nuffnang ads

Thursday, December 30, 2010

3 REMAJA DIJADIKAN HAMBA SEKS SEBULAN: JURULATIH YOGA DIBERKAS

SEORANG jurulatih yoga yang dikehendaki polis dan disahkan mempunyai rekod jenayah diberkas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kubu Baru, Selangor petang semalam, sekaligus berjaya membebaskan tiga remaja yang dijadikannya hamba seks selama sebulan.

Ketiga-tiga remaja perempuan itu berusia di antara 16 dan 20 tahun, dipercayai dijadikan hamba seks lelaki itu selepas diperdaya datang ke rumah berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata polis turut menjumpai dua paket dadah dipercayai jenis syabu di dalam rumah berkenaan.

Dipercayai lelaki berusia 54 tahun itu telah merogol dan melakukan gangguan seksual berulangkali ke atas mangsa yang dirantai di atas katil sejak mereka dilaporkan hilangg oleh keluarga masing-masing November lalu.

Polis sebelum ini telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat kes itu sebaik sahaja menerima laporan daripada keluarga mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah pada 30 November lalu.

Jurulatih yoga itu kini ditahan untuk siasatan manakala ketiga-tiga remaja yang menjadi hamba seksnya kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru untuk pemeriksaan lanjut.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10