RAKYAT sedang seronok dan enak melihat drama video seks pemimpin parti tertentu dengan pelacur asing di sebuah bilik hotel.
Cerita cari jam Omega kemudian bertukar kepada cerita terjumpa wayar berselirat. Cerita jumpa perakam aksi seks ditambah dengan cerita letaklah jawatan.
Pada hari drama itu disiarkan macam-macam ulasan diberikan yang terkeluar dari celah dua bibir yang sesetengahnya merdu untuk didengar.
Rakyat Malaysia khususnya Melayu dan Islam barangkali tengah seronok dengan semua cerita ini. Barangkalilah, sebab cerita macam ini cerita yang tak akan mati. Cerita ini tidak akan mati, walaupun kita atau sesiapa sahaja di antara kita mati. Ia akan terus jadi legenda atau kata orang penglipur lara yang mengasyikkan untuk orang-orang Melayu yang hidup dari satu keturunan kepada satu keturunan.
Saya bangga jadi orang Melayu. Kata arwah datuk dulu, banggalah jadi Melayu yang Islam.