nuffnang ads

AYUH! JOM BANGUN.

Saya buat rayuan terbuka ini kepada anak-anak muda. Sokonglah pemimpin yang tahu menghargai anak bangsanya. Itu sahaja. Selama ini kita telah kenyang digula-gulakan dengan janji. Sekarang masanya kita sokong pemimpin yang ikhlas, jujur dan yang sudi masuk ke dalam degup nafas kita merasai keperitan bangsa kita.

Sokonglah dengan hati dan fikiran. Jangan hanya sekadar angguk, tetapi berani juga menggelengkan kepala. Berani berkata ya dan berani berkata tidak,  adalah sifat rakyat yang ada maruah.

Kalau anda sayangkan bangsa, negara dan agama anda sokonglah mereka yang terbukti membela kita. Ini tanah kita, nusa tercinta. Kita tak perlukan pedang untuk menang. Senjata penting bagi pahlawan adalah hati dan fikiran yang lapang ketika bertarung di tengah gelanggang. Ayuh! Anak muda. Sokonglah pemimpin yang matang dan tidak membawa kita kepada mudarat. Ayuh! Jom sokong.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10