nuffnang ads

Friday, December 31, 2010

AYOYO ADIK KECIL, ADA SUKAKAH PERMAINAN INI? AKHIRNYA BUDAK ENAM TAHUN PUN KENA CABUL!

BARANGKALI macam ini ceritanya! Dalam gagau pekat menyebut perkataan-perkataan yang baru dipelajarinya sejak tiba ke negara ini enam bulan lalu, lelaki India itu berusaha meluahkan gejolak dalam dadanya.

Biarpun hanya budak sekecil enam tahun, lelaki itu tahu itulah peluang terbaik. Soal kecil atau besar hanyalah masalah merah atau hijau di stesyen minyak. Yang penting pujuk. Yang penting bagaimana mahu merawat nafsunya telah membara.

Adik sukakah ini permainan? Banyaaaak baguuuusss! Sukakah adik permainan ini? Ambillah kasi main puas-puas. Ada macam-macam..semua ada..

Dek pujukan manis dari mulut menyimpan penuh api itu, si kecil tentu memilih untuk seronok. Permainan komputer bagi anak sekecil itu barangkali lebih lazat daripada sepinggan makanan yang dihidangkan ibu untuk sarapan.

Si ibu dan bapa pula, anehnya amat mudah percaya. Percaya pada seorang lelaki, warga asing yang menyewa tingkat atas rumah mereka.

Fikir mereka, apabila anak kecil itu seronok bermain komputer, sudah tentu cukup melebihi segala. Dia tidak terfikir, lelaki asing berhati binatang menyimpan perasaan membara ke atas anak kecil itu. Maka pergilah ibu dan bapanya ke kedai meninggalkan anak 6 tahun itu bermain komputer bersama lelaki India, penyewa bilik di rumah mereka menemaninya.

Dek kerana leka dan dek kerana menyangka mustahil dalam keadaan itu akan timbul mara bahaya, mereka mengunyah kekesalan.

Sebaik pulang dari kedai, anak 6 tahun membuka mulutnya. Dia bercerita diraba kemaluannya dan dibuat itu ini oleh lelaki India itu.

Sesal sudah tidak berguna. Leka sesaat mengundang sesal sepanjang hayat. Laporan polis juga jadi pengubatnya. Kini lelaki dari India itu telah ditahan polis membantu siasatan kemungkinan kanak-kanak 6 tahun itu dirogol. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Kota Kemuning, Shah Alam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10