nuffnang ads

Friday, February 11, 2011

VIDEO KUMPULAN WANITA BOGEL MENYANYI DAN MENARI TERSEBAR DI SABAH


KLIP video memaparkan sekumpulan wanita menanggalkan pakaian, berbogel kemudian menyanyi dan menari mula menjadi bualan penduduk sekitar Sabah sejak beberapa minggu lalu.

Video selama dua minit itu dipercayai dirakamkan di satu lokasi di negeri berkenaan, berdasarkan kedengaran lagu Kadazandusun mengiringi latar belakang klip lucah itu.

Penyebarannya mendapat perhatian pelbagai pihak kerana ia dikatakan menjadi kegilaan di kalangan remaja, termasuk di kalangan pelajar yang menjadikannya bahan tontonan secara berkumpulan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Sabah, Komisioner Datuk Hamza Taib, mempunyai pendirian yang berbeza berhubung klip video itu.

Menurutnya, polis sehingga ini masih meneruskan siasatan berhubung kandungan video berkenaan, tetapi pada peringkat ini katanya beliau menolak dakwaan bahawa video itu dirakamkan di Sabah walaupun terdapat lagu Kadazandusun dimainkan di dalam klip video singkat itu.

Katanya juga, setakat ini tiada bukti klip video memaparkan sekumpulan wanita dalam keadaan memberahikan itu dibuat di depan khalayak ramai.

Bagaimanapun, katanya siasatan tetap diteruskan dan sehingga kini pihaknya telah menghantar satu salinan klip video itu ke jabatan forensik untuk dianalisis.

Siasatan mengenai kes itu adalah mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti tidak bermoral di khalayak ramai.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10