nuffnang ads

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010: SELAMAT DATANG 2011

Negara dilanda banjir terburuk 2010. Banyak harta benda musnah dan banyaklah hati lara. Negara berdepan kemalangan jalan raya terburuk 2010. Belum pernah angka nahas dalam kemalangan jalan raya mencecah sehingga 28 orang.

2010 banyak meninggalkan kenangan dan kesan pahit pada kita. 2010 sahabat kita Khir Toyo didakwa di mahkamah. 2010 Hakim mahkamah syariah dipenjara dan didenda kerana rasuah.

2010 Ibrahim Ali dirawat di hospital menjalani pembedahan. 2010 Tun Fatimah Hashim meninggalkan kita. 2010 Tun Dr Lim Chong Eu pergi, 2010 Tun Ibrahim Ismail bekas Panglima Angkatan Tentera meninggalkan kita.

2010 wikileaks dedahkan seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007. 2010 bebeapa pengerusi perhubungan Umno negeri ditukar.

2010 petani, nelayan, pemandu teksi dan pekerja kilang meludah kiri dan kanan kerana minyak naik harga dan gula dinaikkan harganya juga.

2011 akan berulang dan berterusan lagikah segala petaka

INIKAH PENTADBIRAN KERAJAAN 53 TAHUN? SEDIH DAN AIB! MANGSA SIMBAH ASID DIBERI JANJI PALSU!

SATU negara tahu dan semua rakyat faham. Mereka mendengar sendiri pelancaran Tabung Kebajikan Nurul Dahyatul Fazlinda, mangsa simbahan asid di Terengganu, bulan lalu.

Tabung itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zakarsi. Pada pelancaran itu yang turut disiarkan oleh RTM yang diketuai Rais Yatim, Puad berkata kerajaan negeri telah bersedia menanggung kos pembedahan plastik bagi Nurul, ibunya Che Ku Zaimah Che Ku Awang dan adiknya.

Exco kerajaan negeri Terengganu pimpinan BN juga bersungguh-sungguh memberi jaminan mereka akan menanggung kos pembedahan itu.

Nak tahu apa berlaku semalam? Nurul dan ibunya membawa segunung harapan ke Hospital Kuala Terengganu. Kemudian mereka keluar selepas beberapa ketika berjumpa doktor.
Sabarlah Nurul. Memang begini bangsa kita selalu diperlakukan.,,

Nak tahu selanjutnya? Kata ibu Nurul, doktor yang merawatnya tidak dapat berbuat apa-apa kerana sehingga KINI TIADA ARAHAN DITERIMA UNTUK MERUJUK NURUL DAN KELUARGANYA KEPADA PAKAR UNTUK MENJALANKAN PEMBEDAHAN PLASTIK!

Inilah kerajaan yang diagung-agungkan. Bagi RM1 tapi heboh sekampung. Janji menggunung tapi semua cakap kosong. Sebuah kerajaan yang cekap selepas 53 tahun tidak akan begini menjalankan kerjanya! Kerajaan yang cekap tidak akan menghampakan rakyatnya yang melarat dan sengsara!

Wake uplah woi! Jangan nak main politik tapi kerja tak reti nak buat. Mustahil doktor itu mahu melaksanakan tugasnya kalau tiada arahan diterima! Salah siapa? Tuhankah yang salah?

WIKILEAKS NAK DEDAHKAN GAMBAR TANGKAP KHALWAT PULAK?

BENARKAH angin mengatakan Wikileaks akan mendedahkan gambar tangkap khalwat yang sekian lama dikuburkan dari ingatan kita?

Ahhh..kacau betul Wikileaks ni. Nakal betullah dia...

2011: TAHUN UNTUKK KITA BERUBAH. AYUH, BANGSAKU TAK SUDAHNYA MACAM INI SELAMANYA!!!!

AYUH! 2011 kita mesti berubah! Tak sudahnya macam ini selamanya. Walaupun di segi psikologi perubahan itu sesuatu yang amat sukar dilakukan manusia, tetapi andai perubahan menjadi perlu untuk kita keluar dari kepompong kesengsaraan dan kemelaratan, kenapa tidak?

Ia boleh disamakan sebagai hijrah. Satu penghijrahan amat perlu dalam diri bangsa kita selepas sekian lama hampir lemas dikelilingi 'habuk pun tak ada'!

Perubahan ini bukan eksperimen. Di mana-mana negara pun andai kayu telah reput, kita tukarkan balak yang lebih kuat dan kukuh. Ayuh!

Kita bina sebuah rumah sejati, bukan rumah yang dibina dari buaian janji-janji. Bukankah kita sudah merdeka! Pastikan minda kita juga merdeka. Ayuh! Kita jadikan Malaysia lebih cemerlang dan gemilang dengan perubahan yang baik untuk bangsa, agama dan negara.

GET YOURSELF A FREE HUG FROM NEW YEAR HUGS TEAM MEMBER!!

Get yourself a free hug around KL! Happy New Year!!Happy New Year!!!This is what we want!!!!Yeayyyyyy!!!

GAMBAR MANGSA ROGOL MENTERI: BENARKAH?

Inilah wajah mangsa rogol seperti didakwa. Rakyat mahu tahu kebenarannya!

Sabahkini.Net memaparkan wajah seorang pembantu rumah Indonesia yang kini semakin hangat dilaporkan dalam internet yang menjadi mangsa rogol kepada seorang menteri.

Untuk berlaku adil, wajar dakwaan ini disiasat sepenuhnya.

JANGAN LUPA AMANAT SAFEE SALI DI TV3 30 MINIT LAGI.

PEMINAT bola sepak negara jangan terlepas segmen sukan Buletin Utama TV3, sebentar lagi! Mohd Safee Sali akan mengungkap banyak cerita di sebalik pertembungan di antara Malaysia dan Indonesia dan tentunya cerita fasal mereka menaiki kereta kebal untuk ke Stadium Bung Karno dari hotel penginapan.

Mohd Safee juga akan menceritakan cita-cita dan azamnya dalam dunia bola sepak sempena kedatangan tahun baru ini. Jangan ketinggalan. Saksikan segmen sukan di TV3, sebentar saja lagi!

PELAJAR KEJURURAWATAN DAPAT ANAK ANGKAT SEGERA DI TEPI TANDAS

SEORANG pelajar kejururawatan, terkejut apabila seorang bayi yang diminta pangku untuk seketika bagi memudahkan ibunya ke tandas, akhirnya menjadi 'anak kekal'nya apabila ibu berkenaan terus lenyap menghilangkan diri.

Kejadian itu menimpa Qurratnaini Amni Jamaludin, 20, di stesyen KL Sentral, Kuala Lumpur jam 10.25 pagi ketika dia baru tiba dari Seremban beberapa minit sebelum itu.

Menurut Amni, sebelum kejadian dia melihat seorang wanita sedang memangku seorang bayi berusia seminggu. Wanita itu kemudian meminta jasa baik Amni untk memegang anaknya seketika dengan memberi alasan mahu ke tandas berdekatan.

Amni yang tidak curiga, menghulurkan bantuan memangku bayi itu. Bagaimanapun selepas lebih dua jam menunggu, Amni mulai risau kerana kelibat ibu bayi itu yang memakai skaf, blaus dan jeans tidak muncul.

Menyedari ada yang tidak kena, Amni terus menghubungi keluarganya di Seremban yang kemudian datang menjemput dia dan bayi itu pulang menaiki sebuah kereta.

Bayi seberat 3.5 kilogram, berkulit gelap itu diserahkan kepada Hospital Tunaku Jaafar, Seremban sebelum satu laporan polis mengenainya dibuat.

Datuk Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi Naib Canselor UPM

BEKAS Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi, 50, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh 3 tahun bermula esok.

Beliau dilantik menggantikan Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha R Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.

Tahniah Old Putera.

5 DIKHUATIRI LEMAS: BOT MEMANCING KARAM DI PERAIRAN KUANTAN

LIMA nelayan, termasuk tekong rakyat Malaysia dan 4 awak-awak warga Thailand dikhuatiri lemas selepas hilang apabila bot memancing yang mereka naiki karam dipukul ombak.

Kejadian dilaporkan berlaku di perairan kira-kira 17 batu nautika dari Kuantan jam 2 petang semalam. Gerakan menyelamat sedang dijalankan.

Difahamkan ketika ini cuaca di laut bergelora di mana ombak besar setinggi tiga meter.

BANJIR MULA MELANDA PAHANG: 95 ORANG KINI DI PUSAT PEMINDAHAN

BANJIR mula melanda Pahang. Sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 95 orang telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Karang Darat. Jumlah itu meningkat berbanding 64 orang yang dipindahkan semalam.

Bilik Gerakan Polis, memberitahu Jalan Gebeng-Kuantan mulai dinaiki air dan kini ia ditutup kepada kenderaan ringan.

Sehubungan itu, penduduk terutama yang tinggal berdekatan tebing sungai diminta segera berpindah jika air mulai melimpah. Ini kerana hujan dijangka berterusan menjelang tahun baru ini.

MAAF CAKAP: JAKIM INI UNTUK APA SEBENARNYA?

Maaf cakaplah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ini untuk apa sebenarnya? Dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya, dalam keadaan pemimpin utama dan tertinggi negara merupakan penganut Islam dan dalam keadaan majoriti rakyat negara ini beragama Islam, Jakim mahu meletakkan fungsi dan peranan serta tanggungjawabnya di mana?

Dua perkara membabitkan Akta Halal dan ketidakupayaan Jakim bertindak ke atas seorang lelaki Islam yang membuat pengakuan kamikazenya sebagai gay, menjadi contoh terbaik untuk rakyat menjadi keliru dan celaru tentang peranan Jakim dalam memajukan Islam sesuai dan sinonim jabatan itu sebagai badan yang diberi gelar Jabatan KEMAJUAN Islam Malaysia.

Dalam isu Akta Halal, sehingga kini Jakim masih TIADA KUASA MUTLAK untuk mengenakan tindakan terhadap premis yang menggunakan sijil halal palsu. Jika benarlah dakwaan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bahawa akta itu sudah dirangka sejak beberapa tahun lalu, tetapi masih belum diluluskan sehingga kini, ia suatu yang mengaibkan.

Walaupun kesalahan harus dituding kepada kerajaan yang dilihat sambil lewa dengan tidak bertindak segera mewartakan Akta Halal itu, Jakim sebagai mekanisme kerajaan khusus dalam hal ehwal Islam juga harus dipersalahkan kerana kelihatan tidak mendesak agar akta itu segera dijadikan kenyataan.

Kegagalan meluluskan akta itu dengan segera, sebenarnya mendedahkan umat Islam kepada pelbagai kemungkinan dan risiko. Kebajikan umat Islam terhadap kehalalan makanan di premis makanan di negara ini sewajarnya tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi ia membabitkan perkara asas dalam hukum hakam - halal atau haram!

Jakim tidak boleh memberi alasan ia bukan satu badan penguatkuasaan kerana sebagai badan yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan umat Islam, Jakim seharusnya berikhtiar dan mengambil inisiatif bersama agensi lain berkaitan agama Islam seperti jabatan agama dan majlis agama serta majlis fatwa untuk melindungi kepentingan umat Islam di segi makanan halal.

Perkara kedua yang menyebabkan umat Islam semakin celaru ialah apabila Jakim turut gagal bertindak untuk melakukan sesuatu yang berkesan menangani kes seorang jurutera Melayu yang terus-terang menyatakan dirinya seorang gay.

Seperti kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamed Sheikh Abdul Aziz, bahawa Jakim tidak mempunyai kuasa sebagai penguatkuasa untuk bertindak ke atas kes itu. Soalnya, kuasa itu di mana dan pada siapa? Soalnya lagi apakah Jakim mesti berdiam dalam kes ini hanya atas alasan badan itu tidak diberi kuasa? Apakah alasan kuasa yang ada pada agensi itu sekadar untuk mencegah boleh memuaskan hati semua umat Islam di negara ini.

Pimpinan utama Jakim harus bermuhasabah tentang tanggungjawab membela Islam walaupun tidak diberi kuasa dan sekali gus kenilai dan menginterprestasi semula istilah KEMAJUAN ISLAM yang digunapakai pada nama agensi itu.

Jakim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam harus bertanya ke dalam diri,  sudah bersungguh-sungguhkah badan itu melindungi hak umat Islam di negara ini?

Sehingga bila kebajikan umat Islam akan terbela dengan cara yang wajar dan apakah alasan tiada kuasa akan terus dijadikan alasan oleh Jakim sehinggalah sampai bila-bila? Umat Islam sebagai rakyat majoriti di negara ini maaf cakaplah, sudah mulai muak dan bosan dengan gejala penafian dan berselindung oleh agensi berkaitan Islam ini.

Jikalah benar kuasa ada pada jabatan agama atau majlis agama, apa pula peranan Jakim ketika melihat Akta Halal dan kes gay ini terbiar begitu sahaja sehingga meloyakan pemikiran umat Islam? Apakah Jakim hanya berpeluk tubuh sambil menunggu agensi lain bertindak? Kalau mahu berpeluk tubuh, sehingga bila? Tidakkah Jakim dalam hal ini mempunyai KUASA untuk menasihat jika tidak berani mendesak pihak yang diberi kuasa termasuk kerajaan, supaya menyegerakan proses melindungi kebajikan umat Islam.

Maaf cakap. Sebagai agensi yang menggunapakai istilah KEMAJUAN ISLAM, Jakim sebenarnya tidak boleh lari berdepan realiti dengan alasan tiada kuasa. Jakim sebenarnya banyak diberi kuasa, termasuklah sebagai satu badan pendesak dan penasihat kepada kerajaan dan jabatan agama agar isu halal dan gay misalnya diberi perhatian segera kerana agensi itu adalah agensi yang berfungsi untuk membawa kemajuan Islam.

Apalah makna kemajuan Islam jika Jakim, tidak berfungsi sebagai ejen kemajuan Islam dalam konteks yang sebenar-sebenarnya di dalam negara Islam ini. Kemajuan Islam harus dilihat oleh Jakim sebagai sesuatu yang amat luas dan menyeluruh. Sebagai penguatkuasa, penasihat, pembimbing dan peneraju untuk lebih mendaulatkan Islam dan membela kehidupan serta kefahaman penganut agama itu  di negara ini!

KHAIRUL FAHMI DAN AIMIE HARMELIA SEPATUTNYA BERTUNANG NOVEMBER LALU!

Cewek Indon menitis air mata dan air liur melihat kebahagiaan pasangan ini. Semoga Aimie dan Khairul sabar. Kena sabar dan tabah!
PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat sepatutnya bertunang November lalu. Teman istimewanya, Aimie Harmelia Mohd Hashum, 21, mengakuinya.

Namun demi kesibukan latihan untuk memastikan negara mampu menjulang piala kemenangan, mereka sepakat menangguhkan hasrat itu.

Aimie Harmelia adalah bekas pelajar UiTM cawangan Machang, Kelantan, kini menunggu untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sumber manusia.

Pasangan itu mengunjungi Balai Berita NSTP, malam tadi ketika dalam perjalanan pulang untuk makan malam di rumah keluarga Aimie di Setiawangsa.

 Dalam pertemuan dengan Berita Harian, Aimie memaklumkan dia tidak berasa bimbang dengan populariti diperolehi Khairul ekoran kecemerlangannya. Anak kedua dari empat beradik ini berkata, tumpuan peminat khususnya wanita, tidak membimbangkannya kerana dia lebih tahu dan mengenali hati budi Fahmi.

 "Jodoh tidak akan ke mana. Khairul Fahmi pemalu, saya tidak bimbang walaupun popularitinya meningkat. Saya tidak pernah menghalang kerjayanya," kata Aimie kepada wartawan Berita Harian.

 Fahmi pula berkata: "Aimie memahami kerjaya saya dan kepercayaan itu membuatkan saya selesa. Biarlah saya tumpukan kepada apa yang saya miliki sekarang. Mengenai perkahwinan, biarlah dulu kerana kami pun masih muda"

 Ya...yang pasti Khairul sayangkan Aimie dan Aimie pula cintakan Khairul. Semoga berkekalan.

BANJIR TERBURUK MENGANCAM AUSTRALIA: 200,000 MENJADI MANGSA SETAKAT INI

Bandar Emerald tenggelam. Setakat ini lebih 200,000 menjadi mangsa.
HAMPIR suku juta penduduk Australia kini bergelar mangsa banjir dengan Queenslands menjadi zon terburuk dilanda petaka itu.

Di bandar Emerald, semalam 1,000 lagi dipindahkan apabila air terus naik akibat hujan yang turun tanpa noktah. Ketua Menteri, Ana Bligh memberitahu Australian Broadcasting Corporation (ABC) 22 bandar kini sama ada ditenggelami air ataupun terpisah akibat tidak boleh dimasuki atau dihubungi.

Masalah kekurangan makanan, bekalan air bersih dan elektrik mula menjadi masalah utama ratusan ribu penduduk yang menjadi mangsa.

Kini keluasan sebenar zon banjir di Australia melebihi keluasan Perancis dan Jerman jika digabungkan! Ia kian memburuk. Selain hujan, ribut dan puting beliung turut memburukkan lagi keadaan.

AYOYO ADIK KECIL, ADA SUKAKAH PERMAINAN INI? AKHIRNYA BUDAK ENAM TAHUN PUN KENA CABUL!

BARANGKALI macam ini ceritanya! Dalam gagau pekat menyebut perkataan-perkataan yang baru dipelajarinya sejak tiba ke negara ini enam bulan lalu, lelaki India itu berusaha meluahkan gejolak dalam dadanya.

Biarpun hanya budak sekecil enam tahun, lelaki itu tahu itulah peluang terbaik. Soal kecil atau besar hanyalah masalah merah atau hijau di stesyen minyak. Yang penting pujuk. Yang penting bagaimana mahu merawat nafsunya telah membara.

Adik sukakah ini permainan? Banyaaaak baguuuusss! Sukakah adik permainan ini? Ambillah kasi main puas-puas. Ada macam-macam..semua ada..

Dek pujukan manis dari mulut menyimpan penuh api itu, si kecil tentu memilih untuk seronok. Permainan komputer bagi anak sekecil itu barangkali lebih lazat daripada sepinggan makanan yang dihidangkan ibu untuk sarapan.

Si ibu dan bapa pula, anehnya amat mudah percaya. Percaya pada seorang lelaki, warga asing yang menyewa tingkat atas rumah mereka.

Fikir mereka, apabila anak kecil itu seronok bermain komputer, sudah tentu cukup melebihi segala. Dia tidak terfikir, lelaki asing berhati binatang menyimpan perasaan membara ke atas anak kecil itu. Maka pergilah ibu dan bapanya ke kedai meninggalkan anak 6 tahun itu bermain komputer bersama lelaki India, penyewa bilik di rumah mereka menemaninya.

Dek kerana leka dan dek kerana menyangka mustahil dalam keadaan itu akan timbul mara bahaya, mereka mengunyah kekesalan.

Sebaik pulang dari kedai, anak 6 tahun membuka mulutnya. Dia bercerita diraba kemaluannya dan dibuat itu ini oleh lelaki India itu.

Sesal sudah tidak berguna. Leka sesaat mengundang sesal sepanjang hayat. Laporan polis juga jadi pengubatnya. Kini lelaki dari India itu telah ditahan polis membantu siasatan kemungkinan kanak-kanak 6 tahun itu dirogol. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kota Kemuning, Shah Alam.

GAMBAR PEMAIN MALAYSIA DIANGKUT NAIK KERETA KEBAL BARACUDA

HEBAT...Malaysia diajak untuk 'berperang' tapi semangat juang yang pemain Malaysia bawa dengan dada lapang dan fikiran tenang membuat mereka menang dengan cemerlang di tengah gelanggang! Indonesia akhir tunduk kecundang dan lebih malang surat AFF bakal mengundang!

Thursday, December 30, 2010

GAMBAR PENGACARA 8TV QUICKY BERCIUM SEJENIS TERSEBAR DI INTERNET

Julie Woon, pengacara 8TV QUICKY-MStar

Julie mengakui ini memang gambarnya yang tersebar di internet
GAMBAR pengacara dan pelakon Julie Woon, 26, yang bercium dengan rakan wanitanya, mula tersebar di internet, menyebabkan dia mulai menerima SMS termasuk dari wanita yang mengamalkan Lesbian.

Dihubungi MStar, Julie mengakui itu memang gambar dia tetapi dia menegaskan tidak mengamalkan lesbian dan gambar itu pula katanya ketika dia di zaman persekolahan. Cuma sehingga kini dia tidak pasti dan tidak tahu siapa yang menyebarkannya.

Gambar itu katanya, sekadar suka-suka tetapi sebaik sahaja ia tersebar di internet, Julie mengakui sedikit sebanyak menganggunya juga.

Julie Woon adalah pengacara 8TV Quicky.

CUTI PERISTIWA DI KELANTAN, AHAD INI SEMPENA MENANG BOLA

KERAJAAN Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini sebagai tanda menghargai kejayaan pasukan bola sepak negara menjulang piala Suzuki AFF.

Satu salinan surat pemakluman mengenai cuti itu turut dihantar kepada Bernama. Noktah.

DUA BERADIK RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DI WOODLAND CUBA SELUDUP KELUAR LELAKI WARGA CHINA

PIHAK berkuasa Imigresen Singapura hari ini menahan dua beradik, lelaki dan perempuan rakyat Malaysia kerana menyeludup keluar seorang lelaki warganegara China dari Singapura pada satu pemeriksaan di Woodlands.
Lelaki warga China cuba diseludup keluar dari Singapura, bersembunyi di but kereta. ST

Lelaki 20 tahun yang memandu dan adik perempuannya dalam lingkungan belasan tahun ditahan bersama lelaki warga China yang bersembunyi di but kereta bernombor pendaftaran Malaysia, dipercayai telah tinggal melebihi tempoh di republik itu sebelum ini.

Siasatan awal mendapati pemandu rakyat Malaysia itu mengaku dibayar RM500 untuk membawa keluar lelaki warga China berkenaan dari Singapura ke Malaysia.

Ketiga-tiganya kini ditahan dan disiasat pihak berkuasa Singapura mengikut Akta Imigresen negara itu.

TERKINI: TIGA SEPUPU LEMAS DI AIR TERJUN SENDAT, ULU YAM BARU

TIGA sepupu terkorban apabila lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Sendat, Ulu Yam Baru, petang tadi. Mereka dikenali sebagai Kok Soo Dee, 19, Tew Chew Ying, 13, dan Tan Ching Wee, 10.

The Star melaporkan ibu Tew bersama tiga yang lain membawa mangsa berkelah ke air terjun itu untuk berseronok sebelum sesi persekolahan dibuka.

Pemandu keluarga mereka, Sami Kimin, 43, dipetik memberitahu mereka tiba di air terjun itu jam 1 tengah hari tadi dan ketiga-tiga mangsa selepas itu mandi di air terjun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa.

SEMPURNALAH SAMBUTAN TAHUN BARU KITA SAMA SEPERTI DULU-DULU. PERCAYALAH!

PENGELUARAN kondom meningkat dan tempahan bilik hotel pula penuh. Ini adalah kombinasi dua subjek yang saling berkait menjelang malam 31 Disember kerana esoknya tahun baru.

Tahun baru, manusia menanam azam baru. Sayangnya menanam azam baru di bilik hotel dan berazam menutup kepala tetapi mengunakan sarung yang lutsinar!

Percayalah! Fenomena ini bukan rahsia dan pelik di negara kita. Di kota atau bandaraya besar, manusia menyambut tahun baru bertolak dari dasar yang sama sejak dulu-dulu. Mesti dimulai dengan upacara membasah nafsu!

Cerita remaja hilang dara di malam tahun baru akan berulang lagi dan bakal menjadi cerita di dalam media. Kisah longkang tersumbat oleh timbunan kondom terpakai yang tersangkut di mangkuk tandas juga menjadi rutin biasa pekerja majlis perbandaran atau bandaraya.

Inilah generasi yang bakal mewarnai masa depan negara. Percayalah. Ketika dentuman bunga api meletus menerjah ruang udara, ada suara tangis remaja di bangku sunyi dan di bilik rumah tumpangan mengiringi sekali.

Sembilan bulan selepas itu, rusuhlah hati pemimpin melihat angka anak-anak buangan di lorong belakang dan di tepi longkang, dihurungi semut. Maka sesudah itu rasmilah sebuah pesta bernama Malam Tahun Baru!

GAMBAR: SELAMAT PULANG WIRA NEGARA

Wira bola sepak negara selamat tiba jam 3.55 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa. Kepulangan mereka disambut lebih 1,000 penyokong/peminat yang menanti sejak pagi.Pix:izahariariffin/nst

SEORANG DARIPADA 3 HAMBA SEKS GURU YOGA DISAHKAN MENGANDUNG

SALAH seorang daripada tiga gadis yang dijadikan hamba seks oleh seorang jurulatih yoga di Kuala Kubu Baru yang diselamatkan polis selepas sebulan dirantai di katil, disahkan mengandung.

Pemeriksaan yang dilakukan di Hospital Kuala Kubu Baru ke atas ketiga-tiganya juga mengesahkan kesemua mangsa yang dijadikan hamba seks lebih kurang sebulan selepas diperdaya oleh suspek turut dirogol.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan suspek berusia 54 tahun yang juga dikehendaki polis serta mempunyai rekod jenayah direman selama empat hari.

Ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan dalam keadaan dirantai di katil di rumah suspek apabila polis menyerbu sebuah rumah petang semalam.

Keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka November lalu dan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menjejak si penjenayah. Difahamkan salah seorang gadis berusia di antara 16 dan 20 tahun itu adalah anak yatim.

RENUNG DI SEBALIK POHON TINGGI YANG MATI

Alangkah baiknya, pohonan tinggi yang selama ini subur kerana merampas baja milik pohon-pohon kecil dengan kekuatan akarnya yang lebih tunjang ke bumi tiba-tiba mati, demi untuk dijadikan pula baja kepada kehidupan pohon-pohon kecil yang selama ini drampas haknya. Pohon tinggi yang mati itu boleh ditukarkan menjadi baja dan bermanfaat untuk menghidupkan lebih banyak pohon yang lebih kecil. Sekali gus ini akan mengubah semula lanskap rimba menjadi adil kehidupannya, dengan lebih banyak pohon lebih kecil dapat hidup dan bernyawa.

RENUNG DI SEBALIK POHON TINGGI

Dia menjulang tinggi ke langit menjadi kebanggaan warga rimba. Namun siapakah yang pernah merenung realiti bahawa di mana banyak pohon tinggi menjulang angkasa, di situ akan banyaklah pohon-pohon kecil yang akan mati. Pohon-pohon kecil kehilangan cahaya mentari dan begitu refleksinya kepada kehidupan manusia di dunia. Di mana ada orang yang mewah dan berkuasa, di situlah banyak orang bawahan yang mati kerananya. Sekadar yang tinggal hanyalah rumput yang melata, memaksa akar mencengkam tanah mencari rezeki meneruskan kehidupannya. Maka janganlah berbangga andai bangsa mempunyai sepuluh yang berjaya dan menjulang tinggi jika di bawahnya ribuan yang lain mati dan kehilangan nyawa.

FERI GEMILANG 1 DITAHAN DI MERSING KERANA BAWA LEBIH PENUMPANG

Feri ditahan bawa lebih penumpang di Mersing, semalam -pix:nst

TRAGEDI bot karam yang membabitkan 5 lemas apabila karam di perairan Mersing Ahad lalu, masih tidak dijadikan pengajaran oleh pengusaha bot penumpang di sekitar Mersing.

Semalam, Jabatan Marin Mersing, merampas feri Gemilang 1 dan menahan kaptennya selepas didapati membawa lebih penumpang.

Feri itu difahamkan mempunyai kebenaran membawa 140 penumpang, tetapi aduan orang ramai membuktikan ketika ditahan ia membawa lebih 8 penumpang.

GAMBAR KHAIRUL FAHMI BERSAMA PEMINAT WANITA DI JAKARTA

Wow...sejak menang malam tadi, tak cukup bateri ambil gambar. (Gambar atas) Khairul fahmi bersama peminatnya. (Gambar Tengah) gambar Shafik dan (gambar bawah) Mohd Safee Sali.

PENTADBIRAN NAJIB BANTU RAKYAT INDIA DALAM MASALAH WARGANEGARA

BANGGA juga mendengar pentadbiran Najib bersetuju membantu rakyat India di negara ini dalam menyelesaikan masalah berkaitan kewarganegaraan.

Nampak prihatin Perdana Menteri menyelesaikan masalah rakyatnya. Cuma nak tanya, masalah orang Melayu yang berpuluh tahun belum selesai dalam hal itu boleh diselesaikan atau tidak?

4 WARGA ASING JADI ANGGOTA RELA GUNA MYKAD PALSU DITANGKAP

EMPAT lelaki warga asing yang sekian lama menjadi  ahli Ikatan Rakyat (Rela) ditahan pihak berkuasa kerana menggunakan MyKad palsu selama 15 tahun.

Turut ditangkap adalah 4 wanita yang turut menggunakan kad pengenalan palsu itu sejak tempoh yang sama dan diperolehi daripada satu sindiket di Sabah.

Pengarah Siasatan Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, Wan Zakaria Wan Awang, berkata kesemua yang ditahan membeli kad pengenalan menerusi sindiket terbabit dengan harga di antara RM100 dan RM500 setiap satu.

PEMAIN MALAYSIA DIBAWA NAIKI KERETA KEBAL DARI HOTEL KE STADIUM MALAM TADI

PERLAWANAN akhir piala Suzuki AFF di Indonesia, malam tadi bagaikan medan perang. Ini kerana semua pemain negara terpaksa dibawa dari hotel penginapan mereka ke Stadium Bung Karno menaiki kereta kebal tentera Indonesia (Barrucuda).

Penggunaan kereta kebal itu satu sejarah dalam mana-mana pertandingan bola sepak, bukan sahaja di Asia Tenggar, tetapi di dalam dunia. Kereta kebal tentera terpaksa digunakan demi menjaga keselamatan pemain negara ekoran ancaman peminat fanatik negara tuan rumah.

Selepas hotel penginapan mereka dikepung ribuan penyokong Indonesia, pihak berkuasa di sana tiada pilihan dengan terpaksa membawa pemain negara menaiki kereta kebal yang sepatutnya hanya digunakan ketika perang!

 Pengalaman menaiki kereta kebal dari hotel penginapan ini diakui oleh penyerang negara, Mohd Safee Sali yang menyifatkannya sebagai satu pengalaman luar biasa. Katanya, pengalaman itu bagaikan mahu memasuki pedan perang!

Bagaimanapun, dalam keadaann sebegitu, pemain negara malam tadi berjaya menyerap segala tekanan, terutama bimbang di segi keselamatan masing-masing dan berjuang penuh semangat demi memastikan piala Suzuki AFF sah milik kita.

PAK LAH NASIHAT SEMUA PIHAK CERMAT HAL BERKAITAN AGAMA

MEMANG betul kata Pak Lah. Sensitiviti berkaitan agama mesti dijaga. Maknanya termasuk, kalau boleh khususnya umat Islam janganlah membuka aurat dan sebaik-baiknya pemimpin atau orang yang menjadi tokoh dalam komuniti, pastinya wanita pakailah TUDUNG atau pakai tudung secara betul.

Macam mana kita mahu menegur penganut agama lain kalau kita sendiri tidak menunjukkan cara dan kaedah yang betul. Pak Lah kena tegur ketam dan Pak Lah jangan pula tersilap kelihatan pada mata dan fikir orang sebagai ketam nanti!

SURAT UNTUK MAS KHAIRUL FAHMI!

Mas Fahmi, kapan mau ke sini lagi ya? nggak puas nontoni laga bola tadi malam. Wow..memang mas hebat bangat..nggak bolos gawangnya bila kami dihadiahi sepak penalti.

Ya mas...sekadar mahu tahu..apa mas udah ada yang punye? Sekadar nanya, kok jangan marah. Mas Fahmi ya macam pria idaman cewek-cewek di sini juga. Rasa-rasain mahu kami ngikut pulang aja...aahh..ini gurauan aja ya mas. Mas Fahmi ganteng bangat..

Kerna apa kami katakan gurauan aja...kerna kami mahu ubati rasa kecewa kami kerna pasukan sepak bola kami nggak menang tadi malam. Kerna mas main bagus bangat, sama bagusnya dengan mas Safee, maka pasukan sepak bola kami kecundang.

Ya Mas...moga sukses selalu. Kami cewek di sini sebenarnya amat pilu pabila baru saja tau yang mas udah ada yang punya. Kalau sudi, Mas kirimilah kami sapu tangan buat kami sapu air mata yang nggak henti turunnya ini! Salam Mas.  dari kami cewek Jakarta.

GAMBAR: KONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA KHAIRUL FAHMI, PENJAGA GOL KEBANGSAAN YANG HEBAT

Kegembiraan Khairul Fahmi, kegembiraan peminat bola sepak negara (gambar dari laman facebooknya)

KETANGKASAN Khairul Fahmi Che Mat menjadi bualan mulut bukan saja di kalangan peminat bola sepak negara ini, tetapi turut diakui peminat, khususnya golongan wanita di Indonesia. TAHNIAH Fahmi!

56,624 DESAK NURDIN LETAK JAWATAN KETUA PERSATUAN SEPAKBOLA SELURUH INDONESIA EKORAN KEKALAHAN

DALAM tempoh yang singkat sejak semalam hingga jam 9.30 pagi tadi, seramai 56,624 ahli facebook yang bergabung dalam akaun Satu Juta Facebooker mendesak Ketua PSSI, Nurdin Halid meletakkan jawatan segera ekoran kekalahan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir piala Suzuki AFF, malam tadi.

Tempointeraktif melaporkan, kesemua yang membuat desakan itu kesal kerana persatuan bola sepak di Indonesia tidak berkembang atau maju sejak ia diterajui oleh Nurdin.

Malah sesetengah di antara ahli facebook itu turut menyatakan bahawa Nurdin seorang yang korup dan terlibat dalam kes jenayah.

Mereka mahu, pengganti yang baru yang dapat melonjakkan semula pasukan bola sepak Indonesia ke tahap yang lebih tinggi.

Demikianlah harga yang perlu dibayar oleh Nurdin akibat kekalahan yang masih tidak boleh diterima oleh penyokong pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia. Namun, Nurdin dipetik media negara itu tetap bertegas bahawa dia tidak akan berundur hanya kerana didesak oleh penyokong yang fanatik dan kurang faham tentang perkembangan bola sepak.

RAMAI AWEK SEBERANG YANG PERASAN KECEWA DAPAT TAHU KHAIRUL FAHMI TELAH ADA AWEK

RAMAI awek seberang terutama yang perasaan akhirnya kecewa apabila mengetahui penjaga gol kebangsaan Kairul Fahmi Che Mat rupanya telah ada awek!

Populariti Fahmi yang mencadak naik sejak malam semalam ekoran persembahan luar biasanya menangkis sepakan penalti Indonesia selain berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pemain Indonesia, turut membuaikan angan-angan terutama awek dari seberang untuk memasang papan tanda pacar di hati Fahmi.

Bagaimanapun, Fahmi kini dikatakan mempunyai teman wanita dikenali Elia dan dikatakan juga amat rapat dan mesra. Awek perasan terutama dari Indonesia yang memuatkan luahan dalam Twitter misalnya tentu terkejut dengan situasi sekarang.

Bagaimanapun, Elia menerusi blognya yang ada mencatatkan serba sedikit tentang kisah dating pertama mereka di Kota Bharu dengan penjaga gol kebangsaan ini dikatakan seorang yang amat understanding.

Semoga Fahmi berbahagia dengan teman wanitanya kini. Kamu memang hebat Fahmi!

KUNCI TAYAR KERETA PEGAWAI POLIS: PENGAWAL KESELAMATAN PULA YANG DITAHAN

ORANG ramai yang berasa diri ditangkap dan diperlakukan secara kurang wajar oleh polis, mesti membuat laporan sebagai salah satu cara mengelakkan kes salah laku anggota keselamatan yang bertindak keterlaluan dapat diatasi dan dikurangkan.

Polis pula dinasihatkan supaya bertindak secara profesional dan menghormati undang-undang, hatta ia membabitkan undang-undang berkaitan kesalahan meletak kenderaan di premis yang tertentu.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammed Sha'ani Abdullah, ketika membuat gesaan itu turut memberi contoh bagaimana Suhakam ada menerima aduan mengenai kes seorang pengawal keselamatan yang mengunci tayar kereta milik seorang pegawai polis, telah diperlakukan secara kurang wajar.

Beliau memberi contoh itu ketika ditemuramah dalam program Kerusi Panas, Radio Bernama petang semalam berkaitan kes penangkapan dan salah laku polis terhadap orang awam.

Menurut Sha'ani, dalam aduan yang membabitkan pengawal keselamatan itu, pegawai polis berkenaan dipercayai tidak berpuas hati apabila tayar keretanya dikunci kerana melakukan kesalahan di tempat letak kereta.

Sebaliknya, kata beliau pengawal keselamatan yang menjalankan tugas itu pula yang ditangkap kemudiannya oleh polis atas kesalahan tertentu, dipercayai berbangkit daripada rasa tidak puas hati pegawai polis terbabit.

Beliau sekadar memberi contoh aduan yang diterima Suhakam itu, bagi menjelaskan isu salah laku polis terhadap orang awam, terutama membabitkan kekasaran apabila membuat sesuatu tangkapan.

Pada masa sama, Sha'ani menasihatkan pegawai dan anggota polis supaya lebih menghormati undang-undang, termasuk juga undang-undang berkaitan kesalahan tempat letak kereta walaupun ia ada kaitan dengan kepentingan mereka.

Dalam program Kerusi Panas itu, kebanyakan pemanggil turut mencadangkan supaya polis yang membuat tangkapan di mana-mana premis supaya tidak berpakaian preman, sebaliknya berpakaian seragam bagi mengelakkan ia dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Malah Sha'ani juga mengingatkan walaupun tangkapan dibuat polis berpakaian seragam, orang awam masih berhak meminta atau melihat kad kuasa mereka sebagai memastikan ia adalah satu tangkapan yang sah di segi undang-undang atau tidak dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

3 REMAJA DIJADIKAN HAMBA SEKS SEBULAN: JURULATIH YOGA DIBERKAS

SEORANG jurulatih yoga yang dikehendaki polis dan disahkan mempunyai rekod jenayah diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kubu Baru, Selangor petang semalam, sekaligus berjaya membebaskan tiga remaja yang dijadikannya hamba seks selama sebulan.

Ketiga-tiga remaja perempuan itu berusia di antara 16 dan 20 tahun, dipercayai dijadikan hamba seks lelaki itu selepas diperdaya datang ke rumah berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata polis turut menjumpai dua paket dadah dipercayai jenis syabu di dalam rumah berkenaan.

Dipercayai lelaki berusia 54 tahun itu telah merogol dan melakukan gangguan seksual berulangkali ke atas mangsa yang dirantai di atas katil sejak mereka dilaporkan hilangg oleh keluarga masing-masing November lalu.

Polis sebelum ini telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat kes itu sebaik sahaja menerima laporan daripada keluarga mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah pada 30 November lalu.

Jurulatih yoga itu kini ditahan untuk siasatan manakala ketiga-tiga remaja yang menjadi hamba seksnya kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru untuk pemeriksaan lanjut.

MODEL/ARTIS PERANCIS YANG MENGIDAP ANOREXIA, MENINGGAL DUNIA

MODEL dan artis Perancis, Isabelle Caro yang mendapat perhatian dunia kerana mengidap anoxeria, sejenis penyakit ada kaitan dengan diet keterlaluan dan tidak mahu makan meninggal dunia sekembalinya daripada menjalankan tugas di Tokyo, Jepun.

Inilah wajah model/artis Isabelle yang dirakamkan jurugambar ketika nazak mengidap anorexia
Dilaporkan, berat Isabelle ketika meninggal dunia hanya 27 kilogram.

BUDAK HILANG: MOHON BANTUAN TOLONG CARIKAN

Mohd Nor dilaporkan hilang sejak 24 Disember lalu

SEORANG kanak-kanak lelaki 10 tahun dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Pelabuhan Klang pada 24 Disember lalu.

Mohd Nor Amaludin Alias, disedari hilang oleh ibunya, Nor Zilah Abas, 34, selepas tidak pulang daripada bermain di padang permainan Flet Sri Perantau, Pelabuhan Klang.

Sesiapa ada maklumat dirayu menghubungi bapanya, Alias Yahya menerusi talian 016-2845591.

CUTI UMUM ESOK DIBATALKAN!

CUTI umum yang diistyiharkan oleh Perdana Menteri esok, bersamaan Jumaat 31 Disember telah dibatalkan! Ini bermakna semua kena bekerja seperti biasa dan tiada 'double pay' bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk bekerja pada hari cuti!

Hahaha...nak mampus batalkan cuti yang diberi Perdana Menteri. Ini hanyalah lawak yang saya terima daripada seorang sahabat pagi ini.

Esok tetap cuti umum. Esok tetap cuti umum sebagai tanda menghargai kemenangan pasukan negara memenangi piala Suzuki AFF di Jakarta, malam tadi. SELAMAT BERCUTI SEMPENA HUJUNG TAHUN ESOK!

GAMBAR: ANJING GERMAN SEPHERD CUBA TIRU AKSI DAVID COOPERFIELD, TERSANGKUT KEPALA DI TEMBOK

Badannya tak muat menembusi lubang tembok...binatang betul la anjing ni! Buat lawak hujung tahun!

Dengan muka sayu sedih, lihatlah betapa lawaknya anjing ini tersangkut kepalanya di tembok
SEMAKIN dekat ke hujung tahun, ada-ada sahaja lawak dilakukan bukan sahaja oleh manusia tetapi oleh segelintir anjing.

Dalam kejadian terbaru di California, pihak berkuasa terpaksa membantu seekor anjing jenis German Sepherd melepaskan kepalanya yang tersangkut di tembok, sehingga memeningkan kepala semua pihak mencari punca kenapa ia jadi begitu!

Tapi percayalah, tidak mustahil anjing ini terpengaruh dengan lagak ahli silap mata dunia David Cooperfield yang berjaya menembusi badannya melepasi Tembok Besar China. Barangkali anjing ini juga ingin mencuba, tetapi hasilnya beginilah, seperti dirakamkan gambarnya!

KES CURI GETAH SEKERAP SEMAKIN BERLELUASA

SEBELUM ini dilaporkan kecurian getah sekerap atau nama lainnya, getah beku atau 'lantun' di kalangan peneroka felda mejadi-jadi di beberapa kawasan di negara ini, termasuk di Sarawak, Muar, Port Dickson, Melaka dan Tanjung Malim.

Kini, kecurian getah yang sama juga dilaporkan berlaku di Felda Lubuk Merbau, Kedah menyebabkan beberapa peneroka kehilangan hasil sekelip mata.

Kes kecurian yang dikatakan meningkat itu dipercayai ada kaitan dengan kenaikan harga getah beku kebelakangan ini sehingga mencecah lebih RM7 sekilogram.

Di Felda Lubuk Merbau, pengurusannya terpaksa meminta bantuan Rela selain mengadakan kawalan sukarela sesama peneroka bagi mengatasi masalah itu. Seorang mangsa, Mohamad Hasan, 58, mendakwa dia pernah sekali kehilangan getah sekerap seberat 70 kilogram.

Peneroka yang lain, Mohamad Ali, 58, pula kehilangan 100 kilogram. Pengurus Felda itu, Abdul Sukor Jalaludin, berkata pihaknya maklum dengan kegiatan jenayah mencuri getah sekerap itu dan telah pun memaklumkannya kepada pihak berkuasa selain meminta bantuan Rela untuk membuat kawalan.

Dalam kes di Tambak Bugis, Melaka baru-baru ini, kecurian dikatakan berlaku pada sebelah malam dan purata kehilangan getah akibat dicuri mencecah 50 kilogram bagi sesebuah kebun.

Demikian penjenayah tidak pernah memilih barangan untuk dicuri. Asal dapat ditukarkan menjadi duit, getah sekerap yang busuk itu pun mereka sanggup usung malam-malam buta semata-mata untuk mendapat keuntungan mudah.

GAMBAR API MISTERI DI KAMPUNG PENAMBANG BUNGA EMAS

MASIH tiada pihak yang berjaya membongkar misteri api membakar beberapa barangan dan bahagian rumah milik Zaharah Sulaiman, 73, di Kampung Penambang Bunga Emas, Kelantan.

Sejak empat hari lalu, kejadian itu membakar lebih 100 pakaiannya dan ini adalah kejadian pelik yang berlaku di rumahnya selama 32 tahun beliau mula mendiami rumah itu.

Wednesday, December 29, 2010

HATI-HATI RAJAGOBAL! RAHMA AZAHARI BERKELIARAN DI JAKARTA MALAM INI

AWAS semua pemain Malaysia. Artis gedik Indonesia, Rahma Azhari dikatakan sedang berkeliaran tidak jauh dari hotel kediaman, menunggu sesiapa sahaja yang boleh dipetik jarinya untuk berlibur sepanjang malam hingga ke pagi nanti.

Peringatan ini juga harus ditujukan kepada Rajagobal. Si Rahma itu memang mencari jurulatih bola, mungkin mahu meminta diajarnya bagaimana bermain bola. Lihat sahaja bagaimana mudah tewasnya jurulatih Filipina, Simon Mcmenemy yang lemas dalam pelukan si gedik itu.

Bukan dia sahaja, ratusan wanita kini sedang mengepung sekitar hotel kediaman pemain kita, terutama menunggu Khairul Fahmi menjengahkan muka. Ini kerana sehingga jam 10 malam tadi, nama Fahmi antara yang top dalam twitter di Indonesia, terutama dari kalangan wanita.

Itu belum dicampur dengan artis yang mahu melancarkan laser dari celah colinya, Dupe! Awas kalau boleh pulang, pulang segera. Ramai anak gadis di sini sedang menanti kepulangan anda! Lupakan sahaja nyonya si ayam penyet!

INI DIA! GAMBAR SANG JUARA PIALA SUZUKI AFF DI JAKARTA!

Tahniah MALAYSIA!!

BEST WOO! KALENDAR PEREMPUAN BOGEL!

Salah satu gambar yang digunakan untuk kalendar yang beredar di pasaran

TAHNIAH HALIM MANSOR: MENANG SETIAUSAHA AGUNG MTUC

TAHNIAH kepada Halim Mansor kerana menang dalam perebutan jawatan Setiausaha Agung MTUC apabila mendapat 188 undi mengalah J Solomon (117) dan Abdullah Sani Abdul Hami (165).

Bagi jawatan Presiden, Khalid Atan berjaya merampas kerusi yang diduduki Syed Shahir Syed Mohamud apabila memperolehi 255 undi. Syed Shahir pula hanya memperolehi 213 undi.

Jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Mohd Jafar Abdul Majid.

Tahniah kepada semua yang memenangi jawatan dipertandingkan hari ini. Terutama buat Halim, rakan baik saya sejak bujang. Teh tarik tak ada?

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF: AGREGET 4-2

KEBIJAKSANAAN pemain negara memperbudak-budakkan Indonesia akhirnya menjadi petanda kejayaan besar buat negara menjulang piala Suzuki AFF buat pertama kali di Stadium Bung Karno.

WALAUPUN INDONESIA MENANG  2-1 DI JAKARTA TADI, dengan aggreget 4-2, Malaysia dinobatkan sebagai juara, menyebabkan 85,000 penonton dan penyokong Indonesia menitiskan air mata.

Sejak babak pertama, Malaysia berjaya mengekang segala asakan. Malah serangan negara lebih kelihatan berbisa berbanding serangan dilakukan oleh Indonesia.

Satu peluang sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Indonesia juga tidak membuahkan hasil apabila penjaga gol negara Khairul Fahmi berjaya membaca sepakan itu.

Kini tertutuplah mulut penyokong Indonesia. Malaysia juara mengalahkan Indonesia dengan aggreget 4-2.

MALAYSIA SUMBAT SATU GOL. 4-0. TERIMA KASIH SAFEE SALI

SAFEE Sali jaringkan satu gol lagi untuk Malaysia menjadikan aggreget 4-0 di Jakarta pada minit ke 53. Terima kasih Safee. KAU MEMANG HEBAT!!! Nanti balik Klang, abang belanja roti canai!

GAMBAR INDONESIA JULANG PIALA SUZUKI AFF

TENGOKLAH...kejap lagi kita tukar pula gambar pemain Malaysia yang julang piala berkenaan. Biarlah mereka julang dulu piala replika itu untuk ubat hati yang lara dan walang.

45 MINIT PERTAMA, INDONESIA ASYIK MAKAN AYAM PENYET: 0-0

APA lagi yang boleh pemain Indonesia lakukan kecuali membuang peluh mengejar penat. Sudahlah penalti minit ke 17 tidak boleh dimasukkan, banyak pula tendangan mereka ditujukan kepada kaki dan badan pemain negara.

Kedudukan semasa separuh masa pertama 0-0. Malaysia masih mendahului dengan aggreget 3-0. Piala Suzuki AFF hanya 45 minit sahaja lagi akan dijulang. Syabas anak muda!

8 PENCOPET DITAHAN DI STADIUM BUNG KARNO PETANG TADI

MEREKA berlagak seperti kumpulan penyokong yang sama memakai baju T merah. Pada hal itu hanyalah wayang kerana realiti mereka adalah pencopet!

Brengsek loh...mau mencopet ya. Salah seorang pencopet diberkas di luar stadium petang tadi
Lapan di antara mereka berjaya diberkas polis petang tadi di stadium Bung Karno, Jakarta.

GAMBAR DI STADIUM BUNG KARNO

UMPAMA gerombolan semut merah sedang mengerumun ketulan gula di Stadium Bung Karno. Apa-apa pun Malaysia menang dan bawa balik piala.

GAMBAR TERBARU: GARUDA MERAH TELAH PENUH DI STADIUM

Tinggal 20 minit lagi perlawanan, penyokong garuda merah telah penuh di dalam stadium sejak petang tadi

31 BEG AMMONIUM NITRAT SEJENIS KIMIA UNTUK BUAT BAHAN LETUPAN HILANG DI KUARI

SEBANYAK 31 beg ammonium nitrat (ANFO) dilaporkan hilang dari bilik stor sebuah kuari di Batu 4, di Kuching.

Bahan berkenaan meluas digunakan dalam pembuatan bahan letupan. Polis dfahamkan telah maklum mengenai kehilangan bahan berbahaya itu. Noktah.

GAMBAR TERKINI 3 JAM SEBELUM PERLAWANAN DI STADIUM BUNG KARNO

Gambar terkini oleh Osman Adnan, jurugambar nst di Stadium Bung Karno
LASER POINT DILARANG!

MELAMPAU: LUKIS BENDERA MALAYSIA KEMUDIAN KOYAK DAN PIJAK: PENYOKONG INDONESIA MACAM BINATANG!

SEGELINTIR mereka bukan insan yang wajar dihormati. Dalam kejadian terbaru, menjelang beberapa jam sebelum pertandingan akhir kedua piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Indonesia, perbuatan melampau mengoyak dan memijak bendera mula kelihatan.

Ini bukan perang psiko tapi penyokong Indonesia memang psiko! Bendera Malaysia mereka lukis gunakan kertas, kemudian mereka koyak dan pijak-pijak. Mereka layak mendapat darjah Binatang dianugerahkan oleh penonton di sini.
Perbuatan kebinatangan penonton Indonesia ini peliknya hanya diperhatikan sahaja oleh pihak berkuasa di negara itu, walaupun dilaporkan berlaku di depan mata!

KEPUTUSAN FINAL PIALA SUZUKI AFF

INILAH KEPUTUSANNYA MALAM INI...horeyyyy! Kasi Indonesia penyet macam ayam penyet. Horreyyy!

GAMBAR DUA WANITA MUDA BERGUMPAL BEREBUT SEORANG LELAKI!!

Lelaki yang direbut pun berlalu pergi meninggalkan dua wanita bergusti sampai ke sudah!-pix:sarawakupdate
KETIKA statistik menunjukkan ramai lelaki di negara ini, ada lagi kejadian berebut kaum itu. Kejadian ini dirakamkan di Lorong X, Jalan Foochow, Kuching, Sarawak. Lelaki dalam gambar itulah yang jadi rebutan mereka sehingga mereka sanggup bertinju, memaki hamun, bertarik rambut, menendang, melempang dan bergumpal!!

GAMBAR KERETA MASUK KE DALAM KEDAI EMAS: SEMUA CEMAS!

Kereta merempuh masuk kedai emas di Sungai Way, Selangor.
SEBUAH kedai emas di Sungai Way, Selangor hari ini dikunjungi tetamu secara ganas dan kasar -sebuah kereta jenis Proton yang tiba-tiba merempuh masuk akibat kegagalan pemandunya mengawal keadaan. Nasib baik tiada yang maut.

CATATAN MINGGU AKHIR TAHUN TENTANG MELAYU DAN NEGARA TERCINTAKU MALAYSIA

KEBETULAN atau apa, entahlah. MALAYSIA itu gabungan dua perkataan iaitu MALAY DAN SIA. Malay dalam bahasa Inggeris bermakna MELAYU dan Sia pula bermakna RUGI. Kombinasinya menjadi Malaysia itu sebagai Melayurugi!

Mungkin dulu kita tak terfikir, tetapi melihat keadaan sekarang barulah kita merenung. Mungkinkah ada yang tersirat sejak dulu-dulu. Mahu dibuka sejarah, takut luka lama berdarah. Mungkin boleh tanya Wikileaks sebagai cara mudah.

Tahun berlalu, orang Melayu terus memapah kehidupan dengan cara lama. Mengendong kekayaan mereka, iaitu kemiskinan dalam karung patuh dan tunduk, akur dan ikut!

Semakin banyak penempatan untuk orang Melayu akan dibuka di kaki gunung, di hutan rimba. Di situ kehidupan orang Melayu nampaknya akan bermula dan berakhir. Di pinggiran!

Ketika zaman semakin jauh ke depan ketika gelak pemimpin semakin lebar, orang Melayu tercatat dalam buku Guniness Book of Record sebagai bangsa paling sabar. Dengan ungkapan paling mahal iaitu TIDAK APA dan APA NAMA, bangsa Melayu pasti kekal sebagai bangsa yang dikenang orang sebagai bangsa yang tidak kisah tentang penderitaan dan kesengsaraan hidup.

Cukuplah ketika bangsa lain naik ke bulan, bangsa Melayu naik eskalator di pasaraya bukan miliknya, atau naik turun gelungsur pusing di kedai fanfare juga bukan miliknya. Bagi Melayu barangkali naik eskalator itu sudah cukup tinggi dan membuka mata melihat senatero dunia. Melayu tak perlu ke bulan untuk melihat bumi, lagipun pepatah Melayu selalu mengingatkan kalau melihat ke langit, jangan lupa melihat ke bumi!

Kini satu lagi tahun akan berakhir. 2011 akan menjelma dan menghulurkan tangannya khusus kepada orang Melayu. 2010, 2009 dan tahun-tahun sebelumnya telah pergi dan meninggalkan orang Melayu dalam keadaan tidak apa dan tiada apa-apa. 2011 juga akan mengikut jejak tahun-tahun sebelumnya. Percayalah, walaupun akan datang seribu janji bulan dan bintang untuk orang Melayu. Inilah realiti hidup Melayu, ada tak ganggu tak ada lagilah baik agaknya!

Hujung tahun ini ada baiklah juga kita mengunjungi pusara pemimpin Melayu yang pernah memperjuangkan sebuah negara bernama MALAYSIA atau dalam sinis nakalnya MELAYURUGI. Kita hadiahkan al-fatihah tapi janganlah kita sebak dan tersedu mengadu keadaan hidup cucu-cucu pahlawan yang telah kembali itu. Jangan kita ceritakan tentang kemelaratan anak-cucu Melayu yang melarat ini di atas pusara pejuang Melayu dulu-dulu. Jangan seksa roh mereka dengan tangisan kita. Kalau mahu menangis, marilah kita orang Melayu pergi ke balik bukit atau di belakang tembok bangunan tinggi bukan milik kita dan kita renjis air mata di situ semahunya!

Selamat datang 2011, selamat jalan 2010. 2010 membawa darah dan air mata orang Melayu, 2011 bakal menakung dukacita dan kesedihan orang Melayu. Sebenarnya tiada apa-apa yang bermakna bagi tahun baru daam hidup orang Melayu. Berikrarlah, berjanjilah, bercita-citalah! Orang Melayu tetap duduk di sini menumpang menghirup udara percuma diberikan Tuhan, kemudian pergi dan beranak cucu, kemudian pergi dan hilang. Itulah putaran hidup kita di dalam hidup merdeka! Sedih hiba dan sayu melihat dan mengenang Melayu. Syukur aku tidak pernah malu-malu menjadi Melayu!

MELAYU TUNGGU 30 PERATUS EKUITI EKONOMI MACAM TUNGGU BUAH TAK GUGUR!!!


Ini bukan kes monyet menunggu buah tak gugur, tapi kes monyet jantan melampiaskan nafsu ke pangkal pokok!!!
MELAYU sedang menunggu impian untuk menguasai 30 peratus ekonomi seperti dijanjikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh kerajaan BN. Jangan ingat orang Melayu lupa walaupun tahun demi tahun orang Melayu ditaburkan dengan pelbagai janji baru.

Ingatlah, orang yang mungkir janji dikutuk Tuhan! Orang yang tidak boleh melaksanakan apa yang dijanjikan adalah orang tidak amanah. Sampai bila Melayu harus menunggu? Menunggu macam buah yang tak mungkin gugur!

TENDER TERBUKA: JAWATAN KOSONG SEBAGAI ISTERI BARU

TAWARAN adalah dipelawa daripada mana-mana pihak yang sudi menawarkan hati dan keikhlasan untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki warga emas di Kampung Alor Mengkudu, Kedah.

Tiada pra-syarat atau syarat khusus bagi pemohon yang berminat kecuali memiliki keikhlasan untuk menjadi isteri kepada Ahmad Md Isa, 110, yang kini kesunyian.

Menurut laporan media, Ahmad masih sihat walaupun mengalami sedikit masalah pendengaran. Sebelum ini dia pernah berkahwin lima kali dan telah memiliki 5 anak, 20cucu dan 40 cicit.

Bagi Ahmad, jika ada yang sudi biarlah yang setaraf dengannya. Bagaimanapun, dalam separuh sinis dan separuh jenaka, beliau tertawa kalau pemohonnya nanti adalah terdiri daripada mereka yang masih muda. Katanya, tak cukup tapak tangan, nyiru ditadahkan.

EMOSI, SENSASI DAN TRAGEDI: INDONESIA MENANG, TETAPI TIDAK CUKUP UNTUK BAWA PULANG PIALA SUZUKI AFF!

KITA memohon agar segalanya akan berlaku dalam keadaan terbaik dan aman. Namun tidak mustahil akan berlaku corak permainan kasar keterlaluan dan rusuhan di kalangan penonton di dalam dan di luar stadium. Dijangka, Indonesia menang dalam pertandingan ini tetapi jaringan golnya tidak mampu mengatasi kelebihan aggreget yang Malaysia bawa sebanyak 3 gol. Malaysia, insyaAllah bergelar juara dalam keadaan penuh emosi, sensasi dan tragedi!

Bersamalah kita berdoa yang terbaik. Sukan harus dijadikan satu medium untuk perpaduan dan bukan gelanggang membakar emosi yang tidak terkawal sehingga menjejaskan hubungan baik dua negara dan masyarakat serumpun.

Emosi yang keterlaluan menyebabkan maruah sesuatu bangsa itu dipandang rendah oleh bangsa lain. Kita berdoa semoga penonton mampu mengawal perasaan  dan tidak mengulangi rusuhan tragedi pertandingan akhir badminton Piala Thomas di antara Malaysia dan Indonesia berpuluh tahun lalu!

KISAH SEORANG PEMINTA SEDEKAH: TERJATUH KE LONGKANG, BOMBA JUMPA WANG RM4,643 DALAM SAKU SELUARNYA

DIA dilihat selalu berada di simpang jalan di satu kawasan sibuk di Pulau Pinang, sejak tiga tahun lalu. Dengan pakaian compang-camping dan tak terurus, dia selalu berkata begini kepada setiap orang yang lalu lalang: "Encik, tolong saya. Boleh bagikan saya sikit duit tak? Saya nak beli tiket bas nak balik Taiping. Duit saya hilang!"

Selama tiga tahun dia melakukan kerja itu. Namun pada 25 Disember lalu, dek kerana keletihan dia tertidur di atas tebing simen longkang. Mungkin kerana terlalu lelap, dia akhirnya tergelincir dan terjatuh ke longkang berdekatan.

Nahas itu disedari orang ramai, lalu mereka menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat. Pasukan Bomba yang tiba mendapati lelaki itu tidak sedarkan diri dan menghantarnya ke hospital. Bagaimanapun, ketika bomba memeriksa pakaian lelaki itu, mereka terkejut apabila menemui sebungkus wang dibalut dalam plasti berjumlah RM4,643!

Wang itu dipercayai hasil kerjanya selama tiga tahun tanpa mengenal penat dan lelah mengecek daripada orang ramai yang lalu lalang - atas alasan mahu membeli tiket pulang ke Taiping!

Beberapa hari selepas menerima rawatan, lelaki itu pun sihat dan wang yang disimpan pihak berkuasa diserahkan semula kepadanya.

Tidak mustahil dia akan kembali ke 'pejabat' lamanya menyambung kerja yang belum usai dan kembali meneruskan misinya mengumpul wang hanya dengan menjual produk diperbuat daripada air liur berjenamakan "nak beli tiket balik ke Taiping"!!

MASUK BULATAN, DUDUK SEBELAH KIRI KALAU MAHU PERGI JAM 9 DAN JAM 12

BAWALAH kenderaan anda di sebelah lorong kiri sebelum anda masuk ke dalam bulatan, jika anda mahu pergi ke arah jam 9 dan jam 12. Kenderaan anda pula hanya boleh berada di sebelah kanan sebelum bulatan, jika anda mahu pergi ke arah jam 3 atau untuk membuat pusingan menggunakan bulatan itu.

Soalnya berapa ramai yang tahu tentang peraturan ini, walaupun ada di antara mereka telah memiliki lesen memandu sejak merdeka?

Kesilapan kerana berada di lorong yang salah sebelum memasuki bulatan, selalu menjadi punca kemalangan. Ia juga sering menjadi sebab orang bertekak dan bertegang leher apabila berlaku kemalangan sehingga menjadi lawak dan cerita bodoh. Ini berlaku apabila ORANG YANG SALAH memarahi ORANG YANG BETUL.

CONTOH LAWAK BODOH BILA BERLAKU KEMALANGAN SEBELUM MEMASUKI BULATAN (ROUND ABOUT):

Kereta A mahu pergi ke arah jam 9. Dia memandu di lorong kanan, manakala seorang lagi pemandu, kereta B, mahu pergi ke arah jam 12 dan keretanya berada di lorong kiri sambil memberikan isyarat ke kanan sebelum bulatan.

Pemandu kereta A terus pandu keretanya masuk bulatan dan dia membelok ke arah jam 9 dan pada masa yang sama pemandu kereta B masuk bulatan dan mengekalkan lorong kiri dalam bulatan untuk ke arah jam 12. Mereka pun berlanggar.

Pemandu kereta A memaki hamun pemandu kereta B. Dia keluarkan kata-kata bodoh, bangang, tak tahu undang-undang tetapi pemandu kereta B kemudian bertanya semula. Pemandu kereta B tanya: "Betulkah encik tahu undang-undang? Kalau encik tahu undang-undang, encik tak bawa kereta di lorong kanan sebelum bulatan untuk pergi ke jam 9! Untuk pergi ke jam 9 dan jam 12, pemandu kenderaan mesti memandu di lorong kiri!"

Demikian antara kebodohan pemandu kenderaan yang kadang-kala berasa pandai, tetapi tidak tahu sebenarnya mereka tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Ingat: JIKA ANDA MAHU KE ARAH JAM 9 DAN 12 SEBELUM BULATAN, ANDA MESTI MEMANDU KENDERAAN DI SEBELAH KIRI DAN BERIKAN ISYARAT YANG BETUL. JIKA ANDA KE ARAH JAM 9, ISYARAT HENDAKLAH KE KIRI DAN JIKA ANDA KE ARAH JAM 12, ISYARAT HENDAKLAH KE KANAN, TETAPI PALING PENTING KENDERAAN ANDA MESTI BERADA DI LORONG KIRI..KORONG KIRI...LORONG KIRI...BUKAN LORONG KANAN!

GAMBAR: KEBAKARAN MUSNAHKAN KAMPUNG BAK PADANG JARAK PADANG TERKUKUR

INILAH YANG TINGGAL. Kebakaran yang berlaku jam 11.45 malam Isnin lalu menyebabkan sebahagian perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi ranap. Lebih 70 rumah musnah dan 400 mangsa kebakaran terpaksa ditempatkan di beberapa rumah jiran dan surau.

Tuesday, December 28, 2010

PEGAWAI STATISTIK JOHOR MAUT NAHAS JALAN RAYA

Kereta Shahrul Nizam remuk dalam kejadian. pix:Nashairimohdnawi/nst

SEORANG pegawai kerajaan yang bertugas di jabatan Statistik, maut apabila kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di KM182.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berdekatan Jasin, Melaka kira-kira jam 12.30 pagi Selasa.

Shahrul Nizam Ahmad, 25, dari Pontian, Johor meninggal di Hospital Melaka akibat kecederaan parah di kepala apabila kereta dipandunya melanggar belakang lori berkenaan.

Teman wanitanya, Julia Yazmeen Ali Sabri, 21, turut cedera dan dirawat di hospital sama.

PELAJAR 16 TAHUN DICULIK DAN DIROGOL 3 LELAKI

ATAS dakwaan konon abangnya bermasalah dengan tiga lelaki, seorang pelajar perempuan 16 tahun, diculik dari rumahnya di Kampung Belukar Gerek dan kemudian dirogol di sebuah rumah di Pasir Panjang, Kuala Terengganu, semalam.

Tragedi malang itu bermula jam 4.40 pagi apabila rumah mangsa didatangi 3 lelaki terbabit yang berusia di antara 20 dan 27 tahun. Mereka mengetuk pintu rumah sebelum dibuka oleh ibu mangsa berusia 54 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K Manoharan berkata, sebaik sahaja pintu rumah itu dibuka, ketiga-tiga lelaki terbabit mengheret mangsa dan memasukkannya ke dalam sebuah kereta sebelum bergegas meninggalkan ibu mangsa terpinga-pinga.

Tidak lama selepas kejadian, kakak mangsa menerima panggilan daripada seorang pelajar berusia 14 tahun yang memberitahunya, mangsa berada dalam kawalan tiga lelaki terbabit dan berada dalam keadaan sihat.

Pelajar itu kemudian memaklumkan juga bahawa abang mangsa yang berusia 31 tahun turut ada bersama mereka.

Manoharan memberitahu, bertindak daripada maklumat itu polis mengesan lokasi panggilan telefon dan pergi ke sebuah rumah di Pasir Panjang. Polis berjaya memberkas dua lelaki di rumah itu dan tidak lama kemudian menahan seorang lagi ketika suspek menghantar mangsa.

Ketiga-tiga lelaki itu berasal dari Pasir Mas, Bachok, Kelantan dan Kuala Lipis, Pahang kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Mangsa pula dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

AJAIB BETUL: POLIS CARI ANAK AJAIB SINGH BANTU KES TAWAR DARJAH DATUK NEGERI SEMBILAN

JABATAN Siasatan Jenayah Komersil Negeri Sembilan merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai seorang lelaki yang dicari, segera menghubungi jabatan itu.

Lelaki terbabit, Jaspan Singh anak lelaki Ajaib Sing, 36, dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kegiatan menawarkan darjah Datuk dari Istana Negeri Sembilan. Alamat terakhir Jaspan ialah di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Pegawai Penyiasat kes itu, Inspektor Haffiz Rosni, memberitahu suspek kes berkenaan juga telah menghilangkan diri.

Difahamkan, mangsa ditawarkan Datuk tetapi dikehendaki membayar RM20,000. Setakat ini banyak mangsa telah terpedaya dengan kegiatan dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

BIDAAN PLAT MCA 1 -RM300,100

PLAT kenderaan bernombor MCA 1 dibida dengan harga RM300,100. Sementara MCA 2 pula pada harga RM101,000 dan MCA 3 dengan harga RM88,168.

Kenyataan kementerian pengangkutan memaklumkan harga tender bagi nombor plat berkenaan. Siapakah yang kaya itu? Kebarangkalian tinggi adalah tauke Cina atau ahli politik Cina.

Orang Melayu? Tampal plat guna kayu ajelah!

TERKINI DI STADIUM BUNG KARNO JAKARTA: SEGALANYA MENJADI HARU BIRU. RUSUH DAN TIPU!

SEGALANYA menjadi haru biru di Stadium Bung Karno Jakarta, hari ini apabila ribuan penyokong tidak mendapat tiket walaupun mereka menunjukkan kupon tanda tempahan telah dibuat. Sebahagiannya mengugut akan berdemo di depan pejabat Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) jika menjelang esok tiket tidak juga diperolehi.

Yang ini lagi malang...dapat tiket palsu (bawah)-pix:kompas.com
angin satu badan, tiket tak dapat
Selain itu, ramai juga yang tertipu apabila ditawarkan ulat membeli tiket yang akhirnya dikenalpasti sebagai palsu. Mereka yang menjadi mangsa adalah penyokong yang tidak mahu bersesak dalam keadaan kurang selesa walaupun terpaksa membayar harga lebih tinggi. Namun yang mereka dapat hanyalah tiket palsu. Nahas lepas ni...

GAMBAR SAUDARA MARA KETUA MENTERI SARAWAK YANG RIANG DAN GEMBIRA

Tumpang gembira melihat mereka riang dan gembira. Mereka adalah sebahagian daripada sanak saudara Ketua Menteri Sarawak. pi:sarawakreport

GAMBAR: JAMBATAN UNTUK RAKYAT SELEPAS 53 TAHUN MERDEKA

Inilah jambatan yang rakyat dapat selepas kerajaan memerintah 53 tahun! Mulut berapi-api cakap maju, membangun, tranformasi,si..si..si..dan apa bagai lagi sampai ke langit. Tapi lihatlah wahai rakyat. Salahkah kita menyalak kalau semacam inilah pembangunan 53 tahun yang diberikan oleh kerajaan? Ini jambatan di jeti Kuala Niah. -pix:Kandausidi/nst

GAMBAR: PIALA SUZUKI AFF

Hak milik Malaysia!

UMNO: PEKUNG, NANAH YANG MELANTUNG!!

SEJAK semalam, rakyat diberikan iklan percuma tentang betapa buruknya UMNO, dilukiskan keburukan itu oleh orang Umno sendiri. Tentang Umno macam pekung yang nanahnya busuk melantung!

Mana tidaknya. Datuk Seri Shahidan Kassim sendiri menyifatkan Ketua Perhubungan Umno negeri Perlis sebagai PENYAMUN. Penyamun ini istilah busuk kalau dilihat daripada intonasi ia diucapkan! Apatah lagi pada nota kaki ucapan itu, disertakan sama oleh Shahidan bahawa Ketua Perhubungan Umno itulah yang menyamun kedudukannya dulu sebagai Menteri Besar.

Tentang pekung Umno lagi ialah, kalau ia sebuah parti yang ada maruah, ia tidak akan meletakkan bekas ketua perhubungan Umno negeri yang juga besar menteri besar sebagai timbalan ketua perhubungan! Cakaplah atas alasan apa pun, mustahil pemimpin tertinggi Umno tidak mendengar 'marah' Shahidan selama ini!

Motif apakah semua ini? Rakyat sekelian yang boleh membaca dan menulis, hayatilah drama yang sebabak yang sedang berlaku di Perlis ini.

Esok lusa ada pula drama Umno di Terengganu dan Selangor. Ya Allah...kau tunjukkanlah kami kebaikan, kau makbulkanlah doa orang-orang yang teraniaya! Amin!

KELAPA PULA TIADA: DI TERENGGANU SANTAN 1 KILO CECAH RM9

SELEPAS minyak masak dilaporkan bermasalah akibat semakin kurang bekalannya di pasaran, satu lagi produk yang boleh ditanam di negara ini iaitu kelapa untuk dibuat santan pula dikatakan semakin berkurangan.

Masalah ini ketara berlaku di pantai Timur menyebabkan di sesetengah tempat mulai hari ini santan dijual pada harga RM9 sekilogram. Ini menimbulkan masalah kepada peniaga yang sudah pasti mempengaruhi kenaikan dalam harga barangan atau kuih-muih yang dihasilkan.

Nampak sangat masalah dalam negara yang telah 53 tahun merdeka dalam memastikan rakyat mendapat barangan keperluan mencukupi telah gagal ditangani. Di mana menteri Pertanian dan Asas Tani? Masih bermain politik lagikah?

Minyak masak tak cukup, kelapa tak cukup, petroliam mahal, gula mahal! Apa lagi yang tinggal di negara ini untuk rakyat? Apakah kerajaan mahu melihat mayat-mayat bergelimpangan kebuluran di tepi jalan baru faham dan reti kesengsaraan hari ini? Ptuuuuiiiiiiii!!!

TIGA BERANAK TRAGEDI BOT KARAM DI DUNGUN DISAHKAN SELAMAT

TIGA beranak yang tercampak ke laut apabila bot nelayan mereka naiki karam dipukul ribut di perairan Kuala Dungun petang semalam, disahkan selamat.

Yaakob Osman, 59, dan dua anak mereka, Norazfanizam dan Norasrul, berjaya diselamatkan penduduk berdekatan dalam kejadian yang berlaku jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, mengesahkan tiga beranak itu mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Dungun.

Menurut Yaacob, ketika bot itu terbalik dilambung ombak setinggi lebih 5 meter, dirinya terperangkap di dalam bot yang terbalik, manakala dua anaknya tercampak ke luar.

Usahanya keluar daripada perangkap bot yang terbalik itu akhirnya berhasil apabila mendapat bantuan darpada penduduk, tidak jauh dari jeti pendaratan Kuala Dungun.

UPDATE: PENGARAH BOMBA DAN PENYELAMAT PULAU PINANG DIDAKWA RASUAH

KETUA Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Ahmad Izram Osman, 44, hari ini didakwa atas tuduhan menerima sejumlah bayaran bagi pendahuluan membeli sebuah kereta Yoyota Vios daripada seorang kontraktor,  bernilai RM16,325.

Kontraktor terbabit memperolehi projek berupa kerja-kerja penyenggaraan pejabat berniulai RM300,000 di jabatan berkenaan di Pulau Pinang.

1 dan 2 JANUARI KEMBARA MENCARI RUMAH USANG NS, MELAKA DAN JOHOR!!

1 DAN 2 JANUARI depan, satu kembara panjang untuk mencari rumah usang di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pak Cik dan Mak Cik bagilah izin untuk dipaparkan mahligai orang Melayu sejak 53 tahun merdeka buat tatapan semua.  Pemimpin Melayu/Umno yang ada di negeri di sana, jangan marah.

Kita buka sejarah, kita tayangkan filem penderitaan orang Melayu selepas ini. Sempena tahun baru apalah salah kalau kita buka sedikit sejarah, biarpun nanti ada yang terluka dan hatinya bernanah!

Kalau tidak dibuka sejarah, tidak juga terbuka mata. Nanti di pentas-pentas, mereka asyik kata Melayu telah merdeka, Melayu telah kaya!

Tunggu!

GAMBAR HARIMAU MENGAUM, GARUDA TERSENYUM!

Dua penyokong mewarnakan wajah mereka. Seorang berwajahkan harimau malaya dan seorang lagi bagai seekor garuda-zulfadhlizulkifli/nst

RAYUAN SEORANG RAKYAT!!

TOLONGLAH! Aku merayu, sesiapa yang ada menyimpan gambar pemimpin politik ditangkap khalwat, melakukan hubungan seks, berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim atau sebarang gambar yang pasti boleh menyebabkan mereka kalah pada pilihanraya nanti, tolonglah jangan disebarkan.

Tolonglah! Aku merayu janganlah gambar, perbualan atau apa sahaja dokumen disebarkan menerusi internet apatah lagi diberikan kepada Wikileaks.

Tidak kisahlah gambar ketika di bilik hotel di pantai peranginan atau gambar dalam bilik atau gambar dalam semak sekalipun. Tolonglah! Aku merayu sebab kasihan mereka nanti tak terjawab pada pilihanraya umum ke 13.

Tak sampai rasanya hati aku melihat orang lain menyimpan rahsia itu, kemudian dijadikan senjata nuklear pula dalam pilihanraya.

Tolonglah! Tapi kalau ada yang tidak mahu mengendahkannya, aku peduli apa!

SHAHIDAN: ANGGAP DIRINYA DIGANDINGKAN DENGAN PENYAMUN

BEKAS menteri besar Perlis, Shahidan Kassim yang dilantik menjadi Timbalan Ketua Perhubungan Umno Perlis, semalam mengganggap adalah mustahil gandingan di antaranya dengan Ketua Perhubungan Umno Negeri, Dr Md Isa Sabu boleh membuahkan sesuatu yang diharapkan.

Sambil menyifatkan pelantkan itu  sebagai gandingan dengan seorang PENYAMUN, Shahidan tanpa berselindung mendakwa ada kemungkinan pelantikan Md Isa dilakukan dengan campur tangan sama ada dari ahli politik mahupun ahli politik veteran.

Shahidan berkata beliau tidak boleh menerima pelantikan itu sebagai sesuatu yang elok untuk parti kerana Md Isa didakwanya sebagai orang yang telah menyamun kedudukannya sebelum ini.

Dengan pertikaian yang berlaku ini, jelaslah Umno Perlis bukan sahaja retak tetapi menunggu belah yang sukar diperbetulkan jika gandingan ini diteruskan.

Secara logik, Shahidan yang telah bekerja keras memastikan Perlis selamat daripada tsunami politik 2008 ketika menjawat jawatan Menteri Besar tentulah tidak berapa kena dilantik sebagai timbalan sedangkan beliau sebelum ini adalah ketua perhubungan.

Di manakah pertimbangan akal pemimpin tertinggi Umno meletakkan Shahidan dalam keadaan diturunkan pangkat apatah lagi berketua seorang yang sampai bila-bila dianggapnya sebagai penyamun!

Apakah ini satu lagi pembunuhan karakter secara senyap yang didalangi pihak tertentu bagi memasikan pengaruh Shahidan berkubur di Perlis?

GAMBAR MANGSA SELAMAT BOT KARAM DI MERSING

Xenn Teo (kiri) dan teman lelakinya Daniel Lim terselamat dalam nahas bot karam-ST
XENN Teo, 25 dan teman lelakinya, Daniel Lim, 35, berasakan mereka bagai mati hidup semula apabila terselamat dalam nahas bot karam di Mersing kelmarin. Namun dua ahli saudara mereka maut dalam korban yang berpunca daripada ombak besar dan bot melebihi muatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10