nuffnang ads

Sunday, November 21, 2010

A R BADUL MAHU NABIL BUAT LAPORAN POLIS GAMBAR BERCIUM MULUT DENGAN QASHA

QASHA, kakak kepada pelakon remaja, Nik Zaris Nelydia Senrose, 16, dikatakan amat bersedih dan mengalirkan air mata ketika menjelaskan cerita sebenar tentang gambar bercium mulutnya dengan 'Nabil' kepada sahabat terdekat dan ahli keluarganya, tetapi sehingga ke hari ini masih berdiam diri.

Malah sebelum ini Qasha memberitahu media yang dia tidak akan mengambil tindakan mahu pun membuat laporann polis mengenai penyebaran gambar itu. Begitu juga Nabil. Berselindung di sebalik alasan itu semua kerja superimposed, Nabil mahu 'benda' itu mati begitu sahaja.

Namun kini, selain peminat yang mengugut akan membuat laporan polis jika Nabil dan Qasha terus berdiam, beberapa pelawak dan rakan Nabil sendiri mahu perkara itu diperpanjangkan. Maknanya, Nabil mesti membuat laporan polis!

Pelawak veteran A R Badul yang ditemui B*POP, turut menasihatkan Nabil supaya membuat laporan polis sekiranya dia mendakwa menjadi mangsa jenayah siber supaya dalang yang bertanggungjawab dapat diheret ke muka pengadilan.

Begitu juga Acong Sweetchild. Dia juga mahukan Nabil mengambil tindakan serupa supaya ia dapat menjernihkan semula maruah Nabil yang kini teruk tercemar.

Bagaimanapun, ada sumber memberitahu gambar berkenaan adalah tulen dan ia dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan Nabil juga dikatakan telah menyedarinya malah mempunyai nama mereka yang terbabit.

APA KATA MEREKA KEPADA B*POP

AR BADUL -"Sebagai orang lama, saya menasihatkan Nabil supaya fikir masak-masak sebelum dia membuat laporan polis. Janganlah kita menidakkan perkara yang kita buat. Kalau lu clean. lu report polis...seperkara lagi sayangilah bakat dan kebolehan kamu..."

ACONG - "Kali pertama saya melihat gambar cium mulut itu saya terperanjat kerana bagi saya, ia bukan superimposed, sebaliknya gambar tulen..."

ANGAH -"Saya memang rapat dengan Nabil apabila kerap membuat persembahan pentas bersamanya, namun saya tak kenal siapa Qasha...yang saya tahu kekasih Nabil ialah Irma.."

ALONG -"Harap-harap pengakuan Nabil yang mendakwa gambar itu superimpose adalah satu kebenaran..."

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10