nuffnang ads

Tuesday, February 1, 2011

TERKINI BANJIR: JOHOR, MELAKA, N.SEMBILAN, PAHANG DAN SABAH


KEADAAN banjir di Johor terus memburuk. Setakat ini 47,838 penduduk telah dipindahkan ke lebih 250 pusat pemindahan, terutama di Segamat, Johor Bahru dan Kluang.

Di Melaka pula, seramai 4,545 prang dari tiga daerah di negeri berkenaan ditempatkan di 31 pusat pemindahan. Air masih tinggi di beberapa kawasan termasuk di Jasin dan Lubuk China.

Di Negeri Sembilan angka pemindahan pula sebanyak 2,393 orang. Kebannyakan mangsa adalah mereka yang tinggal di Gemas, Tampin dan Bahau. Jalan Tampin-Gemas melalui Sungai Kelamah masih ditutup kepada semua lalu lintas.

Di Pahang, mangsa banjir yang dipindahkan sekitar 800 orang membabitkan daerah Rompin, Raub dan Bentong. Mereka yang paling ramai dipindahkan adalah di Rompin, seramai 476 orang manakala di Raub (229) dan di Bentong (95)

Di Sabah mereka yang dipindahkan di seluruh negeri itu mencecah hampir 4,000 orang membabitkan Kota Marudu, Beluran, Pitas dan Sandakan.

Angka kematian akibat banjir masih kekal tiga orang - dua di Johor dan satu di Melaka.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10