TIDAK BANYAK yang dapat dikatakan lagi. Nampaknya memang ada orang yang sengaja menyimbah minyak ke dalam api.
Saudara Hishamudin Hussein, sila ambil tindakan segera ke atas laman facebook atas nama Katy Lim Li Lian yang terus terang mengutuk dan menghina Allah serta agama Islam. Sebagai menteri, saudara mesti tahu bertindak sebelum api kemarahan umat Islam marak. Saya hanya berharap saudara Islam yang lain bersabar.
Facebook Katy Lim Li Lian ini baru dikesan dan dipercayai ada dalang di sebaliknya. Memang sudah keterlaluan mempermainkan Allah. Sudah keterlaluan menghina Islam sehingga sanggup menyamakan dengan haiwan paling hina dalam facebook Melayu Babi.
Demikianlah kalau kita terlalu lembut tidak mahu sekolah satu aliran!