nuffnang ads

Saturday, November 27, 2010

SELEPAS KES AZRI, UMNO BELAJAR PULA KES MOHD FIRDAUS INI: JIKA BETULLAH PRIHATIN KEPADA ORANG MELAYU

Firdaus amat memerlukan bantuan...kasihanilah dia

SELEPAS diuji dan mungkin mempelajari sesuatu daripada kes Azri Abdullah mangsa simbahan asid, UMNO sekali lagi diajak dengan penuh rendah hati untuk melihat kesengsaraan seorang lagi anak Melayu yang amat memerlukan perhatian.

Mohd Firdaus Che Saad, 24, disahkan doktor hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup ekoran penyakit kanser yang dihidapinya sehingga merosakkan saraf pada bahagian mukanya.

Jika kisah Azri disiarkan di dalam TV3, difahamkan sebuah stesyen televisyen Australia dijangka tiba minggu ini untuk merakamkan kisah Mohd Firdaus bagi satu segmen khas penyakit kronik di Asia Tenggara!

UMNO diajak untuk beringat kerana Mohd Firdaus seorang anak Melayu dari keluarga susah. Dia memerlukan kos yang banyak untuk perjalanan setiap hari merawat penyakitnya itu.

Sebagai orang Melayu, tentulah kita tidak tergamak untuk melihat pihak luar terutama bukan Melayu akan mengambil kesempatan ini untuk menunjuk ajar UMNO bagaimana mahu bersifat prihatin kepada rakyat yang selama ini dikatakan sering didahulukan.

Kini selain dihina dengan wajahnya itu, Mohd Firdaus juga berdepan masalah tekanan emosi kerana selain kehilangan kawan, dia juga kehilangan pengilhatan.

Mohd Firdaus amat memerlukan bantuan dan jika kisah penderitaannya nanti tersiar di media elektronik Australia, jangan kita salahkan orang lain!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10