SIAPA kata kamu anak Malaysia. Sebentar tadi saya bertanyakan kamu dalam soalan bahasa Malaysia, tapi kamu memohon maaf dengan alasan kurang fasih untuk menuturkan segala perbualan kita dalam bahasa yang telah sekian lama rasmi menjadi bahasa kebangsaan.
Kamu kata, dulu kamu hanya belajar di sekolah aliran Cina. Kamu tidak pernah menjejakkan kaki di sekolah kebangsaan. Saya tidak faham. Yang itu saya tidak faham. Kenapa? Apakah sekolah aliran Cina tidak memasukkan subjek Bahasa Malaysia sebagai bahasa wajib?
Kamu mohon maaf berkali-kali. Kamu kata, kamu sendiri tidak faham kenapa sukar benar kamu mahu menguasai bahasa Kebangsaan, sedangkan mulut kamu beberapa kali menyakinkan saya yang kamu sememangnya anak Malaysia. Memang saya tidak faham. Keistimewaan rakyat berbilang kaum di negara ini yang diberikan kerajaan untuk bebas memilih aliran sekolah yang kita suka, telah menjadikan sebahagian daripada kita serba kurang. Terutama untuk menguasai bahasa Malaysia.
Dan seperkara lagi apabila saya tanyakan, berapa ramai kawan Melayu yang kamu ada, kamu dengan begitu mudah memberikan angka. Kamu kata kawan Melayu boleh dibilang dengan jari, itupun kesemuanya adalah kawan di tempat kerja. Kamu jelaskan bahawa di sekolah aliran Cina terlalu kurang sangat kaum Melayu. Jadi peluang untuk berkawan dengan kaum itu menjadi sangat terhad.
Apabila saya minta kamu bercerita secara ikhlas tentang apa maksudnya anak Malaysia, kamu hanya dapat menjawab bahawa ia bermaksud mereka yang lahir di negara ini. Yang ada sijil kelahiran dan ada kad pengenalan dan berhak menikmati pelajaran di sekolah yang kamu suka. Hanya itu. Kamu tidak langsung dapat menjelaskan satu dua perkara lain untuk menambahkan lagi jawapan kamu supaya menjadi lebih bernas dan berisi.
Sebenarnya begini. Kamu jangan terasa hati. Kegagalan kamu untuk menguasai bahasa Malaysia adalah kerana kamu menganggap bahasa ibunda kamu lebih penting dan di sekolah aliran Cina yang kamu ikuti, bahasa itulah yang jadi bahasa pengantarnya. Secara tidak langsung, penguasaan kamu untuk berbahasa Malaysia amat sedikit dan peluang untuk bercampur dengan anak-anak Melayu terlalu kecil. Apabila saya tanyakan, kenapa kamu memilih sekolah aliran Cina, kamu katakan itu adalah pilihan ibu bapa. Saya tanyakan adakah sekolah kebangsaan tidak bagus, kamu menggelengkan kepala.
Dan untuk menambah makna anak Malaysia saya katakan kepada kamu bahawa, selain lahir di sini dan mempunyai kad pengenalan, anak Malaysia sewajarnya boleh berbahasa Malaysia dengan baik, boleh memahami budaya kaum lain dengan baik dan paling penting faham tentang nilai dan norma kehidupan bangsa lain serta menghormati nilai dan norma itu. Ini supaya kita dapat hidup dalam harmoni dan aman. Tapi bagaimana ciri-ciri anak Malaysia itu mahu kita perolehi kalau kita sejak kecil diajar untuk hidup dalam kepompong dan acuan yang berbeza-beza. Kita bersekolah lain aliran, kita berkomunikasi menggunakan hanya bahasa ibunda sendiri dan kita langsung tidak mahu mencari peluang dan ruang untuk bercampur dengan kaum lain. Kamu telah setuju bukan?
Jadi kita fikir, eloklah kita mengubah sedikit cara hidup kita mulai sekarang kalau betul-betul mahu melihat diri kita adalah anak Malaysia sejati. Kita ubah cara kita menerima pendidikan, tanpa menghalang kebebasan berbahasa ibunda seperti di dalam perlembagaan. Kita bersekolah sahaja dalam satu aliran, menggunakan bahasa Malaysia. Di situ juga nanti akan ada pelajaran bahasa ibunda. Di situ juga nanti kita akan menjadi lebih akrab untuk lebih memahami budaya dan adat sesama kita. Dan di situ juga nanti, kita tidak akan berbalah mempertikaikan kesetiaan masing-masing terhadap negara kita sendiri. Dan akhirnya kamu faham dan kamu juga bersetuju.
Kamu jawab lebih kurang begini: "Kawan haa...wa punya time itu sekolah punya hal sudah lama woo. talak boleh ubah. Memang lu cakap ada butut juga. Wa ingat aaa..kita punya anak satu sekolah baca sama-samalah. Lu ada bututlah kawan. Apa guna gado gadoh, ini negeli kita sama-sama punya. Sekolah lain bahasa manyak kasi susah sama kita. Lu lu, wa wa. talak bagus bukan. Wa ingat selupa sana Indonesia, suma Cina manyak pandai cakap sana punya bahasa. Selupa itu Kelantan. Lu cakap manyak butut...kita kena sekolah satu..guna bahasa Malaysia. Sana Kelantan, Cina ka, Melayu ka..hali laya kita sama-sama makan busat oo. Cina laya, Melayu mali. Melayu laya, Cina mali. Lu bututlah kawan..."
Saya pun ucapkan terima kasih. Dia sahabat baik saya. Lee namanya yang boleh saya bercerita tentang apa makna anak Malaysia. Kami amat akrab, cuma lidah kawan saya itu amat keras sehingga kini. Bahasanya...simpang perenang!
nuffnang ads
Friday, September 3, 2010
Thursday, September 2, 2010
INDONESIA DIANCAM LETUSAN LEBIH BANYAK: LEBIH 20 GUNUNG DIKENALPASTI BOLEH MELETUS
INDONESIA terus diancam letusan gunung berapi selepas Gunung Sinabung memaksa lebih 40,000 penduduk berpindah minggu ini. Kini lebih 20 gunung di seluruh negara itu turut diumumkan sebagai bakal mendatangkan bencana bila-bila masa.
Ketua Jabatan Kajian Gunung Berapi Pusat, Hendrasto, dalam pengumumannya hari ini berkata, rakyat di negara itu diingatkan supaya lebih bersedia, terutama yang tinggal di sekitar Gunung Seulawah Agam di Acheh. Ini kerana pihaknya telah mengesan pergerakan gempa dan aktivti volkanik berlaku di gunung itu.
Berikutan tanda-tanda baru yang dikesan, pihak negara itu telah mengeluarkan peringatan kepada semua penduduk terutama yang tinggal berdekatan supaya menjauhi gunung berkenaan pada jarak keliling tiga kilometer berkuatkuasa serta merta.
Gunung Seulawah Agam katanya kini telah dinaikkan taraf kepada peringkat Waspada. Pada masa yang sama, beliau mengumumkan juga senarai 18 gunung berapi lain yang berada dalam tahap yang sama, iaitu Gunung Egon, Talang, Karangetang, Batur, Kaba dan Anak Krakatau.
Selain itu, Gunung Semeru, Slamet, Rinjani dan Rokaenab juga tergolong dalam katogeri serupa. Sementara Gunung Ibu pula diletakkan sebagai tahap Siaga yang juga diramalkan boleh meletusa dan mendatangkan bahaya bila-bila masa.
Pengumuman mengenai senarai gunung berapi yang berada dalam katogeri bahaya itu dikeluarkan berikutan kegagalan pihak berkuasa bertindak awal memberi amaran kepada penduduk di sekitar Gunung Sanibung sehingga menyebabkan penduduk panik. Malah sehingga kini, dianggarkan dua kematian dan 90 kecederaan berlaku akibat letusan Gunung Sinabung.

PALING MENGHINAKAN UMAT ISLAM: FB KUTUK ALLAH (KATY LIM LI LIAN)
TIDAK BANYAK yang dapat dikatakan lagi. Nampaknya memang ada orang yang sengaja menyimbah minyak ke dalam api.
Saudara Hishamudin Hussein, sila ambil tindakan segera ke atas laman facebook atas nama Katy Lim Li Lian yang terus terang mengutuk dan menghina Allah serta agama Islam. Sebagai menteri, saudara mesti tahu bertindak sebelum api kemarahan umat Islam marak. Saya hanya berharap saudara Islam yang lain bersabar.
Facebook Katy Lim Li Lian ini baru dikesan dan dipercayai ada dalang di sebaliknya. Memang sudah keterlaluan mempermainkan Allah. Sudah keterlaluan menghina Islam sehingga sanggup menyamakan dengan haiwan paling hina dalam facebook Melayu Babi.
Demikianlah kalau kita terlalu lembut tidak mahu sekolah satu aliran!
KLU PERTAMA PERAKAM VIDEO ADA KETIKA CERAMAH KHIR TOYO DI JALAN KEBUN
SESIAPA yang hadir pada ceramah Khir Toyo di Jalan Kebun beberapa hari sebelum puasa lalu tentu masih ingat, pengumuman pengacara majlis yang mereka akan dedahkan rahsia dalam bilik menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kata-kata tentang pembongkaran paling besar itu juga bergema konon tak lama lagi akan didedahkan kisah hangat melibatkan seorang perempuan yang kononnya isteri kedua Khalid. Masihkah kita ingat itu semua?
Pengumuman itu sebenarnya dibuat, sebelum Menteri Besar terjumpa perakam video yang dipasang secara sulit di dalam biliknya.
Nah...sekarang sudah ada klu bukan?
MEREKA YANG PASANG PERAKAM VIDEO DI BILIK MENTERI BESAR TELAH DIKENALPASTI
INI MACAM cerita seorang pencuri yang memecah masuk rumah waktu malam. Tiba-tiba tuan rumah tersedar dan menyuluh tepat ke muka pencuri itu. Jikalah...ini jikalah. Jikalah pencuri itu adalah pekerja tuan rumah yang diupah musuh majikannya..Macam mana agaknya perasaan pencuri itu ya?
Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan, telah mengenalpasti beberapa 'aktor' yang dipercayai terbabit dalam kerja bodoh memasang perakam video secara sulit di bilik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, beberapa minggu lalu.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, setakat ini beberapa wajah dan suara telah dikesan. Wajah dan suara itu mungkin terakam secara tidak sengaja ketika kerja-kerja memasang perakam video itu yang ditemui sendiri Khalid di sebalik langsir di pejabatnya. Maknanya yang pasang video itu pun macam luncai dan labi juga.
Ini kerja siapa ya? Dulu Khir Toyo dalam ceramahnya sibuk menghina orang Melayu di Selangor konon orang Melayu paling ramai jadi gangster. Mungkinkah salah seorang daripada 16,000 gangster yang didakwanya itu dapat tender pasang perakam video berkenaan?
Pada masa yang sama Satim Diman tentulah berdebar-debar menanti keputusan akhir kes ini. Dia yang sibuk bagai nak rak, dakwa konon penemuan video itu macam yak tak ya aje...Tunggulah Tim!

ABDUL KUDUS DIBEBASKAN MAHKAMAH TINGGI
BEKAS pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad, dilepas dan dibebaskan daripada 24 tuduhan rasuah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan permohonan rayuannya mengenepikan hukuman dijatuhi Mahkamah Sesyen, Jun lalu.
Hakim Mohd Yazit Mustafa ketika membacakan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan yang diberikan oleh pemilik Restoran Steven Corner, S Steven.
Jun lalu mahkamah sesyen menjatuhi hukuman penjara setahun dan denda ke atas Abdul Kudus selepas didapati bersalah di atas semua pertuduhan rasuah dikenakan terhadapnya,
Tahniah skot!

KALAU DENGAN BINI ORANG SEDAP YA?
LELAKI itu berusia 40-an. Dia kakitangan kerajaan di Putrajaya. Pasangannya isteri orang, berusia 20-an. Juga kakitangan kerajaan di Putrajaya. Hubungan gelap lelaki sudah bersuami dengan isteri orang itu, bukannya baru sehari dua. Dah lama. Usah temberanglah. Kalau tidak mustahil bulan Ramadan ini pun berani berdua-duaan dengan bini orang.
Semalam, mereka terperangkap. Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu apartmen tempat mereka berselingkuh. Lambatnya mahu pintu dibuka. Selepas puas mengetuk dan menunggu lama, barulah kekasih gelap lelaki itu yang telah ada dua anak membuka pintu rumahnya.
Cuak juga penguatkuasa Jawi mulanya. Apa tidaknya. Tak nampak pun kelibat lelaki. Tapi macam cari semut dalam gula, kena teliti. Kalau kasar-kasar nanti terpicit semut habis, gula dikencingnya. Maka Jawi pun membuka mata luas-luas mencari. Nah engkau...tiba-tiba mereka terpandang kelibat seorang lelaki tanpa baju berdiri di luar beranda apartmen.
Apa lagi. Nak terjun ke tidak? Mungkin itu soalan yang bermain di dalam fikiran lelaki itu. Jawi terpaksa memberi 'tazkirah' untuk memujuk dia masuk dan tidak berdiri di situ bagi mengelakkan dia terjatuh. Lelaki itu pun akur. Tapi masa digari, dia buat pula rayuan. Katanya nak jemput isteri di tempat kerja nak maklumkan yang dia dah kantoi. Tapi tak payah susah-susah. Berita macam ini memang cepat sampai. Trafik dia laju. Entah bila masa entah, isteri dia yang sarat mengandung telah ada di bawah apartmen menunggu!
Maka terisak-isaklah lelaki itu memeluk isterinya memohon maaf. Aduhai...bayangkan perasaan isterinya yang mengandung itu.
HANDSOME JUGA MUKA BABI DALAM LAMAN FACEBOOK 'MELAYU BABI'
SEKALI pandang handsome juga muka babi dalam laman facebook 'Melayu Babi' yang hangat diperkatakan orang kini. Mungkin wajah babi tampan itu mewakili muka empunya tangan yang mendapat idea untuk mencatatkan sesuatu dalam laman siber hari ini.
Kalau diperhatikan umur babi dalam laman facebook itu mungkin ia sekitar 30 - 40 tahun. Jantinanya lelaki dan kalau ikut hukum dunia babi, babi lelaki yang berusia begitu sepatutnya telah matang. Dan barang tentu telah ada baka babi jenis itu di merata tempat di negara ini. Mungkin tengah sekolah di kandang babi, belajar untuk faham sejarah Malaysia.
Mungkin babi yang mengendalikan laman facebook ini dari spesies Batak NalTung, sejenis spesies yang sifatnya suka menonton wayang yang ceritanya banyak bersifat fantasi goyang. Kalau berdasarkan pemerhatian biasa, raut wajah babi ini menggambarkan dia ada keistimewaan. Babi yang biasa diternak, mempunyai hanya satu nyawa. Tapi babi pada laman Melayu Babi ini mungkin ada 13 nyawa, lebih empat daripada nyawa yang dimiliki kucing, kalau mengikut cakap orang tua-tua.
Difahamkan babi ini sekarang sedang menyorok di kandang babi orang, sebab dia amat takut bila mendengar bunyi kompang. Maka ditinggalkannya laman facebook itu dikocah-kocah oleh sahabat-sahabat babi yang tak pernah tengok tingginya langit.
Pakar haiwan yang biasa dan reti tentang tabiat babi ini menasihatkan, jauhilah dia kerana dia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Sementara itu, tok batin orang Asli dikatakan dalam perjalanan membawa sebungkus sarang kerengga. Kita tunggu dan lihat, bila sarang kerengga itu dicampak ke dalam kandang babi spesies Batak NalTung ini, tentu habis runtuh tembok disondolnya. Masa itu barulah babi tahu, bisanya gigitan dan kencing seekor serangga bernama kerengga. Tunggu.

AMUK DI BUOL: DUA LAGI MATI, MENJADIKAN 7 ANGKA KORBAN
AMUKAN penduduk di Buol ke atas Markas Polis yang menyaksikan ribuan penduduk bertempur dengan polis bermula malam Selasa hingga subuh Rabu lalu, menyaksikan 7 terkorban sehingga kini,, termasuk dua yang baru disahkan mati di hospital.
Ketua Polis Daerah, Brig Jen Muh Amin Salleh mengeluarkan senarai penduduk yang terbunuh dalam pertembungan itu. Mereka ialah Amran Abjalu, Pushid, S Jopor, Herman Hassan, Arfan, Saktipan dan Musliman Ashora.
Polis mengesahkan kesemua yang terbunuh dikesan mempunyai bekas tembakan. Dua mangsa terbaru yang terbunuh dalam insiden itu ialah Saktipan dan Muslimin.
Brig Jen Muh Amin yang telah menziarahi rumah 5 mangsa korban, berkata polis sedang menyiapkan laporan terperinci mengenai kejadian itu.
ROSLIN DAN NORHAYATI SAH CERAI TALAK SATU
SELEPAS Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam mengesahkan talak satu yang dijatuhkan Roslin terhadap bekas isterinya, Norhayati Othman, pemain badminton negara itu menegaskan dia tidak mahu nama Raja Azmi dilibatkan dalam perkahwinannya dulu.
"Dia (Raja Azmi) tiada kaitan langsung dengan masalah perkahwinan saya," katanya yang tenang dan reda menerima segala yang berlaku.
Bekas isterinya yang dinikahi lebih sebulan, Norhayati pula berkata dia lega dan tenang menerima keputusan yang diumumkan mahkmah. Maknanya, bagi Roslin dan Norhayati mereka tidak menganggap perceraian itu membebankan dan perkara yang mengganggu fikiran.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad dalam keputusannya berpuas hati bahawa lafaz yang diungkapkan Rolslin, "I cerai youlah" terhadap Norhayati adalah sah dan sabit, selepas mendengar keterangan lisan kedua-dua pihak sebelum ini.
Wan Mahyuddin juga dalam membaca keputusannya berkata, mahkamah berpendapat kejadian cerai di bilik hotel membabitkan kedua-dua mereka sebagai menyedihkan dan mengejutkan banyak pihak kerana perkahwinan ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Apatah lagi, cerai dan kahwin juga berlaku di hotel.
MELAYU MASIH MELARAT DAN MEREMPAT. MAHATHIR DAN UMNO HANYA PANDAI CAKAP
TAK PAYAHLAH Tun Mahathir nak memandai cakap konon dasar itu tak baik, dasar ini tak betul. Dia pernah melaksanakan dasar itu dan terbukti dia pun pemimpin yang gagal tolong Melayu. Dasar yang betul tak salah, tapi orang yang melaksanakan dasar yang betullah salah kalau dasar itu tak memberi hasil yang betul! Dan tak payahlah Umno pusing kanan, pusing kiri, pinda sana, pinda sini konon untuk rangka satu dasar ekonomi baru mahu membantu Melayu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain.
Kalau nak tolong orang Melayu tak payah nak tunggu buat dasar. Tanpa dasar pun orang Melayu boleh dibantu, sebab payah orang Melayu ialah tiada duit dan susah cari makan! Ini masalah yang mereka bawa sejak merdeka. Jangan kata masalah ini tiada lagi dalam orang Melayu. Masalah ini malah lebih teruk dari dulu.
Ini realiti. Selepas 53 tahun merdeka, orang Melayu masih ramai melarat dan merempat. Tempoh 53 tahun bukan 53 bulan atau 53 hari. Itu satu tempoh yang sangat-sangat panjang yang sepatutnya telah digunakan secara betul dan bijak untuk pemimpin kerajaan memastikan pengagihan kek ekonomi di negara ini berada dalam keadaan adil dan sama-sama dapat. Jangan salahkan dasar. Salahkan diri sendiri sebagai pemimpin yang gagal memimpin!
Realitinya sekarang, Melayu macam pengemis. Pemimpin Melayu hanya tahu cakap dari pejabat. Mereka tak turun ke bawah, tengok apa sebenarnya wajah ekonomi orang Melayu. Tun Mahathir dan pemimpin Umno hanya pandai cakap dari segi teori dan angka. 30 peratus ekonomi orang Melayu itu macam mana sebenarnya? 18 peratus ekonomi orang Melayu yang baru tercapai itu macam mana sebenarnya? Saya suka mengingatkan. Angka tak boleh ditukar menjadi nasi kalau tidak ditukar cepat-cepat menjadi wang! Wang..wang..wang. Tiada wang adalah masalah paling besar bagi orang Melayu sekarang.
Kalau setakat membantu orang Melayu RM500 menjelang Aidilfitri, tak kayanya Melayu. Tak dapatnya orang Melayu jadi senang macam kaum Cina dan India. Dasar Ekonomi Baru semuanya gagal. Dan dasar apa pun semuanya akan gagal kalau dasar itu hanya dilaksanakan atas kertas dan atas bibir yang bercakap sampai berbuih-buih. Dasar untuk membantu orang Melayu mesti dilakukan dengan bertindak! Bertindak maksudnya, turun ke bawah. Cari orang Melayu yang susah, terus bantu. Cari orang Melayu yang merempat bagi perniagaan! Cari orang Melayu yang melarat, terus tunjuk macam mana nak senang.
Sekarang bukan soal nak pilih dasar apa yang lebih baik dan sekarang juga bukan masanya lagi untuk berbahas-bahas. Masa untuk berbahas fasal dasar apa bagus, dasar apa tak bagus dah tamat. Sekarang Umno dah terlewat. Kalau mahu tolong orang Melayu, menteri-menteri pergi ke kampung, ke kawasan setinggan. Cari orangnya, cari masalahnya dan tak perlu tunggu esok lusa, bulan depan atau tahun depan. Terus bantu! Tak ada lagi zaman menunggu-nunggu sekarang.
Ini tidak. Tun Mahathir nak tunjuk pandai. Menteri nak tunjuk pandai. Perdana Menteri nak tunjuk pandai. Wakil rakyat nak tunjuk pandai. Tapi setakat tunjuk pandai tak turun tunjuk kepada orang Melayu macam mana nak berubah, baik tak payah.
Selagi pemimpin Melayu tak berani bantu orang Melayu pada hari dia jumpa orang Melayu susah, selagi itulah jangan harap ekonomi Melayu akan berubah. Dah jadi contoh dah. 53 tahun memerintah, nak tolak naik bangsa Melayu naik satu inci ke atas pun payah! Apa susah sangat sebenarnya?
Entahlah. Ketika pemimpin Melayu termasuklah Tun Mahathir masih sibuk-sibuk nak tunjuk pandai itu ini, orang Melayu terus kebulur! Sampai satu peringkat orang kebulur boleh merusuh di jalan-jalan. Tapi ketika itu semua sudah terlambat. Puncanya sebab pemimpin-pemimpin kita hanya pandai bercakap!

SINGALAUTMETRO: JANGAN NAK JAGA HATI CINA SAHAJA. HATI MELAYU DAN ...
SINGALAUTMETRO: JANGAN NAK JAGA HATI CINA SAHAJA. HATI MELAYU DAN ...: "ISYARAT TELAH banyak dihantar supaya kerajaan cepat-cepat faham. Selagi budak itu tidak dikenakan tindakan segera, selagi itu kerajaan akan ..."
JANGAN NAK JAGA HATI CINA SAHAJA. HATI MELAYU DAN INDIA MACAM MANA?
ISYARAT TELAH banyak dihantar supaya kerajaan cepat-cepat faham. Selagi budak itu tidak dikenakan tindakan segera, selagi itu kerajaan akan dilihat sebagai sebuah kerajaan 'buai'! Sebuah kerajaan buai adalah kerajaan yang banyak berangan-angan. Yang banyak berkhayal dan banyak mengelamun.
Sekarang musim bertindak. Telah jelas perbuatannya dengan muka angkuh menghina dan meracuni perasaan orang Melayu. Ada orang kata undang-undang kita tak cukup untuk dakwa kes semacam itu. Saya kata kalau tak cukup, buat! Ada orang kata bukan senang mahu dakwa-dakwa orang! Saya kata, apa pulak susah ISA boleh tangkap sumbat muat dalam tahanan! Ini bukan soal susah payah atau apa. Ini soal mahu buat kerja atau tidak.
Maaf cakaplah! Tak payah sangatlah nak jaga hati orang Cina kalau hati orang Melayu tak terjaga. Kita hidup dalam masyarakat majmuk, sepatutnnya hati semua orang kena jaga sama rata. Jangan nak tunjuk jaga hati secara berpilih fasal undi atau politik. Ini bukan cakap menghasut. Ini cakap atas kenyataan. Atas realiti. Dah memang Namewee itu anak Cina. Dah jelas perbuatannya menghina Melayu dan negara. Hanya orang buta dan pekak tuli sahaja akan cakap Namewee tidak buat benda yang meracuni isu perkauman! Benda dah berlaku. Dah lebih sekali. Dulu hina lagu Negaraku, dimaafkan. Esok lusa tak mustahil ulang lagi. Silap-silap dia boleh hina sultan dan perdana menteri!
Perbuatan dia sekarang telah menyebabkan ada orang lain mulai berani menulis dalam laman siber konon ikut-ikut macam perangai dia. Ini semua maaf cakaplah, berpunca apabila kerajaan dilihat terlalu lembut. Maaf cakaplah. Kalau orang curi RM20, tak sempat tunggu esok, subuh-subuh dah kena cekup. Tolonglah...
BAYI 15 BULAN MATI, DIPERCAYAI DICEKIK PEMBANTU RUMAH
SEORANG pembantu rumah warganegara Indonesia dipercayai bertindak kejam apabila disyaki mencekik anak majikannya sehingga mati dalam satu kejadian di Pusat Bandar Puchong, kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu.
Selepas bertindak mencekik Tan Jin Yong, 15 bulan, pembantu rumah terbabit, Rita Rohayati, 25, dipercayai menghubungi majikannya, Tan Meng Kiang, 40 memaklumkan bayi berkenaan sakit tetapi bertindak melarikan diri selepas itu.
Kini polis sedang memburu wanita berkenaan untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias.
Menurut Abdul Razak, bapa kanak-kanak terbabit pada mulanya menyangka anaknya itu mengidap sakit biasa dan menghubungi bapa saudaranya meminta bantuan menghantar Jin Yong ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Pemeriksaan awal doktor mulanya mempercayai bayi itu mati mengejut, tetapi selepas beberapa pemeriksaan lanjut dibuat, pegawai perubatan menemui kesan mencurigakan di leher dan beberapa bahagian badan bayi malang itu, lalu mengesyaki ia ada kaitan kes dera.
Wednesday, September 1, 2010
LAMAN FACEBOOK MELAYU BABI: APA YANG MEREKA MAHU SEBENARNYA?
PROVOKASI DEMI PROVOKASI mula dicetuskan oleh mereka yang lupa sejarah! Memang golongan yang mencetuskan kontroversi berkait sensitiviti kaum dan agama kebelakangan ini adalah mereka yang lupa sejarah. Atau mereka adalah golongan yang teringin sangat melihat satu lagi sejarah tercatat di atas kemusnahan keharmonian kaum yang telah dibina sejak sekian lama atas nama kontrak sosial.
Selepas Wee Meng Chee, menerbitkan video sarat dengan penghinaan, kecaman dan berbaur lucah, muncul satu lagi laman facebook berjudul Melayu Babi.
Apa semua ni? Provokasi untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu seolah-olah tidak ada noktahnya sejak kebelakangan ini. Apakah ini dilakukan oleh individu yang sengaja mahu melihat keresahan dan kemarahan sesama kaum tiada surutnya di negara ini? Atau adakah tangan-tangan bangsat yang tidak bertanggungjawab di belakang setiap provokasi yang wujud di laman-laman siber?
Laman facebook Melayu Babi bagai satu kesinambungan tindakan meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati pihak tertentu/kaum tertentu kepada pihak tertentu/kaum tertentu lain. Nampaknya semakin kita memandang ringan perbuatan budak Cina bernama Namewee, semakin banyak pula provokasi lain yang cuba dicetuskan. Apa semua ini? Isyarat apa yang mahu mereka hantarkan kepada orang Melayu, khususnya menerusi laman facebook Melayu Babi? Apa pula isyarat yang mereka mahu dari orang Melayu menerusi laman bergambarkan babi ini?
Nampaknya usaha untuk mengguris perasaan, memalukan, menghina dan mencabar kesabaran orang Melayu semakin kuat kalau dilihat menerusi laman-laman siber kebelakangan ini. Saya terus bertanya. Apa yang mereka mahu? Saya tanyakan lagi. Apa yang mereka mahu?
HANTAR 5 ANAK KE KAMPUNG UNTUK TINGGAL BERSAMA KEKASIH NEGRO
PERBUATAN curang seorang isteri yang tergamak menduakan suami dan menghantar lima anaknya pulang ke kampung semata-mata mahu tinggal bersama kekasihnya seorang pelajar Nigeria, akhirnya membawa padah kepada pasangan songsang itu.
Suaminya, dalam lingkungan 50-an yang terhidu perbuatan curang isterinya mengadakan hubungan sulit dengan pelajar berusia 35 tahun itu, telah pergi ke sebuah rumah yang disewa pelajar terbabit di Pangsapuri Bandar Baru Ampang menyerang kedua-duanya.
Difahamkan, wanita itu sering bersama pelajar terbabit walaupun di bulan Ramadan dan mereka dipercayai telah menjalin hubungan lebih lima bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata suami wanita berusia 44 tahun itu, bersama 10 rakannya telah bertindak menyerang menyebabkan isterinya patah lengan kanan, manakala pelajar Nigeria cedera di hidung dan patah jari kiri dan dirawat di Hospital Ampang.
Berikutan kejadian itu, polis kini memburu lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. Dia dipercayai masih ada di sekitar Lembah Klang.
TAN SRI ISMAIL OMAR KETUA POLIS NEGARA BARU. MUSA HASSAN TAMAT KONTRAK
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein, sebentar tadi mengumumkan kenaikan pangkat Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan.
"Saya ingin umumkan bahawa kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara akan berakhir pada 12 September ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula akan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Negara yang baru berkuatkuasa 13 September," kata Hishamuddin ketika membuat pengumuman itu kepada wartawan.
Penamatan kontrak Musa telah dijangka oleh pelbagai pihak sebelum ini, malah spekulasi mengenai penggantinya lebih banyak tertumpu kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusof yang mempunyai lebih kekananan.
Musa, 59, bersara daripada perkhidmatan polis pada tahun 2007, tetapi kerajaan membuat keputusan melanjutkan perkhidmatannya sebanyak dua kali secara kontrak.
Pada majlis yang sama, Hishamuddin turut mengumumkan kenaikan pangkat Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hussin Ismail kepada jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, menggantikan tempat yang dikosongkan Ismail.
Sementara itu, Musa ketika diminta mengulas pengumuman itu berharap pasukan polis di semua peringkat dapat diberi pembelaan yang sewajarnya sebagai menghargai tugas mereka untuk menjaga keselamatan negara.
Mengenai jawatan Ketua Polis Negara pula, beliau berkata sesiapa pun yang menjawat jawatan itu akan berdepan pelbagai cabaran dan berharap penggantinya dapat berdepan segala cabaran dengan semangat yang kuat demi negara.
AMUK PENDUDUK DI SULAWESI: 5 TERBUNUH, 19 POLIS CEDERA
GARA-GARA mahu menuntut bela kematian seorang rakan, ribuan penduduk di sebuah kawasan terpencil di Sulawesi, yang marah telah menyerbu dan menyerang Markas Polis Biau, awal pagi Rabu menyebabkan 5 penduduk terbunuh dan 19 anggota polis cedera.
Bersenjatakan kayu, batu dan molotov cocktail, kumpulan berkenaan turut bertindak merosakkan beberapa balai polis kecil berhampiran dan membakar tiga motosikal milik anggota polis.
Jurucakap polis, Amin Litarso, berkata penduduk yang mengamuk tidak mengendahkan tembakan amaran sebaliknya mereka menyerang membuta tuli menyebabkan anggota polis tidak mempunyai pilihan kecuali menembak untuk mempertahankan diri.
Kedudukan markas yang terpencil itu, ditambah pula ketiadaan logistik mencukupi termasuk telefon bimbit menyukarkan polis meminta bantuan daripada polis di luar daerah.
Penduduk yang mengamuk melarikan diri kira-kira dua jam selepas kejadian tetapi dikatakan telah memasang banyak halangan di beberapa batang jalan raya bertujuan menghalang pasukan bantuan polis datang menjejaki mereka.
Difahamkan, penduduk tidak berpuas hati apabila seorang daripada mereka, Kasmir Timumum telah ditahan pihak berkuasa ekoran kemalangan jalan raya dengan seorang anggota polis minggu lalu. Dia bagaimanapun, mati di dalam bilik tahanan petang Isnin lalu. Saudara-mara Kasmir percaya dia mati akibat didera polis.
74 PERATUS PENDUDUK SINGAPURA KETURUNAN CINA
BANCIAN terbaru Jabatan Statistik Singapura, merekodkan daripada 3.77 juta rakyat Singapura, sebanyak 74 peratus adalah daripada keturunan Cina, manakala kaum Melayu hanya mewakili 13 peratus, India (9.2 peratus) dan kaum lain (3.2 peratus).
Angka itu dikeluarkan hasil bancian sehingga tahun ini dan menunjukkan ada penurunan di kalangan warga keturunan Cina daripada 76.8 peratus yang direkodkan 10 tahun lalu. Peratusan kaum Melayu juga merosot daripada 13.9 peratus dalam tempoh yang sama.
Jumlah penduduk kaum India dan kaum lain pula direkodkan meningkat. Bancian 10 tahun lalu merekodkan keturunan India hanya sebanyak 7.9 peratus, meningkat sebanyak 1.3 peratus manakala kaum lain meningkat 1.8 peratus daripada 1.4 peratus yang direkodkan pada 2000.
Sehingga tahun ini, jumlah rakyat keturunan Cina di republik itu adalah sebanyak 2.8 juta, Melayu (504,000), India (348,000) dan kaum-kaum lain (125,800)
SULTAN GANTUNG ANUGERAH DATUK BAGI TUN LING DAN O C PHANG
SULTAN SELANGOR menggantung anugerah gelar bagi gelaran Dato' yang diberikan kepada Tun Ling Liong Sik dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) O C Phang, sehingga selesai kes berkaitan skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) di mahkamah.
Penggantungan anugerah gelar bagi gelaran itu dilakukan baginda sultan selepas membuat perbincangan dan konsultasi dengan jemaah Dewan diRaja Selangor, pada 19 Ogos lalu.
Tun Ling, bekas presiden MCA menerima anugerah Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada 1992, manakala O C Phang menerima anugerah Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz (DSSA) pada 2001.
TAHNIAH KOMISIONER POLIS DATUK RAMLI YUSOF
AGAK TERLEWAT CATATAN untuk ucapan tahniah kepada Datuk Ramli Yusof. Sekurang-kurangnya semua orang tahu bahawa beliau telah dibersihkan daripada segala dakwaan di mahkamah selama ini. Sebutir intan kata orang, dilumurkan lumpur, kemudian dibaling jauh ke dasar selut, tetaplah intan. Sinarnya tak akan pudar, tak akan hilang.
Tahniah Datuk. Semoga Allah melimpah-limpahkan lagi rezekiNya pada masa-masa terdekat dan akan datang. Kesabarannya merentas jalan berliku, menempuh denai berduri adalah lambang seorang lelaki dan pemimpin sejati. Tiada segumpal pun mendung di wajahnya, walaupun berdepan dugaan dan ujian maha hebat ini.
REMAJA 19 TAHUN HILANG DARA DI MALAM MERDEKA
DAN BENAR seperti dijangka. Walaupun bunyinya kurang enak, tapi kadang-kadang yang pahit itu mesti kita telan. Ceritanya tentang malam menyambut merdeka. Satu Malaya menyambut malam itu dengan 1,001 cara. Dan salah satu cara yang telah menjadi budaya di kalangan generasi muda kita ialah dengan membawa pasangan masing-masing ke rumah tumpangan. Untuk merapatkan silatulrahim? Atau untuk merasmikan majlis pecah tanah bersama rakan kongsi? Atau dalam bahasa kelatnya bersama untuk berbincang dari hati ke hati, bersama untuk melayan nafsu nafsi!
Di Georgetown pada malam keramat semalam, terjadilah cerita itu. Seorang gadis 19 tahun ketika diserbu bukan sahaja cuba memperdayakan penguatkuasa agama dengan helah bodohnya menggunakan kad pengenalan ibu. Tapi rahsia daranya hilang untuk kali pertama juga terbongkar. Penemuan coli dan seluar dalam selain tompokan darah di atas cadar menjadi saksi yang tak boleh ditangkis dengan alasan lain. Rasmilah dia menjadi perawan yang bukan dara. Rasmilah dia sebagai mangsa korban malam menyambut anjung merdeka.
Malam mengawan juga tidak kurang meriahnya di tempat lain. Di Johor Bahru, di Kuala Lumpur dan di Kuantan hal serupa terjadi. Begitu juga di Petaling Jaya. Helah menempah bilik berasingan menggunakan nama sendiri-sendiri, bagi satu pasangan masih juga tidak menjadi. Penguatkuasa agama rupanya bijak benar menghidu mangsa. Akhirnya apabila lidah tak mampu meluncurkan kata-kata, tangis dan rayuan menjadi umpan meraih kesian. Namun segalanya telah terlewat!
AIDA ARIS NIKAHI HUSFARID SABTU INI.
MAT KOYOK tergelak tiba-tiba. Diletakkannya akhbar itu balik ke tempat asal, di atas meja di luar rumah. Gelaknya masih berpanjangan. Kemudian terhenti. Kemudian terdengar pula tawa Mat Koyok bertukar kekeh. Kemudian kekeh itu terhenti. Di hujung kekeh itu, terdengar pula decit berpanjangan. Geli benar hati Mat Koyok!
Akhirnya barulah saya tahu. Rupanya Mat Koyok gelak kerana mentertawakan syaitan dan iblis. Mat Koyok gelak sebab akan ada lagi syaitan dan iblis menghempas-hempaskan badannya kalau terbaca berita di dalam Harian Metro itu.
Lama saya fikir dan terdiam. Akhirnya saya reti dan faham. Rupanya berita Aida Aris akan bernikah Sabtu ini bersamaan 4 September membuat Mat Koyok gelak. Bukan dia gelakkan Aida Aris yang umumkan pernikahannya. Tapi gelakkan syaitan dan iblis.
"Kalau hari-hari banyak orang nikah, makin banyak syaitan iblis meraung-raung!" bila keadaan menjadi normal, Mat Koyo pun melontar hujah.
Mat Koyok! Mat Koyok!
Dilaporkan bahawa Aida Aris akan melangsungkan pernikahannya Sabtu ini dengan jejaka pilihan, ketua pramugara, Husfarid Sheikh Ali@Shaikh Hussain. Majlis pernikahan itu dijangka berlangsung di kediamannya di Taman Sierra Ukay, di Ampang Selangor.
Selepas menjadi janda lebih empat tahun, Aida yang masih jambu membongkar sedikit rahsia. Katanya, dia berkenalan dengan bakal suaminya selepas diperkenalkan oleh Sharifah Haslinda dan suaminya, Datuk Reezal Merican Naina, Februari lalu.
Selamat Pengantin Baru. Di sudut-sudut gelap, syaitan dan iblis meraung menghempas badan.
ZAINUDIN MAIDIN ( ZAM) BEKAS K/PENGARANG UTUSAN YANG SENGAL DAN NYANYUK?
ZAINUDIN sewenang-wenang menuduh PAS meminta Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama merampas harta benda orang Cina, ketika berlangsung dan meletusnya tragedi 13 Mei 1969.
Tidak cukup membacakan sejarah palsu itu, Zainudin atau lebih dikenali sebagai Zam membaca lagi sejarah palsu yang lain, kononnya pemimpin PAS menyokong Indonesia ketika berlaku konfrontasi antara negara ini dengan negara jiran itu.
Dua sejarah palsu yang dibacakan oleh Zainudin sepanjang Ramadan diberitahunya kepada portal berita Online Umno. Entah apa motif dia berkata demikian tapi yang jelas ia bertujuan memberi sedikit merit kepada Umno di tengah kelekaan dan keseronokan rakyat dihidangkan isu perkauman dan agama oleh pihak tertentu hampir setiap waktu kebelakangan ini.
Mendakwa pemimpin Melayu dan Islam PAS meminta Tuanku Abdul Rahman mengarahkan supaya harta benda milik kaum Cina dirampas bagi membolehkan ia diberi kepada orang Melayu, kelihatan seperti jalan cerita di dalam rancangan kartun Doraemon!
Apakah niat dan tujuan sebenar Zainudin ini? Adakah dia pun mula berminat untuk memasuki air limbah politik yang semakin melantung baunya akibat permainan kotor media dan Umno? Seronok sangat nampaknya Zainudin berkocah di tengah air limbah, sambil mulutnya sibuk menuduh orang di atas batas sana sebagai orang yang amat buruk sejarah tingkah laku mereka.
Ambillah cermin Zam! Pertama suluh ke muka sendiri. Kemudian tala ke wajah hati. Di mana keikhlasan anda sebagai manusia? Di mana maruah dan harga diri anda bercerita sejarah palsu dan bohong atas nama perjuangan suci bersih konon! Rumah kata pergi, kubur kata mari. Tapi anda kian seronok bermain api! Tangkap Zainudin Maidin kerana mencetuskan isu perkauman!
MEMEY DAN NORMAN HAKIM BERTUNANG RAYA KEEMPAT
PASANGAN artis, Memey dan Norman Hakim akan bertunang pada hari raya keempat. Menurut Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, dia dan Norman telah pulang ke rumah keluarganya minggu lalu bagi membincangkan urusan majlis pertunangan itu.
Norakmar Samudin dari Harian Metro melaporkan, berita itu diperolehinya dari mulut Memey ketika dihubungi. Menurut Memey, dia pada asalnya tidak mahu bertunang memandang dia dan Norman telah lama saling mengenali, tetapi Norman yang mahukan majlis itu bagi memberi peluang kepada semua merasai pengalaman itu.
Mengenai jumlah hantaran dan tarikh pernikahan pula, Memey berkata keluarga kedua-dua pihak akan bertemu pada majlis pertunangan yang akan diadakan di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi, Johor nanti bagi membincangkan semua perkara itu.
Jika sahihlah kata-kata Memey, semakin dekatlah mereka ke arah membina istana selepas sekian lama pasangan itu diburu oleh pelbagai kontroversi selepas mereka ditangkap berkhalwat oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di pejabat Norman tidak lama dulu.
Memey, 22, kini sibuk menjalani penggambaran filem Osman Berani, manakala Norman pula sibuk pada penggambaran telefilem Sabar.
Semoga masjid yang dibina kukuh dan kekal selamanya. Selamat bertunang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT
MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10