ISYARAT TELAH banyak dihantar supaya kerajaan cepat-cepat faham. Selagi budak itu tidak dikenakan tindakan segera, selagi itu kerajaan akan dilihat sebagai sebuah kerajaan 'buai'! Sebuah kerajaan buai adalah kerajaan yang banyak berangan-angan. Yang banyak berkhayal dan banyak mengelamun.
Sekarang musim bertindak. Telah jelas perbuatannya dengan muka angkuh menghina dan meracuni perasaan orang Melayu. Ada orang kata undang-undang kita tak cukup untuk dakwa kes semacam itu. Saya kata kalau tak cukup, buat! Ada orang kata bukan senang mahu dakwa-dakwa orang! Saya kata, apa pulak susah ISA boleh tangkap sumbat muat dalam tahanan! Ini bukan soal susah payah atau apa. Ini soal mahu buat kerja atau tidak.
Maaf cakaplah! Tak payah sangatlah nak jaga hati orang Cina kalau hati orang Melayu tak terjaga. Kita hidup dalam masyarakat majmuk, sepatutnnya hati semua orang kena jaga sama rata. Jangan nak tunjuk jaga hati secara berpilih fasal undi atau politik. Ini bukan cakap menghasut. Ini cakap atas kenyataan. Atas realiti. Dah memang Namewee itu anak Cina. Dah jelas perbuatannya menghina Melayu dan negara. Hanya orang buta dan pekak tuli sahaja akan cakap Namewee tidak buat benda yang meracuni isu perkauman! Benda dah berlaku. Dah lebih sekali. Dulu hina lagu Negaraku, dimaafkan. Esok lusa tak mustahil ulang lagi. Silap-silap dia boleh hina sultan dan perdana menteri!
Perbuatan dia sekarang telah menyebabkan ada orang lain mulai berani menulis dalam laman siber konon ikut-ikut macam perangai dia. Ini semua maaf cakaplah, berpunca apabila kerajaan dilihat terlalu lembut. Maaf cakaplah. Kalau orang curi RM20, tak sempat tunggu esok, subuh-subuh dah kena cekup. Tolonglah...