nuffnang ads

Saturday, January 29, 2011

OBAMA BERDIRI DI BELAKANG RAKYAT MESIR; HOSNI MUBARAK BILA-BILA MASA SAHAJA DIJATUHKAN


KETIKA puluhan ribu rakyat mulai memenuhi jalan raya di bandar pelabuhan Suez dan Kaherah hari ini bagi mendesak Hosni Mubarak berundur, Presiden Obama semakin keras menghantar isyarat kepada presiden berusia 81 tahun yang telah memerintah Mesir selama 31 tahun.

Bermula daripada permintaan menerusi telefon kelmarin yang meminta Hosni tidak menggunakan kekerasan kepada rakyat, nada Obama kemudian mulai tegas semalam, apabila mendesak Hosni menunaikan janji kepada rakyat bagi membawa perubahan.

Hari ini pula dalam satu kenyataan paling keras, Obama menghantar isyarat jelas kepada Hosni bahawa Amerika akan berdiri di belakang rakyat Mesir. Kenyataan Obama ini membawa maksud, Hosni mesti berundur!

Jika Hosni tidak faham isyarat yang dihantar oleh Obama ini dan bertindak menggerakkan tentera dan polis berkasar terhadap rakyat yang merusuh, beliau sengaja mengundah padah bakal dijatuhkan dalam keadaan paling hina.

Tekad dan kebangkitan rakyat Mesir mulai hari ini semakin membara untuk menjatuhkan Hosni. Ini dapat dilihat menerusi pertambahan bilangan rakyat yang menyertai perarakan walaupun hari ini sahaja 19 nyawa rakyat terkorban, 13 Di Suez dan 6 di Iskandariah.

Pertembungan antara rakyat dan pihak berkuasa ketika ini dilaporkan media antarabangsa sebagai amat 'tegang' ekoran semakin banyak nyawa melayang dan angka kecederaan pula dikatakan mencecah 1,030 orang.

Mungkin Hosni mempunyai 24 jam untuk membuat keputusan. Lihat!


MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10