembilan Senja Utama musnah teruk manakala gerabak keenamnya pula terbalik dan terkeluar dari landasan.

Ketua Polis Pemalang, Sofyan Nugroho, berkata polis telah menahan dua pemandu dan pembantu keretapi Argo Anggrek untuk siasatan kerana disyaki cuai sehingga mengakibatkan pelanggaran dasyat yang telah meragut banyak nyawa.

Difahamkan, Ketua Pengarah Keretapi Indonesia bersama beberapa pegawai kanan telah bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan kejadian itu.

PEGAWAI KANAN SPRM DITAHAN KERANA MENGELUARKAN KATA-KATA BERBAUR RASIS KEPADA ANGGOTA POLIS

KEJADIAN ini dikatakan berlaku di Jasin, Melaka dua minggu lalu.

Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan dalam perjalanan pulang dari Putrajaya tetapi kenderaan mereka naiki tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, gara-gara sekatan jalan raya yang dibuat oleh polis Jasin.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, pegawai kanan SPRM yang memandu kenderaan berasa bosan dengan kesesakan itu dan bertindak membuat pusingan U secara berbahaya menyebabkan seorang anggota polis mengejar kenderaan yang mereka naiki.

Namun ketika ditahan pegawai SPRM terbabit dikatakan mengeluarkan kata-kata dan makian berunsur rasis kepada anggota polis berpangkat koperal berusia 20-an yang dikatakan mengetuai sekatan jalan raya dilakukan itu.

Menyedari perbuatan itu melampau anggota polis berkenaan bertindak menangkap pegawai kanan SPRM berkenaan dan dibawa ke balai polis Jasin. Dia ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Demikianlah manusia apabila berpangkat. Disangkanya semakin tinggi pangkat, semakin tinggi darjat. Dia terlupa darjat, maruah dan harga diri terletak pada bersihnya peribadi dan perlakuan.

INI KES WANITA BEREBUT JANTAN: SEORANG GADIS NYARIS MAUT DIJERUT LEHERNYA DENGAN TUDUNG

INI kisah perempuan bergasak kerana berebut seorang lelaki yang berlaku di Kompleks Daya Bumi, di Kuala Lumpur Rabu lalu.

Kisahnya bermula apabila seorang wanita 27 tahun mengesyaki taman lelaki yang dikenali lebih 10 tahun berlaku curang dan mempunyai teman wanita lain.

Rabu lalu, dia meminta teman lelaki dan wanita yang baru dikenalinya itu bertemu secara bertiga bagi menyelesaikan hubungan di antara mereka. Permintaan itu dipersetujui oleh teman baru wanita kekasihnya yang berusia 23 tahun.

Bagaimanapun, teman lelaki dan teman wanita barunya itu hanya tiba tiga jam kemudiannya menyebabkan si gadis 27 tahun itu berang. Marahnya memuncak apabila, wanita 23 tahun memberitahu mahu pulang segera. Akibatnya, wanita itu memaki hamun.

Dipercayai tidak tahan dimarahi, teman wanita baru kekasihnya bertindak membelasah menggunakan topi keledar. Wanita 27 tahun itu kemudian dijerut lehernya menggunakan tudung sehingga menyebabkan dia sukar bernafas. Pergaduhan itu dilihat oleh khalayak yang lalu lalang dan mereka dileraikan.

Mangsa belasahan dibawal pulang oleh teman lelakinya yang curang itu. Namun tidak lama selepas kejadian, wanita 23 tahun menghantar mesej menggunakan telefon bimbit mengugut akan membelasah lagi mangsa. Sudahlah dia merampas kekasih orang, sikapnya pula ganas brutal! Perempuan....perempuan.

PENGKID! PENGKID! KAU TAK RASA PENANGAN JANTAN, PASAL ITULAH MAHUKAN SEJENIS!!!

PENGKID! PENGKID! Macam tak ada lelaki lagi di dunia ini sehingga begitu taksub menjadikan kaum sejenis sebagai teman bercinta dan pasangan di ranjang! Dek kerana memenuhi tuntutan nafsu yang songsang dan terbawa-bawa oleh perasaan semburu keterlaluan, golongan ini  sering sahaja bertindak di luar waras akal.

Dalam satu kejadian meloyakan di Sentul, kelmarin seorang pengkid berusia 20-an mengamuk bagai babi dibaling kerengga apabila bertindak menghentak botol sos ke kepala seorang wanita yang sedang makan bersama-sama "buah hatinya" yang juga wanita!

Dia menyerang wanita berkenaan tanpa belas dan tanpa usul periksa dengan mendakwa cuba menggoda dan merampas buah hatinya itu. Walaupun cuba ditenangkan oleh buah hatinya, pengkid itu seolah-olah kerasukan hantu galah.

Akibatnya, wanita yang diserangnya mengalami kecederaan teruk di kepala dan terpaksa menerima 10 jahitan di hospital. Jika tidak kerana dileraikan oleh pelanggan lain di restoran tempat kejadian, ada kemungkinan wanita itu mengalami kecederaan lebih parah.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan.

MUAT NAIK GAMBAR LUCAH DALAM BLOG: PENJARA DITAMBAH LAGI ENAM BULAN

SEPATUTNYA Shahrom Mahadi dibebaskan Isnin depan selepas menjalani hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan memuatkan gambar bogelnya bersama lelaki lain ketika melakukan hubungan sejenis.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintah hukuman penjara ditambah lagi enam bulan selepas Hakim Datuk Mohd Sofian Tan Sri Abdul Razak membenarkan rayuan pendakwa mahukan tertuduh dikenakan hukuman lebih lama.

Pada prosiding semalam, Sofian mengarahkan tertuduh, seorang pengawal keselamatan menjalani menjalani hukuman penjara setahun, tambahan enam bulan lagi seperti dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 4 Jun lalu.

Pada 4 Jun, Hakim Mahkamah Sesyen mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan selepas dia mengaku salah terhadap enam tuduhan pilihan, secara sedar menggunakan aplikasi internet membuat dan memulakan penghantaran gambar ke dalam blog bertujuan menganggu pihak lain.

Terdahulu, Sofian berkata beliau menganggap perbuatan tertuduh sangat jijik dan mengaibkan dirinya sebagai seorang Islam.

 "Saya tak pernah tengok gambar sebegini rupa. Bagaimana kamu sebagai seorang Islam sanggup memperdagangkan tubuh dalam keadaan memalukan," katanya sebelum membuat keputusan.

LAGI BAYI MATI TERCEKIK SUSU: KES KEEMPAT DALAM TEMPOH DUA MINGGU

DALAM tempoh sebulan empat kes bayi kematian kerana tercekik susu dilaporkan. Sebelum ini tiga kes dilaporkan berlaku termasuk dua ketika bayi di dalam jagaan pusat asuhan di Putrajaya dan satu lagi pada Ahad lalu ketika seorang bayi dalam pangkuan ayahnya ketika dalam perjalanan menaiki keretapi dari Manik Urai ke ibu negara.

Kes terbaru dilaporkan berlaku semalam, membabitkan bayi berumur lima bulan mati ketika di dalam jagaan ayahnya di rumah mereka di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Hadif Hameedullah Mohd Najib dikatakan diberi susu oleh ayahnya. Kemudian ayahnya memberi pula minuman air biasa menggunakan botol yang sama. Namun bayi itu dikatakan tidak sedarkan diri sebaik sahaja ayahnya yang terlelap, terbangun dari tidur.

Ketika kejadian, ayah bayi itu dikatakan mengambil alih tugas menjaga anaknya itu kerana dia sedang bercuti. Menyedari apa yang berlaku, ayahnya panikdan segera mencabut botol air yang masih ada di mulut anaknya. Ketika itu tubuh Hadif telah kebiruan manakala air keluar dari mulutnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, ayah bayi itu menghubungi isterinya yang bertugas sebagai guru sebelum bergegas menghantar anaknya ke Hospital Angkatan Tentera Tunaku Mizan.

"Doktor berusaha memberi bantuan pernafasan untuk menyelamatkannya, namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Menurut Zakaria, mayat dituntut ayahnya selepas bedah siasat untuk dikebumikan.

ANAK PEGUAM BERPROFIL TINGGI DIDENDA MAHKAMAH MELBOURNE KERANA MENGIMPORT KETAMINE

WALAUPUN Timbalan Ketua Majistret Melbourne, Jelena Popovic memaklumkan bahawa beliau "sedikit seram" mendengar seorang anak peguam berprofil tinggi di Malaysia hanya didenda RM30,024 kerana membawa masuk 332 gram ketamin ke Australia, namun itulah realitinya!

Mahkamah Majistret Melbourne hanya mengenakan denda sebanyak itu kepada anak peguam berkenaan, Miki Yee, 23, kelmarin selepas dia yang juga pelajar di Universiti Monash mengaku bersalah.

Mahkamah diberitahu, Yee ditangkap pihak berkuasa Australia di apartmen penginapannya dan menemui ketamin di dalam bungkusan yang dihantar dari Malaysia.

Akhbar The Age melaporkan, peguam bela Yee, Tom Sawyer, sebagai berkata, anak guamnya itu mengaku menjual ketamin kepada kawan-kawannya dan dia sebenarnya mula menagih dadah sejak berusia 16 tahun. Dadah itu dibelinya dari Malaysia dengan harga A$70 segram.

TERBARU KEGANASAN DI INDONESIA: PERUSUH BAKAR KAMPUNG DAN MASJID AHMADIAH DI BOGOR

Masjid ini dikatakan menjadi antara mangsa serangan keganasan di Bogor sejak petang tadi.

BARU sahaja reda konflik berdarah di Tarakan, Kalimantan Timur, satu lagi siri keganasan berlaku di Indonesia. Kejadian terbaru bermula jam 7 petang tadi waktu Malaysia membabitkan serangan ke atas sebuah kampung warga Ahmadiah di Kampung Cimandala, Bogor oleh lebih 1,000 orang luar dari perkampungan itu.

Ketua Polis Bogor, Tomex Korniawan dipetik Kompas berkata, pihaknya terkejut dengan serangan mendadak menyebabkan kebakaran masjid (sebuah) madrasah (sebuah), rumah (4), motosikal (3) dan kereta (sebuah). Setakat ini pihaknya belum menerima laporan kecederaan.

"Entah daripada mana datangnya penyerang, kami belum pasti tetapi mereka bukan orang sini. Kami diberitahu serangan berpunca daripada berita dua lelaki berasal dari luar kampung ini ditikam ketika berada di sini. Mereka yang mengganas dipercayai mahu membalas dendam, tetapi kami belum pasti mereka yang mencederakan dua lelaki itu berasal dari mana," katanya.

Bagaimanapun, sehingga jam 12 malam keadaann telah kembali reda. Beberapa pasukan polis dikejarkan ke kampung berkenaan untuk mengawal keadaan. Tentera turut memberi bantuan dengan menghantar dua platun ke kampung itu.

Komandan 0602, Lt Kolonel Suswatya, berkata sehingga kini pihaknya berjaya mengawal keadaan namun katanya, dua lelaki yang cedera itu masih belum dikenali.

Friday, October 1, 2010

NEGARA ASING DIDAKWA CURI IKAN INDONESIA RM200 JUTA SETAHUN

INDONESIA mendakwa negara itu kerugian kira-kira RM140 juta setahun angkara ikan di perairannya dicuri oleh nelayan asing di beberapa kawasan perairan utamanya. Angka itu bagaimanapun dikatakan menurun berbanding anggaran kerugian tahunan sebelum ini yang mencecah hampir RM200 juta.





Ini ikan Indonesia! Masalahnya bagaimana pula ikan yang berkahwin campur ketika bertemu dan mengawan di tengah perairan milik dua negara? Ikan kacukan ini status warganegaranya macam mana ya?

500 RAKYAT INDONESIA DI KUANTAN DAN TEMERLOH PROTES TINDAKAN "BENDERA" LANCAR KEMPEN ANTI MALAYSIA

Sebahagian di antara rakyat Indonesia yang berhimpun aman menentang tindak tanduk kumpulan BENDERA melancarkan kempen anti Malaysia pagi tadi (Berita Harian)

KETIKA Jakarta hari ini diwarnai tujuh tunjuk perasaan bermula 9 pagi di tujuh lokasi, Kuantan dan Temerloh pula menjadi lokasi lebih 500 rakyat Indonesia berhimpun untuk mengadakan protes aman sebagai menentang tindakan kumpulan BENDERA melancarkan kempen anti Malaysia.

Kebanyakan penunjuk perasaan yang membawa sepanduk meluahkan semangat berbaik sangka di antara kedua-dua negara adalah pekerja negara itu di negara ini.

Di Kuantan, lebih 300 rakyat Indonesia berhimpun di Taman Kerang, bermula jam 11.30 pagi tadi meluah kata-kata protes terhadap BENDERA yang mereka dakwa sengaja mahu mencetuskan provokasi bagi menanam kebencian rakyat negara itu terhadap Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff, berkata perhimpunan aman itu bagaimanapun tidak mendatangkan masalah tetapi mereka yang terbabit diarahkan bersurai 20 minit kemudiannya.

Perhimpunan aman yang sama turut berlaku di Temerloh apabila lebih 200 pekerja negara itu, berhimpun di perhentian bas Lurah Semantan, membawa berpuluh sepanduk menyatakan kesal di atas sikap BENDERA yang cuba menghasut rakyat Indonesia membenci Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood, berkata perhimpunan aman itu turut disuraikan polis dan berakhir 20 minit kemudiannya.

RAKYAT KELANTAN LEBIH PERCAYAKAN BOMOH UNTUK RAWAT KANSER?!!

DILAPORKAN berita tentang kenyataan Pengarah Pembangunan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Ami Shafie bahawa rakyat Kelantan terlalu taksub dan percayakan bomoh dalam mendapatkan rawatan penyakit kanser.

Kedua, dipetik juga Dr Azmi berkata, sehingga kini tidak ada bukti bahawa rawatan tradisional ataupun urutan boleh merawat kanser.

Secara peribadi, bagi kenyataan pertama memang saya bersetuju dan memang banyak di kalangan rakyat bukan sahaja di Kelantan yang sering mendahulukan rawatan tradisional atau bomoh apabila menghidap penyakit yang kronik. Ini amat menyedihkan kerana sepatutnya, rawatan moden harus didahulukan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gambaran kasar dan rawatan yang boleh diberikan apabila seseorang itu diserang penyakit.

Namun pada pandangan kedua Dr Azmi, saya sedikit kurang bersetuju konon rawatan tradisional tidak mampu merawat kanser. Konon katanya, tiada bukti setakat ini. Kenyataan ini sedikit mengelirukan kerana pada pandangan saya, setiap penyakit ada ubatnya, termasuklah Aids. Hanya kematian yang tiada rawatan dan ubatnya.

Bagaimana kementerian mahu melihat bukti adanya rawatan tradisional mampu merawat kanser sedangkan kita sedia maklum kementerian itu selama ini bersikap menjauhkan diri daripada pengamal tradisional.

Satu cara bagi mendapatkan bukti rawatan tradisional boleh merawat kanser ialah dengan membuka satu makmal awam, di mana kementerian menjemput pengamal tradisional yang berwibawa datang untuk merawat pesakit yang disahkan oleh pakar perubatan moden tidak boleh dirawat. Memang saya muskyil pandangan ini kerana saya ada melihat sendiri pengamal tradisional berjaya mengubati pesakit kanser yang disahkan doktor sebagai kes tidak boleh dirawat lagi.

Dalam satu kes di Shah Alam, pernah seorang doktor perubatan di Singapura membawa bapanya ke sebuah pusat rawatan tradisional di Shah Alam untuk berubat selepas kecewa rawatan moden gagal menyembuhkan penyakit bapanya itu. Dan alhamdulillah dikatakan bapanya telah berjaya dirawat!

Apabila berlaku pertembungan pendapat tentang penyakit kronik, kita sering melihat adanya dakwaan yang sepenuhnya daripada pakar perubatan moden kononnya pengamal tradisional tidak boleh melakukan apa-apa. Jawapan yang selalu diterima daripada pakar perubatan moden jika ditanyakan hal itu, ialah apa buktinya?

Nah, sekarang kementerian jika ingin mencari bukti tentang kemampuan dan kewibawaan segelintir pengamal tradisional dalam merawat penyakit kronik mestilah membuka peluang kepada pengamal tradisional di negara ini melakukan rawatan dan dipantau serta direkodkan perkembangannya oleh kementerian sendiri. Rekod, pemantauan dan pemerhatian boleh membuktikan bahawa kementerian selama ini sebenarnya telah silap dalam membuat rumusan, hipotesis dan persepsi terhadap keupayaan pengamal perubatan tradisional.

1,049 PEMAJU DISENARAIHITAM OLEH KEMENTERIAN, TAPI 50,000 PEMBELI DISENARAIHITAM OLEH BANK!!!!!

KENYATAAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, hari ini bahawa 1,049 pemaju perumahan telah disenaraihitamkan oleh kementeriannya, bukanlah menjadi berita yang gembira sangat untuk disambut dan diraikan oleh pembeli rumah di negara ini.

Bagi mereka, apalah sangat kalau disenaraihitam oleh kementerian sedangkan mereka masih boleh menukar jenis perniagaan dan terus membuat penipuan lagi dan lagi.

Bagaimana pula dengan pembeli yang menjadi mangsa? Secara matematik mudah, jika setiap pemaju membina 500 unit dan kesemuanya terbengkalai, angka pembeli yang menjadi mangsa jika hanya dikira hanya 10 peratus ialah 50 orang bagi setiap projek yang terbengkalai itu.

Jika sebanyak 1,049 pemaju terbabit, bermakna pada kiraan 10 peratus sahaja di kalangan pembeli rumah yang merana dan menjadi mangsa, angkanya boleh mencecah lebih 50,000 orang! Apalah maknanya angka 1,049 orang ini berbanding 50,000 pembeli yang teraniaya dan sebahagian besarnya pula terpaksa disenaraihitamkan bank selepas gagal melunaskan pinjaman ke atas rumah yang tidak siap dan tidak boleh siap itu?

Seperkara lagi, disenaraihitamkan oleh kementerian, tidak bermakna pemaju tidak boleh menjalankan perniagaan lain. Namun bagi pembeli yang disenaraihitamkan namanya oleh bank tentu menjadi mangsa yang lebih teruk. Tidak boleh meminjam dan silap hari boleh diistyiharkan muflis!

Moral berita yang dibawa menteri itu ialah, penipu yang mengaut untung berlipat ganda memang sentiasa untung berbanding mangsa yang terus-terusan menjadi hamba hutang.

TERKINI: POLIS MENGEPUNG 14 PENGGANAS DI SIMPANG BROHOL.

Polis Indonesia memeriksa kenderaaan keluar masuk di sekitar tempat persembunyian pengganas.

SERAMAI 14 pengganas yang disyaki, kini terkepung di suatu kawasan hutan di Simpang Brohol, Sumatera Utara. Ratusan polis Indonesia termasuk dari unit mencegah keganasan dikejarkan ke situ awal pagi tadi selepas mendapat maklumat kesemua pengganas dikehendaki itu dilihat menaiki 7 motosikal.

Pengganas terbabit yang kesemuanya bersenjata api dipercayai terbabit dalam banyak kes jenayah termasuk merompak bank kepentingan Malaysia CIMB Niaga di Medan dan serangan ke atas Markas Polis Hamparan Perak yang turut membunuh tiga anggota polis.

Beberapa jam selepas mendekati lokasi persembunyian pengganas, penduduk berdekatan mendengar bunyi beberapa tembakan dipercayai berlaku pertempuran di antara polis dan pengganas.

Ketua Polis Daerah Sumatera Utara, Oegrosono yang turut menyertai operasi khas itu, dipetk berkata pihaknya tidak akan membuka ruang kepada kesemua pengganas melepaskan diri. Katanya, operasi melibatkan pemeriksaan kenderaan di kawasan sekitar juga dipertingkatkan bagi mengelakkan pengganas terlepas.

DOAKAN ANAK BUAH SAYA: HASLI IZWAN JANJI DAPATKAN EMAS MENEMBAK UNTUK NEGARA

Bawa balik empat pingat tau..satu untuk ayeen, satu untuk ezri, satu untuk yati dan satu lagi sendiri punya...selamat berjuang.
HARI ini Hasli Izwan, penembak pistol negara pun memulakan perjalanannya untuk menyertai empat acara menembak di Sukan Komanwel, New Delhi India.

Sewaktu dia bersalam dan mencium tangan saya sebelum berangkat petang tadi, sempat saya bisikkan: "Li...bawa balik emas tau!"

Dan dia memandang tepat ke arah saya lalu menjawab: "InsyaAllah...InsyaAllah..cik. Cik Hamid doakan ya," dan dia terus masuk ke dalam keretanya tanpa menoleh ke belakang lagi. Ya...memang saya tidak mahu orang yang telah memulakan langkah, menoleh ke belakang. Dan saya pasti Hasli pun tahu sikap dan sifat pak ciknya ini.

Sebelum ini dalam tiga sukan komanwel yang disertainya, Hasli hanya menyertai satu acara dan pada Sukan Komanwel Melbourne 2006 sekadar menghadiahkan pingat gangsa untuk negara. Namun kini dengan empat acara yang layak disertainya, Hasli pernah memberitahu saya yang dia mahu melakukan lebih daripada sebelum ini.

"Sekurang-kurangnya kalau nasib kurang baik dalam acara pertama, semanagat akan terus membara dan menyala untuk mendapatkan pingat pada acara yang selebihnya," kata Hasli dua minggu dulu ketika kami duduk menghirup udara di beranda rumahnya pada sebelah malam.

Hasli memang seorang atlet yang tinggi semangatnya. Walaupun gagal meghadiahkan pingat pada Sukan Olimpik 2008 yang berlangsung di Beijing, semangatnya kini 200 peratus lebih tinggi. Kami sekeluarga mengiringi doa agar dia berjaya.

Pada sukan komanwel kali ini Hasli akan menyertai acara  free pistol, standard pistol, center fire pistol dan rapid fire pistol.

Tentunya kita mahukan yang lebih dari Hasli kali ini. Marilah kita doakan bersama. Pada Kejohanan Asia 2007, dia meraih pingat perak. Kini emas Li...cubalah sebaik mungkin.

Bersama doa dari anak-anak kesayangannya, Ayeen, Ezri dan isterinya yang tercinta Yati, kita tambahkan lagi doa dari semua rakyat Malaysia.

Emas! Emas! Emas!

TENTERA SELAMATKAN PRESIDEN ECUADOR DARIPADA DITANGKAP POLIS

TENTERA Ecuador akhirnya terpaksa bertindak bagi menyelamatkan Presiden Raffael Correa, dengan melepaskan tembakan senjata automatik dan bom tangan ke arah kumpulan polis yang memberontak dan mahu menangkap presiden itu pagi tadi, sebagai usaha melepaskannya daripada terus dikepung di sebuah hospital.

Dalam usaha menyelamat itu, sekurang-kurangnya seorang polis terbunuh dan enam yang lain cedera apabila cuba menentang pasukan tentera yang cuba menyelamatkan presiden berkenaan.

Corre, 47, disambut penyokong dan pasukan tentera, dilihat memasuki sebuah kenderaan SUV sebelum dibawa ke satu lokasi yang selamat. Polis negara itu meberontak dan mahu menangkap Correa hidup atau mati sebagai tanda marah selepas kerajaan mengumumkan penarikan balik sebahagian daripada keistimewaan yang diberikan kepada pasukan polis sebelum ini.

Malah dalam usaha menangkap presiden berkenaan, polis turut melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan Correa tercedera dan dirawat di hospital. Polis yang mendengar berita Correa berada di hospital kemudian bertindak mengepung hospital berkenaan untuk menangkapnya.

Ketua Turus Tentera Ecuador, Jeneral Ernesto Gonzalez, segera mengumumkan kesetiaan tentera kepada presiden dan bertindak mengawal keadaan dengan menghantar tentera ke beberapa lokasi pemberontakan yang digerakkan oleh pasukan polis.

Presiden Ecuador, Raffael Correa (tengah) menutup matanya yang sakit sebaik sahaja diselamatkan pasukan tentera daripada kepungan polis yang mahu menangkapnya.
Tentera juga dijangka akan bertindak ke atas kumpulan polis yang masih berdegil termasuk mengenakan hukuman tentera, menembak mereka yang ingkar.

CERITA API TERBANG DAN SUARA MINTA TOLONG: ROH BERCAKAP MENGGUNAKAN PELBAGAI BAHASA DI LADANG GADONG, LEBUHRAYA SUNGAI BULOH DAN PUNCAK ALAM

DISATIRAKAN banyak orang tentang magis dan misteri api dan suara meminta tolong. Konon bukan sahaja di Ladang Gadong Tanjung Sepat, tetapi juga di Lebuhraya Sungai Buloh dan di hutan Puncak Alam.

Di Ladang Gadong, katanya ada beberapa penduduk terlihat api terbang di tepi sungai dan ada beberapa anggota polis pula terdengar suara-suara meminta tolong. Disatirakan lagi, konon suara meminta tolong itu semakin banyak dann bercakap menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Tamil.

Meremang segala bulu di tubuh penduduk dan anggota polis berdepan kejadian luar biasa ini. Bayangkan kalau suara itu semakin kuat, sedang jasadnya tidak terlihat. Berbahasa Melayu dan Tamil pula!

Disatirakan lagi, ada orang melihat sebuah kereta berwarna putih lalu lalang di lebuh raya Sungai Buloh, tanpa pemandu! Dan selepas kereta itu hilang, terdengar pula suara lelaki dan perempuan meminta tolong dalam bahasa Jawa atau Banjar!

Dicerita dan menjadi satira lagi kisah suara orang perempuan meminta tolong di hutan Puncak Alam. Suara meminta tolong itu katanya, sering kedengaran pada malam minggu dan sering sahaja kedengaran berteriak dalam bahasa Monggol!

Dan disatira lagi cerita orang konon ada terdengar suara meminta tolong di lokap-lokap. Menjerit dan meminta tolong dalam bahasa Inggeris bercampur Tamil dan bahasa Melayu yang tidak fasih dan tidak berbutir bunyinya!

Demikian kalau ada sahaja kematian akibat pembunuhan! Suara meminta tolong seolah-olah kedengaran meminta kita seolah-olah juga memohon diperbetul atau dipercepatkan proses pengadilannya.

TUJUH TUNJUK PERASAAN MENGGEGAR JAKARTA MULAI PAGI INI

POLIS Indonesia, khususnya di Jakarta, mengambil langkah berjaga-jaga apabila tujuh lokasi tunjuk perasaan dikenalpasti hari ini, bermula di depan pejabat MKR/DPR jam 9 pagi tadi. Sehingga kini tidak diketahui punca dan daripada mana datangnya gerombolan penunjuk perasaan itu, tetapi menurut sumber ia berkait rapat dengan kekecewaan rakyat negara itu yang semakin resah dibelenggu kemelaratan ekonomi.

Menurut laporan polis Jakarta Pusat, antara lokasi yang telah dan akan diwarnai oleh penunjuk perasaan itu ialah di depan pejabat Kejaksaan Agong, Jalan Sultan Hasanudin, Jakarta Selatan, Menara Kadin, Jalan HR Rasuna Said dan di depan pejabat kementerian ESDM, Jalan Medan, Jakarta Pusat.

Perarakan pagi ini dijangka diteruskan berarak ke pejabat Pertamina di Jalan Prawira sebelum meneruskan tunjuk perasaan di depan pejabat KPK dan Gedung MPR/DPR bermula 1 tengah hari nanti.

Dengan semakin meningkatnya tunjuk perasaan ini, pelbagai pihak percaya ekonomi Indonesia bakal bergegar manakala kumpulan pengganas pula mengambil kesempatan bertindak merompak dan melakukan keganasan di beberapa pejabat kewangan dan institusi bank.

Semalam, Presiden Susilo Bambang Yudiyhono, meramalkan ibu negara Indonesia, Jakarta mungkin akan dipindahkan ke tempat lain kerana kepadatan penduduk yang terlalu melampau di bandaraya itu. Malah pakar geologi turut meramalkan Jakarta bakal menjadi bandaraya tenggelam dalam tempoh 40 tahun dari sekarang.

Indonesia baru sahaja melakukan beberapa perubahan penting dalam tampuk pentadbiran negaranya, termasuk menggantikan Ketua Hakim dna bakal menggantikan Ketua Polis serta Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Tujuh tunjuk perasaan berlaku hari ini di Jakarta, dan ia telah bermula sejak 9 pagi tadi
Beberapa rusuhan berdarah termasuk di Tarakan, Jakarta dan Medan sejak seminggu lalu turut merisaukan ahli politik negara itu.

KIM JONG UN MULA MUNCUL DI KHALAYAK RAMAI PETANDA BAKAL MEWARISI LEGASI AYAHNYA, PRESIDEN KOREA UTARA

SELEPAS dilantik sebagai jeneral oleh ayahnya, Presiden Korea Utara, Kim Jong Il, bakal pewaris legasi pemerintahan Korea Utara, Kim Jong Un mula muncul di beberapa majlis awam sebagai petanda semakin kuat yang dia akan menggantikan ayahnya sebagai presiden negara komunis itu.

Gambar yang diperolehi daripada televisyen Korea Utara (KCTV), menunjukkan Jong Un berada di barisan depan bersama beberapa penyokong kuat ayahnya, sejurus sahaja dia dilantik sebagai jeneral tentera.

Jong Un mula (depan tengah, bermuka bulat dan berbaju hitam) hadir di majlis awam sebagai tanda dia bakal menggantkan ayahnya sebagai presiden Korea Utara.
Kini semakin ramai percaya, Jong Un akan dilantik sebagai presiden bila-bila masa sahaja ekoran keadaan kesihatan Jong Il yang dikatakan dalam keadaan tenat selepa diserang stroke sejak 2008.

KERETA WAJA WLG 9170 MILIK MOHD SHAIFUL BUKHARI DICURI ORANG!

KERETA milik pengadu dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Shaiful Bukhari, jenis Proton Waja bernombor pendaftaran WLG 9170 dilaporkan hilang kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Mohd Shaiful yang meluahkan rasa kecewanya di atas kehilangan kereta pemberian arwah ibunya sebelum meninggal dunia 2004 menerusi laman facebooknya, berkata kereta itu diletakkan berdekatan sebuah restoran di Lorong Medan Tuanku 2, sebelum kejadian.

Ketika itu katanya, dia dan ayahnya Mohd Azlan sedang menjamu selera di restoran berkenaan apabila menyedari keretanya hilnag tidak lama selepas itu. 

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi, sejurus kemudian. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaaan bermotor.

TERKINI: CIF INSPEKTOR TERBUNUH KETIKA MENGEJAR MAT REMPIT DI KUALA LUMPUR

SEORANG pegawai polis bandaraya berpangkat Cif Inspektor, terbunuh ketika bertugas memburu kumpulan mat rempit dalam satu operasi khas di ibu kota awal pagi tadi.

Cif Inspektor Kairul Zaini Mohd Zain, 32, terbunuh di tempat kejadian apabila motosikalnya bertembung sebuah kereta dipandu seorang wanita ketika memburu mat rempit yang melarikan diri. Dia yang cedera parah dikejarkan hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman yang bergegas ke tempat kejadian, berkata ini adalah kali pertama kematian membabitkan pegawainya dalam operasi membanteras gejala mat rempit di ibu kota.

Operasi memburu mat rempit kini diperkuatkan ekoran tingkah laku berbahaya yang dilakukann kumpulan itu di seluruh negara kebelakangan ini, termasuk mencederakan beberapa anggota polis dan orang awam sebelum ini.

Malah kepimpinan tertinggi polis turut dilaporkan telah mengarahkan operasi membanteras golongan itu diperhebatkan serta merta kerana disahkan amat mengancam keselamatan selain turut mengganggu ketenteraman awam.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga Cif Inspektor Khairul. Kepada mat rempit bangsat dan biadap, anda tidak akan terlepas.

Selepas seorang anggota polis cedera parah di Terengganu lapan hari lalu angkara dirempuh mat rempit dan selepas kamu mengelar leher siswa UiTM sehingga parah di Shah Alam empat hari lalu, kini seorang pegawai polis maut angkara perbuatan kamu!

EMPAT CEDERA, LIF TERJATUH DARI TINGKAT ENAM

EMPAT, dua di antaranya pasangan suami isteri dan dua yang lain pelajar sekolah menempuh pengalaman menakutkan apabila lif mereka naiki di Blok A, Flet Impian Baiduri Petaling Jaya, jatuh secara tiba-tiba dari tingkat enam.

Mereka, Rahim Yunus, anggota bomba dan penyelamat, isterinya, Zarinah Jaafar, seorang guru dan dua pelajar, Azizah Ermionchatib, 13 dan S Kugahan, 14 bagaimanapun hanya cedera ringan kerana terhentak badan akibat lorotan lif yang laju ke bawah.

Lif jatuh dari tingkat enam di Flat Impian Baiduri
Mereka bagaimanapun berjaya dikeluarkan dalam tempoh setengah jam.

DUKACITA MELAYU DI TANAH SENDIRI: ALAMANDA KUBUR PENIAGA MELAYU SELEPAS KLCC!!!

MALAM tadi satu lagi talkin dibacakan untuk melengkapkan kematian seorang lagi peniaga Melayu yang beroperasi di kompleks beli-belah Alamanda, Putrajaya. Kini semakin sempurnalah pusat perniagaan itu menjadi kubur buat peniaga Melayu!

Selepas membelanjakan lebih RM300,000 untuk kerja ubahsuai premis bagi memulakan perniagaannya pada 2004, Zaida Abd Aziz, terpaksa menerima hakikat hayatnya untuk terus kekal berniaga di Alamanda tidak kesampaian.

Dengan syarat baru pengurusan kompleks beli-belah itu yang menghendaki peniaga membayar sewa sebanyak RM16,000 sebulan jika mahu membaharui kontrak perniagaan di situ, Zaida terpaksa akur dengan kerja-kerja pembunuhan secara halus itu.

Pemilik Zaida's Collection itu akhirnya terpaksa mengemaskan barang-barang dari kedainya malam tadi untuk dipindahkan ke luar selepas dia hanya diberi tempoh akhir 29 September untuk keluar kerana gagal mematuhi syarat baru kontrak perniagaan yang melampau di situ.

Sebelum ini dia menerima notis untuk keluar dari kompleks beli-belah itu sehingga 18 Ogos lalu, tetapi telah merayu sebanyak 6 kali. Dia diberi tempoh sehingga semalam sahaja. Dan syarat baru untuk meneruskan perniagaan ialah bersedia untuk membayar sewa sekali ganda berbanding sebelum ini yang hanya RM8,000 sebulan.

Zaida mengakui kadar sewa yang terlampau tinggi itu amat membebankan selain beberapa syarat seperti membayar peratusan tertentu berdasarkan keuntungan perniagaannya.

Kini semakin basahlah Alamanda dengan air mata peniaga Melayu. Difahamkan ada 28 peniaga lain sedang menerima nasibb serupa. Dan adakah kita akan gembira Alamanda terus menjadi kubur kedua pembunuhan peniaga Melayu selepas KLCC di Kuala Lumpur?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10