nuffnang ads

Thursday, March 10, 2011

DURIAN INI ISINYA PUTIH KE KUNING?


PETAH dia berbicara. Katanya durian yang dijualnya itu enak. Memang enak dan sedap, katanya. Peliknya, tidak seperti penjual durian yang lain, dia tidak menunjukkan isi durian yang dijualnya.

Katanya, durian yang dijualnya memang sedap. Diulang-ulangnya perkataan itu. Enak dan sedap. Dari cara dia bercakap, walaupun mencuba sebaik mungkin bercakap seperti orang tempatan, dapat diketahui dia bukan orang sini. Namun itu bukan persoalannya.

Dia menjual durian tanpa mahu mengopek sebahagian kulit durian yang diinginkan. Sebaliknya dia memberitahu kalau sampai rumah, duriannya mengkal atau tidak masak boleh dipulangkan dan dia akan menggantikan yang baru.

Kemudian saya tanyakan satu soalan. Warna isi durian itu kuning atau putih?

Apa jawabnya? Putih tak putih, kuning tak kuning!

Saya pun ulang bertanya. Dia pun ulang menjawab dengan jawapan serupa.

Secara hormat saya pun kata padanya, saya tidak dapat membeli duriannya. Pertama kata saya kerana dia tidak berani berterus-terang. Kalau isi durian dijualnya warna putih, cakaplah putih. Kalau isinya kuning, cakaplah kuning. Hanya satu jawapan yang sepatutnya dia jawab. Putih atau kuning. Bukannya, putih tak putih, kuning tak kuning.

Ini adalah teknik jualan yang dia gagal memahaminya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10