SEIRAS..pontianak yang dimaksudkan seiras gambar kuntilanak ini. |
SEBELUM ini penduduk menganggapnya hanyalah cerita dongeng yang dijaja dari mulut ke mulut. Namun sejak seminggu lalu, ribuan penduduk di kota Mamuju, Sulawesi Barat, melihat sendiri bagaimana satu lembaga berkepak terbang dan hilang.
Malam Jumaat kelmarin, kelibat pontianak berkepak seperti kain putih itu dilihat terbang dari arah sebuah rumah kosong beratap nipah yang ditinggalkan di Jalan Macciranae menyebabkan ribuan mata yang menunggu tidak berkerdip.
Menurut Iccang, 25, memang kelibat pontianak itu dipercayai syaitan selalu sangat dilihat berterbangan selepas jam 12 malam dan kadang-kala bertenggek di atas atap rumah kosong beratap nipah itu dan kadang-kala bertenggek di pohon kelapa berdekatan.
Sejak ramai melihat kelibat pontianak itu, Jalan Macciranae semakin sesak selepas tengah malam. Kebanyakan mereka mahu melihat sendiri bagaimana wajah pontianak yang dimaksudkan itu.
Sebuah syarikat televisyen luar negara dikatakan dalam perjalanan ke Mamuju untuk membuat rakaman dari dekat selepas kisah pontianak itu turut diketahui oleh media di luar negara.