nuffnang ads

Friday, October 1, 2010

TERKINI: CIF INSPEKTOR TERBUNUH KETIKA MENGEJAR MAT REMPIT DI KUALA LUMPUR

SEORANG pegawai polis bandaraya berpangkat Cif Inspektor, terbunuh ketika bertugas memburu kumpulan mat rempit dalam satu operasi khas di ibu kota awal pagi tadi.

Cif Inspektor Kairul Zaini Mohd Zain, 32, terbunuh di tempat kejadian apabila motosikalnya bertembung sebuah kereta dipandu seorang wanita ketika memburu mat rempit yang melarikan diri. Dia yang cedera parah dikejarkan hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman yang bergegas ke tempat kejadian, berkata ini adalah kali pertama kematian membabitkan pegawainya dalam operasi membanteras gejala mat rempit di ibu kota.

Operasi memburu mat rempit kini diperkuatkan ekoran tingkah laku berbahaya yang dilakukann kumpulan itu di seluruh negara kebelakangan ini, termasuk mencederakan beberapa anggota polis dan orang awam sebelum ini.

Malah kepimpinan tertinggi polis turut dilaporkan telah mengarahkan operasi membanteras golongan itu diperhebatkan serta merta kerana disahkan amat mengancam keselamatan selain turut mengganggu ketenteraman awam.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga Cif Inspektor Khairul. Kepada mat rempit bangsat dan biadap, anda tidak akan terlepas.

Selepas seorang anggota polis cedera parah di Terengganu lapan hari lalu angkara dirempuh mat rempit dan selepas kamu mengelar leher siswa UiTM sehingga parah di Shah Alam empat hari lalu, kini seorang pegawai polis maut angkara perbuatan kamu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10