Gagal lagi...permohonan kad pengenalan di JPN Kedah gagal lagi. Shahidah dan ayahnya Othman dicadangkan memohon SURAT SOKONGAN DARIPADA ALLAH TAALA. |
MASALAH kad pengenalan Shahida Othman, 22, dari Kedah masih tidak selesai lagi. Dia tidak mempunyai negara untuk diagungkan walaupun Malaysia adalah tanah tumpah darahnya.
Begitu juga masalah Noraida Baharin, 21, dari Port Dickson Negeri Sembilan. Dia juga dinafikan hak untuk menjadi warganegara walaupun lahir di negara ini.
Kini kedua-duanya bakal bertemu jodoh, namun jodoh mereka ditentukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka tidak boleh berkahwin tanpa mempunyai kad pengenalan.
Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, saya mencadangkan supaya satu pemeriksaan secara mengejut dan menyeluruh dilakukan ke atas semua pejabat JPN di seluruh negara kerana terlalu banyak benar keraguan timbul. Mereka juga manusia, tidak mustahil ada yang tidak kena yang mungkin boleh kita perbetulkan secara yang patut!