nuffnang ads

Saturday, November 27, 2010

TINGGALKANLAH LELAKI ITU WAHAI ASDAYANTI: SETIALAH PADA SUAMIMU

SEBAGAI seorang perempuan yang juga ibu kepada dua anak, tentulah kasih sayang sepatutnya hanya untuk suami dan anak-anak.

Asdayanti sewajarnya melihat keutamaan itu melebihi segala-galanya. Suaminya, Che Zambil mahu Asdayanti kembali taat dan patuh. Hanya itu. Suami mana yang tidak terasa luka dan pedih kalau mengetahui dan mendengar khabar Asdayanti selalu keluar bersama lelaki lain.

Hati seorang suami yang masih sayangkan keluarga dan anak-anaknya harus dilihat oleh Asdayanti sebagai kamar wangi yang sentiasa menanti dan menjanjikan sebuah kebahagiaan nanti. Kembalilah Asdayanti.

Sebagai kakitangan kerajaan yang mempunyai pendidikan tinggi, Asdayanti tidak salah memohon maaf di atas kesilapan yang telah berlaku. Dunia memberikan kita banyak buku. Buku yang lama kita tutup dan bukalah buku yang baru.

Tindakan Che Zambil memfailkan notis nusyuz kepada Asdayanti juga jangan dilihat sebagai sesuatu perbuatan yang memalukan, sebaliknya ia adalah satu cara untuk menunjukkan ia masih mempunyai rasa kasih ke atas seorang isteri.

Lihatlah CINTA DI ANTARA BENUA itu dengan mata berkaca dari sisi yang amat luas, Asdayanti. Kembalilah dan ceriakanlah kembali keluarga dengan satu janji yang bakal menghantar kita ke syurga.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10