nuffnang ads

Saturday, November 13, 2010

TIGA REMAJA MELAYU ROMPAK PAM MINYAK DITEMBAK MATI DI SHAH ALAM

TIGA remaja lelaki Melayu, termasuk seorang yang berusia 16 tahun ditembak mati sepasukan polis apabila mereka cuba menyerang menggunakan parang selepas diburu sejurus merompak sebuah stesyen pam minyak, di Glenmarie, Shah Alam awal pagi tadi.

Ketiga-tiga mereka, seorang dikenali sebagai Muhamad S, 16, Mohamad Sharul Nizam Tuah, 20, dan seorang lagi belum dikenalpasti identiti kerana tidak mempunyai kad pengenalan. Bagaimanapun, menurut Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaigveegam, remaja ketiga juga dipercayai berusia awal 20-an.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi, polis bergegas ke Glenmarie selepas menerima maklumat awam berhubung satu kejadian samun stesyen minyak. Bagaimanapun, sebaik tiba, ketiga-tiga perompak menaiki sebuah kereta memecut kenderaan mereka.

Polis kemudian mengejar dan kereta berkenaan terbabas sebelum ketiga-tiga mereka keluar dan cuba menyerang polis menggunakan parang. Polis tiada pilihan kecuali menembak dan ketiga-tiganya mati di tempat kejadian.

Menurut Thaiveegam, polis turut menemui tiga parang di tempat kejadian selain mengesahkan kereta yang digunakan perompak terbabit adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Jinjang. Mereka juga dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun stesyen minyak di sekitar Lembah Klang, sebelum ini.

Sementara itu, pemilik stesyen minyak yang menjadi mangsa rompak pagi tadi, Aziz Ibrahim, berkata stesyen minyaknya telah beberapa kali dirompak sejak beroperasi. Bagaimanapun, kejadian pagi tadi adalah yang pertama untuk tahun ini.

Dalam kejadian pagi tadi Aziz, menganggarkan kerugian lebih RM10,000.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10