nuffnang ads

Thursday, September 2, 2010

MELAYU MASIH MELARAT DAN MEREMPAT. MAHATHIR DAN UMNO HANYA PANDAI CAKAP

TAK PAYAHLAH Tun Mahathir nak memandai cakap konon dasar itu tak baik, dasar ini tak betul. Dia pernah melaksanakan dasar itu dan terbukti dia pun pemimpin yang gagal tolong Melayu. Dasar yang betul tak salah, tapi orang yang melaksanakan dasar yang betullah salah kalau dasar itu tak memberi hasil yang betul! Dan tak payahlah Umno pusing kanan, pusing kiri, pinda sana, pinda sini konon untuk rangka satu dasar ekonomi baru mahu membantu Melayu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain.

Kalau nak tolong orang Melayu tak payah nak tunggu buat dasar. Tanpa dasar pun orang Melayu boleh dibantu, sebab payah orang Melayu ialah tiada duit dan susah cari makan! Ini masalah yang mereka bawa sejak merdeka. Jangan kata masalah ini tiada lagi dalam orang Melayu. Masalah ini malah lebih teruk dari dulu.

Ini realiti. Selepas 53 tahun merdeka, orang Melayu masih ramai melarat dan merempat. Tempoh 53 tahun bukan 53 bulan atau 53 hari. Itu satu tempoh yang sangat-sangat panjang yang sepatutnya telah digunakan secara betul dan bijak untuk pemimpin kerajaan memastikan pengagihan kek ekonomi di negara ini berada dalam keadaan adil dan sama-sama dapat. Jangan salahkan dasar. Salahkan diri sendiri sebagai pemimpin yang gagal memimpin!

Realitinya sekarang, Melayu macam pengemis. Pemimpin Melayu hanya tahu cakap dari pejabat. Mereka tak turun ke bawah, tengok apa sebenarnya wajah ekonomi orang Melayu. Tun Mahathir dan pemimpin Umno hanya pandai cakap dari segi teori dan angka. 30 peratus ekonomi orang Melayu itu macam mana sebenarnya? 18 peratus ekonomi orang Melayu yang baru tercapai itu macam mana sebenarnya? Saya suka mengingatkan. Angka tak boleh ditukar menjadi nasi kalau tidak ditukar cepat-cepat menjadi wang! Wang..wang..wang. Tiada wang adalah masalah paling besar bagi orang Melayu sekarang.

Kalau setakat membantu orang Melayu RM500 menjelang Aidilfitri, tak kayanya Melayu. Tak dapatnya orang Melayu jadi senang macam kaum Cina dan India. Dasar Ekonomi Baru semuanya gagal. Dan dasar apa pun semuanya akan gagal kalau dasar itu hanya dilaksanakan atas kertas dan atas bibir yang bercakap sampai berbuih-buih. Dasar untuk membantu orang Melayu mesti dilakukan dengan bertindak!  Bertindak maksudnya, turun ke bawah. Cari orang Melayu yang susah, terus bantu. Cari orang Melayu yang merempat bagi perniagaan! Cari orang Melayu yang melarat, terus tunjuk macam mana nak senang.

Sekarang bukan soal nak pilih dasar apa yang lebih baik dan sekarang juga bukan masanya lagi untuk berbahas-bahas. Masa untuk berbahas fasal dasar apa bagus, dasar apa tak bagus dah tamat. Sekarang Umno dah terlewat. Kalau mahu tolong orang Melayu, menteri-menteri pergi ke kampung, ke kawasan setinggan. Cari orangnya, cari masalahnya dan tak perlu tunggu esok lusa, bulan depan atau tahun depan. Terus bantu! Tak ada lagi zaman menunggu-nunggu sekarang.

Ini tidak. Tun Mahathir nak tunjuk pandai. Menteri nak tunjuk pandai. Perdana Menteri nak tunjuk pandai. Wakil rakyat nak tunjuk pandai. Tapi setakat tunjuk pandai tak turun tunjuk kepada orang Melayu macam mana nak berubah, baik tak payah.

Selagi pemimpin Melayu tak berani bantu orang Melayu pada hari dia jumpa orang Melayu susah, selagi itulah jangan harap ekonomi Melayu akan berubah. Dah jadi contoh dah. 53 tahun memerintah, nak tolak naik bangsa Melayu naik satu inci ke atas pun payah! Apa susah sangat sebenarnya?

Entahlah. Ketika pemimpin Melayu termasuklah Tun Mahathir masih sibuk-sibuk nak tunjuk pandai itu ini, orang Melayu terus kebulur! Sampai satu peringkat orang kebulur boleh merusuh di jalan-jalan. Tapi ketika itu semua sudah terlambat. Puncanya sebab pemimpin-pemimpin kita hanya pandai bercakap!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10