nuffnang ads

Thursday, March 31, 2011

METRO: BIAR BETUL KINI MENGUNJUNGI ANDA


IKLAN Harian Metro -BIAR BETUL sedang mengunjungi ruang dan liang  yang terbuka. Pastikan iklan ini singgah di laman blog anda dan selamat berkenalan.

BIAR BETUL. Biar betul-betul.

BAMBANG SAH CERAIKAN HALIMAH


ANAK lelaki bekas presiden Indonesia, Soeharto, hari ini secara sah menceraikan isteri pertamanya, Halimah Agustina Kamil di Jakarta.

Bambang Tri Soeharto, antara rakyat Indonesia yang kaya kini hanya mempunyai seorang isteri sahaja - isteri mudanya, Mayangsari seorang penyanyi.

Bambang dan Halimah bernikah 26 tahun lalu dan mempunyai anak manakala dengan Mayangsari beliau mempunyai seorang cahayamata.

PEGAWAI SPRM TENGOK VIDEO PORNO SELEPAS SIASAT TEOH BENG HOCK


PENGERUSI Suruhanjaya Diraja bagi penyiasatan kematian Teoh Beng Hock, Tan Sri James Fong, berkata pegawai SPRM menonton video porno menerusi komputernya selepas menyiasat Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009!

Dan pegawai itu adalah Mohd Asraf Mohd Yunus berpangkat Asisten Superintendan!

MALEK NOOR REBAH TAK SEDARKAN DIRI KETIKA BERMAIN BOLA SEPAK


BEKAS jaguh bina badan negara, Abdul Malek Noor, rebah di padang ketika bermain bola sepak amal di Perak, malam tadi.

Beliau dipercayai diserang sakit jantung dan dikejarkan ke Hospital Pantai Ipoh. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

BN SARAWAK TERTEKAN: KEGAGALAN BLOGGER PRO BN MENEPIS SERANGAN BLOGGER PRO PAKATAN MUNGKIN MENGUNDANG PADAH


JIKA Barisan Nasional (BN) mahu memastikan mereka menemui jalan mudah untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya negeri ke 10 kali ini, salah satu perkara yang mesti mereka berikan perhatian ialah perang siber yang sedang hebat berlangsung.

Serangan blogger dan laman web pro Pakatan ke atas kepemimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, terutama pendedahan oleh Sarawakreport tentang penyalahgunaan kuasa serta perampokan hasil hutan tidak boleh dipandang ringan.

BN khususnya Abdul Taib sendiri mesti melihat, serangan ala tembakan Tomahawk yang dibedil oleh laman Sarawakreport sebagai sesuatu yang mesti ditangkis dan ditepis, apatah lagi melihat laman siber berkenaan menyiarkan laporan secara penyiasatan yang boleh dianggap mendalam dan teliti. Laporan web pro Pakatan itu bukan sekadar tulisan kosong tetapi disertakan bersama data dan maklumat amat menyakinkan yang sebahagian besar diperolehi menerusi sumber yang boleh dianggap tidak meragukan.

Tanpa mahu menyentuh tentang ketulenan maklumat yang diperolehi oleh laman maya itu, kita melihat serangan siber atau perang saraf menggunakan maya menjelang pilihanraya kali ini sesuatu yang hebat dan kelihatan teratur.

Mahu atau tidak, BN tidak mempunyai pilihan menerusi soldadu siber pro mereka, mesti berusaha menangkis serangan yang dilancarkan oleh Sarawakreport. Kegagalan menepis pendedahan demi pendedahan yang disiarkan, khususnya yang mengkritik hebat kepemimpinan Abdul Taib boleh menjadi halangan kepada impian BN untuk menang selesa, sekurang-kurangnya kalau diukur pada majoriti kemenangan pada pilihanraya kali ini.

Isu hutan dan hasil balak, selain isu kroni seakan menjadi aur dengan tebing yang semakin bersatu dan berbaur, memerlukan kepemimpinan Abdul Taib memberi penjelasan dan penangkisan yang boleh diterima secara menyakinkan.

Berdasarkan kunjungan sebegitu ramai terhadap laman Sarawakreport, rata-rata menyokong pendedahan demi pendedahan yang dilakukan. Soalnya lagi, di mana peranan blogger atau soldadu siber pro BN dalam keadaan sekarang.

Sikap memandang ringan, barangkali mungkin disebabkan oleh kedudukan Sarawak sebagai peti deposit BN selama ini mungkin akan mengundang padah di luar jangkaan.

Sokongan moral oleh media luar negara, khususnya dalam isu pencerobohan dan penggalian hasil hutan seperti didedahkan juga sewajarnya memberi isyarat kepada soldadu siber pro BN mengambil langkah segera untuk membantu BN daripada terus dibedil.

Pertahanan tempang dalam strategi perang, mungkin kerana menganggap musuh yang selalu didepani masih lemah boleh menjadi penyebab sesuatu luar jangka boleh berlaku pada pilihanraya kali ini di Sarawak. Mungkin untuk menidakkan kemenangan BN seakan sukar, tetapi meragut lebih banyak kawasan yang selama ini dianggap selamat, seakan-akan telah terlewat.

Dalam tempoh hanya beberapa hari, soldadu siber pro BN mesti melakukan sesuatu untuk menangkis serangan soldadu siber pro Pakatan. Masa yang tinggal kini tidak mungkin dapat digunakan untuk menyerang, tetapi sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk membina kubu pertahanan.

Bagaimanapun, sejauh mana kubu pertahanan itu kukuh, akan menjadi soalan yang lain pula. Hanya Tuhan sahaja yang boleh menjadi penentu pada pilihanraya Sarawak kali ini. Percayalah. Sekurang-kurangnya ingatlah pesanan orang dulu-dulu, jangan sampai nasi menjadi bubur.

Wednesday, March 30, 2011

INTERLOK MASUK SELEKOH BARU: PERTUBUHAN CINA PULA DAKWA IA RASIS


BEBERAPA pertubuhan Cina hari ini mendakwa novel Interlok sebagai rasis - satu selekoh baru dalam konflik novel karya sasterawan Melayu selepas ia terpaksa melalui proses pindaan akibat bantahan wakil penduduk kaum India.

Beberapa pertubuhan Cina menyatakan novel itu juga menyinggung perasaan kaum Cina kerana beberapa bahagian di antaranya menyebut hal-hal buruk terhadap kaum itu.

 

ELIA SUHANA AHMAD KEKAL ISTERI SULTAN ISMAIL PETRA


Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu menolak permohonan pengesahan lafaz cerai dan sekali gus meletakkan kedudukan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 32, kekal sebagai isteri kedua kepada Sultan Ismail Petra.

Tuesday, March 29, 2011

KERAJAAN SYRIA DIBUBARKAN HARI INI!!!


Kabinet 2003 Syria diBUBARKAN hari ini - menandakan satu lagi kejatuhan pemimpin negara Arab akibat ditentang oleh rakyat sendiri.

Dalam tempoh 24 jam, sebuah kerajaan baru akan ditubuhkan. Setakat ini dianggarkan 130 telah terbunuh akibat bantahan rakyat.

GAMBAR PEROGOL BUDAK EMPAT TAHUN


INILAH wajah perogol kanak-kanak empat tahun. Ewe Peng Lip, pengarah sebuah taska dihukum penjara 20 tahun penjara dan 10 sebatan-pix nstp

GAMBAR PASHA UNGU DAN ADELIA


Monday, March 28, 2011

PASANGAN PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DIROMPAK RM15,000


EMPAT lelaki berpakaian ala ninja dan bersenjatakan objek tajam menceroboh rumah sepasang pegawai TLDM di Batu Gajah, Perak kira-kira jam 3.30 pagi hari ini.

Empat penyamun tarbus itu menyebabkan pasangan berkenaan kerugian  RM15,000.

PELAKON ZULHUZAIMY DAH BERCERAI TALAK DUA RUPANYA!


LAMA dah. Dah lama. Kata isterinya, Nur Dalilah Muhammad, 29, dia bercerai dengan suaminya, pelakon Zul Huzaimy pada 1 Julai 2010.

Memetik MStar, Dalilah memberitahu pendaftaran cerai talak dua itu didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Talak dua rupanya. Dalilah juga ada memberitahu mereka mungkin tidak ada perancangan untuk kembali bersatu kerana masing-masing ada haluan sendiri.

Mereka mempunyai seorang anak berusia lima tahun hasil perkahwinan selama ini.

Sunday, March 27, 2011

GAMBAR PASHA UNGU NIKAH ADELIA


SAMPAINYA hati Pasha tidak melayangkan kad undangan. Tapi tidak mengapa. Dia sudah sah menjadi suami kepada Adelia. 5,000 hadir pada pernikahannya.

pix:kompas.com
Tapi kasihan, 3,000 adalah tetamu yang tidak diundang!

TOK BINTANG MAUT DILANGGAR


SEEKOR harimau bintang ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan di Perak. -pix:ikhwan Munir nstp group

ADUH! PINGGUL FASHA MENGGODA WEII..


TINJAUAN Harian Metro berdasarkan undi rambang pembaca mendapati Fasha Sanda masih mendahului di dalam senarai artis paling seksi.

Ada pembaca tanpa segan silu memberitahu, antaranya pinggul Fasha amat menarik dan menggoda. Fasha....

YA...KITA SEDANG MEMBUKA SATU CERITA YANG MENARIK!


BUKALAH. Dengan izin Allah, sehelai demi sehelai halaman buku cerita ini akan kita faham kandungan. Mari dengan hati tanpa prasangka atau tanpa tanpa kalbu kelat, kita buka dan baca buku cerita ini.

Cerita tentang seekor musang yang disuruh menjaga ayam. Cerita tentang pagar dikerah menjaga padi. Cerita telur di hujung tanduk. Cerita nasi telah menjadi bubur.

Tapi selepas membaca cerita ini jangan kita angkuh dan membuka dada. Biar contoh baik dalam buku cerita ini menjadi teladan untuk kita tujuh keturunan.

Bukalah. Tanpa salam atau terima kasih, bacalah. Buku cerita ini untuk kita mebacanya. Bacalah ketika waktu senggang. Ketika waktu tenang. Cerita tentang musang, pagar, telur dan bubur!


PERANGAINYA MEMANG JIJIK. MEMANG JIJIK!


JIJIK dan menjijikkan. Bahaya. Kalau dia tepuk bahu, mahu rasanya yang tak kuat iman akan patuh dan diam. Selama ini tak ramai yang tahu.

Tak ramai yang tahu. Kalau dia tepuk bahu orang yang disukainya, kebanyakannya memang diam. Rasa macam tidak sedar dan tidak mampu bercakap banyak. Itulah kelebihannya. Apakah sentuhan tangannya itu mempunyai tenaga luar biasa yang di luar akal kita memikirkannya?

Memang jijik. Dulu saya dan kawan-kawan pernah berlari anak, mengejar kereta dinaikinya ketika datang ke sebuah sekolah untuk bertanyakan soalan. Tidak langsung dia meminta pemandunya berhenti apatah lagi berasa kasihan wartawan memburunya dan berlari separuh nyawa hampir 300 meter semata-mata untuk bertanyakan soalan.

Angkuh, memang angkuh. Tapi siapakah yang mahu percaya? Orang ini ternyata masih hebat. Memang hebat. Kata kawan saya dia ada membela hantu raya. Saya kata tidak apalah. Hantu rayakah atau hantu tidak rayakah, Tuhan lebih tinggi dan kita mesti sentiasa berkata Tuhan sentiasa ada bersama kita.

Hanya yang pernah merasai sentuhan tangannya di bahu sahaja boleh menceritakan apa yang dirasai. Jika benar sentuhan itu mempunyai niat yang tidak baik, kita tunggulah. Kita tunggu dan Allah akan membuktikan sesuatu yang jarang kita percaya.

Saturday, March 26, 2011

CARI SAMPAI DAPAT SIAPA BALING ASID KEPADA 3 WANITA DI BRICKFIELDS


SIAPA dia lelaki bermotosikal yang telah membaling asid mengakibatkan tiga wanita cedera di muka termasuk ada di antaranya buta kedua-dua mata, di Brickfields semalam.

Cari dia sampai dapat dan jangan tanya dulu kenapa dia melakukan perbuatan dalam dua kejadian sekitar jam 5.40 dan 7 malam itu. Paling penting cari dia.

Mereka yang cedera dalam kejadiann itu ialah dua eksekutif syarikat dan seorang guru kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Cari lelaki menaiki motosikal itu sampai dapat.

Friday, March 25, 2011

PERCAYALAH, MELAYU HANCUR KERANA MELAYU


TIDAK kiralah siapa nama Melayu itu. Sama ada nama Melayu itu Abdullah, Dollah, Rahim, Anuar, Mohamad, Salim, Najib, Aziz atau Hadi. Semua bernama Melayu itu adalah dipercayai sememangnya berketurunan Melayu dan harus melihat apa yang sedang menimpa kaum Melayu di negara 'MelayuRugi' (Malaysia) ini sebagai sesuatu yang serius.

Politik sahaja tidak cukup untuk meletakkan orang Melayu sempurna sebagai bangsa yang bermaruah. Agama sahaja juga tidak cukup jika tidak dengan berpelajaran dan berakal. Duit juga tidak cukup kalau tidak dengan budi. Melayu harus merangkumi bangsa yang bermaruah, berhemah, tidak busuk hati dan sentiasa dipagar iman menerusi pegangan agama mereka.

Kerosakan demi kerosakan pada bangsa Melayu sedang berlaku di negara kita. Ia adalah kesinambungan daripada kerosakan yang telah berlaku dan menjadi ikutan pada kerosakan yang akan berlaku. Melayu menibai Melayu. Melayu mengapak Melayu. Melayu membodohkan Melayu. Melayu membunuh Melayu. Melayu sedang bercakaran dengan Melayu untuk merebut apa yang kita panggil kek kepuasan dan kepentingan sendiri.

Orang Melayu majoriti yang masih lurus, masih patuh, masih rasional dan orang Melayu yang cerdik dan bodoh sedang melihat semua ini dengan pandangan dan rasa yang pelbagai.

Mereka melihat sebuah kemusnahan bangsa sedang berlangsung. Kemusnahan yang sering sahaja diberikan pelbagai alasan yang sesetengahnya masuk akal, manakala sesetengahnya lagi di luar akal dan waima haiwan sendiri tidak mengerti terhadap sesetengah alasan yang diberi kenapa kemusnahan atau proses memusnahkan bangsa itu harus berlaku.

Yang dimaksudkan kemusnahan ini bukan pembunuhan bangsa, tetapi adalah pengkuburan dan pengkebumian bangsa bersama keturunan Melayu akan datang menerusi tindak tanduk yang dilakukan pihak-pihak yang bersifat haiwan menerusi cabang politik, ekonomi dan agama!

Kita usah melihat semua ini dari sisi politik, sebab busuk politik semakin melantung. Lihatlah segala yang berlaku ini dari sudut manusia dan kemanusiaan Melayu dan Islam.

Apakah kita bersedia untuk menerima akibat perbuatan kita hari ini yang terus-terusan di antaranya di luar batas, sehingga memaksa anak cucu kita yang akan datang membuang air kecil di atas kubur kita?

Jalan lurus yang dibentangkan datuk moyang Melayu kita sejak dulu telah semakin bengkok pada hari ini. Jalan yang direntas daripada belukar perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu di negara ini sejak dulu telah kelihatan semakin berliku-liku. Orang Melayu sesama Melayu yang pastinya mahu mengaku Islam, tidak lagi patuh pada peraturan jalan sehala! Kita sedang berkecamuk dalam aliran perjalanan yang kelam kabut, sesetengahnya menentang arus. Sesetengahnya mengikut papan tanda perjalanan.

Apa yang kita perjuangkan hari ini sebenarnya? Apa sebenarnya? Untuk tembolokkah atau untuk bangsa dan keturunan kita?

Percayalah, kalau keadaan ini berterusan, Melayu dan Islam khususnya akan hancur. Negara yang dibina konon untuk menjadi pohon rimbun meneduhkan rakyatnya selepas dijajah akan berubah menjadi neraka. Kembalilah Melayu. Kembalilah Islam untuk hidup berperaturan dan berhukum. Percayalah, Melayu akan hancur kerana Melayu.


RAHIM THAMBY CHIK DAN ESKAY DITAHAN POLIS: KEMUDIAN DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN


POLIS menahan dan membebaskan dengan jaminan dua lelaki dipercayai  Rahim Thamby Chik dan Eskay Abdullah, kerana dikatakan boleh membantu siasatan kes video seorang kenamaan melakukan seks dengan seorang pelacur.

Difahamkan, polis turut ditunjukkan tempat kejadian itu dirakamkan selain merampas beberapa bukti bagi membantu siasatan selanjutnya.

 

WARGA SINGAPURA, LEE WEE GUAN DITEMUI MATI DIBUNUH DI KEDAH


SEORANG warganegara Singapura, Lee Wee Guan, 59, ditemui mati di sebatang jalan di Kedah dipercayai dibunuh.

Tiga kesan tikaman ditemui pada tubuhnya ketika mayat Lee, seorang ahli perniagaan ditemui orang awam.

GAMBAR: BUNUH DIRI TAPI BELUM SAMPAI AJAL


GAMBAR dirakamkan berlaku di sebuah kompleks beli belah di Kelantan oleh Zaman Huri Isa (NST group). Seorang gadis 20-an cuba membunuh diri tetapi belum sampai ajal.

MYANMAR DILANDA GEMPA 6.8 RICHTER HARI INI: 50 TELAH TERBUNUH


SEKURANG-kurangnya 50 orang telah terbunuh apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala richter melanda Myanmar hari ini.

Gegaran akibat gempa itu turut dirasai di beberapa kawasan di sempadan Thailand, termasuk di Bangkok yang terletak kira-kira 800 kilometer dari tempat kejadian.

Thursday, March 24, 2011

M NASIR, RAMLI MS DAN AHLI PARLIMEN KULIM, ZULKIFLI NORDIN DIANUGERAHI GELARAN DATUK


M Nasir dan Ramli MS serta peguam yang juga ahli parlimen yang dulunya PKR tetapi kini Bebas, dianugerahkan gelaran Datuk oleh Istana Pahang, hari ini.

Gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu sempena keputeraan Sultan Pahang.

RAHIM OH RAHIM! TAK MALU BETUL ENGKAU!


KENAPA dengan engkau ni Rahim. Tak habis-habis perangai sejak kecil. Sejak kecil, tak henti-henti buat perangai sampai ke tua.

Hoiii! Orang cakap Rahim lainlah! Bukan Rahim Tamby Chik! Itulah...belum habis cerita dah cepat buat kesimpulan.

Malas aku nak sambung cerita. Demikian kata wak Nasir. Kawan dia bernama Rahim yang suka lempar najis pada kereta orang lalu lalang depan rumah, masih buat perangai serupa. Kereta anak saudaranya kena baling najis berbungkus dalam plastik minggu dulu. Fuyyoohhh. Kereta kena baling najis. Gila khinzir punya kerja, tapi nak buat apa!

Kebetulan sekarang nama Rahim Thamby Chik tengah hangat, dia teringat Rahim yang sejak kecil itu memang tidak berapa cergas mindanya!

SERONOK MUHASABAH MELIHAT KE DALAM DIRI


KAMI berdua. Duduk dan bersembang. Isu di antara kami, terbuka. Apa sahaja boleh dilontarkan asal jangan sampai menghina agama!

Tujuan kami adalah untuk membuka diri sendiri ditonton oleh diri sendiri. Kami anggap sembang itu seperti melihat cermin. Melihat diri masing-masing!

Lelaki itu kata, sembilan daripada 10 yang saya hujahkan, salah. Saya kata, dalam Islam sembilan daripada 10 rezeki yang menguntungkan adalah daripada perniagaan. Dia kata kita lihat orang jangan dari wajahnya. Saya kata, selama ini saya cuba melihat seseorang daripada hatinya. Dia kata, itu perkara mustahil, sebab hati berada di dalam diri. Saya kata, hati memang di dalam diri tetapi apa yang hati bisikkan, selalunya dapat dilihat daripada pergerakan tubuh atau anggota luaran. Dia kata contohnya macam mana? Saya jawab, kalau hati berkata tidak, biasanya tangan akan bergerak menunjukkan isyarat tidak. Kening dan dahi juga akan berkerut kerana mengikut bisikan hati yang berkata tidak. Dia kata, tidak sepenuhnya!

Kami teguk minuman. Masing-masing dua gelas! Bila tiba giliran untuk saya kata dia selalu salah, dia minta contoh. Saya berikan contoh yang dia selalu nasihatkan anaknya agar tidak menghisap rokok tapi dia masih menghisap rokok! Dia minta contoh lagi. Saya beritahu dia, kenapa hanya membaca sejenis akhbar sahaja. Dia jawab, sebab dia tidak percaya pada akhbar lain. Saya balas, kalau beranggapan macam itu, sampai bila kita tidak tahu banyak perkara. Dia tanya saya, berapa akhbar yang saya baca. Saya beritahu, saya baca Berita Harian, Utusan, Metro, The Star, Harakah dan apa sahaja portal berita yang terpapar. Dia kata, itulah salah saya. Alasannya, sebab terlalu banyak baca benda buruk, hanya buruk yang saya lihat. Saya jawab. dia amat silap mentafsir fasal keburukan. Sebenarnya kata saya, untuk mencari kebaikan, kita mesti tidak bersikap selektif. Kebaikan juga ada dalam keburukan kalau kita pintar mencarinya. Saya bagi contoh. Saya kata, semua benda buruk ada nilai baik. Kalau tidak, tidak ada kedai kitar semula di seluruh dunia. Hatta, najis daripada segala jenis hidupan termasuk manusia dan haiwan juga ada baiknya! Sekurang-kurangnya untuk buat baja. Yang penting kata saya, kita kena bijak gunakan akal secara bestari! Berfikir cepat dan rasional.

Dia sedikit angin mendengar hujah itu. Kata dia, kalau baca Harakah, macam mana tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang! Saya kata, apakah seseorang yang kuat iman apabila membaca Injil akan menukar agamanya daripada Islam? Lagipun saya kata, salahkah akhbar itu sehingga ada kala apabila ia diletakkan di atas meja, ada orang lari tinggalkan kedai. Kata saya lagi, kalau akhbar pun ditakuti, macam mana mahu bercerita soal perjuangan? Dia terdiam sejenak kemudian keluarkan hujah. Katanya, bacalah akhbar yang baik dan positif sifatnya. Saya kata, dalam dunia ini tidak ada satu neraca yang boleh mengukur dan membuat piawaian bahawa satu-satu akhbar itu baik dan positif isi kandungnya. Dia tanya kenapa? Saya jawab, akhbar ditulis oleh manusia. macam surat cinta juga, ada surat cinta yang benar tulus untuk mencintai seseorang. Tetapi ada juga surat cinta yang memuatkan isi penuh palsu, misalnya semata-mata untuk memikat wanita demi kesenangan atau materialistik sifatnya!

Lama kami sembang dan berhujah. Kesimpulannya dia sentiasa mahu menang. Saya kata, menang bukan petanda kita hebat. Kalah pula bukan petanda kita tidak bagus. Dia tanya maksudnya? Saya kata, ada orang mendapat kemenangan dengan cara paling busuk, misalnya melakukan penipuan. Ada orang menang kerana lawan tidak kasihan kerana dia amat mahukan kemenangan. Kemenangan itu saya kata, datang hanya daripada simpati orang bukannya kekuatan diri sendiri. Ada orang kalah bukan sebab tidak hebat, tetapi kerana ditipu agar sentiasa tidak menang. Dia tetap tidak bersetuju. Dia kata, itu hanya kenyataan umum, belum tentu benarnya. Saya bidik, kenyataan dari mulutnya juga umum belum tentu ada benarnya.

Diringkaskan cerita, dia sarankan saya tidak jadi seperti pasir. Jadilah seperti intan! Saya setuju tapi hanya sedikit. Saya kata apa guna jadi intan kalau intan dibeli dengan harga mahal tapi apabila dijual, harganya lebih murah daripada emas! Dia balas, katanya sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada pasir. Saya jawab. Saya kata, pasir juga banyak baiknya. Kalau pemandu kenderaan tidak berhati-hai di jalan raya, kehadiran pasir boleh mengakibatkan pengguna maut kemalangan kalau tidak berhati-hati. Saya tambah lagi, pasir juga digunakan untuk membuat rumah sebagai perlindungan manusia. Tidak ada orang gunakan intan untuk membuat rumah, walaupun sekaya mana dia di dunia ini!

Lepas minum, dia hulurkan tangan bersalam. Dia kata, mahu mencari kawan lain untuk bertukar hujah. Dia tanya saya mahu ke mana pula. Saya kata, saya mahu tamatkan hujah di situ sahaja sebab saya perlu bertemu Tuhan untuk memohon maaf kalau hujah saya tadi tidak benar. Saya mahu solat sebab telah lewat malam. Dia lempar muka masam. Saya gelak dan saya kata, "Kamulah orang paling hebat!". Sejenak, barulah dia tersenyum. Dan saya pun main faham dan khatam tentang sahabat itu.


Wednesday, March 23, 2011

DATUK T. T MAKSUDNYA TRIO? ATAU APA?


RAKYAT sedang seronok dan enak melihat drama video seks pemimpin parti tertentu dengan pelacur asing di sebuah bilik hotel.

Cerita cari jam Omega kemudian bertukar kepada cerita terjumpa wayar berselirat. Cerita jumpa perakam aksi seks ditambah dengan cerita letaklah jawatan.

Pada hari drama itu disiarkan macam-macam ulasan diberikan yang terkeluar dari celah dua bibir yang sesetengahnya merdu untuk didengar.

Rakyat Malaysia khususnya Melayu dan Islam barangkali tengah seronok dengan semua cerita ini. Barangkalilah, sebab cerita macam ini cerita yang tak akan mati. Cerita ini tidak akan mati, walaupun kita atau sesiapa sahaja di antara kita mati. Ia akan terus jadi legenda atau kata orang penglipur lara yang mengasyikkan untuk orang-orang Melayu yang hidup dari satu keturunan kepada satu keturunan.

Saya bangga jadi orang Melayu. Kata arwah datuk dulu, banggalah jadi Melayu yang Islam.

HARGA GETAH TURUN MENCANAK: KINI GETAH SEKERAP SEKITAR RM4 SAHAJA


DI MANA silapnya atau mungkin juga Tuhan mahu menguji. Harga getah yang naik mendadak, kini turun mencanak.

Penurunan hampir 50 peratus atau dalam bahasa kampung 'turun separuh harga' mengakibatkan ada golongan penoreh mula terkedu dan terduduk.

Belum pasti lagi harga serendah RM4 itu akan kekal. Jika keadaan di sebaliknya, golongan penoreh akan kembali seperti asal, apabila harga getah menjunam ke paras harga kelapa sebiji.

Namun bersyukurlah. Apa yang diperolehi di atas dunia ini tidak akan kekal. Percayalah. Begitu juga kuasa dan jawatan.

Kepada yang berkuasa dan berjawatan yang pernah menunjukkan tapak kasutnya kepada orang lain dan kepada yang hebat yang pernah meludah ke muka orang lain, belajarlah daripada apa yang sedang berlaku.

Sebenarnya kitaran ekonomi dunia kini sedang menhampiri satu tahap yang akan dipanggil MELESET.

SERONOK TENGOK ORANG SUSAH, SEBAB KITA BELUM DIBERIKAN SUSAH


ሰሮኖክካህ ክጣ kalau መልሃት ኦራንግ ዳላም ከሱሳሃን? ሰሮኖክካህ? አፓብላ መልሃት ኦራንግ ሱሳህ ክጣ ከታዋ። አፓብላ መልሃት ኦራንግ ሰንግሳራ ክጣ አማት በርገምብራ። ሶአልንያ ሰሮኖክ ሳንጋትካህ ክጣ መልሃት ጴንደርታአን ኦራንግ?

እንጋትላህ ባሃዋ ከሱሳሃን ሙንግክን በሉም ቱሃን ቱሩንቃኝ ከአዳ ክጣ። ከሱሳሃን ኦራንግ ሙንግክንን ተርለብህ አዋል ክጣ ልሃት። ናሙን kalau ክጣ ልሃት ደንጋን ከገምብራአን፣ ሱዳህ ተንቱ እቱ ሰሷቱ ያንግ አማት መንየድህካን ክጣ።

ሰባጋዕ ዑማት እስላም፣ ጃንጋንላህ ክጣ መንተርታዋካን አፓታህ ላጊ ሰንጋጃ ማሁ መንዩሳህካን ኦራንግ። አፓካህ ቀራና ደንዳም atau ቀራና ክጣ በራሳ ሳክት ኃጢ atau ጨምቡሩ ማቃ ክጣ ተርጋማቅ መምቧት ኦራንግ ላእን ሱሳህ።

 እንጋትላህ ካዋን፣ ባሃዋ ከሱሳሃን እቱ አኑገራህ አልላህ ኡንቱቅ መንጉጅ ሃምባንያ። እአ ሃሩስ ድልሃት ሰባጋዕ ሳቱ ጴንጋጃራን ዳን ፐርባንድንጋን ኡንቱቅ ክጣ ሰሟ።

TONTON VIDEO. MEH TONTON VIDEO

ጃንጋን ታክ ቶንቶን። ቶንቶንላሕ ቪደኦ ኣጳ ሳሓጃ ጁዱልንያ፣ ኣሳል ጃንጋን ቶንቶን ቪደኦ ሰክስ። ባሃያ። ሩንቱሕ እማን ክትዓ ካላዑ ቶንቶን ቪደኦ ሰክስ።

ክኣት ሆቴል ማና-ማና ፑን ቦለሕሕ ራኻም ቪደኦ፣ ታፕ እንጋት መራኻም ዳን መንየባርቃን ባሃን ሉጫሕ እቱ ሳላህ። ኣፓካሕ ያንግ ሓሩስ ድኻታካን ላጊ።

9239 DAPAT SEMUA A DALAM SPM


KEPUTUSAN SPM baru sahaja diumumkan. Di seluruh negara seramai 9,239 pelajar telah mendapat kesemua A dalam ujian mata pelajaran yang didudukinya.

Kini mereka melangkah lagi. Yang berjaya akan pergi terus ke menara gading untuk menimba ilmu dan sekali gus menambah koleksi sijil, diploma dan ijazah untuk jaminan masa depan.

Namun kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih. Kejayaan dalam akademik bukan jaminan intelektual seseorang. Anda juga boleh berjaya dalam bidang dan kaedah yang lain, misalnya dalam bidang kemahiran.

Kepada yang berjaya, tahniah. Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa.

Tuesday, March 22, 2011

SULTAN PAHANG TERIMA KAMBING SEBAGAI CENDERAHATI


Tuanku melihat kambing yang dijadikan cenderahati-pix: Bernama
SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah bermain dengan kambing yang diterima sebagai cenderahati selepas satu majlis di Pahang. Hadiah tidak semestinya barangan. Ia boleh juga dalam bentuk haiwan.

Monday, March 21, 2011

5 GURU SILAT MAUT NAHAS JALAN RAYA


LIMA guru silat veteran maut apabila van mereka naiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang di Alor Setar kira-kira jam 3.30 pagi ini.

Mereka dari Sungai Buloh, Selangor dipercayai dalam perjalanan untuk menghadiri satu pertunjukkan seni silat sebelum kejadian berlaku.

Mereka terkorban dikenali Ahmad Ismail, 65, Juhari Darus, 65, Jumaat @ Saad Mat Akhir, 62, Sudin Deris, 65 dan Ishak Awang Kecik @ Hanafiah, 78.

Tiga lagi dilaporkan cedera parah dan sedang mendapatkan rawatan.

MISI BUNUH GADDAFI: SETIAUSAHA PERTAHAN FOX, AKUI ITU ANTARA MATLAMAT UTAMA


DALAM serangan kedua tentera barat ke atas Libya malam semalam, bangunan pentadbiran tiga tingkat menempatkan AKolonel Gaddafi hancur dibedil.

Setiausaha Pertahanan, Fox, mengakui ia bertujuan untuk membunuh Gaddafi.

Saturday, March 19, 2011

BUBAR DUN SARAWAK ISNIN: KETUA MENTERI UMUMKAN PETANG TADI


DUN Sarawak akhirnya disahkan akan dibubarkan Isnin ini. Pengumuman ini dibuat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, petang tadi.

 Sahlah, pilihanraya negeri akan diadakan.

DUN SARAWAK BUBAR ISNIN!?!?!!!!!!!


DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) Sarawak dipercayai akan dibubarkan pada Isnin (lusa) bagi memberi laluan pilihanraya di negeri itu.

Sumber-sumber percaya, Ketua Menteri dijangka membuat pengumuman penting mengenai pembubaran dewan itu hari ini.

 

BAIK BOS!








 BARRACK OBAMA: ENGKAU jangan tembak rakyat engkau! Tak baik! Faham?!!!

 GADDAFI: Faham bos! Aku tak tembak. Aku janji. Tapi aku bom dia orang!

Friday, March 18, 2011

SELAMAT KEMBALI IBU MENTUAKU: MOGA ALLAH TEMPATKANMU DI SISI ORANG-ORANG DISAYANGI

Saat-saat akhir meninggalkan orang-orang tersayang. Dr Nora memeriksa allahyarham di kediaman pagi tadi. Terima kasih Dr Nora kerana meluangkan masa untuk bersama di saat-saat akhir kami bersama allahyarham.
YANG hidup pasti mati. Tanpa tangis kami iringi pemergianmu kembali ke negeri asal. Jam 10.30 pagi 18 Mac 2011 engkau kembali ke rahmatullah. Kami iringi doa dan kami juga sedang menunggu giliran untuk kembali ke negeri jauh itu. Semoga rohmu tenang. Amin. (1933-2011)

Thursday, March 17, 2011

ANDA PUTUS CINTA? BERSYUKURLAH BEB. BUKAN SEMUA ORANG DAPAT!


ANDA putus cinta? Bersyukurlah beb. Bukan semua orang dapat. Orang yang dapat tentulah orang yang disayangi Tuhan.

Ada sebab kenapa cinta anda putus. Pertama sebagai balasan untuk anda. Kedua sebagai pelindung agar anda tidak termasuk ke dalam lembah yang membuatkan anda sesal sepanjang hayat.

Ketahuilah. Mungkin anda pernah melakukan sesuatu yang tidak elok kepada orang lain sebelum ini. Itu sebabnya Tuhan jatuhi hukuman dan cinta anda putus.

Tapi ingatlah. Tuhan amat menyayangi anda. Putus cinta bererti cinta anda AMAT MAHAL dan tidak semua orang boleh memilikinya. Kalau ada yang mencuba-cuba, mereka akan kecundang. Cinta anda tidak akan lekat pada mereka.

Anda yang putus cinta perlu tahu, cinta anda tidak mudah dimiliki sebarangan orang. Cinta anda mahal dan ada harganya.

WOI MANGKUK! KAU ORANG ISAP ROKOK YE!


MASA DI KOLEJ

Sanggup ikut 'padang pasir' belakang kolej, meredah kebun haram starfruit. Jalan kaki sambil berlari, konon berjoging. Lebih empat kilometer baru sampai pekan Serdang. Pekan macam pekan koboi masa itu. Terus beli beberapa kotak kecil Dunhill. Mata masing-masing curiga lihat kiri kanan, kalau-kalau ada instruktor atau pegawai yang kenal.

Lepas isi rokok dalam baju yang dipakai, patah balik ikut jalan sama, meredah semak dan kebun berpasir bekas lombong pasir.

Lepas dinner, masuk preproom. Hisap rokok dulu. Fuhhhh...enak. Telan asap, keluar asap. Berkepul-kepul. Semua puntung simpan dalam satu bekas. Lupa pulak nama kawan yang punya idea tu.

Satu hari, Kapten Karim Mohd Noor mengamuk. Masa tengah lunch dalam dining hall, satu pengumunan dibuat. Kompeni E kena berbaris dekat gelanggang bola keranjang.

Apa hal? Fuhhh...dalam dada sesak risau. Ini bukan hukuman change parade lagi. Ini tentu hukuman yang lebih enak. Maklumlah lepas makan tengah hari. Masa berbaris, rahsia dibuka. Kapten Karim kata, dia jumpa puntung rokok penuh dalam preproom!

Tanya seorang-seorang. Sapa nak mengaku. Masa tu hati dah keras. Daripada mengaku, lebih baik jangan. Kalau kena biar semua kena. Lagi pun itu istilah dan falsafah kami. Yang tak merokok kenalah sabar dalam hati. Jangan sabo (sabotaj) beb!

Sebab tak mengaku, apa lagi semua jenis guling gulingan atas simen panas pun dimulakan. Kemudian pumping, kemudian knuckle clap, kemudian guling lagi. Ada masuk dalam perahu yang kebetulan ada tepi court. Fuhhh...nak keluar isi perut beb.

Ada member muntah beb! Entah berapa jam, dah lupa. Tapi, fuhhh...sampai Sarjan Mejar Rashid kesian. Barulah kami berhenti menerima hukuman. Memang patut. Sendiri buat, sendiri tangggung.

Cuma masih ingat kata-kata: Woi mangkuk! kau orang isap rokok ke? Hehehehehe...sapa nak ngaku. (Anak-anak sekarang jangan buat!!!!Amaran keras!)

DI OUTWARD BOUND SCHOOL PERAK

Duduk satu watch (Tahan watch). Ada pegawai kerajaan, ada penolong pegawai daerah dan ada macam-macam orang dari sektor swasta. Manalah tahu. Kena duduk 21 hari, baru nak kenal hati budi.

Nak jadikan cerita, duduklah saya dengan seorang penolong pegawai daerah dan seorang pegawai kerajaan lain dengan seorang pegawai syarikat swasta.

Hahahaha...nak gelak ni. Penolong pegawai daerah tu, akhirnya jadi SUK dan jadi orang penting persatuan bola sepak. Saya suka dia kerana dia sporting.

Masa kursus mana boleh hisap rokok. Kalau kena tangkap, kena usir dan tak dapat sijil! Tapi punyalah berani. Seorang member dengan penolong pegawai daerah itu rupanya tak larat nak halang selera nak isap rokok. Apa lagi, rokok kena seludup masuk bilik dan kami hisap rokok dalam satu tandas. Satu bilik tiga orang beb! Termasuklah penolong pegawai daerah itu. Saya dapat rokok free hari-hari. tq..hehehe

Setiap kali lepas makan, kami masuk bilik tandas. Tiga orang masuk satu bilik. Fuhhhh...lepas gian beb. Tak kena tangkap!

Tapi satu hari adalah pulak mamat dari syarikat swasta tu bising entah apa ke halnya. Tak ingat dah. Tup-tup sebab geram sangat, penolong pegawai daerah itu pun baling roti yang telah disapu kaya. Tepat ke muka mamat tu! Fuhhh...padan muka.

Itu dah lama dah. Penolong Pegawai daerah yang dah pangkat Datuk tu pun dah bersara. Tapi kenang duduk dalam satu bilik tandas isap rokok sama-sama memang best!

Bodoh punya kerja! hahahahaha...Datuk, jangan marah. Tak sebut nama tau! hahahahahah. Anak-anak jangan buat. Inilah pesanan turun temurun. Dari dulu, pesan orang mengalir macam air atas daun keladi. Aak-anak jangan buat. Tapi buat jugak!


AHMAD DHANI TERIMA BUNGKUSAN BUKU MENGANDUNGI BOM


AHMAD Dhani, pemuzik Indonesia menjadi orang keempat menerima bungkusan buku mengandungi bom di Indonesia.

Bungkusan itu diterimanya dua hari lalu, tetapi hanya berpeluang membukanya pagi tadi. Polis segera berkejar dan memusnahkan bungkusan buku berkenaan kerana dipercayai mengandungi bom.

Ia dipercayai dihantar pihak tertentu. Nasib tak sempat meletup. Jika tidak, tak sempat menyebut pisang!

PENDAKWAAN: PERDANA MENTERI ITALI LAKUKAN 13 KALI HUBUNGAN SEKS DENGAN RUBY!


PIHAK pendakwaan di Milan, Itali mendapat bukti bahawa Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi telah melakukan 13 kali hubungan seks dengan seorang remaja Magribi. Pihak pendakwaan juga telah memfailkan dokumen di mahkamah mendakwa Berlusconi memang membayar Ruby untuk mendapatkan khidmat seksnya.

Dokumen 7 halaman yang difailkan oleh pihak pendakwaan Itali itu berjaya diperolehi oleh Associated Press (AP) .

Menerusi dokumen yang diperolehi itu, difahamkan pada malam kejadian, Berlusconi telah mengadakan parti dikenali Bunga,Bunga. Ia bermula dengan makan malam, tarian erotik melibatkan perempuan muda dan Berlusconi. Berlusconi kemudian memilih remaja terbabit untuk dibawa ke kamar tidurnya.

Selain remaja Magribi dikenali Ruby atau nama penuhnya Karima el-Mahrony, dokumen difailkan pendakwaan turut mengenalpasti 32 wanita lain terbabit pada malam itu. Mereka turut memberi seks kepada ketiga-tiga pembantu Berlusconi.

SEDIH: 14,650 DIPERCAYAI TELAH MENJADI KORBAN GEMPA/TSUNAMI DI JEPUN


POLIS Jepun menganggarkan 14,650 telah menjadi korban akibat gempa bumi berskala richter 9 di negara matahari terbit itu.

Ini berdasarkan angka terbaru mayat ditemui sebanyak 5,321 dan lebih 9,000 yang hilang dan dikhuatiri telah mati dalam bencana yang melanda negara berkenaan.

Angka kematian dipercayai akan meningkat dan berdasarkan keadaan teruk yang berlaku, tidak mustahil angka itu mencecah lebih 50,000 orang.

Dunia harus bersedih dan melihat betapa Tuhan memberi isyaratNya kepada kita untuk melihat sesuatu agar difikirkan akal - pelajaran yang sedang perlahan-lahan diturunkan kepada hambaNya untuk difahami sehingga kita benar-benar faham dan khatam.

PELATIH INSPEKTOR MOHD REDZUAN ISHAK MENINGGAL DUNIA


SEORANG pelatih Inspektor, Mohd Redzuan Ishak 26, meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi dipercayai terkena jangkitan Adenovirus.

Mohd Redzuan adalah mangsa kedua yang terkorban selepas Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak disahkan diancam jangkitan berkenaan baru-baru ini.

Jenazah allahyarham dibawa pulang ke Bandar Sungai Buaya di Rawang untuk dikebumikan.

YAHYA SULONG UZUR: DAHULU HIBURKAN KITA, KINI HATINYA SIAPAKAH YANG MENGHIBURKAN?


PELAWAK veteran, Datuk Yahya Sulong kini dilaporkan amat uzur kesihatannya dan laporan MStar menyebut beliau juga kadang-kala pelupa.
Wajah terbaru Datuk Yahya Sulong -gambar ehsan The Star

Menghidap pelbagi penyakit, Yahya kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas berpindah dari Hospital Ampang.

Selain berdepan keadaan kesihatan yang amat menyedihkan, Yahya juga berdepan kehidupan yang sulit ekoran ketiadaan pencen yang pernah diterimanya sebanyak RM500 daripada Karyawan sebelum ini. Namun, F Fernandez peneraju Karyawan dilaporkan menggunakan wang sendiri untuk membantu artis veteran itu. Terima kasih Fernandez.

Kepada peminat Yahya, bantulah beliau sedaya mampu. Dulu dia pernah menghiburkan kita, kini hatinya siapalah yang menghiburkan?

Wednesday, March 16, 2011

ORANG AWAM JANGAN INGAT BOMBA BODOH!


SATU insiden memukul anggota bomba berpangkat penyelia ketika kerja memadamkan kebakaran di sebuah premis kosong di George Town, awal pagi ini, harus dilihat sebagai serius.

Kejadian jam 7.45 pagi itu tidak akan berlaku jika orang awam faham tugas, profesionalisme dan tanggungjawab anggota bomba ketika menjalankan tugas mereka.

Orang awam tidka boleh menunjuk pandai dan memberi arahan kepada anggota bomba apa harus dibuat ketika kerja memadam kebakaran dilakukan.

Dalam insiden pagi tadi, anggota terbabit didatangi beberapa orang awam yang meminta bomba menyiram air ke kawasan yang tidak berlaku kebakaran. Sebaliknya bomba meneruskan tugas menyiram air untuk memadamkan kebakaran di premis terbabit.

Mungkin kerana geram arahannya tidak dipatuhi bomba berkenaan, salah seorang orang awam berkenaan telah memaki hamun dan memukul penyelia bomba berkenaan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat mengesahkan kejadian itu. Menurutnya ekoran itu, berlaku pergelutan di antara anggota bomba dan orang awam berkenaan sebelum dileraikan oleh anggota bomba yang lain.

Mengikut seksyen 51 Akta Bomba, orang awam boleh dikenakan tindakan undang-undang jika mencaci, menghalang atau melakukan ugutan ketika anggota bomba sedang menjalankan tugas. Satu laporan polis dibuat bomba berkaitan insiden itu.

Orang awam steadylah...kalau tak pandai jangan berlagak pandai! Kalau mahu sungguh, mohonlah jadi anggota bomba. Boleh belajar tembak air bukan sahaja untuk padamkan api, tapi untuk sejukkan badan budak-budak sebelum berkhatan!

RIBAIBARU.


KESEDIHAN TAK TERUNGKAP DENGAN KATA-KATA

KEPUTUSAN SPM 23 MAC INI

Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikeluarkan pada 23 Mac ini.

Beliau mengesahkan perkara itu kepada NST. Kepada semua pelajar yang menunggu keputusan berkenaan, diucapkan selamat berjaya.

GAMBAR: DORAEMON TERBARING DI LUAR RUMAH YANG MUSNAH AKIBAT GEMPA


KASIHAN DAN SIMPATI. Namun jangan ada yang menyangka ini lawak. Gambar ini dirakam oleh agensi luar negara - mempunyai kaitan antara bencana dan watak kartun yang menjadi gilaan jutaan peminat di kalangan kanak-kanak dunia itu.

RIBUT DI KOTA KEMUNING SHAH ALAM


LEBIH 100 pokok tumbang dan lebih 20 kereta rosak dihempap pokok dalam kejadian ribut berlaku di Kota Kemuning, Shah Alam di antara jam 5.30 dan 6.30 petang semalam.

Jalan menjadi sesak kerana beberapa pokok tumbang di tengah jalan manakala hujan lebat mengakibatkan beberapa jalan mengalami banjir kilat.

Zaidi Abas, mendakwa pokok tanpa akar tunjang yang ditanam sememangnya terdedah kepada bahaya tumbang apabila ribut berlaku. Sehubungan itu, dia mencadangkan pokok bersesuaian ditanam pihak berkuasa tempatan bagi mengelak kejadian terlalu banyak pokok tumbang akibat ribut, berulang.

Manaf Ismail, kerugian apabila van yang diletakkan di depan sebuah restoran di Jalan Anggerik Mokara 31, turut dihempap pokok tumbang.

Kepada semua mangsa diharapkan bersabar dengan ujian ini.

Tuesday, March 15, 2011

RAKYAT JEPUN BERDEPAN RADIASI KEBOCORAN LOGI NUKLEAR


SATU lagi bencana sedang dihadapi rakyat Jepun selepas gempa bumi dan tsunami. Pihak berkuasa negara itu mengesahkan radiasi sedang mengancam. Penduduk negara itu terutama yang tinggal berdekatan logi yang bocor supaya tinggal di dalam rumah.

GAMBAR PESAWAT DIY BERHARGA RM1,300! BUAT SENDIRI, TERBANG SENDIRI


SEORANG mekanik automobil di Shenyang, China, Ding Shilu, membuang segan ke dalam laut. Dia mencipta sebuah 'pesawat' khas untuk kegunaannya daripada pelbagai barangan terbuang.

Pesawat seberat 130 kilogram itu diperbuat daripada plastik dan tiga enjin motosikal dan boleh terbang serta menghiburkan hatinya yang lara.

Kalau berlaku banjir, senang lari!

GAMBAR: SEBUAH RUMAH DI TENGAH LAUTAN PASIFIK


INILAH rumah mangsa tsunami di Jepun yang ditemui di Lautan Pasifik!

JANGAN ADA BUSUK HATI DALAM KALBU ORANG MELAYU: PENGIKUT BEKAS PEMIMPIN SIMPAN DENDAM PENGIKUT PEMIMPIN SEDIA ADA?


PAKAI baju sama warna. Nyanyi lagu satu suara. Berdiri dalam satu barisan, tapi mimpi masih lain-lain. Kalau dulu, ketika bernaung bawah pemimpin utama telah kaut banyak keuntungan, bersyukurlah sahaja. Jangan apabila payung itu telah ditutup dan tidak lagi memimpin, dengki dan iri kepada pengikut utama pemimpin yang ada sekarang.

Bila di depan semua okay. Angguk kepala sama-sama, tapi kalau di belakang pantang kalau pengikut pemimpin yang ada sekarang, buat salah sikit. Terus ketuk dan taji! Ketuk dan taji bukan sebab kesalahan itu sangat, tapi sebab dendam dan iri hati.

Cukup-cukuplah Melayu. Cukuplah dengan apa yang telah diperolehi selama ini. Dulu pernah dapat kedudukan tinggi, pernah dapat apa sahaja kerana jadi pengikut kanan pemimpin utama.

Hari ini, janganlah pula dengki dan iri kepada orang lain. Ingatlah macam mana kamu sekelian buat orang lain ketika kamu berkuasa dan dilindungi bawah naungan godfather!

Bukankah dunia ini bulat? Bersyukur sahajalah. Dulu dapat gaji dapat saham berpuluh ribu sebulan, bukan sebab bagus sangat pun. Tapi sebab jadi kroni dan jadi wakil. Syukurlah. Kalau kini orang lain dapat, biarlah. Kenapa nak dengki? Melayu...Melayu!

KENAPA HARUS TUNGGU 2012 HARAMKAN BOTOL SUSU POLIKARBONAT?


SOALAN: Kenapa harus tunggu 2012 untuk haramkan penggunaan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA)?

JAWAPAN: Untuk beri peluang kepada pengusaha/pekilang menyediakan mesin baru dan menyediakan bahan baru bagi menyesuaikan keperluan kepada produk botol susu yang lebih selamat.

ULASAN: Apakah dalam setiap hal atau perkara, setiap beban atau masalah mesti dipikul oleh pengguna? Kalau telah diketahui botol itu berbahaya, hentikan sahaja. Kenapa mesti memberi ruang kepada pengusaha/pekilang untuk menarik nafas lega, sedangkan selama ini pengguna tidak mempunyai ruang atau peluang untuk berasa lega.

Soal keburukan daripada botol polikarbonat telah menyebabkan berjuta pengguna berdepan risiko tetapi pada masa sama pengusaha/pekilang telah mengaut keuntungan. Soal isu ini baru disahkan tidak patut menjadi alasan kerana dalam dunia perniagaan, inilah risikonya. Kenapa pengusaha/pekilang diberi peluang untuk mengelak kerugian? Soal kerugian pengguna terutama di segi keselamatan ini, siapakah yang memberi peluang atau simpati? Hal begini sebenarnya sering belaku. Apabila tercetusnya isu membabitkan kerugian kepada pelanggan, mesti pengusaha/pekilang yang didahulukan. Mesti keuntungan pengusaha/pekilang yang diberi keutamaan. Adilkah? Kenapa tidak diharamkan sahaja. Pengusaha/pekilang kenalah berdepan kerugian sebab selama ini pengguna juga telah kerugian. Di mana suasana menang-menang dalam isu ini?

CHONG WEI BUKTI MAMPU SINAR TANPA MISBUN: ZOLKPLES EMBONG!


KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong, berkata kejayaan Chong Wei memenangi kejohanan badminton Seluruh England awal pagi semalam, membuktikan jaguh badminton itu masih mampu mengekalkan prestasi walaupun tanpa Misbun yang dianggap mentornya.

Okaylah macam itu. Itu bila menang. Kalau kalah, jangan salahkan orang lain. Cuma kita harus juga ingat, jangan sampai kura-kura meniti pokok kelapa yang tumbang. Atau pun kata orang Melayu bila santan habis diperah, hampas tidak berguna lagi. Jangan!

PENYUSUAN IBU LEBIH BAIK: TAK PERLU GUNAKAN BOTOL POLYCARBONATE!


DUA ekor induk kucing ini melalui pengalaman pertama melahirkan anak. Kedua-duanya menyusukan anak setiap seekor ibu sebanyak lima anak, tanpa bantuan botol susu! Awas. Jangan gunakan botol susu polycarbonate!

BETIK BERCABANG EMPAT


BUKAN pelik pokok betik bercabang, tetapi peliknya sejak kebelakangan ini semakin banyak pokok betik dikatakan tumbuh bercabang dan mengeluarkan buah.

Sejak beberapa tahun lalu, pokok betik banyak kali dilaporkan bercabang di negara ini. Salah satu yang terbaru ialah sebatang pokok betik yang tumbuh di Klang, Selangor.

Pokok itu mempunyai empat cabang dan setiap cabangnya mempunyai buah. Pokok berkenaan dikatakan bercabang selepas batang bahagian atasnya reput beberapa bulan lalu. Selain menjadi kehairanan pemiliknya, monyet dan kera juga sering bertenggek di atas pokok betik bercabang itu!

PEMUDA 23 ROGOL TEMAN WANITA 12 TAHUN DIBERKAS


SEORANG pemuda berusia 23 tahun dari Kuala Besut ditahan selepas disyaki merogol teman wanitanya, seorang budak perempuan berusia 12 tahun.

Mangsa lari dari rumahnya sejak 8 Mac lalu dan tinggal selama lima hari bersama teman lelakinya itu. Dia pulang kelmarin dan apabila didesak oleh ibu bapanya, mangsa mengaku tinggal bersama teman lelakinya itu dan mengaku melakukan hubungan seks.

Difahamkan, selama lima hari tinggal bersama, suspek berjaya meratah dua kali budak perempuan itu. Mangsa dibawa membuat pemeriksaan doktor manakala laporan polis di buat di Balai Polis Kampung Raja, Terengganu.

Monday, March 14, 2011

AWAS NAIK PESAWAT INDIA: EMPAT JURUTERBANG DISAHKAN DAPAT LESEN SECARA PALSU


PIHAK berkuasa India mengesan 4 juruterbang pesawat termasuk pesawat komersil negara itu memiliki lesen secara palsu. Ada di antara mereka memalsukan kelayakan akademik untuk mendapatkan lesen juruterbang.

Kini pemeriksaan secara teliti sedang dijalankan di kalangan 4,000 juruterbang yang berdaftar di negara itu untuk mengesan juruterbang 'palsu' yang lain.

Jangan ada kaki mabuk bawa pesawat sudah. Atau pun yang ketagih syabu!

9,575 KES ROGOL 2005-2010


SEBANYAK 9,575 kes rogol direkodkan berlaku di antara 2005 hingga 2010. Maknanya lebih kurang 1,915 kes setahun atau maknanya 158 kes sebulan atau maknanya lebih kurang 5 kes sehari!

Ini dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di parlimen hari ini. Angka yang direkodkan ini sebenarnya amat tinggi dan itu tidak termasuk kes rogol yang tidak dilaporkan oleh kerana malu dan atas sebab-sebab tertentu.

Daripada angka yang direkodkan itu juga bermakna sekitar lima kes rogol berlaku setiap 5 jam di negara ini. Daripada angka itu juga tentu kita boleh melihat betapa banyak anak dara kehilangan dara secara paksa.

300,000 RAKYAT JEPUN KESEJUKAN DILANDA SALJI


CABARAN demi cabaran terpaksa dihadapi penduduk Jepun selepas dilanda gempa bumi, tsunami dan letupan logi nuklear apabila dianggakan 300,000 berdepan cuaca sejuk. Ini ekoran turunnya salji di kawasan yang dilanda bencana.

Kebanyakan penduduk yang terbabit kini terpaksa mencari perlindungan di bilik darjah dan bangunan kerajaan yang runtuh bagi mengelak terus dihantui kedinginan.

LOGI NUKLEAR FUKUSHIMA MELETUP LAGI PAGI INI


LOGI nuklear Fukushima yang meletup Sabtu lalu, meletup lagi pagi ini dipercayai letusan yang berpunca daripada gas hidrogen.

Bagaimanapun, struktur logi dilaporkan NHK tidak runtuh namun usaha memindahkan penduduk berdekatan kian aktif.

Letupan logi nuklear dijangka menjadi bahana baru buat Jepun selepas dikanda gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter Jumaat lalu, sebelum dilanda tsunami ombak melebihi 10 meter.

Ribuan dijangka menjadi korban bencana kali ini. Laporan tidak rasmi menyebut lebih 4,000 dikhuatiri terbunuh sejak Jumaat lalu manakala ramalan lain menyebut lebih 10,000 telah menjadi mangsa.

CHONG WEI JUARA ALL ENGLAND: KALAHKAN LIN DAN 21-17, 21-17


BADI KEKALAHAN ke atas Lin Dan akhirnya terbasuh pagi ini apabila Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain utama China itu dalam peringkat akhir perseorangan lelaki All England dengan dua set 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Lin Dan yang berjuraian air mata akhirnya mengaku beliau ego dan angkuh selama ini. Dia bersetuju berguru dengan Chong Wei dan sebaik kalah, Lin Dah diserang senggugut, selesema, sakit kepala dan cirit-birit!

Dengan hanya dua set menumpaskan Lin Dan membuktikan Chong Wei tidak mustahil mengalahkan budak nakal itu. Paling penting fokus dan apa yang ditunjukkan Chong Wei sebentar tadi menjadi bukti.

Tahniah Chong Wei. Diulangi keputusan perlawanan akhir perseorangan lelaki All England. Chong Wei mengalahkan Lin Dan 21-17, 21-17. Kami bangga!

Sunday, March 13, 2011

HAHAHA: GELAK KEPUTUSAN BEREGU WANITA AKHIR ALL ENGLAND


BEREGU badminton wanita China Wang Xiaoli/Yu Yang bukan sahaja menang, tetapi diistyiharkan sebagai terlalu kuat bagi beregu Jepun, Fujii Mizuki/Kakiiwa Reika dalam pertandingan akhir beregu wanita All England sebentar tadi.

Dengan kemenangan 21-2 dan 21-9, sudah cukup menggambarkan kita tahap beregu China itu berbanding beregu Jepun, apatah lagi mereka hanya mengambil masa 27 minit untuk bergelar juara.

Ini antara sejarah terbaik All England dalam katogeri kemenagan termudah. Apa pun, mungkin beregu Jepun diganggu emosi akibat tragedi yang menimpa negara mereka.

WAJAH-WAJAH HIBA DI JEPUN


MEDIACorp SINGAPURA MINTA MAAF


Kumpulan televisyen MediaCorp Singapura, memohon maaf secara terbuka ekoran penghantaran emelnya kepada semua pengiklan supaya merebut peluang daripada liputan meluas tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun di slot televisyen milik mereka.

Badan penyiar itu dilaporkan menghantar emel meminta pengiklan menghubungi ejen pengiklan untuk menempah atau merebut peluang mengiklankan produk mereka kerana MediaCorp akan membuat liputan meluas mengenai tragedi yang berlaku di Jepun itu.

Beberapa individu mendakwa tindakan itu mengeksploitasi tragedi untuk meraih keuntungan dalam keadaan yang amat tidak sihat.


KHOO KIEN KIAT/TAN BOON HEONG NAIB JUARA BEREGU ALL ENGLAND


IMPIAN pasangan negara untuk menakluki takhta kejuaraan badminton beregu All England tidak kesampaian walaupun bergasak selama 62 minit, apabila kecundang kepada beregu nombor satu dunia, Boe Mathias/Mogensen Carsten pada perlawanan akhir sebentar tadi.

Khoo/Tan tewas tipis 21-15, 18-21 dan 18-21 dalam perlawanan yang mendebarkan. Aksi saling mengejar mata bermula sejak set pertama tapi dimenangi oleh beregu negara.

Dua set terakhir dimenangi pasangan Mathias/Mogensen. Pasangan negara berpeluang membuat kejutan kerana pada set penentuan telah mendahului 11-6, namun mereka gagal memburu mata sebelum diikat pasangan nombor satu dunia itu 16-16 dan seterusnya memenanginya dengan 21-18.

DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH BERSAMA AIR MATA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROHNYA.


DITINGGALKAN isteri. Ditinggalkan anak-anak yang lima orang. Lebih 10 tahun menderita kerinduan pada isteri dan anak-anak.

Puas dia memanjat doa untuk bertemu, namun sebelum semua itu menjadi kenyataan, dia terlebih dulu pergi menghadap Illahi.

Ketika senangnya, isteri sentiasa di sisi. Ketika mewahnya, anak-anak ditatang dengan penuh kemewahan. Namun apabila dia menjadi miskin, bangkrap dan dijauhi kawan-kawan dan sanak-saudaranya, semua yang pernah menyayanginya pergi begitu sahaja.

Isteri lari mengikut lelaki lain dan semua anak yang telah mempunyai pekerjaaan dan pelajaran daripada kesusahan dan kesabaran seorang ayah selama ini, turut menghilangkan diri.

Dia menjadi mangsa kegagalan dalam perniagaan. Dan benarlah kata orang, hina paku kerana karat, hinanya manusia kerana hidup melarat.

Semoga Allah menempatkan rohmu Shamsudin di sisi roh mereka yang disayangiNya. Kepada isteri dan anak-anak, saya pernah menakung dan mengesat air mata allahyarham beberapa hari sebelum pemergiannya. Betapa kasihnya allahyarham kepada kelian, sukar saya gambarkan. Namun inilah hukum dunia. Dikasihi ketika berada, dibuang ketika lara.

GAMBAR TENGKORAK KERETA DI JEPUN SELEPAS GEMPA BUMI


CHONG WEI DAN KHOO/TAN BOON HEONG KE AKHIR ALL ENGLAND


MALAYSIA mempunyai dua wakil ke peringkat akhir All England. Bahagian perseorangan, Lee Chong Wei akan mempertahankan kejuaraannya menentang Lin Dan.

Turut mara ke akhir ialah beregu utama negara, Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong yang menewaskan beregu utama China Chai Yun/Fu Hai Peng dalam straight set.

ELIZABETH WONG MAUT TERBAKAR


ELIZABETH WONG, seorang guru maut apabila tubuhnya terbakar 100 peratus dalam satu kebakaran membabitkan bilik sewanya di Damansara Perdana, pagi tadi.

Elizabeth ditemui rentung di atas katil di biliknya ketika bomba berusaha memadamkan kebakaran. Bomba menerima panggilan jam 10.27 pagi.

Saturday, March 12, 2011

GAMBAR: GEMPA BUMI TERBARU DI JEPUN HARI INI

BARANGKALI di sana ada jawabnya. Mengapa di tanahku terjadi bencana. Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang sering sahaja bangga dengan dosa-dosa. Atau alam mulai enggan, bersahabat dengan kita. Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.(Ebiet G Ade)

GAMBAR: SEBUAH LOGI NUKLEAR JEPUN MELETUP AKIBAT GEMPA BUMI


Logi Nuklear Fkushima Daici meletup akibat gempa bumi.
SALAH sebuah logi nuklear utama Jepun, Logi Fukushima Daici meletup, mengakibatkan bumbung logi berkenaan berterbangan hari ini.

Kejadian itu adalah turutan daripada kejadian sistem penyejukan logi berkenaan yang rosak akibat gempa bumi pada skala 8.9 richter semalam.

Insiden ini yang berlaku kira-kira 250 kilometer dari Tokyo mengakibatkan pihak berkuasa mengarahkan semua penduduk berdekatan berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa mereka.

CHONG WEI, KHOO/TAN KE SEPARUH AKHIR ALL ENGLAND


LEE CHONG WEI hanya memerlukan 30 minit untuk mengajar Bonsana Poonsana bagaimana bermain badminton dalam pertandingan peringkat suku akhir All England.

Chong Wei membajak dengan kemenangan 21-15, 21-7 untuk menunjukkan Bonsana pintu keluar daripada pertandingan berprestij itu. Chong Wei layak ke separuh akhir untuk bertemu Chen Long yang menghadik Peter Gade dalam pertandingan suku akhir yang lain.

Pasangan beregu Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong juga menempah tiket ke separuh akhir selepas bergumpal hampir 50 minit dengan pasangan Indonesia, Markus Kido/Hendra Setiawan, 21-19, 23-25 dan 21-11.


GAMBAR: TUHAN UJI JEPUN 121 GEGARAN SEJAK SEMALAM


SEJAK semalam Allah menguji Jepun dengan menghadiahkan 121 gegaran termasuk separuh daripadanya berkekuatan melebihi 5.5 skala richter. Namun gegaran paling kuat adalah pada skala 8.9 yang sehingga kini dipercayai menalan puluhan ribu mangsanya.

TENGKU RAZALEIGH KATA TUN MAHATHIR PEMBOHONG


TENGKU Razaleigh menafikan dakwaan dalam buku terbaru Tun Mahathir bahawa beliau menggunakan wang untuk membeli undi.

Tengku juga mendakwa dakwaan Mahathir itu jelas beliau (TM) seorang pembohong kerana kata Tengku beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk melakukan pembelian undi.

Sudah-sudahlah. Banyak lagi orang Melayu tengah merempat. (Itu pun banyak orang Melayu masih tak percaya!)

Kadang-kadang terasa betul juga Malay (Melayu) Sia (Rugi)!- Malaysia!

ANGKA KEMATIAN TSUNAMI LEBIH 1,000


ANGKA kematian akibat tsunami di Jepun, dilaporkan mencecah lebih 1,000 orang. Angka dilaporkan meningkat puluhan ribu.

Friday, March 11, 2011

100 ATAS KAPAL HILANG DIPUKUL TSUNAMI DI JEPUN


SEBUAH kapal membawa 100 penumpang karam dipukul tsunami. Kesemua mangsa dipercayai maut, lapor Kyodo News.

Kapal berkenaan milik sebuah syarikat di Miyagi. Sehingga kini 65 dilaporkan terbunuh akibat tsunami, selepas gempa sekuat 8.9 skala richter melanda Jepun.

TSUNAMI DI JEPUN


GAMBAR TSUNAMI DI JEPUN


GEMPA BUMI pada skala 8.9 richter menyebabkan tsunami di Jepun. Setakat ini 17 orang dilaporkan terbunuh tetapi pihak berkuasa percaya angka kematian akan meningkat.

Thursday, March 10, 2011

LEE CHONG WEI KE SUKU AKHIR ALL ENGLAND


LEE CHONG WEI menempah tiket ke suku akhir apabila menumpaskan Bao Chun Lai, pilihan ke 13 dari China dengan 21-16, 21-16 dalam tempoh 42 minit dalam pertandingan Badminton perseorangan All England.

Chong Wei akan bertemu sama ada Lee Hyun Il dari Korea Selatan atau Boonsak Ponsana dari Thailand yang akan bertemu jam 1 pagi waktu Malaysia.

DURIAN INI ISINYA PUTIH KE KUNING?


PETAH dia berbicara. Katanya durian yang dijualnya itu enak. Memang enak dan sedap, katanya. Peliknya, tidak seperti penjual durian yang lain, dia tidak menunjukkan isi durian yang dijualnya.

Katanya, durian yang dijualnya memang sedap. Diulang-ulangnya perkataan itu. Enak dan sedap. Dari cara dia bercakap, walaupun mencuba sebaik mungkin bercakap seperti orang tempatan, dapat diketahui dia bukan orang sini. Namun itu bukan persoalannya.

Dia menjual durian tanpa mahu mengopek sebahagian kulit durian yang diinginkan. Sebaliknya dia memberitahu kalau sampai rumah, duriannya mengkal atau tidak masak boleh dipulangkan dan dia akan menggantikan yang baru.

Kemudian saya tanyakan satu soalan. Warna isi durian itu kuning atau putih?

Apa jawabnya? Putih tak putih, kuning tak kuning!

Saya pun ulang bertanya. Dia pun ulang menjawab dengan jawapan serupa.

Secara hormat saya pun kata padanya, saya tidak dapat membeli duriannya. Pertama kata saya kerana dia tidak berani berterus-terang. Kalau isi durian dijualnya warna putih, cakaplah putih. Kalau isinya kuning, cakaplah kuning. Hanya satu jawapan yang sepatutnya dia jawab. Putih atau kuning. Bukannya, putih tak putih, kuning tak kuning.

Ini adalah teknik jualan yang dia gagal memahaminya!

GAMBAR: BANGLADESH MAIN SOROK-SOROK!


ENAM jahanam betul! Lihatlah sebahagian yang terlepas daripada tangkapan oleh DBKL di Selayang semalam. Mereka adalah warga asing yang memerhatikan dari jauh rakan mereka dicekup kerana tidak memiliki dokumen-nst
 

Wednesday, March 9, 2011

GAMBAR: DATIN SRI SHAHNAZ A MAJID-TUNTUT RM400 JUTA TERMASUK HARTA SEPENCARIAN


ISTERI Datuk Seri Mahmud Bekir, Datin Seri Shahnaz A Majid bersama peguamnya. Shahnaz memfailkan permohonan cerai dan menuntut RM400 juta daripada suaminya sebagai tuntutan mutaah dan harta sepencarian.-thestar

MENANTU KETUA MENTERI SARAWAK FAIL TUNTUTAN CERAI


MENANTU Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Sri Mahmud Abu Bekir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Datin Sri Shahnaz A Majid juga membuat permohonan tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian RM300 juta!

Selamatlah dengan aman berjalannya proses ini. Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan!

Tuesday, March 8, 2011

100 HILANG TEMPAT TINGGAL, 60 RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG TITINGAN, TAWAU


SIMPATI dengan nasib 100 orang yang kehilangan tempat tinggal apabila 60 rumah milik mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, hari ini.

4 SASTERAWAN NEGARA SEPAKAT SOKONG INTERLOK: NAFI IA MENGHINA KAUM


EMPAT Sasterawan Negara (SN) hari ini sepakat mengakui bahawa novel Interlok tidak menghina mana-mana kaum. Sehubungan itu, marilah kita membaca karya sastera daripada tingkap sastera. Jangan membaca novel yang ditulis dengan penuh keikhlasan itu dari pintu politik atau dari jendela perkauman.

Empat Sasterawan Negara yang bersetuju untuk mempertahankan kedaulatan hasil sastera itu ialah SN Datuk Muhamad Salleh, SN Datuk Anwar Ridhwan, SN Datuk Shahnon Ahmad dan SN Datuk Noordin Hassan. Tahniah kepada Sasterawan Negara yang berani membuka kunci mulut demi mempertahankan nilai sastera sejati.

PURATA SEORANG SEHARI BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEJAK 2001


MENTERI DALAM NEGERI, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, memaklumkan 4118 orang telah dilaporkan membunuh diri di negara ini sejak 2001 sehingga 2010.

Lebih kurang maknanya, sebanyak 411 orang bunuh diri setiap tahun. Maknanya juga, purata 34 orang bunuh diri setiap bulan. Maknanya juga, purata seorang sehari bunuh diri sejak 2001 di negara ini.

Maknanya lagi, bahaya betul!

GAMBAR: BUYUNG GAGU DIBUANG DAERAH KE TAMAN NEGARA


BUYUNG GAGU, gajah jantan (bergading) yang ditahan 'reman' selepas diberkas di Jelebu, baru-baru ini 'dibuang daerah' ke Taman Negara.

JIKA KITA GAGAL MENGUBAH DUNIA


JIKA kita gagal mengubah dunia, ubah manusianya. Jika gagal mengubah dunia dan manusianya, ubah diri kita! InsyaAllah dunia dan manusia lainnya akan berubah.

Ini bukan khutbah, tapi luah.

LAGI GAMBAR KERETA MUSNAH DI KUALA LUMPUR


LEBIH 30 KERETA RANAP DI KUALA LUMPUR PETANG SEMALAM


Antara yang musnah dihempap pokok tumbang
LEBIH 30 kereta ranap semalam di sekitar Kuala Lumpur akibat dihempap pokok tumbang. Semuanya gara-gara ribut yang berlaku dalam sekelip mata petang semalam, membabitkan beberapa kawasan letak kereta, termasuk di Jalan Tun Razak dan Ampang.

Monday, March 7, 2011

GAMBAR CERITAKAN SEGALA-GALANYA: KENA TANGKAP TU, SEBAB CURI MOTOSIKAL!


Dua warga Indonesia kantoi ketika cuba mencuri motosikal di Jalan Alwi, Kuching. Salah seorangnya ada dalam gambar. Lihatlah...gambar menceritakan segala-galanya!-pix:SU

GAMBAR: SENAMAN UNTUK SAKIT LEHER DAN TENGKUK


ADUH!! sakitnya tengkuk aku ni.

GAMBAR: SSHHHH!..SSSHHHH...DIAM-DIAM! JANGAN BISING-BISING, AKU MENYOROK BELAKANG ENGKAU NI!


Sshhhh...diam-diam tau. Aku menyorok kat belakang engkau. Engkau diam-diam jangan cakap aku ada kat belakang engkau!

GAMBAR: EMPAT SETAN DIKESAN MERAYAU DI PANTAI SANTO DOMINGO CHINA


SUDAHLAH berlenging tanpa baju, bertanduk pula tu. Inilah wajah setan yang dipamerkan oleh remaja di China dalam satu majlis di pantai negara berkenaan.

GAMBAR: GASING GERGASI SEDANG BERTUGAS!


AWAS! Kalau anda membawa setakat gasing yang dibeli  di kedai Ah Chong, lupakan sahaja niat untuk memangkah gasing ini. Sesuai namanya sebagai gasing gergasi, gasing ini hanya mampu dipecahkan dengan PE atau bom tangan! Ia dipertontonkan di Dataran Jinhui, Luannan, China.

GAMBAR: 150 RAKYAT AUSTRALIA YANG GILA, BERBOGEL NAIK BASIKAL DI MELBOURNE


BARANGKALI kerajaan Australia harus memberi perhatian kepada gejala/penyakit gila yang sedang menimpa rakyatnya. Ini kerana 150 orang yang boleh dikatogerikan gila, menaiki basikal beramai-ramai di Melbourne, kelmarin.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10