SEKALI pandang handsome juga muka babi dalam laman facebook 'Melayu Babi' yang hangat diperkatakan orang kini. Mungkin wajah babi tampan itu mewakili muka empunya tangan yang mendapat idea untuk mencatatkan sesuatu dalam laman siber hari ini.
Kalau diperhatikan umur babi dalam laman facebook itu mungkin ia sekitar 30 - 40 tahun. Jantinanya lelaki dan kalau ikut hukum dunia babi, babi lelaki yang berusia begitu sepatutnya telah matang. Dan barang tentu telah ada baka babi jenis itu di merata tempat di negara ini. Mungkin tengah sekolah di kandang babi, belajar untuk faham sejarah Malaysia.
Mungkin babi yang mengendalikan laman facebook ini dari spesies Batak NalTung, sejenis spesies yang sifatnya suka menonton wayang yang ceritanya banyak bersifat fantasi goyang. Kalau berdasarkan pemerhatian biasa, raut wajah babi ini menggambarkan dia ada keistimewaan. Babi yang biasa diternak, mempunyai hanya satu nyawa. Tapi babi pada laman Melayu Babi ini mungkin ada 13 nyawa, lebih empat daripada nyawa yang dimiliki kucing, kalau mengikut cakap orang tua-tua.
Difahamkan babi ini sekarang sedang menyorok di kandang babi orang, sebab dia amat takut bila mendengar bunyi kompang. Maka ditinggalkannya laman facebook itu dikocah-kocah oleh sahabat-sahabat babi yang tak pernah tengok tingginya langit.
Pakar haiwan yang biasa dan reti tentang tabiat babi ini menasihatkan, jauhilah dia kerana dia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Sementara itu, tok batin orang Asli dikatakan dalam perjalanan membawa sebungkus sarang kerengga. Kita tunggu dan lihat, bila sarang kerengga itu dicampak ke dalam kandang babi spesies Batak NalTung ini, tentu habis runtuh tembok disondolnya. Masa itu barulah babi tahu, bisanya gigitan dan kencing seekor serangga bernama kerengga. Tunggu.