BEKAS menteri besar Perlis, Shahidan Kassim yang dilantik menjadi Timbalan Ketua Perhubungan Umno Perlis, semalam mengganggap adalah mustahil gandingan di antaranya dengan Ketua Perhubungan Umno Negeri, Dr Md Isa Sabu boleh membuahkan sesuatu yang diharapkan.
Sambil menyifatkan pelantkan itu sebagai gandingan dengan seorang PENYAMUN, Shahidan tanpa berselindung mendakwa ada kemungkinan pelantikan Md Isa dilakukan dengan campur tangan sama ada dari ahli politik mahupun ahli politik veteran.
Shahidan berkata beliau tidak boleh menerima pelantikan itu sebagai sesuatu yang elok untuk parti kerana Md Isa didakwanya sebagai orang yang telah menyamun kedudukannya sebelum ini.
Dengan pertikaian yang berlaku ini, jelaslah Umno Perlis bukan sahaja retak tetapi menunggu belah yang sukar diperbetulkan jika gandingan ini diteruskan.
Secara logik, Shahidan yang telah bekerja keras memastikan Perlis selamat daripada tsunami politik 2008 ketika menjawat jawatan Menteri Besar tentulah tidak berapa kena dilantik sebagai timbalan sedangkan beliau sebelum ini adalah ketua perhubungan.
Di manakah pertimbangan akal pemimpin tertinggi Umno meletakkan Shahidan dalam keadaan diturunkan pangkat apatah lagi berketua seorang yang sampai bila-bila dianggapnya sebagai penyamun!
Apakah ini satu lagi pembunuhan karakter secara senyap yang didalangi pihak tertentu bagi memasikan pengaruh Shahidan berkubur di Perlis?