nuffnang ads

Friday, October 1, 2010

DUKACITA MELAYU DI TANAH SENDIRI: ALAMANDA KUBUR PENIAGA MELAYU SELEPAS KLCC!!!

MALAM tadi satu lagi talkin dibacakan untuk melengkapkan kematian seorang lagi peniaga Melayu yang beroperasi di kompleks beli-belah Alamanda, Putrajaya. Kini semakin sempurnalah pusat perniagaan itu menjadi kubur buat peniaga Melayu!

Selepas membelanjakan lebih RM300,000 untuk kerja ubahsuai premis bagi memulakan perniagaannya pada 2004, Zaida Abd Aziz, terpaksa menerima hakikat hayatnya untuk terus kekal berniaga di Alamanda tidak kesampaian.

Dengan syarat baru pengurusan kompleks beli-belah itu yang menghendaki peniaga membayar sewa sebanyak RM16,000 sebulan jika mahu membaharui kontrak perniagaan di situ, Zaida terpaksa akur dengan kerja-kerja pembunuhan secara halus itu.

Pemilik Zaida's Collection itu akhirnya terpaksa mengemaskan barang-barang dari kedainya malam tadi untuk dipindahkan ke luar selepas dia hanya diberi tempoh akhir 29 September untuk keluar kerana gagal mematuhi syarat baru kontrak perniagaan yang melampau di situ.

Sebelum ini dia menerima notis untuk keluar dari kompleks beli-belah itu sehingga 18 Ogos lalu, tetapi telah merayu sebanyak 6 kali. Dia diberi tempoh sehingga semalam sahaja. Dan syarat baru untuk meneruskan perniagaan ialah bersedia untuk membayar sewa sekali ganda berbanding sebelum ini yang hanya RM8,000 sebulan.

Zaida mengakui kadar sewa yang terlampau tinggi itu amat membebankan selain beberapa syarat seperti membayar peratusan tertentu berdasarkan keuntungan perniagaannya.

Kini semakin basahlah Alamanda dengan air mata peniaga Melayu. Difahamkan ada 28 peniaga lain sedang menerima nasibb serupa. Dan adakah kita akan gembira Alamanda terus menjadi kubur kedua pembunuhan peniaga Melayu selepas KLCC di Kuala Lumpur?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10