INI MACAM cerita seorang pencuri yang memecah masuk rumah waktu malam. Tiba-tiba tuan rumah tersedar dan menyuluh tepat ke muka pencuri itu. Jikalah...ini jikalah. Jikalah pencuri itu adalah pekerja tuan rumah yang diupah musuh majikannya..Macam mana agaknya perasaan pencuri itu ya?
Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan, telah mengenalpasti beberapa 'aktor' yang dipercayai terbabit dalam kerja bodoh memasang perakam video secara sulit di bilik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, beberapa minggu lalu.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, setakat ini beberapa wajah dan suara telah dikesan. Wajah dan suara itu mungkin terakam secara tidak sengaja ketika kerja-kerja memasang perakam video itu yang ditemui sendiri Khalid di sebalik langsir di pejabatnya. Maknanya yang pasang video itu pun macam luncai dan labi juga.
Ini kerja siapa ya? Dulu Khir Toyo dalam ceramahnya sibuk menghina orang Melayu di Selangor konon orang Melayu paling ramai jadi gangster. Mungkinkah salah seorang daripada 16,000 gangster yang didakwanya itu dapat tender pasang perakam video berkenaan?
Pada masa yang sama Satim Diman tentulah berdebar-debar menanti keputusan akhir kes ini. Dia yang sibuk bagai nak rak, dakwa konon penemuan video itu macam yak tak ya aje...Tunggulah Tim!