nuffnang ads

Sunday, March 13, 2011

DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH BERSAMA AIR MATA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROHNYA.


DITINGGALKAN isteri. Ditinggalkan anak-anak yang lima orang. Lebih 10 tahun menderita kerinduan pada isteri dan anak-anak.

Puas dia memanjat doa untuk bertemu, namun sebelum semua itu menjadi kenyataan, dia terlebih dulu pergi menghadap Illahi.

Ketika senangnya, isteri sentiasa di sisi. Ketika mewahnya, anak-anak ditatang dengan penuh kemewahan. Namun apabila dia menjadi miskin, bangkrap dan dijauhi kawan-kawan dan sanak-saudaranya, semua yang pernah menyayanginya pergi begitu sahaja.

Isteri lari mengikut lelaki lain dan semua anak yang telah mempunyai pekerjaaan dan pelajaran daripada kesusahan dan kesabaran seorang ayah selama ini, turut menghilangkan diri.

Dia menjadi mangsa kegagalan dalam perniagaan. Dan benarlah kata orang, hina paku kerana karat, hinanya manusia kerana hidup melarat.

Semoga Allah menempatkan rohmu Shamsudin di sisi roh mereka yang disayangiNya. Kepada isteri dan anak-anak, saya pernah menakung dan mengesat air mata allahyarham beberapa hari sebelum pemergiannya. Betapa kasihnya allahyarham kepada kelian, sukar saya gambarkan. Namun inilah hukum dunia. Dikasihi ketika berada, dibuang ketika lara.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10