nuffnang ads

Monday, February 28, 2011

PEMBERONTAK TEMBAK PESAWAT TENTERA UDARA LIBYA DI MISRATA


SEBUAH pesawat tentera Libya yang sedang TEKUN menembak sebuah stesyen radio di Misrata, ditembak jatuh oleh pemberontak yang menentang Muammar Gaddafi hari ini.

Pesawat itu terbakar dan berkecai manakala dua anak kapalnya dikeronyok oleh pemberontak, mengikut resepi dan selera sendiri-sendiri!

GAMBAR: HARI-HARI TERAKHIR MEMBAYAR SAMAN, KASIHAN PERAWAN PENGSAN MENUNGGU GILIRAN


DEMIKIANLAH cerita hari-hari terakhir untuk membayar saman bagi mendapatkan diskaun. Seorang pelajar wanita berusia 22 tahun pengsan ketika menunggu giliran di tempat letak kereta. Dia tumbang secara tiba-tiba dan diselamatkan beberapa orang awam yang lain ketika mahu membayar saman di cawangan trafik Simpang Tiga, Kuching. Gambar oleh SU.

PENGARAH SPR PAHANG, MENINGGAL DUNIA: TAK SEMPAT TENGOK PILIHANRAYA KECIL KERDAU


PENGARAH Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusof, meninggal dunia petang tadi di Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh, Pahang, kira-kira jam 3.15 petang kerana serangan jantung.

Allahyarham Ismail, 57, dikatakan dalam rangka meninjau persiapan pilihanraya kecil Kerdau sebelum mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital, pagi tadi.

Semoga Allah merahmati rohnya. Al-Fatihah

LAGI GAMBAR TAN SRI CHAN KONG KOY DI MAHKAMAH. APAKAH DIA DIGARI?


Satu lagi sisi gambar Tan Sri Chan Kong Choy di mahkamah, ehsan NST. Apakah beliau digari?

GAMBAR: BEKAS MENTERI DITUDUH MENIPU BEKAS PERDANA MENTERI, TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI


TAK ceria sungguh wajah bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri  Chan Kong Choy ketika di mahkamah hari ini atas 3 tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kesian pulak tengok muka dia macam tu.

DARI DOKTOR MENJADI KEDI PADANG GOLF


DIA pelajar terbilang dan belajar pun katogeri cemerlang. Lulus dalam bidang perubatan Universiti Malaya. Tapi dia kini bekerja sebagai kedi di padang golf. Dia memang macam itu.

Itulah hebatnya anak lelaki Melayu  berusia 50 tahun. Sebagai an axed doktor mulut dia celupar. Dia tak mahu mengubat sakit tetapi lebih gemar mencari penyakit.

Tapi saya suka dia sebab muka dia macam orang Cina, dalam darahnya mengalir jiwa Jawa dan Melayu. Saya suka dia juga sebab ramai orang tak suka dia.

Apabila ramai orang tak suka dia maknanya adalah peluang saya untuk jadi rapat dan semakin akrab dengan dia.

Adakah dia kata kalau orang cakap gajah itu kambing kita mesti angguk sahkan memang kambing. Memang dia pelawak, pelawak yang profesional dan susah mencari orang macam dia yang kalau marah kawan pun, dia buat muka selamba sambil minum Redbull. Kalau tidak dia minta teh tarik MANIS! Perkataan manis itu diulangnya dua tiga kali....

ENAM MATI TERTIMBUS: BEKAS TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH TENGGELAM


ENAM terbunuh apabil tertimbus dalam bekas tapak pembuangan sisa perlombongan di Chengdu, selatan China, semalam.

MENGUTIP SERPIHAN JINGGA DI HUJUNG USIA SENJA


MENGUTIP serpihan jingga yang pecah di hujung usia senja.

GAMBAR: NAJIB KENA PELUK


VETERAN lama Umno memeluk Perdana Menteri. Ada pelbagai cerita dalam sebuah pelukan yang menyimpan seribu nostalgia antara seorang rakyat biasa dan seorang pemimpin. Moga jangan dihampakan harapan golongan bawahan.-nst

Sunday, February 27, 2011

BEKAS PEGAWAI KANAN UNIVERSITI HANYA MAHU SALAM TAN SRI DAN DATUK-DATUK SAHAJA


TERHARU dan simpati membaca luahan rakan OP Ahmad Zamani Yang yang menghadiri majlis perkahwinan keluarga seorang bergelar Tan Sri yang merupakan bekas pegawai kanan sebuah universiti.

Kata Ahmad Zamani, Tan Sri itu hanya mahu bersalam dengan mereka yang bergelar Tan Sri dan Datuk-Datuk sahaja dan ketibaannya untuk bersalam tidak bersambut.

Sudahlah terpaksa berpindah tempat duduk dari meja asal ke meja lain, ketika mahu pulang, Tan Sri itu macam terpaksa bersalam dihulurkan tangan dan mukanya berpaling ke arah lain.

MasyaAllah! Ini sudah tentulah orang Melayu. Sudah tentu barangkali Islam agamanya. Besar sangatkah pangkat atau gelaran Tan Sri yang dianugerahkan kepadanya itu. Apakah pangkat itu akan dibawa mati masuk ke kubur?

Apakah dengan gelaran itu nanti dia akan didiskaunkan dalam soal penghitungan dosa dan pahala. Atau akan dipermudahkan masuk ke syurga. MasyaAllah! Manusia yang belum pernah bercermin melihat wajahnya sendiri.

Kepada Ahmad Zamani, tangan yang anda hulurkan lebih wangi dari tangan yang enggan menyambut salam. Percayalah.

KENA PATUK ULAR TEDUNG KETIKA MELABUR!


HAJAT seorang pemuda berusia 25 tahun melabur di semak belakang rumahnya di Kota Samarahan, Sarawak bertukar menjadi mimpi ngeri apabila betis kanannya dipatuk ular tedung ketika sedang mencangkung menanam pelaburannya.

Dia dikejarkan ke hospital sejurus kejadian. Nasib baik tak kena patuk anu tu. Kalau kena patuk anu tu, koma sampai bila-bila. Menyesal jadi jantan..(SU)

PETANG SEMALAM SARAH RAISUDDIN NIKAHI SHUIB ANGGOTA KUMPULAN SEPAH


SELAMAT dah! Dah selamat Sarah Raisuddin menjadi isteri kepada Shahmira Muhammad atau Shuib, 26, petang semalam.

Siti Sarah, 25, dinikahkan oleh Penolong Daftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir di banglo Mewah Jeumba B Ramo di Bangsar.

Shuib menyerahkan RM1,000 sebagai mas kahwin berserta sebentuk cincin bersama lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

DAHLIA @DAPHNE IKING DAH LAMA MINAT ISLAM


Daphne Eleanor Iking, pelakon dan personaliti terkenal mengakui dia sudah lama berminat dan terdedah keapada agama Islam. Malah katanya keindahan Islam menyebabkan dia tertarik menjadi seorang muslimah dan bukannya memeluk agama itu semata-mata atas nama perkahwinan.

Daphne atau nama Islamnya Dahlia, memberitahu Metro Ahad, selepas memeluk agama Islam barulah dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman.

Katanya, dia mengenali Azmi atau lebih dikenali sebagai Joe berikutan suaminya itu sebelum ini adalah rakan kongsinya dan mereka berkahwin dalam majlis kecil-kecilan yang dilakukan di kampungnya di Keningau, Sabah pada 8 Januari lalu.

Bagi Dahlia, tidak perlu mengadakan majlis besar-besaran kerana perkara yang paling penting adalah keutuhan rumah tangga.

"Suami saya bersikap rendah diri dan tidak mahu terlalu menonjol di khalayak ramai mahu pun media. Malah, saya mencintainya kerana sifatnya yang lemah lembut dan penyayang itu," katanya.

Saturday, February 26, 2011

DAHLIA ELEANOR IKING ITU DAPHNE IKING


DAHLIA Eleanor Iking adalah nama Islam bagi Daphne Iking. Moga mekar dan segar bak kuntuman dahlia di waktu pagi.

WANITA TUA MAUT JADI MANGSA RAGUT


SEORANG wanita berusia 52 tahun maut apabila motosikal diboncengnya jatuh selepas berlaku pergelutan dalam satu kejadian ragut di Jalan Padi, Johor Bahru, semalam.

Friday, February 25, 2011

APO KAU BUEK MINAH?

Dua kucing betina yang masing-masing mengandung anak kali pertama buang tabiat. Lawan laga ekor! Macam orang mengidam pulak!

PEMENANG PINGAT EMAS TAEKOWANDO SUKAN SEA DIDENDA MAKAN HASIL LENDIR

Jing Ching dan isterinya warga Uzbekistan, Yelena didenda kerana terbabit mengurus pelacuran dari kalangan warga Uzbekistan.

KERANA makan hasil lendir, pemenang pingat emas acara taekwando Sukan Sea 1993, Wong Jing Ching, didenda S$29,000.

Isterinya, Shirinbekova Yelena, 23, warga Uzkebistan pula didenda S$8,000 kerana bersubahat mengurus 5 warga Uzbekistan untuk melacur - dari urusan kedatangan, kediaman dan mencari pelanggan.



Jing Ching dan Yelena mendapat komisen daripada setiap urusan jual beli lendir itu. Jing Ching juga didakwa kerana merasuahkan kakitangan keselamatan hotel supaya menutup mulut mengenai kegiatannya itu.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila dia menawarkan khidmat seks kepada seorang pegawai polis berpakaian preman. Jing Ching berkata dia boleh mendapatkan khidmat pelacur Rusia untuk pegawai polis itu.

Barangkali lebih kurang begini tawarannya: "Bro, mahu ayam ka? Ayam Rusia punya! Baik punya ma!"

Dalam kejadian itu Jing Ching terperangkap apabila sepasukan polis menyerbu hotel tempat dia menawarkan khidmat seks berkenaan.

Macam-macam ayam. Bapak ayam betul!!

WANITA MALAYSIA ANTARA DILAPORKAN HILANG DALAM GEMPA BUMI DI NEW ZEALANDA

Gambar/lakaran kesan gempa bumi di New Zealand pada hari keempat. Rakyat Malaysia antara yang dilaporkan hilang.

Seorang wanita Malaysia, asal Sarawak dalam lingkungan 30-an adalah antara yang dilaporkan hilang dalam gempa bumi yang masuk hari keempat di Christchurch, New Zealand. Turut hilang ialah 16 rakyat Filipina yang sedang menghadiri kursus di bandar kedua besar di negara itu.

DAHPNE IKING NIKAHI AZMI ABDUL RAHMAN


BELUM terlambat ucapkan selamat pengantin baru buat Daphne Iking yang telah bernikah dengan Azmi Abdul Rahman, seorang ahli perniagaan, awal bulan lalu.

Selamat menjadi isteri dan selamat menjadi seorang umat Islam. Semoga menjada isteri dan ibu yang solehah.

TANDA TANGAN HOSNI MUBARAK: LIHAT GARIS DI BAWAH


INI PULA tanda tangan Hosni Mubarak. Lihat garis di bawah tanda tangannya. Siapa dapat membaca bahasa tangan? Gigih dan tegas tapi menderita tekanan?

TANDA TANGAN MUAMMAR GADAFFI: BENARKAH BERJIWA BESAR TAPI MATI PENUH HINA?


BAHASA tangan di dalam tanda tangan milik Muammar Gaddafi ini dikatakan orang sebagai mewakili manusia berjiwa besar tapi mati dengan cara yang paling hina. Benarkah? Allah yang lebih mengetahui.

MATAHARI TERPACAK: TAK PAYAH SULUH LAGI


5 kali panggilan telefon, satu hapah tak berjawab. Panggilan dibuat waktu kerja @ waktu pejabat. Atok Alang menyumpah banyak kali. Poie jahanamlah kau kato atok Alang. Nak angkek telefon pun payah. Hah...tak payah. Atok Alang kato, dia koyakkan cek RM5,000. Hati atok Alang sakit. Nak sodokah pun payah!

Wak Karto hantar surat mintak tolong kek exco. Onam bulan barulah exco balas. Exco kato, tak apo, dio sudah hantar surat kek Adun panjangkan masalah wak Karto. Wak Karto pun tunggu. Dah lobih setahun dah. Usahkan surat. Sampul kosong pun wak Karto tak dapek. Sampai la hari ini, wak Karto kato: hah...tak payahlah. Kau simpan ajo surat den. Esok den dah mampuih kau balaslah surat tu hantar kek kubur den!

Minah Jongang ado 15 saman. Satu saman RM300. Kalau 15, semuo saman Minah Jongang kono cari RM4,500. Separuh saman sobab adik Minah Jongang yang bawak keto. Minah Jongang kata: Haa...mampuih den. RM4,500 duit belanjo umah den setahun! Minah Jongang kato dia mahu sangat balas dondam. Minah Jongang garu-garu kepalo. Baru Minah Jongang jumpo satu tarikh untuk balas dondam. Masa Pilihanrayo!

Banyak laie dongar ikan baung bersungut. Macam-macam dongar cerito ikan baung kek bawah akar pokok golam yang tumbang tuu...

Ontahlah...oghang lain dongar ko tidak, lantaklah...Matahari terpacak: Tak payah suluh lagi.



EMPAT ANAK MELAYU


EMPAT ANAK MELAYU 120994.

Thursday, February 24, 2011

GAMBAR: BUYUNG GAGU MENGAMUK DI KELAWANG DITANGKAP


SEEKOR gajah jantan seberat lebih 3 tan yang dikenali penduduk Kampung Gagu, di Jelebu sebagai Buyung Gagu berjaya ditahan dan ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan). Buyung Gagu 'direman' untuk 'disiasat' kenapa sering naik minyak!

SAIFUDIN BIN ABDULLAH: ORANG MACAM INI DIPERLUKAN


SAIFUDIN BIN ABDULLAH. Anda Timbalan Menteri yang menjaga kepentingan siswa dan pelajar di pusat pengajian tinggi.

Ya, Saifudin. Berkata benar itu susah, tetapi apabila anda berkata benar anda telah berusaha untuk menjadi seorang manusia yang mempunyai harga.

Orang macam anda memang diperlukan. Tolak politik ke tepi, tolak kepentingan diri ke tepi dan tolak apa kata orang ke tepi.

Pemimpin susah dibentuk sebenarnya, kecuali pemimpin itu sendiri mahu membentuk dirinya menjadi manusia yang boleh menjadi pemimpin. Orang macam anda memang diperlukan. Alangkah indah nama anda menjadi Saifudin BA.

BEKAS AHLI PARLIMEN KOTA BHARU, DATUK ILLANI ISAHAK MENINGGAL DUNIA


BEKAS Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Illani Isahak meninggal dunia jam 6 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas menderita selama lima tahun akibat serangan barah payu dara.
Datuk Illani..meninggal dunia pagi ini (TMI)

Jenazah allahyaraham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama, akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tun Dr Ismail dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, selepas zohor.

Allahyaraham anak Kelantan, meninggalkan seorang suami, Adam Camille Rustum Mohd Ibrahim dan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Wednesday, February 23, 2011

PRA KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK: PAKISTAN KALAH KEPADA MALAYSIA 2-0


MALAYSIA kalah kepada Pakistan 2-0       Pakistan kalah kepada Malaysia 2-0 dalam perlawanan tak berapa menarik, tapi kira okaylah, sebentar tadi. Sekian.

SEBELUM MATAKU PEJAM, HATIKU BERKATA DIALAH KAY: SALAM DAN MAAF BUAT DATIN KAMARIAH JAMALUDDIN


MUNGKIN kebetulan. Namun jauh dalam hati ini terdetik juga bahawa dialah wanita istimewa itu yang pernah dipanggil Kay.

Saya menemui seseorang bernama Datik Kamariah Jamaluddin. Wajahnya iras benar wajah Kay bekas isteri Sudirman dulu. Maaf kepada Datin Kamariah dan keluarga. Jika catatan ini terlepas batas, ampunkan saya setulus ikhlas. Saya hanya membaca sejarah dan tidak mahu menulis sejarah yang lain. Saya hanya ingin memenuhi satu impian dan hajat yang tak pernah tertunai selama ini, melihat atau menemui wajah seorang wanita bernama Kay.

Sebelum mata ini pejam, mohon Datin Kamariah izinkan jika ia adalah satu kebenaran. Jika tidak, mohon ampunkan saya. Namun percayalah, hati kecil saya tidak pernah sedetik menafikannya.

Cukuplah sampai di sini, sekurang-kurangnya hajat dan impian saya untuk menatap wajah seorang wanita istimewa bernama Kay tercapai juga.

Terima kasih dan ehsan www.loveingratitude.com/. Siapa pun dia, lihatlah betapa istimewanya Datin Kamariah Jamaluddin ini. Semoga Allah memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kerahmatan seisi keluarganya. Diulangi dengan mohon ampun dan maaf dari saya.


Tambah kapsyen
ehsan dari www.loveingratitude.com/

DIRA DAN ZIZAN PENGACARA BARU MELODI


TV3 mengumumkan, Zizan dan Dira sah sebagai pengacara baru program Melodi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid.

Tempoh kontrak Wahid dan Farah Fauzana berakhir Mac ini. Selepas 5 tahun, mereka akan digantikan Zizan dan Dira bagi menyegarkan semula rancangan berbentuk infotaimen itu.

PESTA KAUT BERAS: LANJUTAN PESTA KAUT DUIT SYILING


SATU lgi pesta KAUT berlangsung di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan semalam, apabila ratusan kilogram beras tumpah di jalan raya.

Kejadian berlaku di Kilometer 394.4, berdekatan Behrang, Tanjung Malim. Orangg ramai tidak melepaskan peluang menyertai acara KAUT beras, sama seperti acara KAUT duit syiling yang berlangsung di PLUS, berdekatan Plaza Tol Linggi, bulan lalu.
 

Monday, February 21, 2011

173 TERBUNUH DI LIBYA


SEJAK kebangkitan rakyat Selasa lalu, seramai 173 orang dilaporkan terbunuh di beberapa bandar di Libya, lapor Human Right Watch (HRW).

Jurucakapnya, Tom Portoeus memberitahu AFP, semalam. Kematian dijangka meningkat dan sungai darah bakal mengalir di Libya, negara di utara Afrika jika Muammar Gaddafi mengambil sikap lebih keras ke atas rakyat yang menentangnya.

TENTANG PERGI


ADA yang telah pergi lama. Ada yang baru pergi. Ada yang bakal pergi. Ada yang tak mahu pergi. Ada yang pergi tak kembali. Ada yang pergi datang lagi.

Sebuah pemergian penuh sarat dengan tafsiran. Pemergian membawa semua. Pemergian membawa sebahagian yang ada. Pemergian ada juga mahu diucapkan salam. Pemergian yang lain pula tanpa salam.

Tentang pergi, mengingatkan sesuatu yang indah yang nestapa. Tentang pergi, sebahagiannya adalah dengan rela. Pemergian yang lain ada kalanya kerana terpaksa.

Tapi sebelum pergi sudahkah bersedia. Sudahkah pemergian ini meninggalkan segala yang mencukupi untuk yang ditinggalkan?

Hakikatnya kita akan pergi. Tetap pergi. Jangan bersedih atau ditangisi.

CALON PILIHANRAYA UM MASTURAH, DIJUMPAI DI BANGI MALAM TADI


MASTURAH ABU BAKAR, 22, calon promahasiswa pilihanraya kampus UM, dilaporkan telah ditemui jam 10.40 malam tadi di Bangi.

Harakahdaily melaporkan, Masturah diambil oleh keluarganya dan beberapa rakan dari promahasiswa dilaporkan bergegas ke tempat dia ditemui. Dia dilaporkan hilang Sabtu selepas berkempen bersama-sama rakannya di kawasan kediaman pelajar UM di Pantai Dalam.

Kehilangan Masturah dilaporkann menerusi dua laporan polis, termasuk satu daripadanya dikatakan berkaitan ugutan yang diterima rakannya.

GAMBAR: 100 PAUS MERAJUK, BUNUH DIRI DI PANTAI NEW ZEALAND

APAKAH kumpulan paus ini mogok lapar atau mengadakan bantahan terhadap kerajaan? Tiada siapa yang tahu. Namun 100 paus dilaporkan mati di pantai New Zealand menyebabkan pelbagai pihak tertanya-tanya.

CALON PILIHANRAYA KAMPUS UM, DILAPORKAN HILANG


SEORANG calon pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM), Mastura Abu Bakar, 22, hilang selepas berkempen bersama beberapa rakannya di sebuah taman perumahan yang kebanyakannya didiami oleh siswa universiti itu, di Pantai Dalam, semalam.

Mastura yang mewakili ProMahasiswa dikatakan baru selesai berkempen dan pergi ke kedai sementara meminta kawan-kawannya menunggu di blok kediaman berdekatan.
Mastura, calon promahasiswa dilaporkan hilang selepas berkempen semalam

Bagaimanapun, Pengerusi Kumpulan Promahasiswa, Mohd Taufik Abdul, berkata Mastura terus hilang selepas itu tanpa dapat dikesan.

Beberapa hari lalu, pentadbiran UM dilaporkan berkata akan mengambil tindakan ke atas beberapa pelajar dari kumpulan ProMahasiswa kerana terbabit dalam rusuhan memecah masuk bangunan PerdanaSiswa selepas berlaku kekecohan berhubung dakwaa beberapa ahlinya dilarang bertanding dalam pilihanraya kampus.

Kehilangan Mastura bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca dan motifnya.

Sunday, February 20, 2011

DUA LELAKI DAN SEORANG WANITA CURI DATA KETENTERAAN INDONESIA DI KOREA SELATAN


RIBUT jadinya apabila salah seorang anggota delegasi yang mengiringi Menteri Ekonomi Indonesia, Hatta Rajasa yang dalam rangka lawatan ke Korea Selatan, dilaporkan kecurian data ketenteraan di dalam komputer ribanya di dalam bilik hotel di negara itu.

Korea Times melaporkan, polis tempatan percaya dua lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya berwajah Asia dikatakan masuk ke bilik pegawai terbabit ketika anggota rombongan Indonesia sedang sibuk termasuk berkunjung ke loji nuklear negara itu.

Ketiga-tiganya membuka komputer bimbit mangsa dan menyalin data dipercayai ada kaitan dengan hubungan ketenteraan Korea Selatan-Indonesia ke dalam USB, sebelum bergegas meninggalkan bilik berkenaan.

 Kejadian dilaporkan berlaku di hotel Lotte, Sogong-Dong.

BAKAR DIRI DI DEPAN ISTANA PRESIDEN : BARA MENYALA KE SENEGAL


SENEGAL pula dilanda ancaman bakar diri untuk secebis permintaan demi sebuah kehidupan.

Seorang pesara tentera Senegal, Oumar Bocoum, yang membakar dirinya di depan istana presiden Abdoulaye Wade Jumaat lalu, disahkan oleh doktor negara itu meninggal dunia hari ini.

Doktor mengesahkan Oumar terbakar 85 peratus dalam kejadian bunuh diri di depan istana presiden kelmarin kerana mendesak pencen tentera negara itu dinaikkan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Oumar meletakkan skuternya di jalan masuk istana dan terus berjalan ke pintu, sebelum cuba dihalang oleh beberapa petugas. Namun mereka gagal menghalang Oumar membakar diri. Ketika itu Oumar dilaporkan ada membawa sehelai kertas tertulis "work or die".

WANG TIDAK DITUNTUT SEBANYAK RM4 BILION: RAKYAT BOLEH TUNTUT


MUNGKIN ada yang tidak menyedari bahawa wang tidak dituntut di negara ini berjumlah sehingga RM4 bilion sehingga kini.

Demikian kata Datuk AwangAdek Hussein, Timbalan Menteri Kewangan. Katanya, wang itu mungkin tidak disedari oleh pemiliknya. Beliau juga menyarankan orang ramai mengemukakan tuntutan kepada Bank Negara atau cawangannya yang berdekatan.

Perkara sebeginilah sebenarnya yang mahu diketahui rakyat. Mahu diketahui sedalam-dalamnya. Mencadangkan rakyat menuntut hak mereka jika ada, nampak mudah cuma pihak berkuasa atau kerajaan seharusnya menunjukkan jalan dan cara sebenar bagaimana rakyat mahu menuntut hak mereka yang terkandung dalam istilah wang tidak dituntut itu.

Pihak yang berkenaan harus menjelaskan perkara ini sebaik-baik dan sejelas-jelasnya. Bagaimana caranya untuk menuntut, gunakan borang apa, wang yang sebagaimana boleh dituntut dan pelbagai perkara lagi.

Saya percaya tidak ramai rakyat yang tahu cara bagaimana menuntut wang itu walau pun ada di antara mereka tahu simpanan terakhir di dalam lima enam bank mereka sebelum ini terbiar puluhan tahun sehingga  mencecah ribuan ringgit.

Rakyat amat memerlukan bantuan kerajaan dan jelaskan mereka caranya. Tunjukkan mereka jalannya satu persatu kerana tidak semua rakyat faham dan mengerti. Malah mereka tahu untuk menuntut wang itu sebenarnya tidak semudah seperti yang diungkapkan.

AMBIL PLASTIK NAK LETAK IKAN, RUPANYA ADA BAYI!


NIAT seorang pemancing mahu menggunakan plastik terbuang untuk mengisi ikan tangkapannya terbantut apabila mendapati plastik terbiar itu rupanya mengandungi isi lain - mayat bayi dipercayai dibuang oleh manusia berhati serigala.

Kejadian berlaku di Sungai Kayu Ara, di Damansara hari ini. Mayat bayi masih bertali pusat itu ditemui seorang pemancing, Mohd Rizal Ramli.

Menurut Mohd Rizal, dia amat terkejut ketika mengambil satu plastik untuk digunakan mengisi ikan apabila mendapati ia mengandungi mayat seorang bayi.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedahsiasat.

TAHNIAH: DUA KAWAN DAPAT DIVIDEN KWSP RM58000!


KWSP mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.8 peratus. Naik sedikit daripada tahun sebelumnya, tetapi kalau naik lebih seharusnya lebih menggembirakan.

Bagaimanapun, saya tumpang gembira mendengar dua sahabat lama mendapat paling tidak dividen sebanyak RM58,000 bagi tahun lalu kerana simpanannya di dalam KWSP sudah mencecah RM1 juta!

Dia mahu simpan sehingga 10 tahun lagi atau dalam kata lain hampir mencecah 70 tahun usianya. Banyak tu! Syukurlah.

GAMBAR: ANGGOTA TLDM MAUT KEMALANGAN


SEORANG anggota TLDM, Wan Fazli Wan Zin, 28, terbunuh apabila kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Jugah, Kuching awal pagi ini.

Remuk...Wan Fazli terbunuh apabila keretanya terbabit nahas -SU
Wan Fazli yang masih bujang dan telah bekerja di Sarawak lebih dua tahun mati di tempat kejadian.-SU

KAYU TEMBUS BETIS KIRI AZIZULHASNI: TAPI DIA TETAP KAYUH UNTUK DAPATKAN GANGSA KEIRIN DUNIA


AZIZULHASNI Awang yang terjatuh bersama tiga pelumba basikal lain dalam acara Keirin Dunia di Manchester, meneruskan kayuhannya tanpa menyedari betis kirinya ditembusi kayu.

Kayuhannya itu membuahkan pingat gangsa buat negara, tetapi Azizulhasni gagal naik ke podium untuk menerima pingat kerana terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kegigihan Azizul mendapat pujian pelumba dunia yang lain kerana berjaya mendapatkan pingat gangsa dalam keadaan betis kiri ditembusi kayu.

Saturday, February 19, 2011

MENGENANG PEMERGIAN SUDIRMAN 22 FEBRUARI: SAYA KECEWA KERANA GAGAL MENCARI KAY (KAMARIAH)

MENGENANG PEMERGIAN ALLAHYARHAM DATUK SUDIRMAN ARSHAD
 22 FEBRUARI

SALAH SATU TUGAS saya ketika menjadi wartawan dulu adalah untuk mencari  Sudirman (selepas dia tidak diketahui di mana lokasi tinggalnya sepanjang hayatnya ketika sakit). Walaupun saya sedih dan pedih kerana hanya mampu bertemu pada saat akhirnya di atas pembaringan di rumah kakaknya Rodziah, namun saya anggap tugas yang diamanahkan oleh pembaca Harian Metro dan peminat allahyarham Sudirman dapat juga saya laksanakan.

Namun satu perkara yang gagal saya laksanakan seperti sering diharapkan peminat allahyarham dan juga pembaca akhbar HM ialah mencari dan menemubual Kay (Kamariah) bekas isteri Sudirman.

Sehingga kini selepas sekian lama Sudirman meninggalkan kita, kegagalan saya untuk mencari dan menemui Kay tetap saya rasakan. Saya pernah berharap untuk bertemu Kay, namun sehingga kini semua itu hanya tinggal harapan.

Ketika dulu saya mempunyai sekurang-kurangnya satu pertanyaan kepada Kay jika saya berpeluang menemuinya. Soalan itu ialah benarkah Kay tidak langsung mahu mengingati atau menyayangi bekas suaminya itu?

Namun demikianlah kehidupan. Setiap kali 22 Februari datang saya pasti bersedih mengenang pemergian Sudirman kerana terlalu banyak peluang utnuk menemuinya ketika dia sihat, tetapi saya terleka. Saya hanya menemuinya pada saat dia telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah memberkati rohnya sepanjang masa.

Kepada Kay, saya meminta maaf. Semoga Kay atau mereka yang mengenali Kay terbaca catatan ini, sampaikan salam maaf saya. Semoga beliau sihat dan sentiasa bahagia dalam kehidupannya.

Perkahwinan, perceraian, hidup dan mati adalah babak dalam kehidupan manusia. Semoga tiada kecil di hati dan tiada sesal di jiwa. Kepada yang telah pergi kita doakan semoga ditempatkan di sisi mereka yang beriman. Kepada yang masih hidup berdoalah untuk memperbanyakkan kebaikan.

Salam ingatan untuk semua ahli keluarga allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Melihat gambar tapak rumah keluarganya yang bersemak di TV3 tadi, sayu pula rasa hati. Di situ saya pernah berada pada saat-saat jenazahnya dibawa dari Bangsar sebelum dikebumikan di Temerloh. Di situ saya pernah melihat ramai menitiskan air mata mengiringi pemergian insan seni yang amat disenangi peminatnya daripada kalangan pelbagai bangsa.

LIBYA CABUT PLUG INTERNET: 41 TERBUNUH SETAKAT INI


PERKHIDMATAN internet dari dalam dan keluar Libya, diputuskan sama sekali sejak semalam sebaik sahaja pemerintah negara itu mengambil tindakan cabut plug bagi menangani penentangan rakyat dan pembangkang yang semakin meningkat.

Tindakan mencabut plug itu juga dikatakan bertujuan mematahkan kebangkitan rakyat, sama seperti dilakukan Mesir sebelum ini. Namun pihak antarabangsa percaya, Muammar Gaddafi gagal membendung kebangkitan rakyat yang setakat ini dikatakan telah membunuh 41 nyawa sejak Selasa lalu.

LIMA CEDERA: KILANG PROSES MINYAK SAWIT DI NILAI MELETUP


LIMA orang cedera, dua daripadanya parah dalam satu kejadian letupan di sebuah kilang memproses minyak sawit di Nilai Utama, Negeri Sembilan kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Turut cedera ialah penyelia warga tempatan, manakala empat yang lain adalah warga Nepal yang kesemuanya berusia di antara 30 dan 40 tahun.

Bomba bersama empat jentera bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran jam 9.50 pagi.

Dua yang parah dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban menaiki ambulans manakala tiga yang lainn ke pusat perubatan berdekatan.

GAMBAR: YANG COMEL ITU ORANG HUTAN!


Tapi yang lagi comel ialah jururawat mereka...heheheheh
LIHATLAH betapa comelnya anak-anak orang utan ini. Tanpa mekap mereka begitu comel dan menyejukkan mata memandang!-Pix:nst

3 BANDUAN DITEMBAK MATI, 1,000 BANDUAN DI PENJARA UTARA LIBYA LARI


RUSUHAN kian menjadi-jadi di Libya apabila tiga banduan yang cuba melarikan diri ditembak mati dalam satu kejadian semalam. Di satu lagi penjara di utara negara yang ditadbir leh Muammar Gaddafi itu, 1,000 banduannya dilaporkan berjaya meloloskan diri.

Kini Libya semakin bergolak. Di Bahrain pula, 50 orang cedera ditembak apabila pasukann bersenjata bertempur dengan puluhan ribu penunjuk perasaan yang mahu pucuk pimpinan negara berundur.

Friday, February 18, 2011

SISTEM PENGURUSAN TRAFIK UDARA KLIA ROSAK: 64 PENERBANGAN TERJEJAS HARI INI


SEBANYAK 64 penerbangan terjejas apabila Sistem Pengurusan Trafik Udara (ATM) di KLIA rosak selama 3 jam bermula awal pagi tadi.

Kerosakan itu menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, berpunca daripada kegagalan pangkalan data sistem berkenaan berfungsi seperti biasa.

Ekoran kerosakan itu 64 penerbangan dari KLIA terpaksa ditangguhkan. Kerosakan itu bermula jam 8.30 pagi dan berjaya diperbaiki jam 10.50.

BEKAL ALAT GANTI MiG-29N TUDM: BANK BERI PINJAMAN RM19 JUTA KEPADA 2 SYARIKAT TAK WUJUD



SENANG-senang saja sebuah bank tempatan meluluskan pinjaman RM19 juta kepada dua buah syarikat konon untuk membekalkan peralatan ganti bagi pesawat tempur MiG-29N milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Selepas pinjaman diluluskan barulah bank menyedari pinjaman itu rupanya telah diberikan kepada dua buah syarikat yang tidak wujud atau dalam kata yang lebih manis diberikan kepada penyamun tarbus!

Hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan bank berkenaan telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Polis pula kata Ismail telah memulakan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sejak minggu lalu.

Kesian bank itu.

BAHRAIN KERAH TENTERA AMBIL ALIH TUGAS POLIS DI DATARAN MUTIARA, MANAMA SELEPAS EMPAT PENUNJUK PERASAAN TERBUNUH


SEBAGAI langkah menyuarakan kekesalan kerajaan di atas kematian empat penunjuk perasaan yang terbunuh apabila bertempur dengan polis anti rusuhan di Dataran Mutiara, Manama, Bahrain mengarahkan tentera mengambilalih tugas mengawal penunjuk perasaan.

Tindakan keras polis anti rusuhan sehingga membunuh empat penunjuk perasaan yang terbabit dalam penentangan ke atas pemerintah Bahrian, turut mendapat kecaman antarabangsa.

Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khaled Ahmaed al-Khalifa, berkata polis sepatutnya mengambil langkah berhemah dan tidak keterlaluan sehingga mengakibatkan kematian. Namun katanya, keburukan telah berlaku dan kerajaan berusaha menangani tunjuk perasaan dengan cara paling baik.

Tunjuk perasaan terutama di kalangan rakyat berfahaman Syiah menentang kuat pentadbiran negara Bahrain yang dikuasai puak Sunnah. Tunjuk perasaan itu turut dilaporkan berpunca daripada kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia.

Bahrain dan Libya adalah antara beberapa negara di Arab dan utara Afrika yang dijangka mengalami gempa dan tsunami politik tahun ini ekoran kebangkitan rakyat.

HUMAN RIGHT WATCH: 24 TERBUNUH DALAM PROTES DI LIBYA KHAMIS


DALAM satu kenyataannya, Human Right Watch (HRW) yang berpengkalan di New York menyebut, seramai 24 orang terbunuh dalam perarakan menentang presiden Muammar Gaddafi di dua bandar di Libya yang dianjurkan semalam.

Pertubuhan berkenaan memetik beberapa saksi menyatakan bahawa angka kematian yang disahkan setakat ini adalah sekurang-kurangnya 24 orang tidak termasuk kematiann yang dikatakan masih berlaku hari ini (Jumaat).

LELAKI PASAK BUDAK SAMPAI DAPAT ANAK DIPENJARA 2 TAHUN


SEORANG kontraktor dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur.

Musa Ahmad, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Parit Sentang Batu, Parit Sulong kira-kira jam 4 pagi November 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimun 20 tahun penjara dan sebatan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah merogol gadis itu sekurang-kurangnya 11 kali dalam November dan Disember 2007.

Mangsa kemudian melahirkan seorang anak lelaki di tandas rumahnya di Kampung Sepah, Beruang, Benut, Pontian pada 23 September 2008.

GAMBAR: GRAFITI GERILA DI CALIFORNIA

TENTANG GERILA DAN BUKAN KELUARGA GERILYA. Grafiti hasil tangan manusia seni di Amerika.

7 MATI DITEMBAK PADA HARI KEMARAHAN DI LIBYA


PEGAWAI perubatan memberitahu media, seramai 7 orang telah terbunuh kesemuanya ditembak dipercayai oleh pihak keselamatan Libya sempena Hari Kemarahan bagi menentang rejim Muammar Gaddhafi.

Kesemua terbunuh dalam perarakan di bandaraya kedua Libya, Benghazi. Rakyat Libya mula menentang Gaddafi selepas kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya dilaksanakan.

Gaddafi memerintah Libya sejak 1969.

GAMBAR: SHAH RUKH KHAN DAPAT CENDERAMATA KAIN BATIK


SHAH RUKH KHAN yang dalam sesi penggambaran filem Don 2 di Sungai Udang, Melaka menerima cenderamata istimewa berupada batik daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. Pix:nst

3 BEKAS MENTERI KABINET HOSNI MUBARAK DITAHAN KERANA SELEWENG DANA NEGARA


PIHAK berkuasa Mesir, semalam menahan tiga mantan menteri dan seorang ahli perniagaan atas dakwaan terbabit dalam penyelewengan dana milik kerajaan negara itu.

Mereka yang ditahan ialah bekas Menteri Pelancongan, Zuheir Garana, bekas Menteri Dalam Negeri Habib el Hadly dan bekas Menteri Perumahan, Ahmaed Al-Magrabhi.

Seorang ahli perniagaan terkemuka dikenali nama pangkalnya Ahmad turut ditahan dan kini dilaporkan sumber kepada media antarabangsa, sedang disiasat membabitkan isu penyelewengan dana itu.

TIGA CURI KONDOM 700,000 KEPING DIBERKAS!


POLIS menahan tiga lelaki berusia 29 dan 30 tahun dipercayai sebahagian ahli sindiket antarabangsa bagi membantu siasatan kecurian lebih 700,000 kondom bernilai RM4.5 juta daripada sebuah kontena di Ipoh, bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan, berkata tiga lelaki itu yang juga pekerja kilang pembuatan kondom berkenaan ditahan di tiga lokasi di Ipoh dan Klang, Selangor kelmarin. Seorang lagi ditahan di satu lebuhraya di negara ini.

Ketiga-tiga suspek direman sehingga esok.

REMAJA TUKAR PELAN: PELAN A MENCURI TUKAR MENJADI PELAN B PERKOSA!


PROJEK asal remaja berusia 14 tahun itu ialah mencuri. Bagaimanapun, selepas terpandang seorang budak perempuan 5 tahun tidur, nafsunya pun bergelora lalu menukar pelan sedia ada kepada pelan perkosa.

Kejadian berlaku di sebuah flat di Kepong, Kuala Lumpur kelmarin kira-kira jam 1 pagi. Ketika itu suspek masuk ke rumah untuk mencuri, namun berubah fikiran melihat budak itu tidur sendirian kerana ibu bapanya berniaga di bawah flat berkenaan.

Difahamkan sebelum kejadian dia menggeledah mencari barangan berharga, tetapi nampak budak tidur sebagai paling berharga.

Selepas kejadian, mangsa berlari ke bawah memberitahu keluarganya dan memberitahu sakit pada kemaluan serta berdarah.

Ibunya membawa untuk pemeriksaan dan mendapati anaknya diperkosa lalu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Thursday, February 17, 2011

PILIHANRAYA UM: KUMPULAN PROMAHASISWA SERBU DAN PECAH MASUK KOMPLEKS PERDANASISWA


GARA-gara membantah kerana beberapa calon pilihanraya kampus ditolak dari bertanding, sekumpulan 100 siswa dari kumpulann promahasiswa Universiti Malaya merusuh hari ini.
pix:MStar

Mereka menyerbu dan memecah masuk kompleks Perdanasiswa, selepas kegagalan bertemu pentadbiran universiti berkennaan.

Berlaku pergelutan antara pelajar dan kakitangan serta pengawal keselamatan dalam insiden yang memberi warna dalam lukisan baru di kanvas politik universiti hari ini.

Apakah lukisan yang dihasilkan nanti abstrak atau sekadar lukisan pemandangan di tepi sawah, sama-sama kita perhati dan nilaikan.

GAMBAR SAFEE SALI SEMINGGU DI INDONESIA


Bocah-bocah berebut mendapatkan tandatangan Safee
Cewek tak berani ganggu Safee sebab isterinya ada di sisi..hihihi
SELEBIRITI SUKAN, itulah yang dirasakan oleh Mohd Safee Sali sebaik sahaja usai menjalani bersama pasukan barunya Pelita Jaya hari ini. Bocah-bocah (kanak-kanak) berkejaran mendapatkan tandatangannya untuk dijadikan kenangan. Turut bersama Safee ialah isterinya, Sabarina, dua anak dan ibu bapanya.

GAMBAR: INI YANG AKU JELES NI!


GILIRAN orang ni bersenda dan bertepuk bahu dengan Perdana Menteri. Giliran aku bila pula?

DUA KES FASAL PUNGGUNG BUDAK! DUA AYAH DIPENJARA 12 BULAN DAN 48 BULAN MASING-MASING!


DUA kes berbeza melibatkan dua ayah berbeza dan dua tempat berbeza serta melibatkan dua dan tiga anak masing-masing.

Kes pertama melibatkan seorang ayah berusia 38 tahun yang mengaku salah meraba punggung dan menyentuh alat ganti sulit anak perempuannya berusia 4 tahun.

Ketika kejadian tertuduh ada di rumah bersama dua anak lelaki dan mangsa. Tertuduh kemudian bawa mangsa ke bilik mandi dan raba-raba punggungnya serta menyentuh alat sulit anaknya itu. Kemudian dia minta anaknya jangan bising-bising.

Budak manalah tahu berbohong. Ibunya balik, dia pun buka cerita ayah dah raba punggung! Isteri tertuduh buar laporan polis dan kena tangkap. Hari ini mengaku salah di mahkamah Singapura dan dipenjara 12 bulan.

Kes kedua pula melibatkan seorang ayah 26 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kes ini lain sikit, sebab dia tidak sukakan punggung anak-anaknya.

Dua anaknya yang berusia 5 tahun dan ke bawah dicucuh api bertalu-talu. Kadang-kadang dia mendera dengan cara lain.

Dia juga dikenakan 17 tuduhan lain dan hari ini bapa hantu itu mengaku salah di mahkamah dan dipenjara 48 bulan serta lapan sebatan!

HONDA TARIK BALIK MODEL CITY DAN JAZZ


ANAK: Ayah jangan lambat hantar model Honda tu...nanti kalau dah ramai hantar, susah kita...beratur panjang.

AYAH: Tak perlu hantar nak. Tak gunanya hantar balik.

ANAK; Ayah ni degillah..kan Honda kata ada masalah teknikal...kena hantarlah. Bukannya kena bayar...percuma.

AYAH: Ah...malaslah...tak payah hantar!

ANAK: Ayah ni...patutlah mak selalu bising...ayah ni degil!

AYAH: Nak kata apa katalah nak. Ayah tak akann hantar model Honda ayah pakai tu...

ANAK: Kenapa ayah ni? Rugilah ayah...hantar ajelah...percuma!

AYAH: Nak hantar apanya anakku! Model Honda ayah pakai ni cuma Honda C70! Motosikal lama tahun 80! Yang sibuk nak panggil balik tu, kereta!!

ANAK: Ohhhh...motosikal tak kira ehh?

129 PELARIAN ROHINGYA MYANMAR DTEMUI KEBULURAN DALAM BOT ROSAK DI PANTAI ACHEH


SERAMAI 129 pelarian Rohingya dari Myanmar yang tidak diiktiraf oleh negara itu, ditemui sekumpulan nelayan berada dalam kelaparan di dalam sebuah bot yang rosak dan hanyut di pantai barat Acheh, semalam.
Sebahagian 129 pelarian Rohingya yang ditemui kelaparan di dalam bot hanyut di pantai barat Acheh, semalam-AP

Kesemua pelarian lelaki itu, kehabisan makanan dan bekalan air kemudian ditunda ke pantai sebelum ditahan polis Indonesia.

Pegawai polis, Kolonel Muhamad Zaini berkata, kesemua yang terbabit menaiki bot sepanjang 14 meter dipercayai cuba untuk masuk secara haram ke negara itu.

Pelarian Rohingya sejak dulu, berusaha untuk keluar dari Myanmar dan melarikan diri menjadi pelarian di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

GAMBAR: ADA PEMINAT JUSTIN BIEBER SIMPAN GAMBAR DALAM TANDAS!!


ADA peminat wanita fanatik penyanyi muda dari Kanada, Justin Bieber dikatakan menyimpan gambar-gambar penyanyi pujaannya itu di dalam tandas dan kamar tidur. Untuk tambahan bahan tampalan, mungkin gambar ini ditampalkan juga.-REUTERS

GAMBAR: DUA WAJAH ARNOLD SCHWAZENEGGER


PATUNG ini selepas siap akan dihantar ke tempat kediaman Arnold di Austria.-AP

GAMBAR: TEH TARIK DI MUMBAI


TIDAK SEPERTI di negara kita, teh tarik boleh dinikmati di restoran canggih berhawa dingin atau terbuka. Malah kadang-kala restoran teh tarik juga menyediakan khidmat WiFi percuma untuk pelanggan. Namun di satu kawasan di Mumbai, teh tarik diperolehi menerusi tingkap kecil dan dinikmati sambil berdiri. Boleh kena tarik-tarik kaki dibuatnya!

2 PELATIH PLKN MATI, SEORANG KOMA DALAM TEMPOH SEMINGGU


DUA pelatih PLKN meninggal dunia, manakala seorang lagi masih koma di unit rawatan rapi dalam tempoh seminggu - dipercayai ada kaitan dengan jangkitan atau kematian berpunca daripada  penyakit dialami sebelum ini.

Dalam kes pertama, Mohd Zulhaili Noraihan, 17, meninggal dunia di Hospital Wueen Elizabeth, Kota Kinabalu, Selasa lalu.

Pelatih terbabit sebelum itu menjalani latihan di Kem Wawasan di Papar, Sabar sebelum berasa tidak sihat dan dikejarkan ke hospital.

Dalam kes kedua, seorang lagi pelatih, Fatini Aqilah Fadhil, 17, dari Kem Chendering, Perak turut meninggal dunia.

Fatini dikatakan meninggal dunia selepas disahkan mengidap leukaemia dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

Seorang lagi pelatih, A Tamilarasi pula dilaporkan sedang koma, di unit rawatan rapi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas dikatakan demam panas sewaktu menjalani latihan di Kem PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson.

WARTAWAN CBS LARA LOGAN, DICABUL HARI HOSNI MUBARAK LARI KE SHARM EL SHEIKH


TRAGEDI diserbu, dipukul dan dicabul menjadi antara pengalaman pahit buat seorang koresponden CBS di Mesir, Lara Logan, 39.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh wartawan itu di Amerika Syarikat kelmarin, Logan mendakwa kejadian berlaku di Dataran Tahrir pada Jumaat lalu, iaitu hari Presiden Hosni Mubarak dilaporkan meninggalkan istananya.
Koresponden CBS diserang dan dicabul di Mesir, Jumaat lalu.

Menurut Logan dia dan dua wartawan CBS lain termasuk seorang pemandu rakyat Mesir ditahan pada hari berkenaan oleh sekumpulan lelaki. Dia kemudian dipisahkan dari rakan-rakannya sebelum dikutung oleh sekumpulan lelaki yang memukul dan mencabulnya.

Logan bernasb baik, sekumpulan wanita Mesir dan lebih 20 tentera negara itu yang terlihat kejadian dia dicabul segera datang menyelamatkannya.

Namun katanya, dua rakannya yang dipisahkan itu cedera teruk berlumuran darah dipukul penyerang. Begitu juga nasib pemandu warga Mesir yang parah diserang tanpa belas kasihan.

ALLY ISKANDAR BERTUNANG DENGAN NUR AISYAH, GADIS MELAYU 1


ALLY ISKANDAR TV3 selamat bertunang dengan pemenang kedua Gadis Melayu 1, Nur Aisyah pada 11 Februari lalu.

Wednesday, February 16, 2011

MUBARAK DILAPORKAN SEDANG NAZAK: MAHU MATI DI SHARM EL SHEIKH


PRESIDEN Mesir yang diguling dan terguling, Hosni Mubarak dilaporkan berada dalam keadaan nazak dan tidak berupaya bergerak di kediamannya di satu kawasan tersembunyi di Sharm el Sheikh berdekatan Laut Merah.

Media antarabangsa melaporkan, kerabat Diraja Arab Saudi ada menawarkan tempat untuk Mubarak menjalani pemeriksaan perubatan secara terbaik dan menyeluruh, namun Mubarak dikatakan enggan kerana dipercayai terlalu tertekan, kecewa dan putus asa.

Mubarak juga dilaporkan memberitahu dia mahu mati di Sharm El Sheikh. Sebelum ini Mubarak pernah membuat pembuangan hempedu dalam tubuhnya di Jerman dan kesihatannya terus merosot ke paras nazak sebaik sahaja berdepan dengab penentangan rakyat pada minggu terakhir perarakan selama 18 hari itu.

Kita sama Mubarak. Kita dah tiada hempedu beb!

14 BULAN PENJARA BUAT DENGAN BUDAK 14 TAHUN


UNTUK kali kedua, Helmi Mahmod melakukan kesalahan serupa. Buat seks dengan gadis bawah umur menerusi perkenalan dari ruang sembang internet!

Kali pertama, lapan tahun dulu, Helmi, 28, dipenjara 4 bulan. Namun minggu ini dia dipenjara 14 bulan kerana kesalahan buat seks dengan budak 14 tahun, mangsa yang berbeza.

Cerita kejadian bermula apabila mangsa pelajar sekolah menengah datang ke flat kediaman Helmi untuk pertama kali. Di situ mahkamah diberitahu berlaku perbuatan seks. Mahkamah diberitahu ketika itu mangsa adalah seorang dara dan Helmi pula melakukan seks tanpa menggunakan kondom.

Paling buruk tabiat ialah perbuatan itu dirakamkan Helmi menggunakan kamera digital. Helmi yang memberi alasan konon dia mengidap sakit mental, gagal dalam cubaannya untuk menyanyi di mahkamah kerana pemeriksaan menafikan dakwaan dia mengalai sakit mental.

14 bulan penjara sebenarnya tidak cukup untuk sebuah kehancuran harga diri dan maruah sebagai perempuan, tetapi apalah yang boleh dituntut lagi kalau itu adalah hukuman yang dilaksanakan!

NENEK BUAT SEKS DENGAN ANJING BAKA ROTWEILLER


SEORANG wanita berstatus nenek mengaku bersalah melakukan hubunngan terkutuk dengan seekor anjing peliharaannya dari baka Rotweiller di kediamannya di Liverpool.

Paul Mangan, 42, mengaku perbuatan terkutuk itu dirakam oleh teman lelakinya, Lee Mc Call, 41, pada satu hari yang amat menyedihkan dalam hidup umat manusia.

Serbuan polis ke kediaman nenek muda itu, turut menemui 33 imejan berkaitan selain lebih 60 imej membabitkan perbuatan lucah membabitkan kanak-kanak.

Inilah sebahagian cerita manusia yang tak boleh disorokkan untuk menunjukkan wujudnya kebobrokan.

GAMBAR: KEMALANGAN NGERI, VAN HANCUR LUMAT DIREMPUH LORI. PEMANDU MAUT


PEMANDU van yang lumat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan hari ini maut di tempat kejadian. Kemalangan itu berlaku di Jalan Serdang-Sungai Kechil Hilir. Pix:nst

GAMBAR: PELAJARAN PALING BERGUNA UNTUK SI PERAGUT DURJANA! DILANGGAR KERETA MELAMBUNG...BEDEBAAMMM!

Motosikal kena sodok, peragut terduduk

BUAT JAHAT dibalas jahat. Demikian nasib dua peragut bersenjata parang yang menaiki sebuah motosikal yang meragut rantai milik seorang warga emas berusia 61 tahun di Kuching.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, peragut durjana itu menerima balasan setimpal apabila dua beradik yang menaiki kereta dan ternampak perbuatannya, tertekan minyak dan menyebabkan kereta tanpa mata itu menyongsong motosikal mereka naiki.

Terduduk menahan sakit
Akibatnya, lihatlah seperti gambar yang disiarkan oleh SU ini.

KOLONEL NORHUDA AHMAD PEGAWAI TENTERA DARAT (TUGAS AM) WANITA PERTAMA DINAIKKAN PANGKAT BRIGADIER JENERAL

TAHNIAH. Kolonel Norhuda Ahmad dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral. Pix;bernama

700,00 KONDOM HILANG: JADI HADIAH HARI VALENTINE LA TU!


SAHABAT pun berjenaka. Katanya, patutlah ratusan ribu kondom ultrathin hilang beberapa minggu lalu. Katanya, mungkin ada mat sepedal nak agih-agihkan satu dunia untuk jadikan hadiah Hari Valentine.

Mangkuk getah betul sahabat saya itu. Tambahnya lagi, usah yang percuma, yang berbeli dan kena beli pun katanya, tidak cukup di kedai serbaneka.

Lawaknya lagi, kondom patut dijadikan barangan kawalan menjelang hari Valentine. Paling penting lagi katanya, pastikan pelanggan tidak membeli lebih dari sekotak. Macam ketika minyak masak kurang di pasaran baru-baru ini.

Lagi satu katanya, di semua pintu masuk pastikan kondom Malaysia hanya dijual untuk rakyat tempatan. Kalau ada warga asing mahu membelinya, tambahkan duti tambahan sebanyak 50 peratus daripada harga biasa.

Saya pun kata, dia dah gila sebab cakap semua benda itu selepas dua hari sambutan Hari Valentine berlangsung. Tapi sahabat saya balas dengan jawapan pedih. Tahun depan ada lagi! Dan selepas itu katanya setiap tahun selepas itu ada lagi dan lagi dan lagi!

HAPPY CHINESE NEW YEAR OP78 ANDREW TAN TIONG HWA


HAPPY CNY kepada OP78 Andrew Tan Tiong Hwa dan famili di Australia. Nampak gambar badan dah naik. Still handsome!

44 JUTA PENDUDUK NEGARA MEMBANGUN JADI MISKIN SEBAB KENAIKAN HARGA BARANGAN


MANA DULU? Telur atau ayam? Persoalan ini barangkali relevan kepada pertanyaan siapa dulu, orang kaya atau orang miskin? Atau relevan juga dengan pertanyaan, mana dulu orang susah atau orang senang? Persoalan yang klise dan kadang-kadang memeningkan kepala untuk difikirkan.

Laporan Bank Dunia menunjukkan lebih 40 juta rakyat negara membangun menjadi miskin oleh kenaikan harga barangan sejak Jun tahun lalu. Banyak puncanya. Antaranya cuaca, sistem ekonomi yang kacau dan ketidakstabilan politik.

CHONG WEI BANTU KELAB SGS PLN BANDUNG KEJOHANAN BADMINTON SUPERLIGA DJARUM INDONESIA


JAGUH negara yang juga pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei disahkan akan membantu kelab SGS PLN Bandung dalam kejohanan antara kelab Djarum Superliga Bulu Tangkis yang akan berlangsung di Indonesia pada 20 hingga 26 Februari ini.

Wakil ketua umum Kelab SGS, Taufik Hidayat memberitahu media Indonesia, dengan persetujuan Chong Wei menyertai kelab berkenaan pada kejohanan itu akan meletakkan kelab SGS sebagai pilihan di antara tujuh kelab yang bertanding.

Taufik yang  turut serta bermain untuk kelab itu, berkata selain Chong Wei dan dirinya, dua lagi pemain perseorangan akan membantu SGS dalam kejohanan itu, iaitu Tommy Sugiarto dan Alamsyah Yunus. Sementara pemain beregu pula diperkuatkan oleh Flandy Limpele, Hendra Ag, Andika dan Yoga Uli.

Daripada tujuh kelab yang terbabit dalam pertandingan itu, hanya Kelab Djarum Kudus dan Jaya Raya sahaja tidak menggunakan khidmat pemain asing.

GAMBAR PEMBANTU MENTERI BERKHALWAT

PEMBANTU MENTERI sedang ditanya pegawai agama. Pasangannya di atas katil.pix:borneopost

RM6,000 UNTUK MAKLUMAT MENGENAI SIAPA PENDERA ANJING DALAM VIDEO


SEBUAH pertubuhan berkaitan perlindungan haiwan hari ini menawarkan ganjaran tunai RM6,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya lelaki di dalam klip video yang didakwa mendera anjingnya.

Lelaki itu dipercayai warganegara Malaysia, dilihat menumbuk, memukul dan membaling anjingnya ketika anjing itu dilatih untuk berdiri.

Sesiapa berminat dengan tawaran ini silalah cari sampai dapat siapa pelaku yang lebih dari binatang itu.

MUBARAK SAKIT TAPI DILAPORKAN ENGGAN DAPATKAN RAWATAN: NAK BUNUH DIRI APA?


MEDIA Arab Saudi melaporkan keadaan kesihatan Hosni Mubarak dikatakan dalam keadaan amat teruk ketika ini.

Bagaimanapun, dia dilaporkan enggan menerima rawatan. Adakah ini satu protes kepada rakyatnya yang berjaya menurunkannya daripada pemerintahannya atau sengaja nak bunuh diri?

Kalau disahkan sakit, kenalah dapatkan rawatan. Itu pun nak ajar.

GAMBAR: KOLEKSI GAMBAR MENARIK SEKITAR KELUARGA KETUA MENTERI SARAWAK, BERSAMA SANAK SAUDARA DAN SAHABAT


GAMBAR-gambar menarik ini tidak membawa niat atau agenda tersembunyi. Ia sekadar memaparkan antara peristiwa menarik yang berlaku dalam kehidupan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang disayangi oleh rakyat Sarawak. Ia disiarkan di dalam Sarawakreport.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10