nuffnang ads

Monday, November 1, 2010

1,096 DIPINDAHKAN DI PERLIS KERANA BANJIR

SERAMAI 1,096 penduduk telah dipindahkan di seluruh Perlis sehingga jam 5.30 petang tadi. Ini ekoran banjir terus melanda beberapa kawasan.

Sembilan pusat pemindahan telah disediakan untuk menampung kesemua mangsa banjir terbabit. Ini termasuk Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan.

Jurucakap JKM berkata, angka yang akan dipindahkan dijangka meningkat, terutama berdasarkan keadaan hujan yang masih turun tanpa henti di beberapa kawasan.

MAKLUMAN PENGGUNA LEBUHRAYA PLUS: KM 10.2 CHANGLUN, KEDAH DITUTUP KERANA BANJIR

LEBUHRAYA Utara Selatan (Plus) di KM 10.2 di Changlun, Kedah ditutup akibat banjir mulai jam 1 tengah hari tadi.

Sehubungan itu pengguna dinasihatkan memilih jalan alternatif dan mematuhi peraturan diberikan pihak berkuasa bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan.

GAMBAR AMENG DI MAHKAMAH

VOKALIS utama Spring, Wan Aminudin dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh mahkamah majistret kerana bersalah memasukkan dadah ke dalam tubuhnya, pada April lalu. Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu permohonan rayuannya.(HM- Luqman Hakim Zubir)

GUNUNG ANAK KRAKATAU PULA MENYEMBURKAN DEBU PANAS

PENDUDUK di sekitar pantai Carita dan Anyen, terutama golongan nelayan dinasihatkan pihak berkuasa agar menjauhi sekurang-kurangnya dua kilometer dari Gunung Anak Krakatau, di Banten, ekoran gunung itu mula berdehem-dehem menyemburkan debu dan lava panasnya.

Gunung Anak Krakatau pun mahu ikut meletus
Gunung Anak Krakatau berdehem dengan letusan pertamanya pada 27 Oktober lalu, memuntahkan debu panas ke udara. Walaupun tidak setinggi debu yang dimuntahkan oleh letusan Gunung Merapi, gunung itu seolah-olah cemburu dan mahu saling bersaing memuntahkan isi perutnya.

Kini pihak berkuasa Indonesia meletakkan Gunung Anak Krakatau pada status waspada, tetapi mengingatkan penduduk jangan terlalu panik.

TERENGGANU TURUT BANJIR: 70 DIPINDAHKAN DI BESUT

BANJIR mula merata. Selain Kedah dan Perlis, Terengganu turut menerima tempias banjir akibat hujan tanpa henti sejak semalam di beberapa kawasan di negeri itu.

Sehingga kini dilaporkan 70 penduduk di beberapa kawasan kampung yang rendah di sekitar daerah Besut telah dipindahkan ke tempat selamat.

Air dikatakan mulai naik sehingga 0.5 meter di beberapa kawasan dan beberapa jalan yang menghubungkan kawasan di daerah itu turut dinaiki air.

GAMBAR BANJIR DI KEDAH, PERLIS

GAMBAR-GAMBAR HAKMILIK NST

DAYAK PERTAMA JADI BRIGADIER JENERAL DI MALAYSIA

STEPHEN Mundaw, 52, bertuah menjadi kaum Dayak pertama dilantik sebagai Brigadier Jeneral di dalam perkhidmatan tentera di negara ini.

Majlis pemakaian pangkat disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Zulkiflei Mohd Zin di Kem Rejimen Renjer Keenam di Jalan Ulu Oya, di Sarawak hari ini.

Zulkiflei berkata, Stephen merupakan penuntut pertamanya di Sekolah Latihan Tempur selepas tamat dan dipindahkan dari Sekolah Pegawai Kadet, Sebatang Karah Port Dickson.

BERPULUH PENDUDUK PENGSAN TERHIDU BAU BELERANG DARI DEBU GUNUNG BERAPI

KETIADAAN tempat tertutup dan kehabisan topeng penutup mulut, menjadi punca berpuluh penduduk dari kawasan Bongolali, di Jateng, Indonesia pengsan kira-kira jam 11.30 waktu Malaysia.

Ramai terhidu bau belerang menyebabkan ada yang pengsan
Mereka dipercayai terhidu bau belerang yang terlalu menyengat yang keluar bersama debu dari kawah Gunung Merapi yang meletus lagi pagi tadi. Keadaan itu menyebabkan petugas pasukan mencari dan menyelamat kelam kabut menghantar kesemuanya ke Klinik Pos Desa, berdekatan.

Sehingga kini, seramai 42 disahkan menjadi korban Gunung  Merapi.

TERBARU BANJIR: PERLIS DAN KEDAH MULA DINAIKI AIR

Bahagian utara Perlis dan sempadan Kedah mulai dinaiki air akibat hujan tanpa henti. Hujan dijangka merebak ke Kelantan lewat hari ini.

Sehingga jam 12.30 tengah hari tadi, seramai 286 orang telah dipindahkan di bahagian utara Perlis ke tiga pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan dan Dewan Komuniti Titi Tinggi Hilir.

Kawasan teruk terjejas ialah di Jalan Kaki Bukit dan Jalan Titi Tinggi.

Sementara itu di Kedah pula, seramai 730 orang telah dipindahkan ke kawasan selamat sehingga kini, terutama membabitkan kawasan Padang Terap.

KOPERSPONDEN TV3 DI INDONESIA, DIDIK BUDIARTO LINTANG PUKANG LARI, APABILA MERAPI MELETUS PAGI TADI

KORESPONDEN TV3 di Indonesia, Didik Budiarto bersama jurukameranya lintang pukang melarikan diri ketika cuba merapati punca Gunung Merapi pagi tadi.

Letusan Merapi secara tiba-tiba menyebabkan mereka memecut kenderaan menuruni lereng bagaikan orang gila kerana dihambat debu panas dan awan merah yang muntah dari kawah gunung berkenaan.

Menurut Didik, dia dan rakannya cuba untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dan dekat sebagai bahan siaran televisyen TV3 lalu membuat keputusan mendaki menggunakan kenderaan ke puncak gunung itu pagi tadi. Bagaimanapun, tidak semena-mena Merapi 'terbatuk' lalu mengeluarkan muntah panasnya.

 "Kami memecut kenderaan selaju mungkin kerana awan merah dan debu panas menghambat begitu pantas. Sampai sekarang jurukamera, Paulus Dodi masih trauma dan tidak boleh berdiri serta muntah-muntah," katanya.

KES TEMBAK MATI AHLI PERNIAGAAN: POLIS JOHOR TAHAN 4 SUSPEK

EMPAT suspek berusia di antara 23 dan 49 tahun dipercayai ada kaitan dalam pembunuhan seorang ahli perniagaan keturunan India, 15 Oktober lalu ditahan oleh polis Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata, semua suspek kini direman sehingga 4 November depan bagi membantu siasatan G Tamil Selvam yang ditembak dua das dari jarak dekat di depan anaknya, di rumah mereka.

Menurutnya, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan kesalahan dadah di Kulaijaya pada 2003 dan juga sedang disiasat berhubung satu kes rogol yang dilaporkan berlaku di sekitar Masai, tidak lama dulu.

G Tamil Selvam 44 mati selepas terkena dua das tembakan dari jarakk dekat dalam kejadian 15 Oktober itu.

BINTANG PORNO AMERIKA NAK SAMAN CHARLIE SHEEN

BINTANG porno Amerika, Christina Walsh atau nama glamournya Capri Anderson, akan menyaman Charlie Sheen kerana mendakwa lelaki itu membahayakan nyawanya ketika dia ditempah untuk tidur dengan lelaki berkenaan di Hotel Plaza, New York, Selasa itu.

Christina dibayar RM48,000 untuk satu malam...
Christina yang dibayar RM48,000 oleh Sheen untuk tidur semalaman, mendakwa Sheen telah memecahkan pelbagai peralatan dalam bilik hotel itu, termasuk merosakkan kerusi serta mahu mencederakannya kerana menuduh dia (Christina) mencuri jam tangan Sheen yang bernilai hampir RM500,000.

Menurut Christina lagi, ketika kejadian di dalam bilik hotel itu, Sheen terlalu mabuk dan memarahi serta mengugutnya dalam keadaan telanjang bulat. Christina berjaya menyelamatkan diri dengan mengunci diri dalam bilik air dan menghubungi anggota keselamatan hotel itu.

Dah engkau yang terima bayaran, bengap betul! Nyun...nyun...

KEDAH DILANDA BANJIR

BEBERAPA kawasan di Kedah dilanda banjir, akibat hujan lebat yang turun berterusan sejak semalam. Antara kawasan paling teruk terjejas ialah beberapa kampung di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.

Air mulai naik di antara 0.5 meter dan 1.5 meter di sesetengah kawasan manakala jalan raya di beberapa kawasan di Padang Terap telah dinaiki air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan.

Jabatan Meteorologi dalam pada itu, mengeluarkan kenyataan hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kedah, Kelantan dan Perlis sehingga Rabu ini. Antara kawasan di Kelantan yang dijangka mengalami banjir akibat hujan lebat itu ialah di Kota Bharu, Pasir Putih dan Tumpat. Begitu juga beberapa kawasan di Perlis.

Difahamkan sehingga tengah hari ini paras air di Sungai Golok dilaporkan telah meningkat dan dijangka naik ke paras berbahaya ekoran hujan yang mulai turun. Nelayan juga dinasihatkan berwaspada kerana tiupan angin kecang turut berlaku sehingga Rabu ini.

TIGA DIDAKWA MENGIMPORT HEROIN RM180 JUTA DARI MALAYSIA

TIGA orang, seorang wanita berusia 55 tahun, anak lelakinya, 28, dan seorang rakyat Hong Kong, berusia 33 tahun didakwa oleh pihak berkuasa Australia semalam atas tuduhan mengimport heroin seberat 168 kilogram bernilai RM180 juta dari Malaysia menggunakan kontena kapal.

Komander Polis Australia, David Stewart, berkata wanita dan anaknya itu berasal dari Sydney ditahan ketka mengambil heroin berkenaan dari sebuah kapal yang datang dari Malaysia.

Rampasan itu adalah kelima terbesar dalam sejarah polis Australia dan heroin berkenaan menurut Stewart selepas diproses untuk jualan tempatan mampu menghasilkan nilai sebanyak RM1.25 bilion.

Ketiga-tiganya didakwa di mahkamah Sydney.

MERAPI MELETUS LAGI PAGI INI

GUNUNG Merapi meletuskan debu panas ke udara lagi pagi ini, sehingga mencecah beberapa ratus meter ke udara dan debu berkenaan dikatakan mengarak ke arah Timur, sambil kubahnya mengalirkan lahar dan gas menuruni lereng setinggi 3,000 meter.

Ahi Kaji Gunung Berapi, Safari Dwiyono, berkata letusan kuat berlaku mengakibatkan debu berserakan manakala penduduk dilaporkan kembali panik menyelamatkan diri.

AMENG DIHUKUM PENJARA 2 BULAN DAN DENDA RM4000

BEKAS penyanyi kumpulan Spring, Ameng, 40, hari ini dihukum penjara 2 bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah memasukkan dadah ke dalam badannya pada April lalu.

Mahkamah bagaimanapun, membenarkan Ameng menangguhkan hukuman itu bagi membenarkan dia membuat permohonan rayuan.

Dan hari ini juga, Ameng dijangka memfailkan permohonan rayuan penangguhan hukuman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

JULIANA EVANS DAPAT WATAK PENTING SELEPAS EMPAT TAHUN

PELAKON dan bekas pengacara kanak-kanak yang kini telah dewasa, Juliana Evans, diberi kepercayaan memegang watak Natrah dalam satu lagi kisah tentang anak remaja kacukan yang menjadi rebutan dua keluarga di Singapura dulu.

ENGKAU MAKIN CANTIK JU...Juliana bakal mebawa watak Natrah yang akan disiarkan dalam slot Suatu Ketika di Astro Citra
Ini adalah watak utama yang bakal mencabar Juliana dan dia sendiri berharap sangat lakonannya dalam cerita itu yang akan disiarkan menerusi slot Suatu Ketika di Astro Citra, akan memberi impak besar kepada dirinya sebagai seorang pelakon.

Kisah Natrah kali ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainudin dan telah pun menjalani penggambarannya pada 7 Oktober lalu.

Buat betul-betul anak muridku!

WANITA TUMBUK HIDUNG JERUNG, ELAK JADI MANGSA

SEORANG pemandu pelancong, Elyse Frankcom, 20, nyaris maut dibaham jerung dalam satu kejadian kelmarin di perairan Pulau Garden, di Perth, Australia.

Elyse Frankcom...mangsa jerung di Perth.
Bagaimanapun, kecekapannya menumbuk hidung jerung berukuran lebih 3 meter panjang itu, sambil dibantu oleh seorang penyelam lain yang berjaya memegang ekor jerung berkenaan, menyelamatkan dia daripada maut.

Kejadian berlaku apabila Elyse, seorang pemandu pelancong berada di atas bot memancing bersama beberapa lelaki apabila dia terpandang seekor jerung mengelilingi bot berkenaan sambil menaikkan kepalanya ke atas permukaan air untuk menyambar.

Dalam sekelip mata, jerung berkenaan menyerang bot itu dan dapat menyambar Elyse, tetapi beberapa lelaki lain turut membantunya.

Elsye kini dirawat manakala pasukan polis marin Australia, semalam menjejak jerung berkenaan selepas ia dilihat oleh orang ramai berkeliaran di sekitar pantai Perth, salah satu tempat tumpuan pelancong berenang.

AMERIKA AMAT BIMBANG DENGAN LELAKI INI - IBRAHIM AL-ASIRI

Ibrahim Al-Asiri, digeruni Amerika. Gambar ini dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi (AP)
PASUKAN penyiasat Amerika akhirnya menemui apa yang mereka katakan seorang lelaki yang mula menggerunkan negara itu. Lelaki berkenaan Ibrahim Al-Asiri adalah rakyat Arab Saudi yang kini menjadi buruan kerana dipercayai menjadi suspek paling utama sebagai pembuat bom yang dikirimkan dari Yaman untuk santapan Amerika Syarikat.

Nota: Ibrahim Al-Asiri mempunyai pengalaman luas dalam persenjataan. Dia mempunyai kemahiran mengendalikan Milan (kereta kebal), RPG (Rocket Propelled Grenade), SAM-7 (raifel pemusnah) dan pakar membuat bom dan letupan.

DILMA ROUSSEFF WANITA PERTAMA JADI PRESIDEN BRAZIL HARI INI

BRAZIL mencatatkan sejarah pelantikan wanita pertama sebagai Presiden negara itu, apabila Dilma Rousseff, 62, memenangi pemilihan Presiden mengalahkan pencabar terdekatnya, Jose Sera.

Dilma Rousseff...wanita pertama jadi Presiden Brazil.
Rousseff adalah Menteri Kakitangan dan Tenaga Brazil di bawah presiden Luiz da Silva, sebelum ini. Beliau dijangka membuat pemilihan dan pelantikan kabinet barunya hari ini ketika pengundi berharap, beliau mampu menjana ekonomi dan mengatasi pelbagai masalah besar yang menimpa negara Amerika Selatan itu.

LAGI KERETA RENTUNG: KEMALANGAN SAJA, TERBAKAR!

SEBUAH lagi kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta lain di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala ke plaza tol Sungai Besi, di Kuala Lumpur jam 8 malam kelmarin.

Pemandunya, seorang lelaki nyaris rentung apabila keretanya terbakar selepas terlanggar belakang kereta jenis Kia Spectra, menyebabkan keretanya berpusing, sebelum merempuh pula sebuah Proton Waja.

Kelvin Liong Wei Yew, 25, berkata kereta Honda City dinaikinya mengalami masalah brek sebelum melanggar sisi sebelah kanan belakang kereta Kia.

 Menurutnya, api marak dengan cepat tetapi dia sempat keluar dan melarikan diri.

GAMBAR ANAK SIAPA BERPESTA DADAH DI PORT DICKSON SUBUH KELMARIN?

PESTA DADAH...anak muda muka cantik, tapi akal cetek
ANAK siapalah mereka ini? Gadis berusia 18 hingga 25 seramai 9 orang diberkas bersama 8 lelaki di sebuah bilik hotel di Port Dickson dalam keadaan meracau dan lalok mentedarah dadah! Yang pasti mereka bukan anak Negeri Sembilan!

TEMAN LELAKI CURANG: WANITA BAWA GENG MENGAMUK DI RUMAH

MENDAKWA teman lelakinya curang kerana keluar dengan wanita lain, seorang remaja perempuan mengajak dua rakan wanita lain menjadi regunya menyerang dan mengajar lelaki berusia 27 tahun itu, di rumahnya di Jalan Da-Omar, Kemaman, Terengganu.

Masing-masing bersenjatakan batang kayu, menaiki dua motoskal menyerbu rumah berkenaan ala-ala filem Gerak Khas sambil berteriak nama lelaki berkenaan supaya keluar. Bagaimanapun, apabila adik lelaki itu memberitahu mangsa tiada di rumah, suspek menjaid lebih berang dan memecah masuk rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, wanita terbabit bersama rakannya tiba di rumah teman lelakinya itu kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu.

Katanya, menyedari remaja perempun dan kawannya itu semakin naik angin, dua adik teman lelakinya mengunci diri masing-masing di dalam bilik sambil menghubungi bapa mereka meminta bantuan.

Remaja wanita itu semakin aggresif apabila tidak bertemu teman lelakinya lalu mengamuk dan memecahkan pelbagai barangan elektrik di dalam rumah berkenaan sebelum bapa mangsa bersama beberapa kawannya datang, menangkap ketika-tiga samseng perempuan itu.

Mereka diserahkan ke balai polis. Menurut Abdullah, ketiga-tiga remaja perempuan itu akan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 427 kanun yang sama menimbulkan ganggu gugat.

Dua rakan remaja itu berasal dari Sarawak dan berkerja di kedai snooker di bandar Kemaman.

PERDANA MENTERI KENA CAMPAK DI SUBANG

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak, dinasihatkan berehat dan tidak menghadiri mana-mana majlis yang telah diatur dalam tempoh terdekat, berikutan beliau telah disahkan membawa simpton cacar ketika tiba di Subang semalam.

Pegawai perubatan telah memberi ubat awal dan beliau dijangka pulih dalam tempoh singkat. Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk Seri Jalalauddin Bahaudin, berkata Perdana Menteri memohon maaf jika gagal memenuhi sebarang undangan, berikutan kejadian di luar jangkaan itu.

ANAK BEKAS KETUA POLIS NEGARA HILANG PISTOL

Seorang ahli perniagaan yang juga anak kepada bekas Ketua Polis Negara, kehilangan sepucuk pistol apabila tertinggal ketika menjamu selera di sebuah kedai makanan masakan Thailand terkenal di Jalan Bukit Bintang, di ibu negara petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beliau makan dan meletakkan beg mengandungi pistol, wang RM1,500 dan pelbagai dokumen penting di atas lantai berdekatan kakinya. Bagaimanapun , apabila selesai makan beliau terus pergi dan tertinggal beg berkenaan kerana terlupa.

Sebaik menyedari, beliau berpatah semula tetapi gagal menemui beg berkenaan. Usaha untuk mencarinya dilakukan termasuk bertanyakan pekerja kedai makanan itu tetapi hampa.

Lelaki itu memiliki pistol berkenaan secara sah dan digunakan bagi tujuan keselamatan. Satu laporan mengenai kehilanganya dilaporkan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10