TIGA orang, seorang wanita berusia 55 tahun, anak lelakinya, 28, dan seorang rakyat Hong Kong, berusia 33 tahun didakwa oleh pihak berkuasa Australia semalam atas tuduhan mengimport heroin seberat 168 kilogram bernilai RM180 juta dari Malaysia menggunakan kontena kapal.
Komander Polis Australia, David Stewart, berkata wanita dan anaknya itu berasal dari Sydney ditahan ketka mengambil heroin berkenaan dari sebuah kapal yang datang dari Malaysia.
Rampasan itu adalah kelima terbesar dalam sejarah polis Australia dan heroin berkenaan menurut Stewart selepas diproses untuk jualan tempatan mampu menghasilkan nilai sebanyak RM1.25 bilion.
Ketiga-tiganya didakwa di mahkamah Sydney.