nuffnang ads

Thursday, September 2, 2010

INDONESIA DIANCAM LETUSAN LEBIH BANYAK: LEBIH 20 GUNUNG DIKENALPASTI BOLEH MELETUS

INDONESIA terus diancam letusan gunung berapi selepas Gunung Sinabung memaksa lebih 40,000 penduduk berpindah minggu ini. Kini lebih 20 gunung di seluruh negara itu turut diumumkan sebagai bakal mendatangkan bencana bila-bila masa.

Ketua Jabatan Kajian Gunung Berapi Pusat, Hendrasto, dalam pengumumannya hari ini berkata, rakyat di negara itu diingatkan supaya lebih bersedia, terutama yang tinggal di sekitar Gunung Seulawah Agam di Acheh. Ini kerana pihaknya telah mengesan pergerakan gempa dan aktivti volkanik berlaku di gunung itu.

Berikutan tanda-tanda baru yang dikesan, pihak negara itu telah mengeluarkan peringatan kepada semua penduduk terutama yang tinggal berdekatan supaya menjauhi gunung berkenaan pada jarak keliling tiga kilometer berkuatkuasa serta merta.

Gunung Seulawah Agam katanya kini telah dinaikkan taraf kepada peringkat Waspada. Pada masa yang sama, beliau mengumumkan juga senarai 18 gunung berapi lain yang berada dalam tahap yang sama, iaitu Gunung Egon, Talang, Karangetang, Batur, Kaba dan Anak Krakatau.

Selain itu, Gunung Semeru, Slamet, Rinjani dan Rokaenab juga tergolong dalam katogeri serupa. Sementara Gunung Ibu pula diletakkan sebagai tahap Siaga yang juga diramalkan boleh meletusa dan mendatangkan bahaya bila-bila masa.

Pengumuman mengenai senarai gunung berapi yang berada dalam katogeri bahaya itu dikeluarkan berikutan kegagalan pihak berkuasa bertindak awal memberi amaran kepada penduduk di sekitar Gunung Sanibung sehingga menyebabkan penduduk panik. Malah sehingga kini, dianggarkan dua kematian dan 90 kecederaan berlaku akibat letusan Gunung Sinabung.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10