nuffnang ads

Thursday, March 17, 2011

WOI MANGKUK! KAU ORANG ISAP ROKOK YE!


MASA DI KOLEJ

Sanggup ikut 'padang pasir' belakang kolej, meredah kebun haram starfruit. Jalan kaki sambil berlari, konon berjoging. Lebih empat kilometer baru sampai pekan Serdang. Pekan macam pekan koboi masa itu. Terus beli beberapa kotak kecil Dunhill. Mata masing-masing curiga lihat kiri kanan, kalau-kalau ada instruktor atau pegawai yang kenal.

Lepas isi rokok dalam baju yang dipakai, patah balik ikut jalan sama, meredah semak dan kebun berpasir bekas lombong pasir.

Lepas dinner, masuk preproom. Hisap rokok dulu. Fuhhhh...enak. Telan asap, keluar asap. Berkepul-kepul. Semua puntung simpan dalam satu bekas. Lupa pulak nama kawan yang punya idea tu.

Satu hari, Kapten Karim Mohd Noor mengamuk. Masa tengah lunch dalam dining hall, satu pengumunan dibuat. Kompeni E kena berbaris dekat gelanggang bola keranjang.

Apa hal? Fuhhh...dalam dada sesak risau. Ini bukan hukuman change parade lagi. Ini tentu hukuman yang lebih enak. Maklumlah lepas makan tengah hari. Masa berbaris, rahsia dibuka. Kapten Karim kata, dia jumpa puntung rokok penuh dalam preproom!

Tanya seorang-seorang. Sapa nak mengaku. Masa tu hati dah keras. Daripada mengaku, lebih baik jangan. Kalau kena biar semua kena. Lagi pun itu istilah dan falsafah kami. Yang tak merokok kenalah sabar dalam hati. Jangan sabo (sabotaj) beb!

Sebab tak mengaku, apa lagi semua jenis guling gulingan atas simen panas pun dimulakan. Kemudian pumping, kemudian knuckle clap, kemudian guling lagi. Ada masuk dalam perahu yang kebetulan ada tepi court. Fuhhh...nak keluar isi perut beb.

Ada member muntah beb! Entah berapa jam, dah lupa. Tapi, fuhhh...sampai Sarjan Mejar Rashid kesian. Barulah kami berhenti menerima hukuman. Memang patut. Sendiri buat, sendiri tangggung.

Cuma masih ingat kata-kata: Woi mangkuk! kau orang isap rokok ke? Hehehehehe...sapa nak ngaku. (Anak-anak sekarang jangan buat!!!!Amaran keras!)

DI OUTWARD BOUND SCHOOL PERAK

Duduk satu watch (Tahan watch). Ada pegawai kerajaan, ada penolong pegawai daerah dan ada macam-macam orang dari sektor swasta. Manalah tahu. Kena duduk 21 hari, baru nak kenal hati budi.

Nak jadikan cerita, duduklah saya dengan seorang penolong pegawai daerah dan seorang pegawai kerajaan lain dengan seorang pegawai syarikat swasta.

Hahahaha...nak gelak ni. Penolong pegawai daerah tu, akhirnya jadi SUK dan jadi orang penting persatuan bola sepak. Saya suka dia kerana dia sporting.

Masa kursus mana boleh hisap rokok. Kalau kena tangkap, kena usir dan tak dapat sijil! Tapi punyalah berani. Seorang member dengan penolong pegawai daerah itu rupanya tak larat nak halang selera nak isap rokok. Apa lagi, rokok kena seludup masuk bilik dan kami hisap rokok dalam satu tandas. Satu bilik tiga orang beb! Termasuklah penolong pegawai daerah itu. Saya dapat rokok free hari-hari. tq..hehehe

Setiap kali lepas makan, kami masuk bilik tandas. Tiga orang masuk satu bilik. Fuhhhh...lepas gian beb. Tak kena tangkap!

Tapi satu hari adalah pulak mamat dari syarikat swasta tu bising entah apa ke halnya. Tak ingat dah. Tup-tup sebab geram sangat, penolong pegawai daerah itu pun baling roti yang telah disapu kaya. Tepat ke muka mamat tu! Fuhhh...padan muka.

Itu dah lama dah. Penolong Pegawai daerah yang dah pangkat Datuk tu pun dah bersara. Tapi kenang duduk dalam satu bilik tandas isap rokok sama-sama memang best!

Bodoh punya kerja! hahahahaha...Datuk, jangan marah. Tak sebut nama tau! hahahahahah. Anak-anak jangan buat. Inilah pesanan turun temurun. Dari dulu, pesan orang mengalir macam air atas daun keladi. Aak-anak jangan buat. Tapi buat jugak!


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10