nuffnang ads

Friday, October 1, 2010

NEGARA ASING DIDAKWA CURI IKAN INDONESIA RM200 JUTA SETAHUN

INDONESIA mendakwa negara itu kerugian kira-kira RM140 juta setahun angkara ikan di perairannya dicuri oleh nelayan asing di beberapa kawasan perairan utamanya. Angka itu bagaimanapun dikatakan menurun berbanding anggaran kerugian tahunan sebelum ini yang mencecah hampir RM200 juta.





Ini ikan Indonesia! Masalahnya bagaimana pula ikan yang berkahwin campur ketika bertemu dan mengawan di tengah perairan milik dua negara? Ikan kacukan ini status warganegaranya macam mana ya?

Ketua Pengarah Pengawasan dan Pengendalian Sumber Daya Kelautan dan Perikanannya, Aji Sularso, memberitahu media Indonesia, antara kawasan yang menjadi tumpuan nelayan asing menceroboh ialah di perairan Natuna, Arafura dan Sulawesi Utara.

"Kecurian ikan paling banyak berlaku di perairan Natuna, berdekatan Riau," katanya tanpa merujuk negara yang didakwanya terbabit.

Berdasarkan rekod, Aji berkata lebih 1,000 kapal nelayan asing dikatakan terbabit mencuri ikan milik Indonesia di semua kawasan berkenaan sepanjang tahun. Sesetengahnya berjaya ditahan manakala selebihnya berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya berikutan tindakan pencegahan yang kerap dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu jumlah kes yang dilaporkan semakin berkurangan sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Jumlah kes tangkapan kapal nelayan asing yang dilaporkan di negara itu ialah sebanyak 242 kes pada tahun 2008. Pada tahun 2009 (205) manakala sehingga tahun ini sebanyak 150 kes tangkapan dilakukan.

Difahamkan antara negara yang terbabit dalam dakwaan itu tetapi tidak dijelaskan ialah Malaysia, Thailand dan Vietnam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10