SELEPAS dilantik sebagai jeneral oleh ayahnya, Presiden Korea Utara, Kim Jong Il, bakal pewaris legasi pemerintahan Korea Utara, Kim Jong Un mula muncul di beberapa majlis awam sebagai petanda semakin kuat yang dia akan menggantikan ayahnya sebagai presiden negara komunis itu.
Gambar yang diperolehi daripada televisyen Korea Utara (KCTV), menunjukkan Jong Un berada di barisan depan bersama beberapa penyokong kuat ayahnya, sejurus sahaja dia dilantik sebagai jeneral tentera.
|
Jong Un mula (depan tengah, bermuka bulat dan berbaju hitam) hadir di majlis awam sebagai tanda dia bakal menggantkan ayahnya sebagai presiden Korea Utara. |
Kini semakin ramai percaya, Jong Un akan dilantik sebagai presiden bila-bila masa sahaja ekoran keadaan kesihatan Jong Il yang dikatakan dalam keadaan tenat selepa diserang stroke sejak 2008.