Menurut laporan polis Jakarta Pusat, antara lokasi yang telah dan akan diwarnai oleh penunjuk perasaan itu ialah di depan pejabat Kejaksaan Agong, Jalan Sultan Hasanudin, Jakarta Selatan, Menara Kadin, Jalan HR Rasuna Said dan di depan pejabat kementerian ESDM, Jalan Medan, Jakarta Pusat.
Perarakan pagi ini dijangka diteruskan berarak ke pejabat Pertamina di Jalan Prawira sebelum meneruskan tunjuk perasaan di depan pejabat KPK dan Gedung MPR/DPR bermula 1 tengah hari nanti.
Dengan semakin meningkatnya tunjuk perasaan ini, pelbagai pihak percaya ekonomi Indonesia bakal bergegar manakala kumpulan pengganas pula mengambil kesempatan bertindak merompak dan melakukan keganasan di beberapa pejabat kewangan dan institusi bank.
Semalam, Presiden Susilo Bambang Yudiyhono, meramalkan ibu negara Indonesia, Jakarta mungkin akan dipindahkan ke tempat lain kerana kepadatan penduduk yang terlalu melampau di bandaraya itu. Malah pakar geologi turut meramalkan Jakarta bakal menjadi bandaraya tenggelam dalam tempoh 40 tahun dari sekarang.
Indonesia baru sahaja melakukan beberapa perubahan penting dalam tampuk pentadbiran negaranya, termasuk menggantikan Ketua Hakim dna bakal menggantikan Ketua Polis serta Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI) selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Tujuh tunjuk perasaan berlaku hari ini di Jakarta, dan ia telah bermula sejak 9 pagi tadi |