Dalam usaha menyelamat itu, sekurang-kurangnya seorang polis terbunuh dan enam yang lain cedera apabila cuba menentang pasukan tentera yang cuba menyelamatkan presiden berkenaan.
Corre, 47, disambut penyokong dan pasukan tentera, dilihat memasuki sebuah kenderaan SUV sebelum dibawa ke satu lokasi yang selamat. Polis negara itu meberontak dan mahu menangkap Correa hidup atau mati sebagai tanda marah selepas kerajaan mengumumkan penarikan balik sebahagian daripada keistimewaan yang diberikan kepada pasukan polis sebelum ini.
Malah dalam usaha menangkap presiden berkenaan, polis turut melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan Correa tercedera dan dirawat di hospital. Polis yang mendengar berita Correa berada di hospital kemudian bertindak mengepung hospital berkenaan untuk menangkapnya.
Ketua Turus Tentera Ecuador, Jeneral Ernesto Gonzalez, segera mengumumkan kesetiaan tentera kepada presiden dan bertindak mengawal keadaan dengan menghantar tentera ke beberapa lokasi pemberontakan yang digerakkan oleh pasukan polis.
Presiden Ecuador, Raffael Correa (tengah) menutup matanya yang sakit sebaik sahaja diselamatkan pasukan tentera daripada kepungan polis yang mahu menangkapnya. |