nuffnang ads

Saturday, October 2, 2010

TERKINI: 33 TERKOBAN DUA KERETAPI BERLANGGAR

DUA keretapi, Argo Anggrek dan Senja Utama berlanggar di lintasan Desa Jatimulyo, Jawa Tengah, Indonesia kira-kira jam 4 pagi tadi waktu Malaysia, mengakibatkan 33 penumpang terbunuh manakala 13 yang lain cedera parah.
Kemalangan keretapi di antara Argo Anggrek dan Senja Utama ini mengakibatkan 33 terbunuh

Bagaimanapun, media Indonesia yang memetik saksi kejadian melaporkan masih ramai yang terperangkap di bawah gerabak yang musnah dan terbalik. Usaha menyelamat kini sedang giat dilakukan, termasuk menggunakan pelbagai peralatan untuk mengalihkan gerabak yang terbalik.

Keretapi Argo Anggrek dalam perjalanan dari Jakarta ke Surabaya manakala Senja Utama pula dari Jakarta ke Semarang. Bagaimanapun, kira-kira 100 meter dari perhentian Petaruka, keretapi Argo Anggrek gagal berhenti lalu melanggar dari belakang keretapi Senja Utama.

Akibat pelanggaran itu, gerabak kesembilan Senja Utama musnah teruk manakala gerabak keenamnya pula terbalik dan terkeluar dari landasan.

Ketua Polis Pemalang, Sofyan Nugroho, berkata polis telah menahan dua pemandu dan pembantu keretapi Argo Anggrek untuk siasatan kerana disyaki cuai sehingga mengakibatkan pelanggaran dasyat yang telah meragut banyak nyawa.

Difahamkan, Ketua Pengarah Keretapi Indonesia bersama beberapa pegawai kanan telah bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan kejadian itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10