nuffnang ads

Friday, October 1, 2010

DOAKAN ANAK BUAH SAYA: HASLI IZWAN JANJI DAPATKAN EMAS MENEMBAK UNTUK NEGARA

Bawa balik empat pingat tau..satu untuk ayeen, satu untuk ezri, satu untuk yati dan satu lagi sendiri punya...selamat berjuang.
HARI ini Hasli Izwan, penembak pistol negara pun memulakan perjalanannya untuk menyertai empat acara menembak di Sukan Komanwel, New Delhi India.

Sewaktu dia bersalam dan mencium tangan saya sebelum berangkat petang tadi, sempat saya bisikkan: "Li...bawa balik emas tau!"

Dan dia memandang tepat ke arah saya lalu menjawab: "InsyaAllah...InsyaAllah..cik. Cik Hamid doakan ya," dan dia terus masuk ke dalam keretanya tanpa menoleh ke belakang lagi. Ya...memang saya tidak mahu orang yang telah memulakan langkah, menoleh ke belakang. Dan saya pasti Hasli pun tahu sikap dan sifat pak ciknya ini.

Sebelum ini dalam tiga sukan komanwel yang disertainya, Hasli hanya menyertai satu acara dan pada Sukan Komanwel Melbourne 2006 sekadar menghadiahkan pingat gangsa untuk negara. Namun kini dengan empat acara yang layak disertainya, Hasli pernah memberitahu saya yang dia mahu melakukan lebih daripada sebelum ini.

"Sekurang-kurangnya kalau nasib kurang baik dalam acara pertama, semanagat akan terus membara dan menyala untuk mendapatkan pingat pada acara yang selebihnya," kata Hasli dua minggu dulu ketika kami duduk menghirup udara di beranda rumahnya pada sebelah malam.

Hasli memang seorang atlet yang tinggi semangatnya. Walaupun gagal meghadiahkan pingat pada Sukan Olimpik 2008 yang berlangsung di Beijing, semangatnya kini 200 peratus lebih tinggi. Kami sekeluarga mengiringi doa agar dia berjaya.

Pada sukan komanwel kali ini Hasli akan menyertai acara  free pistol, standard pistol, center fire pistol dan rapid fire pistol.

Tentunya kita mahukan yang lebih dari Hasli kali ini. Marilah kita doakan bersama. Pada Kejohanan Asia 2007, dia meraih pingat perak. Kini emas Li...cubalah sebaik mungkin.

Bersama doa dari anak-anak kesayangannya, Ayeen, Ezri dan isterinya yang tercinta Yati, kita tambahkan lagi doa dari semua rakyat Malaysia.

Emas! Emas! Emas!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10