BANYAK kali si suami berusia 25 tahun mendengar khabar angin yang isterinya berusia 21 tahun, sering bersedap-sedapan ketika dia tiada di rumah. Berang dan mahu membuktikan khabar angin itu ada kebenarannya, seorang suami memasang perangkap.
Kelmarin si suami membohongi isterinya konon dia bekerja giliran malam. Maka seronoklah si isteri yang kuat seks itu kerana itulah peluang untuk dia bersedap-sedapan dengan kekasihnya yang berusia 20 tahun. Dia tidak menyangka semua itu hanyalah umpan si suami untuk memerangkap perbuatan songsangnya!
Selepas semua berjalan lancar, si suami bersama rakan-rakannya pun memulakan 'operasi'. Jam 11.30 malam si suami dan rakan-rakannya menyerbu rumahnya di Putrajaya dan mendapati isterinya yang sedang hamil tiga bulan itu berada di dalam rumah bersama kekasihnya dengan pintu rumah dikunci rapat.
Terbongkarlah bau bangkai apabila tudung saji dibuka! Si suami dan rakan-rakannya pun membelasah lelaki terbabit.
Walaupun isterinya cuba berselindung di balik sehelai daun lalang dengan mendakwa lelaki itu adalah adik angkatnya, namun suami manalah yang boleh diperbodohkan dengan alasan sebangang itu. Suaminya percaya, hubungan itu telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.
Lelaki itu diserahkan oleh suami dan rakan-rakannya kepada polis dan membuat laporan di ibu pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Penolong Pengarah Bahagiann Siasatan Jais, Shahrom Maarof, berkata wanita dan kekasihnya itu akan dipanggil untuk siasatan susulan sebelum tindakan sewajarnya diambil.