nuffnang ads

Sunday, November 28, 2010

CECILIA CHEUNG DIJANGKA BERDEPAN SATU LAGI SKANDAL SEKS

Kena lagi lepas ni...Cheung kehilangan komputer mengandungi gambar-gambar seksnya.
ARTIS terkenal China, Cecilia Cheung yang pernah berdepan keperitan apabila skandal seksnya dengan penyanyi dan aktor Hong Kong, Edison Chen tersebar di internet sekitar 2008, dijangka berdepan kesulitan baru.

Satu lagi skandal seks bakal didepaninya apabila pencuri memasuki pejabat pengurusannya baru-baru ini dan melarikan tiga komputer termasuk sebuah milik peribadi Cheung.

Difahamkan, banyak data dan gambar sulit, tentunya berkaitan skandal barunya dengan orang lain turut hilang bersama komputer yang lesap itu.

Pengurusan pejabatnya memberi amaran, satu lagi keperitan bakal dihadapi Cheung kerana yakin semua gambar dan data yang amat peribadi itu akan tersebar di dalam internet.

Pada tahun 2008, dunia hiburan China dan antarabangsa gempar apabila skandal skes membabitkan Cheung dan Edison Chen tersebar di internet selepas Cheung menghantar komputernya untuk diperbaiki. Si pembaik komputernya tidak menunggu masa yang lama untuk menyebarkan gambar-gambar seks di dalam komputer itu ke dalam internet. 

BATUK 12 HARI DI HOSPITAL SWASTA: CAJ RM23,000!!!

HANYA kerana batuk dan dirawat 12 hari di sebuah hospital swasta di Batu Pahat, seorang pekerja swasata dikenakan caj rawatan sehingga RM23,000!

Paling menghairankan caj ubat sahaja mencecah RM9,852 walaupun dia hanya menjalani imbasan x-ray dan memasukkan wayar ke hidungnya.

Demikian nasib malang menimpa Roslan Hussin, 46, selepas doktor panel syarikatnya meminta dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital pakar selepas mengadu batuk selama dua minggu tanpa dapat dikesan puncanya.

Menurut Roslan, doktor pusat perubatan itu menyatakan dia mengidap asma, tetapi dia tidak percaya dan kerana terlalu terkejut dengan bil yang begitu tinggi, beliau meminta rawatan ke hospital kerajaan.

Doktor perubatan hospital berkenaan kemudian menulis surat merujuknya ke Hospital Kluang, tetapi dia diberi oleh doktor perubatan di Hospital Kluang, kalau pakar sendiri tidak tahu punca penyakitnya bagaimana mahu dirawat penyakitnya itu.

Roslan ternyata kecewa dengan caji dikenakan hospital swasta itu kerana melebihi bayaran dibenarkan oleh syarikatnya iaitu sebanyak RM15,000.

Kini dia berubat secara tradisional dan hasilnya memuaskan. Apalah doktor pakar ni...tok bomoh lebih hebat nampak!

HOBEN KATA: " PERGI BERAMBUSLAH KAU NABIL!"

Sumber-sumber dunia hiburan memberitahu, Nabil yang sejak akhir-akhir ini digelar oleh segelintir peminatnya sebagai "The Cium Man", dibasuh cukup-cukup oleh keluarga Qasha baru-baru ini gara-gara gambar bercium yang menyerupai dia dan Qasha.

Salah seorang ahli keluarga Qasha, dikatakan bersemuka dengan Nabil dan memberitahu jika berlaku apa-apa tidak baik terhadap Qasha, Nabil akan dipertanggungjawabkan. Wow...panas. Diasak kiri kanan, depan belakang, atas bawah, Nabil kini dikatakan teruk dikitai orang sejak gambar bericum mulut yang didakwa orang sebagai dia dan Qasha tersebar.

Selain ahli keluarga Qasha, teman rapat dan pelawak veteran juga menyindir dengan pedas - ada di antaranya pula dikatakan hilang hormat dan menyampah!

Dan peminat di Seremban bernama Hoben bila ditanya bila laporan polis akan dibuat hanya berkata, dia kenal sangat-sangat dengan Nabil dan mulai bulan ini tidak akan lagi peduli kepada bekas desptach itu!

"Pergi berambuslah kau Nabil!" marah sangat bunyinya suara Hoben!

Kata Hoben, kini kalau menonton televisyen terkeluar pula program Nabil, dia akan tutup tv itu. Kalau dalam kereta terdengar suara Nabil, dia akan tutup radio itu. Begitu sudah jadinya Nabil dalam hati peminat bernama Hoben. Tiada lagi Nabil dalam hatinya!

Semua ini tidak akan berlaku kalau Nabil membuat keputusan bijak melaporkan penyebaran gambar itu kepada pihak berkuasa sebagai satu cara paling gentleman untuk membersihkan dirinya.

Yang terakhir, kawan di stesyen televisyen pula tekan perut bila ditanyakan hal si Nabil itu. "Kita tengok ajelah labu..." kata kawan yang bertugas sebagai pengurusan kanan televisyen swasta itu.

ELLY MAZLIN: " PLEASE FORVE ME "

SYARIFAH AIDA MAZLINA SYED HANAFI atau nama manjanya Elly Mazlin kembali mendodoikan suaranya ke halwa telinga peminat selepas lima tahun menyepi, dengan album terbarunya berjudul Please Forgive Me.

Lagu berjudul bahasa Inggeris itu tetapi senikatanya dalam bahasa Malaysia, dinyanyikan buat pertama kali pada hari ulang tahun Suria FM di Studio V, One Utama 24 November lalu.

Diterbitkan oleh Millenium Art, syarikat milik Julfekar, lagu berkenaan dijangka berputaran di corong radio tidak lama lagi dan paling pentingnya amat hot!

Elly...buah hatiku
Menurut Elly, album ini adalah hadiahnya buat peminat selepas 5 tahun tanpa album kerana terlalu sibuk dalam bidang lakonan.

TEROWONG DADAH KEDUA DITEMUI DI SEMPADAN MEXICO-AMERIKA

TEROWONG khas digunakan untuk menyeludup dadah melibatkan dua negara, Mexico dan Amerika Syarikat ditemui semalam.

Ia adalah terowong kedua ditemui dipercayai dibina oleh sindiket dadah diketuai Raja Dadah Joaquin El Chapo Guzman, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Terowong dadah di bawah sempadan Mexico dan Amerika Syarikat
Terowong itu sepanjang tujuh padang bola sepak dan seluas ruangan dapur. Lapan lelaki ditahan berhubung penemuan terowong itu melibatkan tiga di Amerika Syarikat dan lapan yang lain diberkas oleh pihak berkuasa Mexico.

Saturday, November 27, 2010

SERONOKNYA TENGOK BUDAK-BUDAK POTONG ANU

KESERONOKAN cuti hujung tahun tidak akan terasa tanpa melalui musim potong anu. Puluhan ribu anu dipotong setiap tahun - sebagai titik tolak, seorang kanak-kanak diajar memasuki alam dewasa. Pelbagai macam ragam dilihat. Ada yang meraung, lari, bersembunyi dan tak kurang juga memberi aku janji untuk tangguh potong sehingga datang satu tahun lagi!

TAN SRI MUHAMMAD MUHD TAIB (MAT TAIB) TUNJUK 1 JARI 18 TAHUN LALU!

Sebelum Najib, Tan Sri Mat Taib, dah tunjuk 1 jari telunjuk ke atas kira-kira 18 tahun lalu!

TIDAK RAMAI TAHU bahawa orang yang paling awal tunjuk 1 jari telunjuk ke atas seperti dibuat Perdana Menteri sekarang adalah Tan Sri Muhamamd Muhd Taib atau Mat Taib atau Mike Tyson, bekas Menteri Besar Selangor.

Beliau yang pernah menyandang jawatan Naib Presiden Umno dan menjadi antara taruhan anak Melayu untuk memimpin bangsanya meletakkan 1 jari telunjuk ke atas pada satu majlis ketika kempen pilihanraya umum 18 tahun lalu di Batang Kali. (Tapi jangan campurkan dengan Mat Isa Bagan Pinang. Dia bukan sahaja gunakan jari telunjuk, malah 10 jari dia pun sentiasa ke atas bila bercakap)

Saya masih ingat apa yang Mat Taib cakap ketika mengangkat jarinya itu. Untuk lebih seronok saya turunkan lima jawapan di bawah. Pilih apa yang diucapkan Mat Taib ketika itu:

1. Mat Taib cakap 1Malaysia
2. Mat Taib cakap jangan main-main dengan kekuatan Barisan Nasional
3.Mat Taib cakap, Ingat...Tuhan itu satu dan dia Maha berkuasa
4.Mat Taib cakap dia nak jadi pemimpin nombor satu
5.Mat Taib cakap dia kahwin satu saja

BUKAN PANTAI PORT DICKSON SAHAJA: PANTAI MORIB, PULAU CAREY DAN KUALA LINGGI TURUT DIJADIKAN TEMPAT PEMBUANGAN ABU MAYAT

RAKYAT di negara ini tidak harus terkejut bahawa bukan pantai Port Dickson sahaja menjadi tempat pembuangan abu mayat sejak berpuluh tahun lalu, tetapi pantai Morib, pantai Pulau Carey dan Kuala Linggi turut menjadi tempat pembuangan abu mayat.

Dalam tinjauan yang dilakukan tidak lama dulu, pembuangan abu mayat di Pulau Carey paling ketara sehingga ada nelayan mengeluh kerana bukan setakat abu sahaja yang dibuang tetapi serpihan tulang mayat yang tidak lebur juga turut dicampakkan di laut itu.

Nelayan mempunyai bukti tentang pencemaran dari sisa pembakaran aku mayat itu apabila jaring yang mereka pasang sering terlekat oleh serpihan tulang dipercayai milik manusia. Serpihan sekitar 2 hingga 5 inci panjangnya itu dikatakan turut bertaburan di tepi pasir apabila air surut.

Pencemaran laut ini telah berpuluh tahun berlaku, di mana ikan hasil tangkapan di semua pantai terbabit termasuk di Morib dan Port Dickson telah masuk mengalir dalam tubuh setiap kita.

Persoalannya di mana kesedaran kita dalam soal ini? Apakah ketika ketika bersikap terbuka, pada masa yang sama kita mengorbankan pelbagai aspek lain membabitkan nilai agama dan kebersihan serta pencemaran?

Sejauh mana mampu kita mengawasi proses pembuangan abu mayat ini, apatah lagi kalau ia membabitkan pembakaran mayat yang terbabit dalam perbuatan jenayah?

Saya mencadangkan pihak yang ingin membuat kajian tentang pencemaran pembuangan abu mayat ini, datang ke pantai Pulau Carey, di Banting. Kajian melibatkan sampel pasir dan serpihan tulang manusia juga boleh dilakukan asal kita jujur dan komited untuk mengatasi masalah pencemaran laut oleh sisa tubuh manusia ini!

Namun sementara kita menanti ada usaha untuk membuat kajian, kita harus akur dan percaya bahawa telah banyak ikan yang memakan sisa manusia itu menjadi makanan kita turun temurun. Salahkah kali ini kita bercerita mengenainya?

SATU PERTIGA DARIPADA LELAKI AFRIKA ADALAH PEROGOL: HASIL KAJIAN

HASIL kajian terbaru yang dilakukan oleh Yayasan Kajian Perubatan (MRF) yang dibiayai oleh kerajaan mendapati di wilayah Gaunteng, bandar paling popular di Johannesburg, lebih 37 peratus lelaki yang ditemubual mengaku mereka pernah merogol sekurang-kurangnya seorang wanita!

Hasil kajian yang sama juga mendapati 7 peratus daripada 511 lelaki yang ditemubual juga mengaku pernah terbabit dalam kegiatan merogol secara berkumpulan.

Lebih 51 peratus daripada 511 wanita yang ditanya pula mengaku pernah berdepan keganasan yang dilakukan oleh kaum lelaki manakala 78 peratus lelaki pula mengaku pernah bertindak ganas ke atas kaum perempuan.

Kajian yang serupa juga mendapati 25 daripada 100 wanita yang ditemui, mengaku mereka menjadi mangsa rogol tetapi kajian mendapati hanya satu daripada 25 kes itu yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Berdasarkan kaian yang dilakukan, satu kesimpulan ditemui iaitu kaum lelaki Afrika suka melakukan rogol bagi memenuhi kehendak nafsu manakala selebihnya kerana marah atau sebagai dendam ke atas golongan wanita yang pernah menyebabkan mereka berasa tidak puas hati.

KELUARGA MELAYU MELARAT DI KAMPUNG SUNGAI RINTING, JOHOR: LAMBANG PERJUANGAN MEMBELA NASIB MELAYU SEJAK 53 TAHUN LALU

Sebelum pemimpin kita tidur lena, bacalah sebabak daripada kisah dukacita orang Melayu ini

ITULAH ISTANA, itulah syurga mereka. Sebuah teratak buruk berdindingkan sehelai langsir. Di dalamnya bernafaslah sebuah kehidupan yang dihuni oleh lima sekeluarga di Kampung Sungai Rinting, Johor Bahru.

Lebih menyedihkan, ketua keluarga yang sepatutnya mencari rezeki kini lumpuh selepas diserang angin ahmar dan sejak empat bulan lalu, keluarga itu terpaksalah meraih simpati pada ihsan dan bantuan jiran-jiran.

Menceritakan kedaifan itu, Murnawati Khamidin, 33, berkata bahagian dapur serta ruang depan pondok usang itu juga tidak berbumbung.

"Setiap kali hujan, kami terpaksa menadah air hujan menggunakan baldi. Tidur dalam keadaan basah akibat tempias hujan, rumah ini bila-bila masa sahaja boleh runtuh," katanya.

Suaminya, Hassan Jusoh, 56, yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu bas, tiba-tiba diserang angin ahmar dan kini bukan setakat lumpuh malah tidak boleh bercakap.

Suri rumah itu berkata, kehidupan mereka mula berubah sejak petaka itu dan walaupun jiran dan saudara sering membantu, ia tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan keluarganya.

"Lebih menyulitkan, kediaman dihuni tiada kemudahan elektrik mahupun bekalan air. Bagi mendapatkan bekalan itu, kami terpaksa ke Flat Seri Meranti berhampiran. Meskipun tidak perlu menjelaskan sewa, kami dibebani dengan caj elektrik dan air yang dibekalkan oleh pihak berkenaan iaitu RM60 untuk air dan RM100 untuk elektrik," katanya.

Anak sulungnya, Hasfahella, 11, berkata dia memahami kesulitan dilalui keluarganya, tetapi dalam susah payah terpaksa juga meneruskan pengajiannya di sekolah.

"Setiap hari saya perlu bangun  seewal jam 6 pagi dan meredah laluan sunyi sejauh 5 kilomter untuk ke sekolah kerana keluarga tidak mampu membayar kos pengangkutan RM30 sebulan" katanya.

Anak sekecil itu pernah cedera dilanggar motosikal ketika berjalan ke sekolah, tetapi itu baginya hanya sebahagian daripada harga yang perlu dibayarnya kerana menjadi anak seorang miskin.

Demikianlah, sedikit daripada puluhan ribu kisah kemelaratan keluarga Melayu di negara ini. Orang politik Melayu jangan terasa hati kerana inilah hasil daripada perjuangan yang dilaung-laungkan selama ini! Perjuangan retorik yang berbalut kepalsuan semata-mata.

SELEPAS KES AZRI, UMNO BELAJAR PULA KES MOHD FIRDAUS INI: JIKA BETULLAH PRIHATIN KEPADA ORANG MELAYU

Firdaus amat memerlukan bantuan...kasihanilah dia

SELEPAS diuji dan mungkin mempelajari sesuatu daripada kes Azri Abdullah mangsa simbahan asid, UMNO sekali lagi diajak dengan penuh rendah hati untuk melihat kesengsaraan seorang lagi anak Melayu yang amat memerlukan perhatian.

Mohd Firdaus Che Saad, 24, disahkan doktor hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup ekoran penyakit kanser yang dihidapinya sehingga merosakkan saraf pada bahagian mukanya.

Jika kisah Azri disiarkan di dalam TV3, difahamkan sebuah stesyen televisyen Australia dijangka tiba minggu ini untuk merakamkan kisah Mohd Firdaus bagi satu segmen khas penyakit kronik di Asia Tenggara!

UMNO diajak untuk beringat kerana Mohd Firdaus seorang anak Melayu dari keluarga susah. Dia memerlukan kos yang banyak untuk perjalanan setiap hari merawat penyakitnya itu.

Sebagai orang Melayu, tentulah kita tidak tergamak untuk melihat pihak luar terutama bukan Melayu akan mengambil kesempatan ini untuk menunjuk ajar UMNO bagaimana mahu bersifat prihatin kepada rakyat yang selama ini dikatakan sering didahulukan.

Kini selain dihina dengan wajahnya itu, Mohd Firdaus juga berdepan masalah tekanan emosi kerana selain kehilangan kawan, dia juga kehilangan pengilhatan.

Mohd Firdaus amat memerlukan bantuan dan jika kisah penderitaannya nanti tersiar di media elektronik Australia, jangan kita salahkan orang lain!

HOSPITAL KAPAL REPUBLIK CHINA PULANG SEMALAM SELEPAS BERKHIDMAT DI AFRIKA DAN SELATAN ASIA

Hospital Kapal milik China pulang selepas berkhidmat di luar negara
SEBUAH Hospital Kapal yang pertama dimiliki China, pulang ke tanahairnya semalam selepas berkhidmat di Afrika dan Asia Selatan.

Kapal seberat 14,000 tan itu membawa 428 kakitangan perubatan termasuk 24 kakitangan marin wanita menjalankan misi sosial dan kemasyarakatannya.

Selama berada di luar negara, Hospital Kapal itu telah merawat 15,537 pesakit dan melakukan 97 pembedahan percuma membabitkan rakyat Afrika dan Asia Selatan.

GAMBAR POLIS LEMPANG PENUMPANG LELAKI NAIK GERABAK KHAS WANITA

Polis berpakaian awam menahan lelaki masuk gerabak wanita di New Delhi dan diberi pelempang setiap seorang

SELAMA ini sekumpulan lelaki nakal langsung tidak peduli, apabila turut masuk ke dalam gerabak keretapi yang dikhaskan untuk wanita.

Namun selepas mendapat banyak bantahan dan laporan daripada penumpang wanita yang mendakwa diraba dan digesel-gesel oleh kumpulan lelaki, polis India akhirnya bertindak ke atas mereka semalam. Kejadian ini dilaporkan berlaku di stesyen keretapi New Delhi.

Polis bukan sekadar menarik keluar penumpang lelaki yang nakal itu, tetapi menghadiahkan pelempang kepada setiap orang yang ditahan. Mereka juga didenda melakukan senaman bangun dan duduk berpuluh kali setiap seorang.

Mungkin hukuman lempang juga sesuai dilakukan di negara ini kerana masih banyak lelaki terutama warga asing masuk meyelinap ke dalam gerabak yang dikhaskan untuk wanita!

Jika tak cukup lempang bagi terajang, biar jatuh ke dalam longkang. Bila bangun terkengkang-kengkang sepak lagi di belakang biar jalan terhoyong-hayang!

ANGKARA TEMAN LELAKI 40 TAHUN, GADIS 15 TAHUN MUNTAH-MUNTAH WAKTU PAGI

SEORANG gadis 15 tahun di Padawan, Sarawak belum sepenuhnya mengerti tentang kehidupan terutama tentang racun dan bisa seorang lelaki. Apatah lagi kalau bisa dan racun itu datagnya daripada lelaki yang cukup matang, berusia 40 tahun!

Disebabkan cetek pengetahuan itu dia sering terlanjur dan bahananya gadis terbabit sering pula muntah-muntah menyebabkan keluarganya mulai mengesyaki sesuatu. Maka selepas ditanya dan didesak, gadis itu pun mengaku, dia pernah melakukan hubungan jenis dengan teman lelakinya berusia 40 tahun!

Tidak puas hati malang yang menimpa anaknya, keluarga gadis terbabit membuat laporan polis dan kes itu pun dikatogerikan sebagai rogol kerana mangsa masih di bawah umur.

Polis yang bertindak di atas laporan kemudiannya menahan seorang lelaki berasal dari Samarahan. Siasatan awal mendapati gadis dan lelaki itu melakukan perbuatan terkutuk mereka di sekitar kampung gadis berkenaan, di Padawan.

Dalam satu kes berasingan pula seorang bapa yang marah anak gadisnya yang masih di bawah umur keluar lewat malam dengan teman lelakinya membuat laporan polis.

Dia mengesyaki anaknya dirogol kerana sebelum itu terdengar anaknya menjerit.

GAMBAR PEMBANTU RUMAH DIDAKWA DI MAHKAMAH KES BUNUH BUDAK 12 TAHUN

Nurhayati didakwa di mahkamah Singapura atas tuduhan membunuh kanak-kanak kurang upaya 12 tahun
NAMANYA hanya diperolehi sebagai Nurhayati dan berusia 24 tahun. Warganegara Indonesia dan baru sebulan bekerja di Singapura sebagai pembantu rumah. Jiran-jirannya berkata dia seorang gadis cantik.

Dia ditangkap semalam dan hari ini didakwa di Mahkamah Singapura atas tuduhan membunuh seorang budak perempuan kurang upaya berusia 12 tahun, Linda Lee Yee Lin.

GAMBAR OBAMA KESAKITAN CEDERA DI BIBIR BERMAIN BOLA KERANJANG

Aduh...sakitnya
DIA bukan cedera kerana bermata kerajang, tapi cedera kerana bermain bola keranjang!

Nasib tidak menyebelahi Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, apabila cedera di bibir dan terpaksa menerima 12 jahitan ketika seronok bermain bola keranjang bersama kawan-kawannya semalam.

Obama memang penggemar sukan itu dan sering bermain ketika lapang. Turut bermain bersamanya semalam ialah pembantu peribadinya Reggie Love.

Jurucakap Unit Perubatan Rumah Putih, Robert Gibbs dalam kenyataannya berkata, tindakan segera dilakukan merawat kecederaan Obama dengan memberi rawatan anaestetik bagi mengelakkan parut yang lebih besar akibat luka itu.

JULIA ABUEVA SANGGUP TINGGALKAN NEGARA IKUT ALIF SATAR KE MALAYSIA

Julia dan Alif...mesra nampak

JULIA ABUEVA penyanyi remaja Filipina yang mula meningkat naik sanggup meninggalkan negara kelahirannya, semata-mata untuk bersama Alif Satar.

Dia mula dikenali di Filipina menerusi dua lagu nyanyiannya, Awake dan Endlessly dalam bahasa Inggeris dan Tagalog. Dia kini bersama Alif Satar di Petaling Jaya, bukan kerana memburu cinta tetapi merakamkan lagu duet untuk halwa telinga peminat di Filipina dan negara ini!

Kolaborasi Alif dan Julia merakamkan lagu Inggeris bertajuk Timeless yang akan dipasarkan secara digital. Lagu itu pernah dipopularkan oleh Kelly Clarkson dan Justinn Guarini, dijangka berputar di stesyen radio Malaysia dan Filipina tidak lama lagi.

Menurut Alif, 21, lagu Timeless menjadi pilihan bersama syarikat rakaman kerana adanya pengaruh Latin dan R&B.

Walaupun hanya sebuah lagu, namun kata Alif perancangan Timeless mengambil masa tiga bulan. Rancangan asal dibuat di Filipina, tetapi terpaksa dilakukan di Malaysia kerana masalah teknikal dan komitmen yang dihadapi pelbagai pihak.

Alif berkata, langkah berduet dengan artis luar adalah satu matlamat menembusi pasaran Filipina dan pada masa yang sama memperkenalkan Julia di pasaran muzik negara ini.

ORANG KUAT DUNIA AKAN TARIK DUA TRELER MEMBAWA 10 KERETA SEBERAT 50 TAN HARI INI

Kevin Fast mengangkat isternya, Suzanne fast, 44, dengan hanya sebelah tangan
KEVIN FAST, 47, lelaki yang pernah mencipta 11 rekod dalam Guiness World Record dalam tempoh 12 tahun akan memperagakan kekuatannya hari ini.

Dia akan menarik dua buah treler bersama 10 kereta di dalamnya yang kesemuanya seberat 50 tan dalam satu pertunjukan khas di The Float @ Marina Bay, Singapura.

Fast, yang mempunyai ketinggian 1.75m dan berat badan 135 kilogram terkenal di seluruhh dunia kerana sering mengadakan pertunjukan luar biasa, sesuai dengan gelaran diberikan kepadanya "The Strongest Man"

TINGGALKANLAH LELAKI ITU WAHAI ASDAYANTI: SETIALAH PADA SUAMIMU

SEBAGAI seorang perempuan yang juga ibu kepada dua anak, tentulah kasih sayang sepatutnya hanya untuk suami dan anak-anak.

Asdayanti sewajarnya melihat keutamaan itu melebihi segala-galanya. Suaminya, Che Zambil mahu Asdayanti kembali taat dan patuh. Hanya itu. Suami mana yang tidak terasa luka dan pedih kalau mengetahui dan mendengar khabar Asdayanti selalu keluar bersama lelaki lain.

Hati seorang suami yang masih sayangkan keluarga dan anak-anaknya harus dilihat oleh Asdayanti sebagai kamar wangi yang sentiasa menanti dan menjanjikan sebuah kebahagiaan nanti. Kembalilah Asdayanti.

Sebagai kakitangan kerajaan yang mempunyai pendidikan tinggi, Asdayanti tidak salah memohon maaf di atas kesilapan yang telah berlaku. Dunia memberikan kita banyak buku. Buku yang lama kita tutup dan bukalah buku yang baru.

Tindakan Che Zambil memfailkan notis nusyuz kepada Asdayanti juga jangan dilihat sebagai sesuatu perbuatan yang memalukan, sebaliknya ia adalah satu cara untuk menunjukkan ia masih mempunyai rasa kasih ke atas seorang isteri.

Lihatlah CINTA DI ANTARA BENUA itu dengan mata berkaca dari sisi yang amat luas, Asdayanti. Kembalilah dan ceriakanlah kembali keluarga dengan satu janji yang bakal menghantar kita ke syurga.

FIQ BINTANG MENTOR CETUS KONTROVERSI: KATA MEROKOK MANTAPKAN SUARANYA!

BINTANG muda yang dilahirkan menerusi program Mentor, FIQ membuat kenyataan tabiat merokok telah banyak membantu memantapkan vokalnya.

Kata Fiq, sebelum ini dia bukan seorang perokok. Namun dia cuba-cuba merokok selepas sekian lama bosan menunggu rakaman lagu dan persembahan. Terbukti kata Fiq lagi, merokok memberi kesan amat positif dalam pembentukan vokalnya yang ampuh, mantap dan berkualiti!

Kenyataan Fiq ini sudah tentu bertentangan dengan realiti bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Kita tidak tahu di mana atau bila Fiq melakukan kajian sehingga dia begitu berani memberi kenyataan seperti itu.

Dibimbangkan anak muda lain yang ingin mencontohinya akan terus sahaja merokok untuk menjadi penyanyi! Kalau ini berlaku, tentulah Fiq boleh dilantik menjadi duta kepada kempen merokok membantu anda menjadi penyanyi yang mantap!

Fiq...Fiq...bukan senang mahu menjadi artis sebenarnya kalau tidak diseiringkan dengan kecerdikan dan ilmu dalam semua perkara!

SUAMI PASANG PERANGKAP: ISTERI DAN KEKASIH DITANGKAP SEDANG BERSEDAP-SEDAPAN

BANYAK kali si suami berusia 25 tahun mendengar khabar angin yang isterinya berusia 21 tahun, sering bersedap-sedapan ketika dia tiada di rumah. Berang dan mahu membuktikan khabar angin itu ada kebenarannya, seorang suami memasang perangkap.

Kelmarin si suami membohongi isterinya konon dia bekerja giliran malam. Maka seronoklah si isteri yang kuat seks itu kerana itulah peluang untuk dia bersedap-sedapan dengan kekasihnya yang berusia 20 tahun. Dia tidak menyangka semua itu hanyalah umpan si suami untuk memerangkap perbuatan songsangnya!

Selepas semua berjalan lancar, si suami bersama rakan-rakannya pun memulakan 'operasi'. Jam 11.30 malam si suami dan rakan-rakannya menyerbu rumahnya di Putrajaya dan mendapati isterinya yang sedang hamil tiga bulan itu berada di dalam rumah bersama kekasihnya dengan pintu rumah dikunci rapat.

Terbongkarlah bau bangkai apabila tudung saji dibuka! Si suami dan rakan-rakannya pun membelasah lelaki terbabit.

Walaupun isterinya cuba berselindung di balik sehelai daun lalang dengan mendakwa lelaki itu adalah adik angkatnya, namun suami manalah yang boleh diperbodohkan dengan alasan sebangang itu. Suaminya percaya, hubungan itu telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Lelaki itu diserahkan oleh suami dan rakan-rakannya kepada polis dan membuat laporan di ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Penolong Pengarah Bahagiann Siasatan Jais, Shahrom Maarof, berkata wanita dan kekasihnya itu akan dipanggil untuk siasatan susulan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

3 PETUGAS RTM NYARIS MAUT: BILIK BERITA DIMASUKI GAS BOCOR

TIGA petugas RTM berusia lewat 20-an nyaris maut dan terpaksa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila sebuah studio berita pusat penyiaran itu mengalami kebocoran gas semalam.

Malah, akibat kebocoran itu, RTM tidak dapat menyiarkan berita wilayah bagi membolehkan proses pembersihan dilakukan.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, difahamkan punca kebocoran gas nitrogen berkenaan berlaku selepas kecuaian kontraktor yang dipertanggungjawab menyelenggara sistem elektronik di studio berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail, dipetik berkata lebih 1o anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

NING BAIZURA DISAMAN RM1 JUTA!

NING BAIZURA disaman oleh sebuah syarikat luar negara yang pernah berurusan dengannya dalam penerbitan lagu Inggeris sebelum ini, sebanyak RM1 juta!

NING BAIZURA mengesahkan saman itu dan mengesahkan juga ia kini telah masuk ke dalam mahkamah untuk mencari penyelesaiannya.

NING BAIZURA kata, sepatutnya samanlah Ning Associate dan bukan dirinya kerana hal itu melibatkan pengurusan perniagaan.

NING BAIZURA masih tenang dan menyerahkan semuanya kepada mahkamah untuk menentukannya dan itu juga bukan sebab untuk dia terus tidak berurusan dengan pihak tertentu di luar negara kerana dia bersifat profesional dalam hal itu.

PERUTUSAN KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA: SHAHIDA OTHMAN DAN NORAIDA BAHARIN TIDAK MINTA DILAHIRKAN KE DUNIA!

Gagal lagi...permohonan kad pengenalan di JPN Kedah gagal lagi. Shahidah dan ayahnya Othman dicadangkan memohon SURAT SOKONGAN DARIPADA ALLAH TAALA.

MASALAH kad pengenalan Shahida Othman, 22, dari Kedah masih tidak selesai lagi. Dia tidak mempunyai negara untuk diagungkan walaupun Malaysia adalah tanah tumpah darahnya.

Begitu juga masalah Noraida Baharin, 21, dari Port Dickson Negeri Sembilan. Dia juga dinafikan hak untuk menjadi warganegara walaupun lahir di negara ini.

Kini kedua-duanya bakal bertemu jodoh, namun jodoh mereka ditentukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka tidak boleh berkahwin tanpa mempunyai kad pengenalan.

Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, saya mencadangkan supaya satu pemeriksaan secara mengejut dan menyeluruh dilakukan ke atas semua pejabat JPN di seluruh negara kerana terlalu banyak benar keraguan timbul. Mereka juga manusia, tidak mustahil ada yang tidak kena yang mungkin boleh kita perbetulkan secara yang patut!

ADA MAK CIK SASAU DALAM BERITA RTM TADI KATA SELANGOR TAK BAGI RM1,000 ANAK MASUK UNIVERSITI

MAK CIK  TU DAH TUA. Lepas tu cakap macam bagus sampai senget-senget mulut. Antara kata-katanya, mana dia manifesto PRU 12. Dia pun menceceh macam orang mabuk air pinang. Dia kata mana dia janji kerajaan negeri nak bagi RM1,000 kepada anak-anak Selangor masuk universiti?

RTM yang terkenal tak pernahnya betul dan adil dalam menyiarkan berita pun siar lama-lama cakap mak cik yang dah senja tu.

Dia cakap mana janji kerajaan kebajikan nak bagi RM1,000 kepada anak Selangor bila dapat masuk universiti?

Mak cik-mak cik. Apalah bangang sangat. Dulu orang cakap pergi sekolah, mak cik tak mahu. Mak cik main timbang-timbang pakai dacing kayu! Sekarang padanlah...kena tipu sampai ke tua bangka pun tak sedar-sedar. Kalau baca suratkhabar pun baca Utusan Meluat. Mana nak tahu perkembangan semasa di Selangor.

Orang di Selangor semua dah tiga empat anak dapat RM1,000 setiap seorang kerajaan negeri bagi sebagai bantuan khas bila dapat masuk universiti! Mak cik duduk mana? Dalam kandang ke bawah tempurung?

Mak cik tahu tak kenapa mak cik kutuk kerajaan negeri sekarang? Sebab mak cik orang Umno! Bawa-bawalah bertaubat mak cik.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10