PROVOKASI DEMI PROVOKASI mula dicetuskan oleh mereka yang lupa sejarah! Memang golongan yang mencetuskan kontroversi berkait sensitiviti kaum dan agama kebelakangan ini adalah mereka yang lupa sejarah. Atau mereka adalah golongan yang teringin sangat melihat satu lagi sejarah tercatat di atas kemusnahan keharmonian kaum yang telah dibina sejak sekian lama atas nama kontrak sosial.
Selepas Wee Meng Chee, menerbitkan video sarat dengan penghinaan, kecaman dan berbaur lucah, muncul satu lagi laman facebook berjudul Melayu Babi.
Apa semua ni? Provokasi untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu seolah-olah tidak ada noktahnya sejak kebelakangan ini. Apakah ini dilakukan oleh individu yang sengaja mahu melihat keresahan dan kemarahan sesama kaum tiada surutnya di negara ini? Atau adakah tangan-tangan bangsat yang tidak bertanggungjawab di belakang setiap provokasi yang wujud di laman-laman siber?
Laman facebook Melayu Babi bagai satu kesinambungan tindakan meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati pihak tertentu/kaum tertentu kepada pihak tertentu/kaum tertentu lain. Nampaknya semakin kita memandang ringan perbuatan budak Cina bernama Namewee, semakin banyak pula provokasi lain yang cuba dicetuskan. Apa semua ini? Isyarat apa yang mahu mereka hantarkan kepada orang Melayu, khususnya menerusi laman facebook Melayu Babi? Apa pula isyarat yang mereka mahu dari orang Melayu menerusi laman bergambarkan babi ini?
Nampaknya usaha untuk mengguris perasaan, memalukan, menghina dan mencabar kesabaran orang Melayu semakin kuat kalau dilihat menerusi laman-laman siber kebelakangan ini. Saya terus bertanya. Apa yang mereka mahu? Saya tanyakan lagi. Apa yang mereka mahu?