JIJIK dan menjijikkan. Bahaya. Kalau dia tepuk bahu, mahu rasanya yang tak kuat iman akan patuh dan diam. Selama ini tak ramai yang tahu.
Tak ramai yang tahu. Kalau dia tepuk bahu orang yang disukainya, kebanyakannya memang diam. Rasa macam tidak sedar dan tidak mampu bercakap banyak. Itulah kelebihannya. Apakah sentuhan tangannya itu mempunyai tenaga luar biasa yang di luar akal kita memikirkannya?
Memang jijik. Dulu saya dan kawan-kawan pernah berlari anak, mengejar kereta dinaikinya ketika datang ke sebuah sekolah untuk bertanyakan soalan. Tidak langsung dia meminta pemandunya berhenti apatah lagi berasa kasihan wartawan memburunya dan berlari separuh nyawa hampir 300 meter semata-mata untuk bertanyakan soalan.
Angkuh, memang angkuh. Tapi siapakah yang mahu percaya? Orang ini ternyata masih hebat. Memang hebat. Kata kawan saya dia ada membela hantu raya. Saya kata tidak apalah. Hantu rayakah atau hantu tidak rayakah, Tuhan lebih tinggi dan kita mesti sentiasa berkata Tuhan sentiasa ada bersama kita.
Hanya yang pernah merasai sentuhan tangannya di bahu sahaja boleh menceritakan apa yang dirasai. Jika benar sentuhan itu mempunyai niat yang tidak baik, kita tunggulah. Kita tunggu dan Allah akan membuktikan sesuatu yang jarang kita percaya.