nuffnang ads

Friday, October 1, 2010

CERITA API TERBANG DAN SUARA MINTA TOLONG: ROH BERCAKAP MENGGUNAKAN PELBAGAI BAHASA DI LADANG GADONG, LEBUHRAYA SUNGAI BULOH DAN PUNCAK ALAM

DISATIRAKAN banyak orang tentang magis dan misteri api dan suara meminta tolong. Konon bukan sahaja di Ladang Gadong Tanjung Sepat, tetapi juga di Lebuhraya Sungai Buloh dan di hutan Puncak Alam.

Di Ladang Gadong, katanya ada beberapa penduduk terlihat api terbang di tepi sungai dan ada beberapa anggota polis pula terdengar suara-suara meminta tolong. Disatirakan lagi, konon suara meminta tolong itu semakin banyak dann bercakap menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Tamil.

Meremang segala bulu di tubuh penduduk dan anggota polis berdepan kejadian luar biasa ini. Bayangkan kalau suara itu semakin kuat, sedang jasadnya tidak terlihat. Berbahasa Melayu dan Tamil pula!

Disatirakan lagi, ada orang melihat sebuah kereta berwarna putih lalu lalang di lebuh raya Sungai Buloh, tanpa pemandu! Dan selepas kereta itu hilang, terdengar pula suara lelaki dan perempuan meminta tolong dalam bahasa Jawa atau Banjar!

Dicerita dan menjadi satira lagi kisah suara orang perempuan meminta tolong di hutan Puncak Alam. Suara meminta tolong itu katanya, sering kedengaran pada malam minggu dan sering sahaja kedengaran berteriak dalam bahasa Monggol!

Dan disatira lagi cerita orang konon ada terdengar suara meminta tolong di lokap-lokap. Menjerit dan meminta tolong dalam bahasa Inggeris bercampur Tamil dan bahasa Melayu yang tidak fasih dan tidak berbutir bunyinya!

Demikian kalau ada sahaja kematian akibat pembunuhan! Suara meminta tolong seolah-olah kedengaran meminta kita seolah-olah juga memohon diperbetul atau dipercepatkan proses pengadilannya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10