nuffnang ads

Wednesday, December 29, 2010

MASUK BULATAN, DUDUK SEBELAH KIRI KALAU MAHU PERGI JAM 9 DAN JAM 12

BAWALAH kenderaan anda di sebelah lorong kiri sebelum anda masuk ke dalam bulatan, jika anda mahu pergi ke arah jam 9 dan jam 12. Kenderaan anda pula hanya boleh berada di sebelah kanan sebelum bulatan, jika anda mahu pergi ke arah jam 3 atau untuk membuat pusingan menggunakan bulatan itu.

Soalnya berapa ramai yang tahu tentang peraturan ini, walaupun ada di antara mereka telah memiliki lesen memandu sejak merdeka?

Kesilapan kerana berada di lorong yang salah sebelum memasuki bulatan, selalu menjadi punca kemalangan. Ia juga sering menjadi sebab orang bertekak dan bertegang leher apabila berlaku kemalangan sehingga menjadi lawak dan cerita bodoh. Ini berlaku apabila ORANG YANG SALAH memarahi ORANG YANG BETUL.

CONTOH LAWAK BODOH BILA BERLAKU KEMALANGAN SEBELUM MEMASUKI BULATAN (ROUND ABOUT):

Kereta A mahu pergi ke arah jam 9. Dia memandu di lorong kanan, manakala seorang lagi pemandu, kereta B, mahu pergi ke arah jam 12 dan keretanya berada di lorong kiri sambil memberikan isyarat ke kanan sebelum bulatan.

Pemandu kereta A terus pandu keretanya masuk bulatan dan dia membelok ke arah jam 9 dan pada masa yang sama pemandu kereta B masuk bulatan dan mengekalkan lorong kiri dalam bulatan untuk ke arah jam 12. Mereka pun berlanggar.

Pemandu kereta A memaki hamun pemandu kereta B. Dia keluarkan kata-kata bodoh, bangang, tak tahu undang-undang tetapi pemandu kereta B kemudian bertanya semula. Pemandu kereta B tanya: "Betulkah encik tahu undang-undang? Kalau encik tahu undang-undang, encik tak bawa kereta di lorong kanan sebelum bulatan untuk pergi ke jam 9! Untuk pergi ke jam 9 dan jam 12, pemandu kenderaan mesti memandu di lorong kiri!"

Demikian antara kebodohan pemandu kenderaan yang kadang-kala berasa pandai, tetapi tidak tahu sebenarnya mereka tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Ingat: JIKA ANDA MAHU KE ARAH JAM 9 DAN 12 SEBELUM BULATAN, ANDA MESTI MEMANDU KENDERAAN DI SEBELAH KIRI DAN BERIKAN ISYARAT YANG BETUL. JIKA ANDA KE ARAH JAM 9, ISYARAT HENDAKLAH KE KIRI DAN JIKA ANDA KE ARAH JAM 12, ISYARAT HENDAKLAH KE KANAN, TETAPI PALING PENTING KENDERAAN ANDA MESTI BERADA DI LORONG KIRI..KORONG KIRI...LORONG KIRI...BUKAN LORONG KANAN!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10