nuffnang ads

Monday, January 31, 2011

GAMBAR KERETA TERSANGKUT ATAS JAMBATAN KAYU DI KUANTAN

GARA-GARA mahu mencari jalan singkat, seorang pemandu pacuan empat roda, remaja 20-an nyaris maut apabila jambatan kayu dilalui kenderaannya patah riuk petang tadi. Jambatan itu dipercayai tidak mampu menampung berat kenderaan terbabit. Kejadian berlaku di Kampung Tanjung Api, tidak jauh dari Kuantan jam 3 petang tadi.pix:bernama

HOSNI MUBARAK ARAH TEMBAK GUNA PELURU HIDUP: KEMATIAN DI MESIR DIKATAKAN MENCECAH LEBIH 400 ORANG

Hosni tiada pilihan lagi. Rakyat mahukan kuasa mereka walaupun terpaksa membayarnya dengan darah dan nyawa.

KETIKA angka kematian dikatakan berubah-ubah, ramai penunjuk perasaan dan pegawai perubatan di Mesir percaya jumlah yang terkorban sehingga Ahad tidak kurang 400 orang.

Sebahagian besarnya mempunyai kesan tembakan menggunakan peluru hidup! Dekan Hospital Demerdesh, Dr Ahmad Saafan, memberitahu The Age, hospital itu merawat tidak kurang 260 penunjuk perasaan yang cedera parah sejak Jumaat lalu. Kebanyakannya cedera parah ditembak peluru hidup.

Menurut Dr Ahmad, setakat diketahuinya, di hospital itu sahaja 34 orang terbunuh Jumaat lalu, 19 mati di hospital manakala 15 adalah mayat yang terbunuh ditembak yang dihantar ke hospital berkenaan.

Seorang doktor lain pula mendakwa melihat puluhan mayat dihantar ke klinik selepas berlaku pertempuran di antara rakyat dan pihak berkuasa di depan bangunan Kementerian Dalam Negeri. Jumlah itu tidak termasuk 152 orang yang mati ditembak sebelumnya.

Sebagai membuktikan pihak berkuasa menggunakan peluru hidup seorang budak lelaki berusia 15 tahun menunjukkan kepada wartawan The Age kelongsong peluru hidup yang ditemuinya yang ada di antara kelongsong itu tertulis "Made In USA"!


SEGERA SELAMATKAN WARGA KITA DI MESIR!


TANPA perlu menunggu risiko yang lebih besar menimpa warga kita di Mesir, pihak kerajaan mesti segera bertindak, sekurang-kurangnya memindahkan kesemua mereka ke negara jiran Arab terdekat dalam tempoh 24 jam ini.

Ini kerana dilaporkan perarakan paling besar dalam sejarah penentangan dan pemberontakan Mesir akan tercetus esok membabitkan jutaan penduduk yang akan keluar bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meninggalkan Mesir.

Dalam tempoh 24 jam ini, puluhan ribu warga kita berdepan pelbagai masalah termasuk kekurangan makanan dan berdepan kemungkinan keselamatan terancam. Esok pelbagai kemungkinan akan terjadi. Semua ini sukar kita ramalkan kerana keadaan di Mesir jika diteliti sebenarnya sudah tiba ke kemuncak ketegangannya.

Bayangkan perasaan ahli keluarga mereka di sini. Tindakan segera untuk membawa mereka keluar mesti dilakukan. Mesti! Tanpa memikirkan aral atau membiarkan masa dan kesempatan yang ada pergi begitu sahaja. Semoga semuanya selamat.

PETROL RON97 NAIK LAGI 10 SEN MENJADI RM2.50: HADIAH KEMENANGAN DI TENANG. TERIMA KASIH.


HARGA minyak petrol RON97 dijangka naik lagi 10 sen berkuatkuasa malam ini menjadi RM2.50.

Kenaikan terbaru ialah pada 4 Januari lalu, juga sebanyak 10 sen.

Terima kasih tuan-tuan yang dihormati semua.

GAMBAR MANUSIA DI LAPANGAN TERBANG KAHERAH MACAM SARDIN!


KEADAAN di Mesir yang tidak lagi aman menyebabkan warga asing berpusu-pusu di Lapangan Terbang Kaherah memburu pesawat untuk pulang ke negara masing-masing. Lapangan terbang ini penuh sesak sejak semalam ekoran meningkatnya perarakan mendesak Hosni Mubarak meletak jawatan.

EZAM MOHD NOR ANTARA YANG SANGKUT DI LAPANGAN TERBANG KAHERAH


DALAM ratusan rakyat Malaysia yang berebut-rebut mahu pulang ke negara ini di Lapangan Terbang Kaherah, rupanya ada Ezam Mohd Nor!

Ezam yang dalam rangka mempromosi bukunya mengenai Islam dan rasuah menghubungi Bernama menggesa kerajaan bertindak segera membawa keluar rakyat Malaysia terutama pelajar agar keluar dari Mesir berikutan keadaan yang semakin merisaukan.

Malah kata Ezam kerajaan Amerika Syarikat kini bertungkus-lumus membawa rakyatnya keluar menggunakan beberapa pesawat khas bagi mengelak mereka terjepit di dalam rusuhan yang kini dipercayai semakin meningkat, terutama di Kaherah.

Dianggarkan ada lebih 10,300 pelajar Malaysia di Mesir buat masa kini.

MANGSA KORBAN BANJIR KETIGA DI MELAKA


MANGSA korban banjir terbaru yang melanda negeri di tengah dan selatan negara ini, adalah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Loji Air, Kampung Chinchin, Jasin.

Yusry Mohd Yusof, 40, dikatakan terjatuh di kolam tempat dia bertugas jam 10 pagi tadi. Gerakan mencari menemui mayatnya jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam, berkata mangsa tinggal di tempat dia bertugas.

Yusry adalah mangsa ketiga banjir terbaru. Dua kejadian meragut dua mangsa pertama berlaku di Chaah, Segamat dan di Kulaijaya di Johor.

GAMBAR SEGAMAT MENJADI PULAU, DIKELILINGI AIR BANJIR


BANJIR mengelilingi Segamat hari ini, menyebabkan daerah itu bagaikan pulau dikelilingi air. Di Johor sehingga petang ini hampir 40,000 telah dipindahkan ke 241 pusat pemindahan yang disediakan pihak berkuasa.

KRISIS DI MESIR SEMAKIN PARAH: ESOK PERARAKAN LEBIH SEJUTA ORANG AKAN DIADAKAN


GERAKAN protes mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan semakin memuncak apabila golongan pekerja di Pelabuhan Suez akan menganjurkan perarakan lebih sejuta penduduk esok (Selasa) sebagai menandakan rakyat begitu serius mahukan presiden berkenaan meletakkan jawatan.

AFP melaporkan pekerja di Pelabuhan Suez akan menggerakkan perarakan itu di seluruh negara, berikutan kedegilan Hosni turun dari tampuk pemerintahannya.

Di Dataran Tahrir pula, penunjuk perasaan enggan berganjak meninggalkan tempat itu dan menjerit laungan mereka tetap akan berada di situ sehingga Hosni Mubarak keluar dari negara itu.

GAMBAR STESYEN KERETAPI GEMAS DINAIKI AIR

GAMBAR ATAS, Stesyen Keretapi Gemas dinaiki air. GAMBAR BAWAH, stesyen keretapi ketika dalam keadaan biasa.-Owee Ah Chun/nst

DUA MANGSA LEMAS DI JOHOR: KERETA MASING-MASING DIHANYUTKAN ARUS


DUA MANGSA lemas di Johor akibat banjir, berlaku di Chaah, Segamat dan di Kulai Jaya. Dalam kejadian pertama seorang wanita, Rohani Ismail, 51, lemas apabila kereta dipandunya di Chaah, dihanyutkan arus deras ke sebuah ladang kelapa sawit.

Rohani gagal diselamatkan manakala empat ahli keluarganya berjaya menyelamatkan diri ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Pahang.

Dalam kejadian kedua di Kulaijaya, Aw Yoke Lin, 53, maut apabila kenderaan pacuan empat rodanya dihanyutkan arus dan termasuk ke dalam sungai jam 9 malam di Kampung Rahmat.

TERKINI BANJIR JOHOR DAN SABAH


DI JOHOR jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 37,493 orang tengah hari ini apabila semakin banyak kawasan di negeri itu dilanda banjir. Sebanyak 200 pusat pemindahan disediakan bagi menampung banjir yang teruk melanda Johor Bahru, Segamat dan Kluang.

Di Sabah, 2,084 orang dipindahkan hari ini di kawasan Kota Marudu. 10 pusat pemindahan disediakan di kawasan berkenaan.

Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah di Lahat Datu, Beluran dan Pitas. Hujan masih berterusan tanpa henti manakala cuaca semakin memburuk di darat dan laut.

Jumaat lalu, cuaca buruk mengakibatkan sebuah bot tenggelam, empat lemas di Pulau Tabangka manakala pada Sabtu pula, dua terbunuh akibat tertimbus tanah ketika hujan lebat.

TERKINI BANJIR NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA


DI NEGERI SEMBILAN, seramai 4,198 mangsa banjir telah dipindahkan ke 22 pusat pemindahan sehingga tengah hari tadi.

Mangsa banjir paling ramai dipindahkan ialah di Gemas, seramai 1,500 orang.

Di Melaka pula, paras air Sungai Melaka telah mencecah 13.1 meter melebihi paras bahaya iaitu 11.9 meter. Lebih 2,000 mangsa banjir di Melaka telah dipindahkan manakala beberapa jalan utama terpaksa ditutup kerana telah dinaiki air.

Antara jalan yang ditutup di Melaka ialah Jalan Lubuk China ke Simpang Ampat, Jalan Seri Pengkalan ke Alor Gajah dan Jalan Seri Pengkalan ke Rembia.

KES KHALWAT HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DENGAN PENASIHAT KEWANGAN


HAKIM Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita, Nurul Izani Md Isa pada 5 Disember lepas, di kuarters kerajaan di Pulau Pinang.

Nurul Izani, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur juga mengaku tidak bersalah di atas tuduhan yang sama di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya.

Kedua-duanya dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul dituduh berkhalwat pada 2.05 pagi 5 Disember lalu di sebuah rumah di kuarters kerajaan bernombor 18B, Jalan Masjid Negeri.

TERKINI BANJIR: NEGERI SEMBILAN TURUT DILANDA BENCANA


SELEPAS Johor memindahkan hampir 30,000 penduduk kerana banjir teruk yang melanda hampir ke semua negeri itu, Negeri Sembilan turut mendapat tempiasnya.
Gambar terbaru banjir di Johor. Pix:thestar

Terbaru, lebih 1,400 orang terpaksa dipindahkan apabila kediaman penduduk di Tampin dan Gemas dinaiki air akibat hujan berterusan sejak semalam.

Sementara itu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pembatalan perjalanan keretapinya dari Singapura-KL Sentral-Singapura dan Singapura - Kuala Lipis -Singapura akibat tanah runtuh dan banjir di Bahau dan beberapa bahagian lain di selatan tanah air.

GAMBAR ARIEL PETERPAN DI MAHKAMAH

ARIEL duduk mendengar hukuman dibacakan. Hukuman penjara tiga tahun setengah atau 42 bulan diharap dapat mengajarnya untuk jadi lelaki tidak berbohong.

GAMBAR: TUJUH LANUN YANG DIBERKAS KOMANDO TENTERA LAUT TIBA DI PELABUHAN KLANG

Inilah antara tujuh lanun yang baru tiba di Pelabuhan Klang, dibawa polis untuk didakwa di negara ini.Pix:thestar
TUJUH lanun yang diberkas komando Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) kerana cuba merampas kapal dagang MT Bunga Laurel di Teluk Aden, tiba di Pelabuhan Klang, pagi ini untuk didakwa.

JOHOR DILANDA BANJIR PALING DASYAT: 2 TERBUNUH, 29,000 DIPINDAHKAN


SEHARI selepas meraikan kemenangan di Tenang, seluruh Johor bersedih apabila hampir keseluruhan negeri itu dilanda banjir.

Tiga daerah paling buruk dilanda bencana itu ialah Segamat, Johor Bahru dan Kluang. Paling menyedihkan kini seluruh daerah Segamat terpisah, seolah-olah sebuah pulau dikelilingi lautan.

Menteri Besar, Abdul Ghani Othman mengesahkan tiga daerah berkenaan paling teruk dilanda banjir. Setakat pagi ini hampir 29,000 orang telah dipindahkan ke lebih 200 pusat pemindahan. Dua orang juga telah menjadi mangsa banjir di negeri itu.

Keadaan dijangka menjadi lebih buruk apabila Jabatan Meteorologi meramalkan hujan akan berterusan sehingga esok.

Tiga sungai telah dikenalpasti melimpah airnya melepasi tebing. Sungai berkenaan ialah Sungai Benut, Sungai Muar dan Sungai Mengkibol.

Kepada semua saudara di Johor, bersabarlah dengan ujian ini.

TERKINI: ARIEL PETERPAN DIHUKUM PENJARA 3 TAHUN LEBIH


MAHKAMAH di Bandung hari ini bersetuju dengan pihak pendakwaan untuk mengenakan tindakan tegas ke atas penyanyi kumpulan PETERPAN, Ariel atas kesalahan berhubung video hubungan seksnya dengan dua selebriti di negara itu.

Selepas mengambilkira kepentingan awam, mahkamah menjatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun ke atas penyanyi itu yang sejak ditahan enggan mengaku dirinya sebagai lelaki yang mengadakan hubungan seks di dalam video yang dijadikan bahan bukti.

Serentak hukuman penjara tiga tahun lebih itu, peminat Ariel terutama di Bandung hari ini bagaikan histeria, menangis, menjerit dan meraung kerana tidak mampu berdepan kenyataan penyanyi kesayangan mereka terpaksa disumbat ke dalam lokap.

Itu baru hukuman dunia Ariel!


ISTERI HOSNI MUBARAK, SUZANNE LARIKAN DIRI KE LONDON

Suzanne, isteri Hosni Mubarak dilaporkan telah berada di London. Kini Hosni tinggal bujang di Mesir dan bila-bila masa akan melarikan diri.

DALAM kesibukan rakyat Mesir berarak dan memprotes mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan, First Lady of Egypt (FLOE), Suzanne Mubarak, dilaporkan telah berada di London bersama-sama beberapa orang ahli keluarganya.

Suzanne dilaporkan oleh The Sun, dilihat oleh beberapa petugas yang memunggah beg dari pesawat tiba di Lapangan Terbang Heathrow, beberapa hari lalu dipercayai menaiki jet peribadi bersama dua anak lelakinya, Gamal, Ador, isteri Gamal dan seorang cucunya.

Akhbar itu juga melaporkan ketibaan keluarga Hosni Mubarak itu turut membawa sama 97 beg yang mengisi pelbagai barangan.

Keluarga Hosni itu kini dikatakan menginap di sebuah rumah enam tingkat berharga RM40 juta milik Gamal yang hanya terletak kira-kira 2 kilometer dari pusat beli belah Harrod di London.

Penyusupan keluar ahli keluarga Hosni Mubarak ini dari Mesir dipercayai ada kaitan dengan perancangan Hosni untuk melarikan diri dan mendapatkan perlindungan politik di luar negara jika kebangkitan rakyat Mesir gagal ditanganinya.

Malah Suzanne kini sememangnya telah memiliki pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer, bekas jururawat adalah rakyat negara berkenaan.

Dilaporkan juga sejak berkuasa pada tahun 1981, Hosni Mubarak dan ahli keluarganya mengumpul kekayaan sebanyak RM110 bilion. Malah Suzanne, anak lelaki sulungnya, Ador dan Gamal dalam tempoh 31 tahun pemerintahan Hosni dikatakan berfoya-foya dengan kekayaan yang dimiliki itu, termasuk memiliki pesawat peribadi dan perumahan mahal serta simpanan di bank luar negara.

GAMBAR TERBARU KRISIS DI MESIR

Dataran Tahrir di Kaherah dipenuhi perarakan rakyat menentang Hosni Mubarak
Aku cepuk juga polis ni kang...mungkin itu kata penunjuk perasaan wanita ini
Penunjuk perasaan menunjukkan lima kelongsong peluru digunakan polis menembak rakyat yang berarak
Jangan sampai senjata ini makan tuan. Mungkin itu kata remaja ini kepada seorang tentera Mesir
Poster Mubarak dibakar bukan dengan api, tapi dengan hati rakyat yang membara

SHAHRIZA MAHMUD JADI KAKAK IPAR ANA RAFFALI

Pelakon dan penolong pengarah, Shahriza Mahmud, 40, bakal menjadi kakak ipar kepada penyanyi muda yang semakin meningkat naik namanya, Ana Raffali.

Shahriza bakal bernikah dengan abang Ana, Saddiq Raffali, 30 pada 5 Februari depan di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah.

Saddiq akan menikahi Shahriza 5 Februari depan-MStar
Pelakon SEMANIS MIMPI dan ANTARA MARUAH dan PENGORBANAN itu bakal menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilann dulangg kepada pihak lelaki. Shahriza juga akan menerima wang hantara sebanyak RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11. -MStar

GAMBAR SILING HOSPITAL SERDANG RUNTUH: SALAH SIAPAKAH HOSPITAL YANG BARU BEROPERASI 2005, JADI BEGINI?


NASIB baik runtuhan siling di lobi utama Hospital Serdang berlaku ketika di luar waktu melawat. Jika tidak negara pasti digemparkan dengan bencana luar jangka. Persoalannya, siapakah yang bersalah apabila sebuah hospital moden dengan belanja RM690 juta ini begitu mudah rosak struktur binaannya? Ia dirasmikann beroperasi pada 2005.

PERUBAHAN DI MESIR KIAN HAMPIR: MOHAMED ELBARADEI

Tentera cuba mengawal kebangkitan rakyat. pix:Arab news

"Saya minta kamu semua bersabar. Perubahan yang kita tuntut sudah semakin hampir" demikian kata-kata bekas Ketua Pemantau dan Pemeriksa Nuklear PBB dan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei, di depan ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, di Kaherah semalam.

Mohamed kini diberi kepercayaan sebagai orang yang akan berunding dengan kerajaan bagi menuntut satu perubahan, terutama mendesak Hosni Mubarak berundur, selepas protes selama enam hari menggegarkan Mesir dan mengorbankan 125 nyawa.

Walaupun Hosni Mubarak sebelum ini cuba meredakan kebangkitan dengan memecat kerajaan, melantik naib presiden dan perdana menteri baru, namun itu gagal menghalang kebangkitan rakyat menentangnya.

Semalam, sebelum Elbaradei memberi ucapannya di depan ribuan penunjuk perasaan, Hosni Mubarak dilaporkan oleh stesyen televisyen kerajaan bertemu beberapa pemimpin tertinggi negara, termasuk juga mengadakan pertemuan dengan naib presiden, Omar Suleiman, menteri pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi dan Ketua Turus Tentera, Jeneral Sami Anan.

Malah, semalam juga ketika penunjuk perasaan memenuhi sekitar bandar Kaherah, berpuluh jet pejuang tentera Mesir berterbangan mengelilingi ruang angkasa Kaherah, seolah-olah memberi isyarat tentera masih setia kepada presiden Hosni Mubarak.

Kerjasama juga telah dibentuk, menggabungkan beberapa parti pembangkang termasuk Muslim Brotehood yang diharamkan dengan membuat persetujuan melantik ElBaradei sebagai perunding bagi pihak mereka dan rakyat dalam urusan menuntut perubahan politik di Mesir dengan presiden dan kabinet barunya dengan kadar segera.

Namun di sebalik itu semua, Hosni kelihatan masih mahu menunjukkan kekuasaan dan 'ego' apabila bertindak mengarahkan penutupan operasi stesyen televisyen satelit Qatar, AlJazeera, selain memaksa kerajaan Arab Saudi membatalkan kursus pertukaran server 2010 Unified Messaging atas dasar kesemua tenaga IT yang akan melaksanakannya adalah terdiri daripada rakyat Mesir.

Hosni kini semakin tersepit, namun di sebalik semua itu dia nampaknya seolah-olah yakin kebangkitan rakyat dapat diatasinya dengan cara tersendiri, termasuk menggunakan pelbagai taktik kotor dan helah mengelirukan dengan menggunakan tentera sebagai perisai.

Namun bolehkah Hosni bertahan jika ada di antara jeneral di dalam tentera akan bertindak melawan arus, menentangnya dengan cara paling drastik - misalnya merampas kuasa dan menyerahkan tampuk politik  kepada rakyat bagi mengembalikan semula keamanan di Mesir.

Sunday, January 30, 2011

NASIB HOSNI MUBARAK SEPERTI ANWAR SADAT ATAU ZINE EL BEN ALI?


APAKAH nasib atau masa depan Hosni Mubarak sama seperti bekas presiden Anwar Sadat atau sama seperti Presiden Tunisia Ben Ali yang melarikan diri bersama isterinya Leila selepas rakyat bangkit menentang pemerintahan mereka?

Apakah ada persamaan nasib Hosni ketika keadaan di Mesir kini dikatakan sangat meruncing? Apakah nasibnya sama seperti Anwar Sadat yang ditembak oleh pembunuhnya ketika menghadiri majlis perbarisan ketenteraan atau sama senasib dengan Zine El Ben Ali?

Tidak sanggup kita berharap nasibnya sama seperti Anwar, tetapi dalam politik apa sahaja boleh terjadi. Risiko bagi pemimpin yang ditolak oleh rakyat secara kasar sebenarnya amat besar dan meruncing. Jika Zine El Ben Ali segera melarikan diri, tetapi Hosni pula tetap bertahan, mahu memastikan kuasanya terus mencengkam.

Apakah kedegilan Hosni ini akan mengundang padah. Sukar meramalkan, tetapi semuanya berkemungkinan dalam hidup sebagai pemimpin yang mula dibenci. Dunia melihat semua ini penuh curiga dan wasangka serta simpati. Kuasa politik sesebuah negara sebenarnya ada pada rakyat. Apabila kuasa rakyat yang dipinjamkan kepada pemimpin diminta dipulangkan semula, inilah jadinya.

HOSNI MUBARAK MAIN KOTOR: ARAH KAKITANGAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BUAT HURU HARA DAN SAMUN RUMAH SERTA PASARAYA

Hosni Mubarak main kotor, taja kakitangan Kementerian Dalam Negeri jadi samseng buat huru hara

KETIKA rakyat mengeluh dengan peningkatan kadar pecah rumah dan rompakan, terutama membabitkan kediaman persendirian, pasar raya dan bank, rupanya semua itu adalah taktik kotor Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dalam satu taktik untuk menakut-nakutkan rakyat, Hosni Mubarak dikatakan mengarahkan polis membiarkan semua bangunan, termasuk kedai, pasaraya dan bank dibiar tanpa kawalan.

Pada masa yang sama Hosni mengarahkan kumpulan samseng yang diupah kerajaan, kesemuanya kakitangan terpilih terutama dari Kementerian Dalam Negeri merosak, membakar dan merompak premis perniagaan yang terbiar tanpa kawalan itu.

Tujuan Hosni ketika kuasanya tinggal nyawa-nyawa ikan ialah mahu meraih simpati rakyat, kononnya semua kerja menyamun, merompak dan pemalingan serta perampokan itu dilakukan oleh perusuh. Akibatnya tentulah kita faham supaya rakyat simpati kepada beliau dan kerajaannya dan menyalahkan penunjuk perasaan!

Taktik ini didedahkan oleh Ketua Parti Egypt Tomorrow, Ayman Nour. Menurut Ayman kepada The Age, pihaknya berjaya membongkar taktik buruk presiden Hosni itu apabila melihat hampir kesemua yang merosakkan bangunan, merompak dan menyamun itu mempunyai kad pengenalan diri sebagai kakitangan kementerian Dalam Negeri.

Ini diperkuatkan lagi bukti apabila ketika kumpulan samseng kerajaan ini melakukan kerja jahat menyamun, mencuri dan merompak, tiada seorang anggota polis pun bertugas mengawal premis yang dijadikan sasaran. Ketua Polis dipercayai telah diberi arahan agar mengarahkan anggotanya mengosongkan premis yang dikenalpasti akan diceroboh oleh samseng tajaan Hosni Mubarak itu.

Malah dakwa Ayman lagi, kejadian banduan melarikan diri juga mempunyai kaitan dengan taktik kotor Hosni. Beliau dikatakan mengarahkan supaya beberapa penjara dipecahkan agar banduan yang dipenjara boleh keluar dan membantu melakukan kerja-kerja jahat tajaan kerajaan pimpinan Hosni.

Sehingga kini lebih 5,000 banduan daripada empat penjara utama Mesir telah berjaya meloloskan diri, namun tiada usaha dilakukan untuk menangkap mereka. Malah menurut sumber pula, ada kumpulan banduan masuk ke bandar! Untuk apa mereka masuk ke bandar kalau tidak menerima arahan untuk melakukan jenayah seperti dikatakan Ayman. Kenapa pula mereka tidak melarikan diri jauh-jauh agar tidak dicekup kerana melarikan diri dari penjara? Ada benarnya, permainan kotor sedang berjalan tanpa disedari rakyat.

Namun kini taktik buruk seorang presiden yang dikatakan "rumah kata pergi, kubur kata mari" itu mulai disedari rakyat. Rakyat berbahagi kumpulan untuk mengawasi kediaman atau premis perniagaan agar tidak dirimpak atau disamun oleh samseng kerajaan itu. Pada masa yang sama ribuan rakyat yang lain terus menekan Hosni agar faham dan reti.

Slogan penunjuk perasaan juga mulai berubah hari ini dari KAMI BENCI HOSNI kepada PESAWAT TELAH MENUNGGU, APA LAGI HOSNI!

SEMANGAT KEBANGKITAN RAKYAT MENULAR KE INDIA DAN JORDAN HARI INI


SELEPAS Tunisia, Mauratania, Algeria dan Mesir,  kini India dan Jordan pula dilanda demam kebangkitan rakyat yang memprotes kerajaan negara berkenaan.

Di Jordan, perhimpunan diadakan di depan kedutaan Amerika Syarikat mengutuk pembabitan negara itu bersama kerajaan Jordan dalam apa yang mereka panggil sebagai perompakan harta negara dan rakyat.

Di India pula, ribuan rakyat menunjuk perasaan di beberapa bandar besar seperti New Delhi, Mumbai dan Bangalore hari ini memprotes kerajaan sedia ada kerana didakwa terbabit dalam skandal rasuah yang keterlaluan.

Penunjuk perasaan mendakwa banyak rasuah melibatkan wang dalam jumlah amat besar dilakukan kerajaan termasuk skandal pemotongan harga lesen telefon bimbit yang membabitkan kehilangan lebih RM100 bilion dan skandal rasuah membabitkan Sukan Komanwel yang dianggarkan melebihi RM16 bilion.

Nampaknya kemiskinan dan kemelaratan rakyat akibat sikap kerajaan yang curang, menyeleweng dan menyalahguna kuasa menjadi antara penyebab utama kebangkitan kuasa rakyat di beberapa negara di dunia sejak awal tahun ini.

Barangkali benar juga deklarasi dan kesimpulan yang dibuat oleh tujuh Menteri Pertanian dari Eropah, Perancis, Kanada dan Afrika baru-baru ini bahawa kenaikan harga barangan makanan akan menyebabkan banyak negara akan tergugat kestabilan politik akibat rusuhan yang bangkit dari kemarahan rakyat menderita.

KEPUTUSAN: LIN DAN VERSUS CHONG WEI. LIN DAN MENANG


DIUMUMKAN Lin Dan menang ke atas Chong Wei dengan rubber set, 21-19, 14-21 dan 21-16 dalam masa 73 minit.

Tahu dah...Lin Dan main bomoh...hahaha. Apa pun tahniah Lin Dan. Bagaimanapun Chong Wei telah mengajar Lin Dan berlari keliling gelanggang sebelum boleh menang.

TERKINI: LIN DAN MENANG SET PERTAMA 21-19, CHONG WEI MENANG SET KEDUA 21-14....


SET PERTAMA dimenangi Lin Dan dengan 21-19 dalam masa 26 minit. Sementara set kedua pula dimenangi Chong Wei dengan mata 21-14.

Set penentuan...tunggu...

TABIK KEPADA POLIS/KAKITANGAN UNDI POS YANG BAGI 3 UNDI BUAT CALON PAS


KEPUTUSAN undi Pos adalah seperti berikut:

115 -BN
003-PAS
001-ROSAK
119-JUMLAH SEMUA PENGUNDI POS

Tabik buat polis atau kakitangan mengundi pos yang memberi 3 undi buat Normala. Anda berani dan percaya pada demokrasi. Tahniah juga buat Azhar. 

GAMBAR: MAHKAMAH KOREA KELUAR WARAN TANGKAP KE ATAS 5 LANUN HARI INI


MAHKAMAH Korea hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas lima warga lanun warga Somalia untuk didakwa atas tuduhan melakukan rompakan laut pada 15 Januari  lalu.

Salah seorang daripada lima lanun berkenaan...patut pun, muka macam lanun
Kelima-lima lanun itu tiba di Korea semalam dan kini ditahan pihak berkuasa untuk didakwa melakukan kesalahan menculik kapal kimia seberat 11,500 tan 15 Januari lalu. Lapan lagi rakan mereka telah  menjadi arwah terbunuh di tangan komando Korea.

LEBIH 2,500 BANDUAN PENJARA WADI NATRUN, MESIR LEPAS LARI!


KEBANGKITAN rakyat di jalan raya di beberapa bandar utama Mesir membangkitkan semangat banduan di penjara Wadi Natrun, di utara Kaherah untuk turut memberontak, membelasah pengawal penjara  dan meloloskan diri beramai-ramai semalam.

Setakat ini dianggarkan lebih 2,500 banduan berjaya melarikan diri. Kebanyakan mereka adalah tahanan kesalahan politik yang disumbat oleh rejim Hosni Mubarak. Mereka dipercayai berpecah melarikan diri ke beberapa arah memasuki bandar dan kampung.

Ribuan banduan terbabit dikatakan membelasah pengawal penjara dan melarikan senjata mereka, selain meraikan kejayaan melarikan diri itu secara beramai-ramai kerana menyedari hampir kesemua tentera dan polis terpaksa menangani penunjuk perasaan yang jumlah puluhan ribu menentang presiden Hosni Mubarak.

SILING LOBI UTAMA HOSPITAL SERDANG JATUH



SILING di lobi utama Hospital Serdang, jatuh berguguran hari ini - syukur tiada yang cedera dalam kejadian yang berlaku jam 12.10 malam tadi.

Jika kejadian itu berlaku waktu melawat, tidak dapat dibayangkan apa yang terjadi kerana ia gugur betul-betul di depan pintu masuk utama yang turut menjadi tempat menunggu di hospital itu.

Ini adalah kejadian pertama sejak hospital itu beroperasi Disember 2005. Hospital berkenaan amat canggih dan merupakan antara hospital kerajaan termoden, sama seperti Hospital Sungai Buloh yang dibina pada kos RM690 juta.

Hospital berkenaan bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada penduduk kawasan setempat seperti Puchong, Bangi dan Serdang dan dianggarkan lebih setengah juta penduduk mendapatkan perkhidmatan di hospital ini.

MISBUN TERSENYUM 24 JAM DI KOPITIAM


LEGA hati melihat Datuk Misbun Sidek yang keluar BAM baru-baru ini, masih mampu tersenyum ketika ditemui di pintu masuk kopitiam di sebuah pasaraya besar di Shah Alam.

Penuh mesra Misbun menjemput pelanggan masuk ke kopitiam itu. Tapi itu hanyalah poster gambar Misbun. Wajahnya sentiasa tersenyum menyambut pelanggan datang.

GAMBAR: TERKINI BANJIR TIDAK MENYENANGKAN DI TENANG, TAPI SYUKURLAH SEMUA ITU RAHMAT

Dari lensa Abdul Rahman Embong/thestar

PERATUSAN UNDI RENDAH: BANJIR PAKSA 846 ORANG DIPINDAHKAN DI TENANG


HUJAN rahmat. Peratusan undi di Tenang dijangkakan rendah berbanding sasaran 80 peratus sebelum ini. Sehingga jam 2 petang hanya sekitar 56 peratus yang keluar mengundi.

Di sebalik kesibukan untuk mengundi, penduduk sibuk bersiap menyelamatkan diri apabila air mula menaiki beberapaq kawasan di sekitar kawasan DUN Tenang.

Sehingga kini, 846 orang telah dipindahkan kerana banjir. Semoga hujan terus memberi rahmat. Kepada mangsa banjir bersabarlah. Kepada pengundi, bijak-bijaklah.

GAMBAR: SEBELUM MUBARAK CABUT LARI, BAIK AKU REDAH LAUT DULU


NASIB seorang pemimpin. Kalau jujur dan amanah, mati di tanah sendiri. Kalau hipokrit dan menyeleweng didoa rakyat tak akan selamat.

12 MATI KEBAKARAN DI FILIPINA

\
KEBAKARAN besar membabitkan 100 kediaman penduduk miskin di bandar Navotas, di tengah bandaraya Manila, mengakibatkan 12 orang maut hari ini.

Ketua Bomba Manila, Felis Medes, berkata 11 mangsa ditemui mati terperangkap di dalam api marak manakala seorang lagi mati di hospital.

Daripada jumlah yang terkorban itu, lima adalah kanak-kanak. Api marak tengah malam tadi dan berlarutan sehingga lima jam sebelum dapat dipadamkan pasukan bomba.

LELAKI MAHU BERNIKAH LAGI DIBELASAH SAUDARA-MARA ISTERI


SEORANG lelaki 35 tahun yang telah berkahwin, cedera parah dibelasah kira-kira 10 saudara mara isterinya ketika dia berjumpa meminta bantuan mereka memujuk isterinya agar membenarkan dia berkahwin lagi.

Kejadian berlaku jam 8 malam kelmarin, di Asajaya. Dalam pertemuan dengan waris isterinya, berlaku pertengkaran selepas kesemua waris isteri lelaki itu rupanya tidak bersetuju dengan cadangannya itu.

Akibatnya dia dibelasah teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Menurut sumber, lelaki berkenaan dikatakan mahu mengahwini kekasihnya yang berusia 17 tahun selepas mereka begitu intim selama dua bulan.

Mangsa dibawa ke Hospital Besar Sarawak dan ditemani oleh kekasihnya. (borneopost)


TERKINI: KEMATIAN DI MESIR 102 ORANG, 10,000 CEDERA DALAM TEMPOH LIMA HARI


ANGKA kematian akibat pertembungan di antara rakyat dan pihak berkuasa tentera dan polis meningkat kepada 102 orang sehingga ke pagi ini, termasuk 33 yang terbunuh semalam.

Angka ini dijangka meningkat kerana jumlah yang parah dikatakan mencecah ratusan orang. Jumaat lalu, angka kematian hanya sekitar 62 orang.

Kematian terbaru dilaporkan membabitkan tiga orang di Kaherah, Rafah (3) dan Iskandariah (5). Kerajaan luar negara semakin mengecam tindakan Presiden Hosni Mubarak di atas kematian semakin ramai rakyat yang memberontak menentang pentadbirannya.

KISAH BENAR: ISTERI KUAT SEKS LUAR BIASA DERA SUAMI 18 TAHUN!


SEORANG suami di Turki berada yang dalam keadaan lesu dan lemah, bergegas ke balai polis sebagai jalan akhir mencari penyelesaian apabila tidak termampu lagi melayan kehendakk seks luar biasa isterinya, sejak berkahwin 18 tahun lalu.

Lelaki yang mempunyai dua anak dengan isterinya memberitahu polis, dia menghabiskan masa empat tahun di atas sofa bagi mengelak dari membayar cukai batin berlebihan kepada isterinya, namunn itu gagal memaksa isterinya untuk bersimpati.

Setiap hari, isterinya berkali-kali datang memintanya membayar kononnya tunggakan nafkah batin yang mesti dilangsaikan, walaupun si suami semakin kurus kering apabila terpaksa memenuhi kehendak isteri.

Agaknya, macam inilah perbualan mereka:
Isteri: Bang nak!
Suami: Haitt..tadi kan dah.
Isteri:  Itu tadi..
Suami: Abang letihlah...
Isteri: Tak kira...abang kena jelaskan jugak yuran batin ni..
Suami: Aduhh...yalah...yalah...yalah..

Sejam kemudian:
 Isteri: Bang, nak!
 Suami:Aduhhh..tadi kan dah..
 Isteri:  Itu tadi...

Dua jam kemudian:

Isteri: Bang, nak!
Suami: Mana boleh macam ni...tadi kan dah..
Isteri: Itu tadi...
Suami: Abang letihlah..
Isteri: (Memujuk). Macam ni bang...cuba abang anggap setiap kali kita bersama, seorang musuh kita mati...semakin banyak kali kita bersama makin banyak musuh kita mati!
Suami: (Terpedaya)..okaylah..okaylah.

Tiga jam kemudian:
Isteri: Bang, nak!
Suami: Betul ni sayang...abang dahh tak larat.
Isteri: (Memujuk lagi) Abang tahu kan...setiap kali kita bersama, seorang musuh kita mati...marilah kita buat banyak-banyak biar banyak musuh kita mati.
Suami: SEBENARNYA SAYANG...KALAU MACAM INI BUKAN MUSUH KITA YANG MATI, TAPI ABANG YANG MATI!!!!


Rabu lalu, akibat tidak tertahan lagi, lelaki itu memberitahu polis meminta bantuan dan bercadang memfailkan permohonan cerai daripada isterinya akibat terlalu kelesuan melayani kehendak seks luar biasa isteri yang tak pernah kujumpa itu.

Laporan AFP menyebut, polis mengesahkan lelaki itu mahu memohon perceraian tetapi kini permintaannya itu  adalah agak mustahil dengan keadaan isterinya yang terlalu gersang itu.

Lelaki berkenaan dikatakan sering keletihan dan gagal menumpukan perhatian pada pekerjaannya sejak sekian lama berkahwin kerana semua tenaganya yang ada telah dihabiskan bersama si isteri.

GAMBAR: SETIA MEMBANTU DI SAAT MEMERLUKAN


PEGAWAI bertugas di tempat mengundi dan anggota tentera membantu mereka yang uzur dan terperangkap dalam banjir ketika mahu menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Tenang, hari ini-nst.

CHONG WEI LAWAN LIN DAN AKHIR TERBUKA KOREA HARI INI. JANGAN LUPA


JANGAN lupa, perlawanan akhir Badminton Terbuka Korea Selatan di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan hari ini.

Kita saksikan sama-sama sama ada Lin Dan pancit atau Chong Wei semput. Jika Chong Wei menang, ini adalah kejuaraan ketiga berturut-turut baginya selepas menjuarai Terbuka Malaysia.

JERMAN, PERANCIS DAN BRITAIN KELUARKAN KENYATAAN BERSAMA GESA HOSNI HENTIKAN KEGANASAN KE ATAS RAKYAT-AT ALL COSTS!


SELEPAS Obama menyatakan pandangan akan berdiri di belakang rakyat Mesir dalam perbalahan politik yang kini telah meragut 92 nyawa, tiga lagi kerajaan luar negara memberi amaran kepada kerajaan Mesir agar menghentikan keganasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan.

Tiga negara terbabit iala Jerman, Britain dan Perancis. Dalam kenyataan bersama dikeluarkan oleh ketiga-tiga negara semalam, negara terbabit mendesak dan memberi amaran sebarang tindakan keganasa ke atas rakyat Mesir akan dikecam.

Kenyataan itu dikeluarkan dan ditandatangani bersama oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron, Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy dan Canselor Jerman, Angela Merkel.

Kenyataan itu mengeluarkan amaran dengan kata-kata "at all costs"!

10 MAUT. KERETAPI BERTEMBUNG DI HODOLF, JERMAN


SEKURANG-kurang 10 maut apabila dua buah kereta api bertembung sesama sendiri di Hodolf, Timur Jerman, hari ini.

Kedua-dua keretapi berkenaan kemudian terbakar selepas berlanggar menyebabkan puluhan yang lain cedera. Seramai 150 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

GAMBAR: APAKAH SEJARAH ULAR SAWA TELAN MANUSIA DI TENANG AKAN BERULANG DALAM PILIHANRAYA TENANG 30 JANUARI 2011?


APAKAH sejarah ular sawa menelan seorang mangsa, E Heng Chuan pada 7 September 1995 di sebuah ladang di Pekan Tenang, Labis akan berulang pada pilihanraya kecil DUN Tenang hari ini?

Apakah calon PAS akan 'menelan' calon BN Mohd Azahar Ibrahim, sekali gus menutup mulut pihak yang memperlekehkan kemampuan Normala dan mencipta satu keajaiban dengan memenangi pilihanraya kali ini?

Sejarah ular sawa telan E Heng Chuan di Tenang 1995 yang mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa
Semuanya tidak mustahil.

PERATUSAN MENGUNDI DI TENANG MUNGKIN SEKITAR 65-68 PERATUS SAHAJA AKIBAT HUJAN DAN BANJIR


HARAPAN untuk melihat peratusan pengundi mencecah 80 peratus dijangka tidak kesampaian, apabila hujan lebat mula melanda kawasan Tenang seawal jam 7.30 pagi.

Pada jam 9 pagi pula, beberapa jalan di Pekan Air Panas telah dinaiki air memaksa petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas menyediakan beberapa bot bagi menangani sebarang kemungkinan.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dijangka hujan lebat pada sebelah petang seperti dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, kehadiran pengundi ke pusat pengundian dijangka tidak seperti diharapkan.

Sesuatu yang menakjubkan dijangka berlaku di Tenang, di mana jika Barisan Nasional menang, majoritinya dijangka tidak melebihi 2,500 undi. Sementara itu jika PAS mencipta sejarah menang, undi majoriti adalah di sekitar 60 hingga 120 sahaja.

ANGKA KEMATIAN DI MESIR MENINGKAT 92 ORANG: MOHAMMED ELBARADEI BERITAHU HOSNI MUBARAK TINGGALKAN MESIR SEGERA


ANGKA kematian akibat kebangkitan rakyat yang menyaksikan mereka bertembung dengan tentera yang dikerahkan presiden Hosni Mubarak mengawal keadaan, telah meningkat kepada 92 orang, termasuk 23 yang terbunuh semalam (Sabtu).

Berdasarkan ketegangan yang semakin meningkat  dan tidak terkawal itu, bekas Ketua Pemantau Nuklear di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohamaed ElBaradei dilaporkan telah dapat menghubungi presiden Mubarak semalam, memberi kata dua.

Mohamed ElBaradei memberitahu Al-Jazeera, beliau menghubungi Mubarak semalan dan memberitahu presiden itu supaya dia dan rejimnya segera meninggalkan Mesir.

"Saya beritahu presiden Mubarak bahawa dia dan semua rejim pemerintahannya mesti meninggalkan Mesir secepat mungkin. Itu adalah cara paling baik demi kebaikan negara (rakyat) dan dirinya sendiri" kata Mohamed.

Malah Mohamed mengakui, tindakan memecat semua kabinet dan melantik bekas Ketua Perisikan, Jeneral Omar Suleiman bukan langkah terbaik menyelesaikan masalah yang berlaku di Mesir kini.

"Penyelesaiannya akan tercapai jika presiden Hosni Mubarak meninggalkan Mesir dengan seberapa segera" katanya.

PENEMPATAN DAN KELAB PELAJAR MALAYSIA TERBAKAR DI KAHERAH


SEBUAH penempatan yang menempatkan kelab buat pelajar dan warga Malaysia di Kaherah terbakar di tengah kebangkitan rakyat Mesir menentang presiden Hosni Mubarak, semalam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. Banyak bangunan dibakar perusuh apabila rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan Hosni Mubarak masih mengekalkan kuasa sebagai presiden.

Sementara di penjara Abu Zaabal, pula lapan banduan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa Mesir dipercayai terbunuh dalam cubaan keluar daripada penjara untuk menyertai perarakan rakyat di jalan raya bandar utama Mesir.

KEMARAHAN RAKYAT DI MESIR MEMUNCAK-AHAD

GAMBAR-GAMBAR AL-JAZEERA menunjukkan rakyat semakin marah apabila Hosni Mubarak melantik bekas Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden.

GAMBAR JEJAI, NORA DANISH DAN ANAK RAYKAL DI JEPUN

Putera Raykal menjarakkan kasih ayahnya Jejai dengan wanita lain..

PELAJAR 18 TAHUN DARI MALAYSIA DIROGOL BERGILIR-GILIR 7 LELAKI RUSIA DI LONDON


SEORANG pelajar Malaysia berusia 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan tujuh lelaki warga Rusia, diketuai seorang pegawai perisikan di pejabat polis Moscow, dalam satu kejadian di London, awal minggu ini.

Pelajar terbabit yang kini trauma dilaporkan seorang pelajar mengikuti jurusan Bahasa Inggeris di Kolej Bellerbeys, Greenwich. Kejadian dilaporkan secara meluas oleh media Britain, termasuk The Sun.

Urutan kejadian bermula pada Ahad lalu apabila gadis berkenaan menyertai sebuah parti berprestij di kolejnya sebelum dia diheret memasuki sebuah bilik selepas dipercayai diberikan dadah.

Empat rakyat Rusia itu telah ditahan pihak berkuasa. Mereka ialah pegawai perisikan, Oleg Vadimorich Ivanor, 23, Gregory Andreev Melnikov, 22, Norayr Dartyan, 25 dan Arnen Simonay, 26. Tiga yang lain dibebaskan.

Kejadian rogol itu juga dikatakan dirakam oleh kesemua suspek yang bertubuh besar. Mangsa seorang gadis bertubuh kecil kini dilaporkan berada dalam keadaan tertekan dan mendapat rawatan akibat pelakuan seks secara bergilir-gilir itu.

Kesemuanya telah didakwa di Mahkamah Majistret di Selatan London, pada Selasa dan Rabu. Bagaimanapun, kesemua warga Rusia itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

JEPUN JUARA BOLA SEPAK PIALA ASIA


JEPUN meranapkan impian Australia untuk menggondol Piala Asia, apabila mencantas kaki negara Kanggaru itu dalam persaingan sengit perlawanan akhir dengan kemenangan 1-0.

Tadanashi Lee menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 109 masa tambahan memastikan negara Samurai menjuarai piala itu bagi kali keempat dalam sejarah penyertaaannya.

Tempat ketiga dimenangi Korea mengalahkan Uzbekistan 3-2 pada perlawanan sehari sebelumnya.

Saturday, January 29, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA UNTUK PERDANA MENTERI DARIPADA SINGALAUTMETRO


SEPERTI orang lain, blog ini juga menerima ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada Perdana Menteri. Bukan sekali. Dua kali saya menerimanya. Jadi blog ini kenalah membalas dua kali juga. Selamat Tahun Baru Cina Perdana Menteri. Selamat Tahun Baru Cina Perdana Menteri.

Tulis Perdana Menteri beliau terkenang zaman lampaunya tentang perayaan menyambut Tahun Baru Cina ini. Saya juga ingin bercerita kenangan lampau yang manis tentang perayaan itu - semanis limau mandarin dan semanis wajah Swee Lan yang kini entah di mana adanya!

Kami berdua berkawan sejak kecil. Rambut Swee Lan bertocang diikat. Setiap hari ke sekolah kami selalu seiring. Ketika hujan kadang-kala kami berkongsi pelepah pisang menjadi payung, berlindung dari basah. Selalunya tak lama, lencun juga baju kami apabila hujan lebat kerana apalah daya sehelai daun pisang! Ditikam hujan lebat yang mencurah, kuncup dan bocor juga ia.

Pulang sekolah kami juga selalu bersama. Kasut getah warna putih Swee Lan kadang-kala saya kendong apabila dia membukanya untuk mendaki bukit tanah merah. Kata Swee Lan, susah berkasut mendaki bukit!

Pernah Swee Lan diganggu kawan lelaki sebangsa dengannya. Mereka usik Swee Lan tidak malukah nanti berkahwin dengan Melayu. Swee Lan biasanya mencebik bibirnya. Saya pula yang sering menjawab: "Kalau Swee Lan tak kisah, aku pun pun tak kisah" Dan akhirnya Swee Lan akan menjeling tajam mendengarnya, tapi saya tahu dalam jelingnya itu mengumpul satu rasa yang dia sendiri tidak mampu terjemahkan!

Bila tiba Raya Cina, Swee Lan selalu hadiahkan kuih bakul, sebesar tapak tangan. Saya sering terima dengan hati penuh berbunga-bunga dan saya makan tanpa rasa wasangka atau curiga kerana saya tahu keluarga Swee Lan tak pernah menyentuh babi dan seekor anjing pun tak pernah dibela oleh keluarganya.

Apabila Perdana Menteri menghantar ucapan Selamat Tahun Baru Cina, tentulah ingatan saya terbang jauh kepada anak Cina bernama Swee Lan itu. Entahlah dia di mana. Mungkin telah bercucu, tapi saya masih ingat kebaikan Swee Lan walaupun itu semua telah lama berlalu.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Selamat Tahun Baru Cina kepada Perdana Menteri.


 

ANGKA KEMATIAN RAKYAT DI MESIR SERAMAI 45 ORANG, 2,000 CEDERA: TENTERA GAGAL SEKAT PERUSUH


Terkini..tentera gagal menyekat kebangkitan rakyat Mesir (29/1/2011)
ANGKA kematian akibat pertembungan antara kebangkitan rakyat Mesir sejak awal kebangkitan dalam tempoh seminggu disahkan oleh pegawai keselamatan Mesir mencecah 45 orang, termasuk 38 yang terkorban dalam tempoh 3 hari.

Angka berkenaan dipercayai akan meningkat berdasarkan ramai di antara 2,000 yang cedera itu parah dan berada di wad kecemasan dan Unit Rawatan Rapi ekoran terkena senjata dilepaskan pihak berkuasa.

Angkatan tentera Mesir yang dikerahkan oleh Hosni untuk mengambilalih tugas polis pula dilaporkan gagal menyekat kebangkitan rakyat yang meningkat mendadak hari ini selepas mereka kecewa apabila Hosni hanya memecat anggota kabinetnya, tetapi mengekalkan dirinya berkuasa.

Penganalisis politik antarabangsa juga percaya, Hosni akan tertekan kerana ada kemungkinan terdapat beberapa panglima tentera berpangkat jeneral dipercayai akan berpaling tadah dan menyertai rakyat untuk menggulingkan Hosni dalam tempoh singkat.

OBAMA BERDIRI DI BELAKANG RAKYAT MESIR; HOSNI MUBARAK BILA-BILA MASA SAHAJA DIJATUHKAN


KETIKA puluhan ribu rakyat mulai memenuhi jalan raya di bandar pelabuhan Suez dan Kaherah hari ini bagi mendesak Hosni Mubarak berundur, Presiden Obama semakin keras menghantar isyarat kepada presiden berusia 81 tahun yang telah memerintah Mesir selama 31 tahun.

Bermula daripada permintaan menerusi telefon kelmarin yang meminta Hosni tidak menggunakan kekerasan kepada rakyat, nada Obama kemudian mulai tegas semalam, apabila mendesak Hosni menunaikan janji kepada rakyat bagi membawa perubahan.

Hari ini pula dalam satu kenyataan paling keras, Obama menghantar isyarat jelas kepada Hosni bahawa Amerika akan berdiri di belakang rakyat Mesir. Kenyataan Obama ini membawa maksud, Hosni mesti berundur!

Jika Hosni tidak faham isyarat yang dihantar oleh Obama ini dan bertindak menggerakkan tentera dan polis berkasar terhadap rakyat yang merusuh, beliau sengaja mengundah padah bakal dijatuhkan dalam keadaan paling hina.

Tekad dan kebangkitan rakyat Mesir mulai hari ini semakin membara untuk menjatuhkan Hosni. Ini dapat dilihat menerusi pertambahan bilangan rakyat yang menyertai perarakan walaupun hari ini sahaja 19 nyawa rakyat terkorban, 13 Di Suez dan 6 di Iskandariah.

Pertembungan antara rakyat dan pihak berkuasa ketika ini dilaporkan media antarabangsa sebagai amat 'tegang' ekoran semakin banyak nyawa melayang dan angka kecederaan pula dikatakan mencecah 1,030 orang.

Mungkin Hosni mempunyai 24 jam untuk membuat keputusan. Lihat!


LI NA TEWAS AKHIR TENIS TERBUKA AUSTRALIA: PEMINAT CHINA MENITIS AIR MATA


HARAPAN ratusan juta rakyat China untuk melihat Li Na muncul sebagai pemain tenis wanita pertama negara itu memenangi kejuaraan perseorangan Grand Slam, musnah apabila srikandi tambatan mereka tewas dalam perlawanan akhirTenis Terbuka Australia tadi.

Li Na tumpas di tangan Kim Clijsters pada peringkat akhir dengan keputusan 3-6, 6-3 dan 6-3. Kasihan peminatnya yang amat berharap kemenangan Li Na.

Tak pe Wong, Wang, Xin atau Yin...suruh Li Na cuba lagi.

GAMBAR: RAKYAT BAKAR BANGUNAN MAJLIS KEBANGSAAN WANITA DAN KANAK-KANAK DI MESIR KERANA MARAH HOSNI MUBARAK ENGGAN UNDUR


BANGUNAN Majlis Kebangsaan Wanita dan Kanak-kanak menjadi mangsa kemarahan rakyat yang menunjuk perasaan di Kaherah. Bangunan itu dibakar kerana rakyat marah dengan kedegilan Hosni Mubarak untuk berundur dan meletakkan jawatannya.-AP

SINGAPURA SAHKAN KES KEMATIAN H1N1 DI TENGAH EPIDEMIK SELSEMA, BATUK DAN DEMAM


KETIKA jumlah pesakit selesema, demam dan batuk mulai mencecah melebihi angka epidemik di Singapura, kerajaan negara itu hari ini mengesahkan seorang pesakit meninggal dunia kerana dijangkiti H1N1.

Hospital Besar Singapura (SGH) mengesahkan kepada Straits Times, mangsa adalah warga emas, Mohd Lazim Kalang, 77.

Mohd Lazim meninggal dunia Rabu lalu akibat jangkitan pada paru-paru. Dia dimasukkan ke wad pada 15 Januari lalu akibat demam.

LUAHAN RAKYAT TERHADAP PRESIDEN MESIR, HOSNI MUBARAK


MAHMOUD Mohammed Imam, pemandu teksi berusia 26 tahun.

"Kami berharap sangat dia menyampaikan ucapan yang memberitahu kami bahawa dia (Mubarak) yang akan berundur. (Sebaliknya Mubarak umum pemecatan kabinet, tapi dia masih kekal)

"Apa yang dia katakan (menerusi pengumuman dalam televisyen) hanyalah janji-janji kosong dan penuh dengan pembohongan. Dia melantik kerajaan baru di kalangan para penyamun, satu penyamun pergi, satu lagi penyamunn lain datang untuk merompak harta negara.

"Ini (perarakan) adalah revolusi dari kalangan  rakyat jelata yang kelaparan, revolusi dari kalangan rakyat yang tidak berduit menentang mereka yang kaya"

MARZOUQ, penunjuk perasaan berusia 20-an.

"Ini bukannya berkaitan kerajaan, demi Allah! Ini adalah berkaitan bahawa kamu (Mubarak) yang mesti berambus! Apa yang kamu lakukan (selama 30 tahun memerintah Mesir) kepada rakyat jelata sudah lebih dari cukup" -reuters

WANITA MUDA DITEMUI MATI DI TEPI JALAN, DIPERCAYAI DITIKAM


SEORANG wanita muda, ditemui berlumuran darah di tepi jalan di Kilometer 5.4, Jalan Sungai Tua, kira-kira 300 meter dari Simpang Sungai Kertas, Hulu Yam, Gombak awal pagi tadi.

Wanita sekitar 20-an itu ditemui orang awam jam 3 pagi, memakai kain berwarna krim, baju lengan panjang dan bertudung kepala berwarna coklat.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, dipetik berkata mayat wanita itu mempunyai kesan tikaman di belakang badannya.

Menurutnya, siasatan awal percaya mangsa dipercayai ditikam di dalam kereta sebelum dia ditolak keluar ke tepi jalan. Mangsa juga dipercayai mampu berjalan beberapa meter selepas ditolak keluar, tetapi terjatuh kemudiannya.

Mayatnya dihantar ke rumah mayat Hospital Selayang.

CHONG WEI KE PERINGKAT AKHIR JUMPA LIN DAN, TERBUKA KOREA ESOK


SELEPAS membungkus Weng Zhangming semalam dalam peringkat suku akhir dengan straight set, Datuk Lee Chong Wei membungkus seorang lagi pemain China, Du Pengyu hari ini dalam perlawanan separuh akhir Badminton Terbuka Korea, juga dalam dua set tanpa mengeluarkan peluh yang banyak.

Dengan itu, rasmilah Chong Wei ke peringkat akhir bertemu musuh tradisinya, Lin Dan yang mengalahkan Simon Santoso dalam rubber set sebentar tadi.

Chong Wei mengalahkan Pengyu 21-10, 21-10 manakala Lin Dan mengalahkan Simon 23-21, 20-22 dan 21-15.


PENYANYI KEJAR DUA PEROMPAK DENGAN HANYA BERSELUAR DALAM


SEORANG penyanyi wayang Cina, terpaksa menebalkan muka semata-mata mahu mengejar dua lelaki yang melarikan wang tunai dan dua telefon bimbitnya  dalam datu kejadian di sebuah hotel di Johor Bahru, kelmarin.

Raymond Chen Yin Hua, 53, mendakwa kedua-dua lelaki yang menyamar sebagai polis itu melarikan wangnya sebanyak RM6,337dan dua buah telefon bimbitnya dari bilik di tingkat dua sebuah hotel yang disewanya.

Kata Raymond, kedua-dua lelaki itu dipercayai berusia 30-an dan masuk ke bilik secara tiba-tiba sebelum mengepungnya sambil memberitahu mereka sebagai anggota polis. Ketika itu, Raymond hanya berseluar dalam di dalam bilik hotelnya.

Ketika itu mereka terus menggeledah bilik Raymond dan kemudian merampas duit serta telefon tangan sebelum melarikan diri.

Raymond yang bengang, mengejar kedua-duanya dalam keadaan hanya berseluar dalam, tetapi mereka hilang apabila tiba di tingkat satu.
 

GAMBAR: TUJUH PEMBAWA BENDERA BARISAN NASIONAL MESTI DISAMAN!


PILIHANRAYA bukan bermakna semua peraturan dan undang-undang yang sedia ada menjadi tidak bermakna. Pilihanraya juga bukan lesen untuk penyokong parti menjadi kebal daripada disaman.

Nah! Kepada polis trafik IPD Segamat, tindakan saman mesti diambil ke atas tujuh penunggang dan pembonceng motosikal ini kerana melanggar undang-undang jalan raya kerana TIDAK MEMAKAI TOPI KELEDAR. Kesalahan telah jelas, yang terang tidak perlu bersuluh lagi.

BUKTI TELAH ADA...apa lagi, samanlah.
Mari kita hormati undang-undang jalan raya dan samanlah mereka!

BOLA SEPAK PIALA ASIA; KOREA SELATAN TEMPAT KETIGA, UZBEKISTAN TEMPAT KEEMPAT


SERANGAN bertali-arus daripada penyerang Uzbekistan dalam tempoh 50 minit terakhir perlawanan menentukan tempat ketiga Piala Asia, malam tadi gagal membuatkann pasukan Korea Selatan tunduk apabila Uzbekistan hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dalam tempoh itu.

Sebaliknya Korea Selatan yang mendahului 3-0 sehingga minit ke 40, ternyata masih mampu menyerap asakan itu. Uzbelistan hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja menerusi penyerangnya, Alexander Geynrikh dalam tempoh 50 minit itu.

Keputusan penuh perlawanan menentukan tempat ketika itu berakhir dengan kemenangan di pihak Korea Selatan dengan jaringan 3-2.

RAMAI PILIH SELANGOR MENANG MALAM INI


RAMAI juga memilih Selangor bakal menjuarai PIALA PAKATAN RAKYAT, PIALA SUMBANGSIH di Stadium Shah Alam malam nanti.

Ramai menjangkakan Mohd Shafee akan menjadi hero lagi, menjaringkan gol kemenangan saat Selangor kepingin amat untuk menjulang piala itu.

Ramai juga menjangkakan Kelantan tewas kerana kehilangan sentuhan B Sathianathan. Namun jangan pula diketepikan kebolehan M Karathu.

Ramai teringin melihat satu permainan paling bermutu dalam sejarah bola sepak negara malam ini. Ramai mahu melihat pemain bola sepak di negara ini setanding kebolehannya paling tidak setaraf pemain Jepun dan Korea Selatan.

Jom ramai-ramai ke Stadium Shah Alam. Kalau tidak berkesempatan, jom ramai-ramai duduk di depan televisyen. Semoga cemerlang dunia bola sepak negara!

NAK SELUDUP ORANG, BESAR SANGAT, SUSAH. SELUDUP ANAK ANJING AJER..ITU PUN KENA.


SEORANG rakyat Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura ketika cuba menyeludup 16 ekor anak anjing pelbagai jenis termasuk dari baka Bull Dog dan Shih Tzus.

Kesemua anak anjing itu ditemui pegawai imigresen negara berkenaan selepas terdengar bunyi bising dari kotak pembesar suara di dalam but kereta yang dipandu oleh lelaki terbabit.

Lelaki berusia 36 tahun itu kini ditahan bersama kereta dan anak anjing yang cuba diseludupnya untuk siasatan sebelum didakwa kerana menyeludup.

Siasatan awal mendapati setiap anak anjing berharga lebih RM2,000 dan ia adalah tangkapan terbesar pernah dilakukan jabatan imigresen Singapura setakat ini.

GAMBAR PERCUTIAN JEJAI DAN NORA DANISH SEKELUARGA TAMBAH LUKA FASHA SANDA? TAKLAH...MANA ADA

BEBERAPA keping gambar percutian Jejai dengan bekas isterinya, Nora Danish dan anak yang tersebar di internet dikatakan menambah luka hati Fasha Sanda.

Fasha Sanda luka melihat gambar Jejai dan bekas isterinya, Nora Danish...taklah!..mana ada..Pix:ohbulan.com
Betulkah? Taklah...mana ada...

PIALA SUMBANGSIH MALAM INI: SELANGOR VS KELANTAN. MENANG TIDAK PENTING, PERMAINAN BERMUTU PALING UTAMA


KEMENANGAN pada pertandingan Piala Sumbangsih di antara Kelantan dan Selangor malam ini tidak seberapa penting berbanding kemampuan kedua-dua pasukan untuk mempamerkan permainan bermutu yang boleh dipanggil bola sepak.

Mutu tinggi permainan mesti ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan malam ini kerana ia adalah kesinambungan harapan peminat bola sepak negara ini, selepas kejayaan pasukan Harimau Malaya menggondol Piala Suzuki AFF.

Peminat menaruh impian untuk melihat mutu permainan bola sepak di negara ini sebenarnya telah berubah dari titik lembam menuju ke satu era baru yang lebih kompeten dan menghiburkan.

Walaupun piala menjadi idaman, namun kedua-dua pasukan terlebih dulu mesti memastikan permainan mereka berada di tahap yang membanggakan - cemerlang dan menyakinkan peminat bahawa bola sepak kita tidak lagi terkurung dalam kepompong lama yang sebu dan sebak.

Ayuh Selangor, ayuh Kelantan. Ayuh Mohd Safee, ayuh Norsharul Idlan. Pastikan Stadium Shah Alam malam ini menjadi titik baru perubahan era bola sepak negara.

ANAK KAKAKTUA YANG CANTIK

Mahu? Pergilah ke Tasmania. Masuk hutan, 6 jam perjalanan dari jalan utama.

TERKINI: KERAJAAN MESIR LETAK JAWATAN. HOSNI MUBARAK MEMECAT SEMUA MENTERI KERAJAAN


HOSNI membuat pengumuman. KERAJAAN MESIR LETAK JAWATAN HARI INI
TIDAK tertahan oleh kebangkitan kuasa rakyat, awal hari ini Presiden Mesir, Hosni Mubarak, membuat pengumuman memecat semua menteri dalam kabinetnya dan memberitahu kerajaan yang ada telah tidak lagi berkuasa.

Dalam pengumuman di kaca televisyen Sabtu, Hosni membuat pengumuman: "SAYA TELAH MENGARAHKAN KERAJAAN YANG ADA MELETAKKAN JAWATAN. MULAI ESOK KITA AKAN ADA KERAJAAN BARU"

Pengumuman Hosni dibuat, selepas tunjuk perasaan di seluruh Mesir, mengakibatkan 27 orang terbunuh, termasuk lima di Suez.

 

UBAH SEKARANG: SELAMAT BERUBAH. PERUBAHAN PENTING.

TITIK PERUBAHAN BERMULA DI TENANG.-TMI

CHONG WEI BERTEMU DU PENGYU SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA KOREA HARI INI


HARI ini dua jaguh utama badminton dunia akan bertarung di peringkat separuh akhir untuk mencari tempat ke peringkat akhir Badminton Terbuka Korea Selatan.

Jaguh nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan bertemu Du Pengyu pada separuh akhir pertama, manakala Lin Dan, budak nakal dari China pula akan bertemu Simon Santoso dari Indonesia.

Jangan lupa saksikan pertarungan mereka di kaca televisyen anda.

GAMBAR RUSUHAN DI MESIR SEMALAM (JUMAAT)

Anggota polis mengusung rakannya yang cedera bertempur dengan perusuh
Kau ingat wanita penakut?
Api jadi mainan
Ini adalah antara lebih 100 yang cedera akibat terkena peluru getah dilepaskan polis Mesir

TERKINI BANJIR DI JEDDAH: 11 MAUT, 100 CEDERA, 3 PARAH

Penduduk sedang membersihkan kawasan dalam sebuah masjid di timur Jeddah yang turut dinaiki air kelmarin.

BANJIR akibat hujan lebat di Jeddah sejak Rabu lalu telah mengorbankan 11 nyawa, 100 cedera termasuk 3 parah yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Pertahanan Awam Arab Saudi, Saad al-Tuwaiji, mengesahkan. Sepuluh korban banjir itu telah dikenali tetapi identiti seorang lagi belum dikenalpasti.

Mereka yang terkorban ialah warga Arab Saudi (2), Chad(2), Kanada (1), Mesir (1), Yaman (1), Bangladesh (1), Filipina (1) dan Nepal (1).

Banjir kelmarin adalah yang terburuk sejak banjir 2009. Ia telah menyebabkan 10,785 bangunan dan kediaman rosak teruk.

GAMBAR IBU MUDA BUNUH ANAK


INILAH dia wajah si ibu muda, Nuraishah Abbdullah, 23,yang dituduh membunuh anak baru dilahirkan dengan menikamnya berkali-kali di rumahnya di Kampung Jawa, Shah Alam, Selasa lalu. Mahkamah memerintahkan dia dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan untuk pemerhatian mental selama sebulan.

GURU ROTAN MURID HINGGA TERKENCING: SAYA BUDAK LAGI CIKGU, KALAU YANG KENA ANAK CIKGU SENDIRI MACAM MANA?


Rotan untuk MENGAJAR oleh guru yang KURANG AJAR
KESALAHAN Wan Mohd Faris Wan Zukri, 10, mungkin kerana dia menjenguk kertas peperiksaan yang sedang dibuat oleh rakannya. Sedangkan ketika itu dia sendiri telah menghantar kertas jawapannya kepada guru berkenaan.

Kalau mahu meniru pun tak masuk akal, sebab kertas jawapannya sendiri telah dikembalikan. Besar sangatkah kesalahan itu sehingga dia dilibas bersungguh-sungguh oleh seorang guru? Lihatlah kesan libasan rotan pada belakang badan murid berkenaan.

Demikian nasib pelajar tahun empat di sebuah sekolah di Kuala Besut, Terengganu yang menerima hadiah rotan daripada seorang guru di sekolahnya Rabu lalu. Kalaulah yang kena anak guru itu sendiri, macam mana agaknya? Berpada-padalah cikgu...

Friday, January 28, 2011

RUSUHAN HARI JUMAAT DI MESIR: POLIS GUNA PELURU GETAH TEMBAK PENUNJUK PERASAAN

Kebakaran berhampiran bangunan bomba bandar pelabuhan Suez, ketika polis bertempur dengan penunjuk perasaan-Reuters
SEJURUS habis bersolat Jumaat, ribuan rakyat Mesir memenuhi bandar pelabuhan Suez dan Kaherah kembali menyemarakkan kebangkitan rakyat mendesak presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Namun polis telah diarahkan supaya menembak penunjuk perasaan menggunakan peluru getah, menyebabkan penunjuk perasaan dikatakan berang dan bertindak menggunakan lastik ke arah polis anti rusuhan.

Hosni Mubarak dilaporkan mengarahkan pihak berkuasa memastikan penunjuk perasaan tidak memasuki bandar utama dan sejak semalam semua syarikat penyedia talian internet dan telefon bimbit di beberapa kawasan diarahkan menghentikan perkhidmatan.

TIGA MAUT: GAMBAR KERETA TERBALIK MASUK PARIT


Kereta terjunam ke parit ini. Pix:nst
TIGA maut akibat lemas apabila kereta mereka naiki terbabas, terbalik dan terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan-Paloh, di Pekan Pahang jam 8 pagi hari ini. Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Mahmud, 36, Mahrof mat Sham, 73 dan Karinah, 55 tahun.

DUA MAUT: GAMBAR BAS EKSPRESS BERTEMBUNG LORI BAJA


DUA maut, seorang ibu mengandung dan seorang rakyat India - bas ekspress bertembung sebuah lori baja di Tatau, kira-kira 50 kilometer dari Bintulu hari ini.

GAMBAR: PROTES DI DEPAN KEDUTAAN MESIR OLEH RAKYATNYA

POLIS menyuraikan cubaan memprotes di depan Kedutaan Mesir hari ini, dipercayai kesinambungan daripada semangat kebangkitan rakyatnya mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10