PENGIKUTNYA dari pelbagai latar belakang. Ada juga di antaranya kakitangan kerajaan. Ada yang menyertainya bersendirian. Ada bersama suami dan isteri. Ada bersama seisi keluarga.
Namun bukan ajaran yang benar ditemui. Bukan ajaran lurus yang diberi. Semuanya bagai topeng dan kosmetik yang cantik di luar tapi sarat dengan keburukan di dalam.
Wartawan Harian Metro, ustaz Idris Musa sedang menemubual salah seorang pengikut kumpulan itu |
Demikian kalau boleh digambarkan sebuah kumpulan agama yang diketuai seorang lelaki dalam lingkungan 50-an yang didakwa oleh seorang pengikutnya sebagai sesat dan menyesatkan.
Malah dalam pendedahan wanita itu kepada Harian Metro, dia turut mendakwa ketua kumpulan itu yang bergerak di Selangor dan Perak turut mengambil kesempatan merogol dan mencabul anak perempuan pengikut kanannya.
Jais perlu bertindak segera. Zikir dan serban kini jangan dijadikan umpan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melacurkan agama yang indah dan suci.